The Overland : Jalan-Jalan Tengok Batu Di Ayutthaya

December 31, 2012

Sambungan dari episod sebelumnya.


Day 12 : 24 May 2011

Syukur alhamdulillah malam tadi takde hantu megi mahupun hantu makyong yang datang mengganggu. Tido aku pun tenteram walaupun asik terjaga di tengah malam. Setiap kali terjaga maka setiap kali itulah aku akan menjeling ke arah pintu tapi tidak untuk menjeling ke sebelah kiri sebab kalau makyong tu sengih mau kejung aku dibuatnya.

Selesai solat subuh aku tergerak hati nak bukak tingkap konon-konon nak amik udara pagi. Tapi alangkah terkejutnya bila aku ternampak sebuah rumah tinggal dalam semak yang menggila. Hurm eloklah tu, complete set! Aku kembali menutup tingkap dan segera bersiap-siap untuk keluar sebab harini aku plan nak meronda pekan Ayutthaya. 

Bila dah siap semuanya aku pun ready lah nak keluar. Waktu tengah pasang mangga kat pintu tiba-tiba aku terdengar suara orang sedang berbual-bual dari bilik tengah. "Ada orang rupanya, baguslah", bisik aku dalam hati. Aku langsung tak syak apa-apa dan buat seperti biasa. Kebiasaannya bila melintas di depan pintu bilik yang terbukak secara otomatik kita akan toleh ke dalam tu kan? So itulah yang aku buat. Pepatah mat saleh ada menyebut, "Curiosity kills the cat" dan disebabkan sifat ingin tahu yang terlalu tinggi (read : kepochi) maka aku hampir-hampir kantoi.

Rupa-rupanya orang yang duduk kat dalam bilik tu ialah mamat rambut megi! Dang!!! Sekali imbas aku nampak dia tengah berborak dengan sorang budak pompuan di atas katil. Nampak macam serius discussion dorang sebab budak pompuan tu bercakap sambil mengemas baju dan dia pulak macam gaya tengah memujuk. Bagaikan tindakan refleks dengan lancar aku menyebut, "Oh shit!". Agaknya mungkin aku tercarut agak kuat jadi dia pun menoleh. Apa lagi, aku pun cepat-cepat lari macam tak cukup tanah menuju ke pintu keluar. 

Sebaik saja keluar dari situ aku pun kontrol gaya berjalan sebab nanti ada pulak yang musykil kalau tengok aku berlari tak tentu pasal. Aku menten berjalan tapi dalam gear 5 dan terus masuk ke kedai basikal di depan guesthouse. Pehh..nyaris siot!! 

So back to business. Bila dah masuk dalam kedai basikal takkan nak beli kuih pulak kan? Jadi aku straight to the point bagitau tokey basikal yang aku nak sewa basikal. Aku sengaja pilih basikal sebagai kenderaan rasmi untuk meronda pekan Ayutthaya sebab naik basikal memang syok (pada aku le). Bagi sesiapa yang tak larat nak kayuh basikal bolehlah sewa tuktuk tapi sori aku taktau harganya. Dan memandangkan aku cuma ada 1 hari di sini jadi aku cuma sewa basikal untuk sehari. Kos menyewa basikal untuk sehari di Ayutthaya sangatlah murah iaitu THB40/RM4. Jenis basikal yang ditawarkan pun sama macam di Siem Reap iaitu basikal tua. Kihkihkih. Mengikut perjanjian pelanggan sepatutnya kena pulangkan basikal pada hari yang sama tapi setelah berbincang, tokey tersebut membenarkan aku menyimpan sampai esok pagi sebab aku bagitau dia yang aku nak pegi ke pasar malam. Hehe. Dan yang paling penting dia tak caj extra sebab pulangkan lambat. Cayalah! 

Sebelum beredar tokey tu bagitau jangan letak beg dalam bakul sebab kat sini banyak peragut. Aku terkejut jugaklah sebab aku fikir tempat ni sama macam Siem Reap tapi rupanya tak. Apapun terima kasih sebab bagitau sebab kalau tak, mungkin aku pun bakal jadi salah seorang dari mangsa. 

basikal ketiga yang aku gunakan dalam trip ni
Sebenarnya Ayutthaya ni kecik dan kalau pusing 1 hari dengan basikal pun dah boleh cover satu pulau. Tapi oleh kerana tujuan aku bukan nak buat Le Tour De Ayutthaya tapi Le Tour De Tengok Batu, jadi aku kena memilih tempat-tempat yang tertentu untuk disinggah. Sebelum mulakan tour aku nasihatkan bawak air mineral paling besar sebab confirm akan dahaga sebab sightseeing kali ni melibatkan banyak aktiviti berjalan. Kedua, kalau boleh bawaklah payung sebab kompleks candi ni tak berapa nak berpokok jadi korang mesti taknak rentung kan?

Map di bawah aku dah kasi conteng dengan pen merah dan pen biru so bolehlah tengok route yang aku buat. Aku tandakan pen biru untuk route pegi dan pen merah untuk route balik. Starting dan ending point aku ialah Tony's Place. 

Secara kasarnya aku singgah di sini :

1 - Wat Maha That (#15)
2 - Elephant Kraal (#5)
3 - Wat Chaiwatthanaram (#27)
4 - Wihan Phramongkhon Bophit (#9)
5 - Wat Phra Si Sanphet (#10)

peta Ayutthaya [silakan enlarge]

Aku mulakan Le Tour De Tengok Baru dengan destinasi yang pertama iaitu Wat Maha That. Bayaran masuk yang dikenakan untuk tempat ini ialah THB50/RM5. Ada sebab kenapa aku pilih nak singgah ke sini tapi itu kemudian cerita. Tapi sebelum aku bercerita panjang, sila tengok gambar di bawah sebab di sini tertera beberapa peraturan yang harus dipatuhi ketika melawat ke tempat-tempat ini. 


Disebabkan binaan-binaan yang sudah berusia beribu-ribu tahun jadi ianya agak fragile dan menunggu waktu untuk rebah ke bumi. Macam dalam gambar di bawah boleh nampak yang "prang" paling depan ni dah senget ke belakang. Aku yakin kalau "prang" ni jatuh mesti yang belakang-belakang tu pun pranggggg jatuh macam domino.


Sebenarnya kompleks candi Wat Maha That ini sangatlah besar tapi aku tak dapat nak tepek semua gambar so aku cuma share gambar-gambar yang aku rasakan menarik seperti di bawah.


Aku perhatikan susunan batu-bata pada zaman dulu tak menggunakan teknik lepaan yang baik dan saiz batu-bata yang digunakan juga tak seragam maka itu merupakan punca kenapa binaan ni tak solid dan mudah tumbang. Sebenarnya kebanyakan candi di sini rosak disebabkan peperangan di antara kerajaan Siam dan Burma pada tahun 1767. Bukan setakat merobohkan tapi mereka juga telah membakar candi-candi tersebut maka disebabkan itulah kebanyakan candi kelihatan daif. Walaupun daif tapi objek-objek ini masih kelihatan menarik terutama sekali di mata pengkaji-pengkaji sejarah dan peminat-peminat bangunan/binaan. 


Tadi aku ada sebut pasal apa aku pilih untuk datang ke sini kan? Sebabnya ialah di bawah. Aku tertarik ke sini selepas tengok gambar objek ni di dalam buku dan internet. Aku rasa benda ni agak unik sebab kepala Buddha ni berbelit-belit dengan akar pokok. Pada mulanya aku sangkakan yang objek ni tersangatlah besar tapi itulah kehebatan gambar yang boleh menipu mata. Heh! Kalau nak tau sebenarnya kepala Buddha ni standard size macam kepala patung Buddha yang lain. Walaupun sedikit frust tapi aku rasa puas hati lah jugak sebab akhirnya persoalan aku dah pun terjawab.

Sebenarnya tidak dapat dipastikan kenapa dan bagaimana patung kepala Buddha ini terselit dicelahan pokok. Ada teori mengatakan sewaktu tentera Burma menyerang Ayutthaya, mereka telah memusnahkan kawasan ini dan memenggal kepala patung-patung Buddha tersebut dan sejak dari peristiwa itu tempat ini telah menjadi kawasan terbiar sehinggalah pada tahun 1950 apabila ia mula dibaikpulih dan telah menemukan para pengkaji sejarah dengan patung kepala Buddha tersebut.

Tapi ada juga yang berpendapat mungkin selepas tempat ini dibiarkan tidak berjaga maka pokok-pokok telah tumbuh dan salah satu di antaranya telah melilit kepala patung Buddha yang telah dipenggal. Teori lain pula mengandaikan bahawa pencuri harta karun telah datang untuk melarikan salah satu di antara patung kepala Buddha yang dipenggal tapi secara tak sengaja telah menyorokkan kepala tersebut dan terlupa untuk mengambilnya semula.

Bagi pelawat yang berminat untuk mengabadikan kenangan di sini, mereka perlu duduk bertinggung dan tidak boleh berdiri sewaktu mengambil gambar dengan kepala patung Buddha. Ini dilakukan sebagai tanda menghormati kepercayaan mereka terhadap agama Buddha.


Dari Wat Maha That aku mengayuh basikal menuju ke Elephant Kraal. Takde bayaran masuk yang dikenakan sebab tempat ini open space. Aku singgah ke sini sebab nampak ramai orangi jadi aku pun join sekaki. Setelah diselidik rupa-rupanya ada beberapa ekor gajah dewasa dan kecik. Ohhh, patutlah ramai orang....



Sambil melihat gajah buat show dapatlah aku berehat sekejap sambil menghilangkan lelah akibat penat mengayuh basikal. Waktu ni aku masih belum serik jadi aku pun aim nak pegi tempat yang lagi jauh iaitu Wat Chaiwatthanaram.


Hoi, sumpah jauh gile tempat ni! Boleh jadi sebab aku amik long cut jadi agak take time nak sampai. Aku masih ingat pengalaman mendaki jambatan ke seberang. Bayangkanlah basikal tua naik jambatan, hazab sangat! Bukan basikal je hazab, dengan aku sekali pun hazab sampai terjelir lidah mengayuhnya.Tapi cuma waktu naik je yang terasa hazab sebab waktu turun dah syok sebab laju. Walaupun letih tapi aku tetap rasa seronok sebab berjaya sampai ke seberang. Hoyeh!

Bila dah sampai ke seberang aku kena kayuh masuk kat celah-celah kampung sebelum berjumpa Wat Chaiwatthanaram. Bila dah sampai aku pulak yang tak larat nak sightseeing jadi aku cuma amik gambar dari luar sebab dari luar pun dah boleh nampak direct ke tempat ni. Yahoo jimat duit sebab kalau tak kena bayar THB50! Dari apa yang aku perhatikan, candi-candi di sini lebih sempurna tak macam kat Wat Maha That. Dan secara kasarnya jugak aku boleh nampak yang candi-candi kat sini cantik.


Setelah puas berehat aku kembali melalui jambatan yang sama untuk kali yang kedua tapi kali ni aku amik jalan short cut dan lalu semula depan Elephant Kraal untuk ke Wihan Phramongkhon Bophit. Sebenarnya Wihan Phramongkhon Bophit ni bersebelahan dengan Wat Phra Si Sanphet, tempat yang aku sebenarnya nak tuju. Bayaran masuk ke sini sama jugak macam candi-candi lain iaitu THB50/RM5.


Aku rasa di antara ketiga-tiga candi yang aku pegi, candi yang terakhir inilah yang paling aku suka sebab ia agak unik berbanding yang lain. Unik dari segi bentuk, material binaan dan warna. Ah sembang banyak pun tak guna baik korang tengok sendirilah (sebenarnya aku dah malas nak taip lalalalala....)




Kalau nak tau sebenarnya dalam candi ni (gambar bawah) ada isi. Nak tau apa isinya? Hehehe. Sebenarnya dalam candi ni ada abu raja-raja sewaktu pemerintahan kerajaan Ayutthaya dan salah satunya ialah King Rama Thibodi II iaitu raja ke-10 kerajaan Ayutthaya. Mana aku tau semua ni? Sebab aku amik gambar signboard dia le ppftftttfpp!!!



barangkali ini pintu masuknya
dalam setiap candi ni ada abu raja-raja yang pernah memerintah kerajaan Ayutthaya

Dengan ini selesai sudah Le Tour De Tengok Batu di sekitar Ayutthaya (eh pendeknya cerita? ok aku malas sebenarnya pfgftktt!!). Secara kesimpulannya banyak perbezaan yang aku nampak di antara candi-candi di sini dan Angkor Wat terutama dari segi bentuk, warna dan saiz batu-bata termasuklah rekabentuk candi itu sendiri. Secara peribadi aku rasa candi-candi di Angkor Wat lagi menarik tapi kalau untuk kategori Ayutthaya aku akan pilih candi yang terakhir iaitu Wat Phra Si Sanphet

Sebenarnya memang banyak candi-candi di Ayutthaya tapi aku tak tengok semua sebab kebanyakkannya sama. Tapi kalau korang nak tengok aku suggest pilih mana yang berkenan dan kalau naik tuktuk mungkin boleh khatam kesemuanya. Memandangkan aku cuma naik basikal jadi agak mustahil untuk aku cover keseluruhan candi dalam tempoh sehari. Lagipun aku dah tak larat nak tengok candi sebab aku dah tengok dozenssss of candisssss masa kat Angkor Wat haritu. 

Apa-apa hal pun sebelum balik dari candi yang terakhir aku ternampak signboard toilet yang kaaahkaaahkahkahahaakahakahh ok pengsan. Lol :)))))))

no no no no not that way, but this way!

bersambung.....
.

Read more...

The Overland : Malam Pertama Yang Menakutkan Di Ayutthaya

December 29, 2012

Sambungan dari episod sebelumnya.


Day 11 : 23 May 2011 (sambungan)

Kami semua diturunkan di Khaosan Road yang terkenal sebagai backpacker's area di Bangkok. Tempat ini sama seperti Chinatown atau Petaling Street di KL dan Pham Ngu Lao di Ho Chi Minh City cuma bezanya Khaosan Road lebih senior dan pioneer di antara kedua tempat tersebut. Secara amnya kawasan sebegini menjadi tumpuan sebab ia menawarkan penginapan bajet, makanan murah dan nightlife yang happening. 

"Syurga backpackers" adalah perkataan yang tepat untuk menggambarkan keadaan tempat ini. Walaupun ada yang berpendapat ia adalah syurga tapi pada aku tempat ini macam neraka. Dari apa yang aku perhatikan, peniaga-peniaga di sini kaki semelih dan tak mesra rakyat. Tak melampau kalau aku katakan yang perangai dorang 2x5 dengan peniaga di Petaling Street. Kalau taknak beli jangan gatal nak sentuh dan tergedik-gedik bargain. Kalau degil alamatnya dapatlah makian berlori. Tapi tak semuanya begitu walaupun kebanyakkannya sama.

do you?
Khaosan Road mula hidup dari petang hingga ke lewat pagi
Khaosan Road juga adalah lubuk scam yang terkenal di mana peniaga-peniaga menjadikan golongan backpackers sebagai sasaran. Aku pernah cerita dalam entry sebelum ni di mana Mr.G telah disemelih untuk sekeping tiket ke Siem Reap. Mungkin disebabkan tempat ini menjadi favourite backpackers berkulit putih untuk berkampung, jadi si peniaga beranggapan tak salah kalau menyembelih sebab apalah sangat nilai THB kalau ditukar dalam matawang USD dan GBP contohnya. Ok itu sedikit sebanyak gambaran dan pemerhatian aku tentang Khaosan Road. Mungkin pendapat aku kedengaran seperti berat sebelah tapi tak salah kalau korang nak merasa sendiri nikmat berada di "syurga", cuma aku sarankan datang pada waktu malam untuk efek yang berganda. 

A nice walk along Khaosan Road is good to help you understand about this place, to observe and to analyze on what's happening around. After all, that's what a traveller does.

Aku penah blog pasal Khaosan Road dulu. Boleh baca kat sini.

tuktuk? be prepared for the ride of your life!
Setelah melepasi Khaosan Road yang terkenal itu, aku membuat keputusan untuk meninggalkan hiruk-pikuk kota metropolitan Bangkok dan lari ke tempat yang lebih aman iaitu Ayutthaya. Tapi sebelum tu aku kena cucuk duit. Jangan lupe kat dalam poket aku sekarang cuma ada THB40. Camne nak pegi kalau ada banyak tu? 

Pastu aku teringat satu atm machine dekat Silom yang boleh terima kad atm aku. Aku mesti ke sana, tapi dengan apa? Tuktuk? Oh tidak, itu bukan option yang terbaik sebab confirm kena semelih, takpun sakit jantung. Jawapannya ialah bas sebab tambang murah, efisyen (terutama dari Khaosan Road) dan lebih berjiwa rakyat (read : local lifestyle).

bas Bangkok yang oldskool dan diperbuat daripada kayu
Dari Khaosan Road boleh naik bas bernombor 15, 16 dan 17 dan kadar tambang cuma THB7/70sen. Bas-bas ini akan melalui shopping area di Silom dan stesen BTS National Stadium. Tempoh perjalanan dari Khaosan Road ke sana mengambil masa lebih kurang 10-15 minit bergantung kepada aliran trafik.

Selesai urusan mengeluarkan duit di Silom aku amik BTS dan pegi ke Stesen Keretapi Hualompong. Ada banyak trip keretapi ke Ayutthaya jadi tak perlu risau. Kadar tambang untuk 3rd class ke Ayutthaya cukup murah iaitu THB20/RM2. Walaupun 3rd class, tanpa ekon dan free seating tapi semua tu tak menjadi masalah sebab yang ini pun dah cukup selesa. Lagipun apalah sangat untuk perjalanan selama 1jam 20minit sebab yang penting boleh sampai.

*boleh semak jadual keretapi di sini

tiket keretapi Bangkok-Ayutthaya. sila semak harga semasa sebab yang ini waktu 2011

Aku sebenarnya lebih suka naik keretapi berbanding pengangkutan lain. Pada aku ia unik, relaks dan merupakan cara yang terbaik untuk menikmati perjalanan ke sesebuah destinasi. Oleh kerana masa yang digunakan untuk menaiki keretapi agak panjang, jadi ia lebih sesuai untuk trip yang bersifat santai. Kalau nak tau sebenarnya ilham trip ni aku dapat dari website Seat61. Dari sanalah aku dapat idea nak buat route, border crossing dan tips-tips penting. Selepas mengira segala kos yang terlibat akhirnya dapatlah route pegi/balik merentasi 3 negara dengan menggunakan kenderaan darat sepenuhnya. Sebenarnya aku harap dapat extend sampai ke Ho Chi Minh tapi sayangnya aku kesuntukan masa. 

Di awal perjalanan keretapi agak penuh tapi semua orang masih dapat duduk. Bila keretapi menghampiri Ayutthaya ramai orang yang turun dan tinggal cuma beberapa kerat termasuklah aku. Oleh kerana takde pengumuman setiap kali keretapi berhenti jadi aku terpaksa mengharapkan bantuan local untuk maklumkan bila sampai di Ayutthaya.

tempat duduk di gerabak 3rd class
Alhamdulillah, aku tiba di Ayutthaya tepat seperti yang dijangkakan. Turun saja dari keretapi aku jadi blur sebab tak pasti nak navigate ke mana memandangkan hari sudah gelap. Seorang pegawai stesen yang perasan kelibat aku yang agak ketara dengan beg besar akhirnya datang menolong. Disebabkan dia tak boleh berbahasa Inggeris jadi dibawanya aku masuk ke dalam opis dan berjumpa seorang officer yang boleh berbahasa Inggeris. Aku tunjukkan alamat tempat yang aku nak tuju dan terus dia carikan tuktuk dan negotiate harga. Baik sungguh officer tu, rasanya kalau aku sendiri yang tahan memang confirm kena semelih.  

Selepas mengucapkan terima kasih aku pun naik tuktuk dan terus ke guesthouse. Sebenarnya stesen keretapi ni dipisahkan oleh sebatang sungai. Selain tuktuk, kita boleh gunakan sampan untuk ke seberang. Oleh kerana hari dah malam maka takdelah sampannya, tapi aku dah cuba waktu balik dari sini (tu nanti aku cerita). Perjalanan dari stesen keretapi ke guesthouse boleh tahan jauh lebih kurang 8-10 minit. Sejurus sampai aku bayar tambang tuktuk THB50 dan masuk ke lobi.

Di Ayutthaya aku memilih untuk tinggal di Tony's Place. Aku booking tempat ni melalui email sehari sebelum bertolak. Aku dapat diskaun untuk penginapan di sini sebab akak reception tu kata sepatutnya bilik tu untuk 2 orang tapi disebabkan aku check-in untuk seorang jadi dia bagi diskaun. Dari harga THB300 semalam, aku dapat THB450 untuk 2 malam. Berbaloi-baloi!

Lepas selesai payment kemudian aku pun dibawa ke bilik. Sewaktu melangkah masuk ke dalam bangunan ini tiba-tiba bulu roma aku meremang. Barangkali faktor pencahayaan dan warna cat dinding yang digunakan menyebabkan tempat ini kelihatan suram dan seram. Disebabkan keadaan sekeliling yang sunyi maka yang jelas kedengaran hanyalah bunyi lantai kayu yang berderap-derap akibat kesan dipijak. 

apa yang korang nampak?
Kalau nak tau bilik aku yang masa satu hah nuunnnnn.....yang paling hujung di sebelah kiri. Jadi bayangkanlah bila aku terpaksa berulang-alik di tengah-tengah koridor yang sunyi. Aku tak pasti sama ada semua bilik ni berpenghuni sebab nampak macam kosong. Ke entah-entah aku duduk kat sini sorang-sorang sebenarnya? Kalau diperhatikan dalam gambar ni boleh nampak potret orang dulu-dulu yang aku syak dah lama masuk ke dalam tanah. Tak cukup dengan tu ada pulak tanduk rusa. Eeee tak paham aku. Ini muzium ke ape? Aku pun tak tau kenapa akak tu bagi bilik yang paling hujung. Err...ke sebab tu aku dapat diskaun? 

Bila masuk dalam bilik aku terus bagi salam sebab manalah tau kalau-kalau bilik ni dah lama tak berpenghuni, kang tak pasal-pasal tetiba ada roomate pulak. Dahla tepi katil baekkk punya gambar orang tengah menari. Punyalah besar gabak potret tu sampai nak kaver dengan apa pun taktau. Haritu masa aku duduk kat Mandalay Inn pun ada potret hitam putih orang dulu-dulu. Tah sape punye keje pi buh gambar camtu jadi hiasan. Cubalah letak gambar bunga ke, gambar pemandangan ke, gambar buah-buahan ke...kan bagus? Tapi kalau tak letak langsung lagiiiii bagus!

sumpah aku masih  rasa seram bila tengok gambar ni
haaa...ini toiletnya. koboi gile (takde pintu!). nasib baik aku dok sorang, kalau ada member malu ai!
Tanpa membuang masa aku terus membersihkan diri dan menunaikan kewajipan. Oleh kerana hati rasa tak sedap jadi aku baca surah Yaasin seround. Surah Yaasin dalam bentuk mini booklet memang sentiasa tersimpan dalam backpack sebab aku sedar kegunaannya memang banyak terutama sekali bila berhadapan dengan situasi sebegini. Sesudah selesai membaca Yaasin aku bersiap-siap untuk keluar mencari makanan dan pada waktu ini jam sudah menunjukkan pukul 10.30mlm. Oleh kerana hari sudah lewat jadi aku cuma berjalan kaki sampai ke jalan utama sebab di seberang sana ada kedai serbaneka 24jam. Aku hanya beli roti dan mee segera sebagai mengalas perut dan sesudah itu aku pulang dan makan di bilik. 

Disebabkan dalam bilik ni takde hiburan (read : TV) jadi aku pegi ke beranda dan melepak di situ. Kesempatan yang ada aku gunakan untuk menulis catatan di sepanjang trip. Sedang aku khusyuk menulis tiba-tiba hujan turun dengan lebat dan aku beralih dari meja ke kerusi panjang yang tersandar di sebalik dinding. Aku terus menulis dan menulis sebab bunyi hujan yang mengenai atap zink menghasilkan irama yang begitu mengkhayalkan. 

Tiba-tiba aku ternampak satu kelibat sedang berlari ke arah bangunan. Sebaik sampai barulah aku nampak rupa-rupanya kelibat itu adalah seorang lelaki mat saleh dalam lingkungan umur 22-25 tahun, tinggi lampai, muka budak dan berambut megi. Dia menegur aku sambil mengesat-ngesat air hujan di muka. Kesian, sape suruh lari dalam hujan? Aku membalas dan menyambung semula aktiviti menulis. Tiba-tiba dia merapati aku dan cuba mencuri-curi lihat apa yang aku tulis. Aku pandang dia dan kata, "Sorry dude, you can't read because it's not in English". Dia tanya apa yang aku tulis tapi belum sempat aku jawab tiba-tiba dengan selamba dia merampas buku aku dan cuba untuk membacanya. Aku mula rasa nak maki sebab mangkuk ni biadap dan tak paham bahasa. Aku perhatikan saja muka dia berkerut-kerut cuba membaca tulisan asing. Padan muka, aku dah cakap tapi ko yang tak caye!

beranda yang dimaksudkan 
Setelah berpuas hati kemudian dia memulangkan buku tersebut dan duduk di sebelah. Waktu ni mulut aku ringan nak suruh dia berambus tapi malangnya suara aku tersekat di kerongkong. Aku rasa cara dia approach memang tak kena dan itu yang membuatkan aku rasa tak berminat. Tiba-tiba aku dapat menangkap satu bau yang cukup kuat iaitu bau orang mabuk. Ah sudah, aku syak dia tengah mabuk so pasal tu dia agresif. Hmm takpelah, kita tenang-tenang dulu. Kalau tiba-tiba dia buat gila nanti kita bagi penumbuk sebutir. Heh!

Bila dia start bersembang dengan segera aku mengatup buku dan letak ke tepi. Aku ni taklah kejam sangat sampai langsung tak boleh nak layan. Dari satu topik kami melompat ke topik yang lain sampailah hujan berenti. Tiba-tiba dia ajak main snooker. Seumur hidup aku langsung tak penah pegang kayu snooker so macam mana aku nak main? Kami pegi ke satu sudut di bangunan guesthouse sebab di situ ada meja snooker yang besar. Selesai menyusun bola tiba-tiba dia menghulurkan sebatang cue stick sambil menyuruh aku membuat pukulan yang pertama. Aku pun mencuba dan kami bermain sampailah tiba-tiba dia berhenti dan mengajak aku balik ke kerusi tadi. Aku mula rasa nak maki tapi aku masih bersabar sebab dia tengah mabuk. Takut jugak kalau tiba-tiba dia naik angin sebab nanti aku jugak yang susah. 

Kami kembali bersembang walaupun hati aku rasa dah tak berminat nak meneruskan perbualan. Aku perhatikan yang mamat ni semakin lama semakin satu macam bila dia asik gelak tak tentu pasal. Sedang kami berbual tiba-tiba dia cuba merapati aku seperti gaya nak bercium dan secara spontan aku menahan dan memberikan padangan yang tajam. Mujurlah dalam keadaan mabuk dia masih sedar walaupun 50/50. Dia asik mengulang perkataan "sorry" dan cuba menukar topik. Tanpa disuruh tiba-tiba dia mengaku perempuan mat saleh yang travel bersama dia bukanlah makwe dia yang sebenar, tapi entah sape-sape yang dia jumpa sewaktu travel di Phuket 5 hari yang lepas. Sebaik saja dia menghabiskan ayat itu aku pun tergelak besar. Aku rasa geli hati memikirkan betapa dia cuba untuk meyakinkan aku yang dia sebenarnya single. "You don't have to try too hard to hit me because I'm not stupid lah bro!", kata aku dalam hati. Dia tercengang melihat reaksi aku yang tergelak besar sebab barangkali dia menyangka aku akan kata, "Oh you're sad. Let me hug you!". Sori naik lori lah!

Aku ingatkan cubaan dia tamat setakat di situ tapi ternyata salah sebab selepas tu dia tanya mana satu bilik aku. Aku jadi tercengang dan biarkan soalan itu tak berjawab. Dengan saiko dia tersenyum nakal dan secara otomatiknya aku boleh tangkap apa yang dia sedang fikirkan (aku rasa korang sendiri pun boleh agak). Aku mula rasa nak marah sebab geram dengan sikap sesetengah lelaki yang fikir perempuan ni tak bermaruah. Mungkin budaya seks bebas tu perkara yang biasa dalam masyarakat dia tapi tidak bagi orang Asia khususnya. Tiba-tiba aku teringat pada Mr.G, entah apa agaknya yang dia tengah buat kat Phnom Penh sekarang. Kalau dia ada dengan aku waktu ni kan bagus. Boleh jugak dia bambu mamat berambut megi ni. Mr.G pun tak penah ajak aku buat benda yang bukan-bukan apatah lagi menyentuh aku secara rambang. Oklah, mungkin sebab dia kacak jadi aku bias sikit. Lol :))))

Tanpa berputus asa dia terus mengajak aku masuk ke bilik dan waktu ni aku dah tak boleh tahan dan tanpa sedar suara aku lantang menyebut, "NO! I SAID NO!". Secara spontan air muka dia berubah dan selepas itu berkali-kali dia mintak maaf dan terus beredar. Tapi kan, aku rasa kelakar sebab lepas sedar yang diri dia buat salah, reti pulak tu mintak maaf. Aku bajet dia akan shout balik dan cakap yang bukan-bukan tapi langsung tak. Nampaknya dia masih sopan walaupun tak reti bahasa. Aku tak salahkan dia pun, mungkin terlalu mabuk jadi sebab itulah kepala dia tak berapa nak centre. Haih entahlah! Apa kan nasib aku dari pagi tadi ada saja yang tak kena. Aku pelik jugak sebab lebih baik dia fuuufuucckkk je budak pompuan yang travel dengan dia tu. Dah tentu boleh dapat sebab duduk sebilik, tapi kenapa pilih aku? Aku takde kena mengena dalam hidup kau kottttt!!!!

Selepas kejadian itu aku terus lari ke bilik dan selak pintu atas dan bawah. Hati aku betul-betul risau sebab pintu ni bukannya solid. Kalau dibubuh penendang ala-ala manja sekalipun memang confirm boleh terbukak. Buatlah kalau tiba-tiba dia masih tak give-up confirm matilah aku. Walaupun aku tak bagitau nombor bilik ni tapi itu tak bermakna yang dia tak boleh tanya kat reception. Jadi disebabkan itulah maka malam pertama aku di Ayutthaya sangat menakutkan hinggakan aku terpaksa tido-tido ayam sampai ke siang. Aku rasa ketakutkan sewaktu mula-mula sampai di sini pun tak setakut perasaan dari kena ganggu dengan orang mabuk. Lebih baik kena ganggu dengan hantu dari tido tak lena diganggu manusia. Arghhhh!!!!


bersambung....
.

Read more...

The Overland : Perjalanan Dari Siem Reap Ke Bangkok Yang Menduga Iman

December 28, 2012

Tak sangka rupanya aku masih boleh ingat cerita yang dah berlaku setahun lebih. Syabas beteyyy!!!

Sambungan dari Episod 12.


Day 11 : 23 May 2011

Seawal jam 6.30pg bilik aku telah digegarkan dengan bunyi ketukan pintu yang bertalu-talu. Rasanya sepanjang duduk di Mandalay Inn, tido aku memang tak aman sebab setiap pagi mesti ada yang mengganggu. Sat-sat makcik basikal lah, sat-sat budak reception lah, sat-sat budak cleaner lah. Hah, kali ni sape pulak lah?!

Aku campak selimut ke tepi dan bangun. Dengan muka yang sememeh kesan air liur basi dan rambut yang serabai aku berjalan menuju ke pintu. Mata aku masih berat sebab malam tadi pukul 3 lebih baru nampak bantal dan selimut. Apa boleh buat, malam terakhir katanya. Kalau balik awal nanti kemaruk lah pulak.

Halah, muke kau lagi ke? Hari-hari ketuk pintu bilik aku pepagi bute mesti muka kau. I'm fedap!

Rupanya orang yang mengganggu aku pagi tu ialah budak reception. Dia membawak pesan katanya ada orang nak jumpa kat bawah. Aku menggaru-garu kepala yang tak berapa nak gatal sambil tertanya-tanya siapakah yang begitu berani mengganggu tido aku pagi-pagi buta ni. Iskk takkan mamat tu kot? Tak mungkinlah. Malam tadi dah jumpa takkan angau lagi? Kemaruk sangat kot! 

Aku segera mencuci muka dan turun ke bawah. Perasaan aku bercampur-baur di antara teruja dan konpius memikirkan siapakah gerangannya. Bila sampai di bawah aku tak nampak langsung kelibat Mr.G. Kecewa di situ. Budak reception tu kata orang yang cari aku dah pegi. Pulak!!! Hei, aku cuci muka jelah! Bukan berak ke mandi sampai tak boleh nak tunggu langsung!

Waktu ni aku dah hangin sebab pagi-pagi dah naik darah. Aku tunggu...5 minit, 10 minit...12 minit. Kaki aku dah terketik-ketik ke tanah tanda kebosanan bercampur marah. Kalau tau lambat macam ni lebih baik aku naik atas sambung tido! Bila masa hampir mencecah 15 minit barulah kelibat tu muncul. Tuudiiaaaa...memang aku tak kenal pun! Kahkahkah. Rupanya yang mencari aku ialah "tukang kutip penumpang" untuk syarikat bas Siem Reap-Bangkok. Ada jugak rupanya jawatan "tukang kutip penumpang" (read : pick-up service boy) kat sini. Bagus. Servis door-to-door dari hotel ke tangga bas. Tapi masalahnya dia kutip dengan motor. Kalau bawak backpack senang takde hal, kalau beg troli?

Budak tu kata lagi 30 minit dia akan datang dan hantar aku ke "stesen bas". Waktu ni aku konpius sebab pasaipa amik awal sangat walhal bas ke Bangkok bertolak jam 9pg. Aku rasa stesen bas taklah jauh mana, paling-paling 10 minit dah sampai. Oklah, aku malas nak bertekak jadi aku pun naik ke atas dan bersiap. Dua puluh minit kemudian aku turun ke bawah. Sambil menunggu aku intai-intai ke seberang, manalah tau kot-kot Mr.G dah bangun. Tapi aku syak dia masih tido sebab bas ke Phnom Penh bertolak petang. Takpelah, tak nampak orangnya tengok bumbung guesthouse pun jadilah #pasrah

tengok! atas tiket ni tulih kul 9pg
Sedang aku khusyuk menunggu tiba-tiba makcik basikal datang. Ha sudah...bala apa pulak ni. Makcik tu kata aku kena bayar ganti rugi sebab bagi tayar basikal meletop. Pulak!!! Eh bukan haritu hang kata free? Nak bertekak panjang pun tak guna sebab dia bukan paham sangat bahasa Inggeris. Mula-mula dia mintak USD5 tapi memandangkan aku cuma ada USD3 so aku mintak diskaun (eh boleh plak ye?) jadi USD2. Aku tak salahkan makcik tu sebab dalam surat perjanjian terang-terang sebut kalau jadi ape-ape customer kena tanggung (wah ini namanya perjanjian berat sebelah!). Itupun dia baik hati nak bagi diskaun, kira okla kan? Fair lah tu (fair ke? hahahaha)

Tak lama kemudian pikap boy pun datang dengan motor kapcainya. Aiseh camne ni, segan pulak rasanya naik motor dengan orang asing. Nak pegang? Oi sori aku rela tergolek dari pegang. Lepas ejas-ejas beg yang bergalas depan belakang akhirnya kami menyusuri jalan bertanah merah menuju ke "stesen bas". Belum sempat bontot nak panas tiba-tiba motor berenti sebab katanya dah sampai. Eh, ko biar betik! Baru 3 minit takkan dah sampai kot? Jadi bayangkanlah betapa hanginnya aku sebab mati-mati aku ingat "stesen bas" jauh sangat sampai terpaksa bangun pagi-pagi buta. Hrgfktljklsjtqmfnkkkj!!!! (carutan dalam bahasa Jerman)

Sebenarnya tempat yang dikatakan "stesen bas" ni dekat sangat dengan guesthouse aku. Tapi gaya dia meyakinkan aku yang tempat tu jauh bikin tangan aku rasa ringan nak melesing. Asalnya aku pikir tempat ni adalah tempat drop-off yang sama waktu sampai dari Poipet haritu tapi rupa-rupanya lain. "Stesen bas" kali ni tak rupa stesen bas langsung tapi macam compound rumah orang yang termasuk dengan sebuah restoran. Aku takde gambar nak tunjuk rupa tempat ni sebab masa tu aku tengah membara, so takde masa nak pikir kamera bagai.

Tepat pukul 9pg bas pun datang. Aku ingat bas masih kosong tapi rupanya penuh dengan penumpang. Huyoh, boleh sumbat lagi ke sebab ramai lagi tak naik! Bila masuk ke dalam perut bas barulah aku nampak situasi sebenarnya. Rupanya ada beberapa mangkuk yang feeling beli 2 seat. Jadi selepas diejas-ejas akhirnya aku selamat duduk di kerusi belakang. Aku kira port ni yang paling otai dalam bas. Ala-ala gangster bas mini wilayah. Setuju? Ok sape tak setuju sila terjun lombong sekarang. Mohon!

Aku pun tak taulah apa nasib yang menimpa sebab bas ni teruk sangat. Orang kat depan sedap berekon, kami yang dari bahagian tengah sampai ke belakang semuanya macam cacing kepanasan. Barangkali yang duduk kat depan tu ahli sorga dan kami yang kat belakang ni ahli neraka. Eh? Tak lama lepas tu agaknya sorang mat saleh ni tak tahan jadi dia pun bangun dan bukak tingkap kat bumbung bas. Oklah, baru lega sikit. Tapi nasib aku agak baiklah jugak sebab port aku memang cantek iaitu tepi tingkap. Selalunya bas yang jenis berekon ni tingkap jenis fixed tapi bas ni spesel sikit sebab ada tingkap kecik yang boleh diejas. Jadinya aku pun bukak tingkap kecik ni memandangkan mat saleh kat sebelah aku dah berpeluh-peluh macam air terjun (read : peluh mencurah-curah).

Perjalanan dari Siem Reap ke Poipet memang bosan. Takde benda menarik yang boleh dijamu mata. Rasanya aku penah tayang gambar sekeping dua waktu naik bas dari Poipet ke Siem Reap dulu (rujuk entry lama). Oleh kerana bosan jadi aku pun tido-tido ayam sampailah bas berhenti di "RnR" di tepi jalan. Semua orang turun dari bas termasuklah aku. Lepak-lepak kat luar dalam 10 minit dan kemudian perjalanan diteruskan ke Poipet.

bas Siem Reap - Poipet
kanak-kanak ini dilihat menjual aksesori seperti gelang tangan kepada tourist
peniaga jalanan

Setelah mengharungi perjalanan selama hampir 3.5jam akhirnya bas yang kami naiki sampai di sempadan Poipet-Aranyaprathet. Waktu ini semua penumpang akan turun untuk melalui kastam di kedua-dua negara. Ini bermakna aku akan melalui jalan yang sama sekali lagi. Border crossing di antara Poipet (Cambodia) dan Aranyaprathet (Thailand) taklah jauh tapi terpaksa dilakukan secara manual (berjalan kaki). Sekali lagi aku melepasi replika pintu gerbang Angkor Wat sebelum sampai di sempadan Thailand. 

pemandangan semasa border crossing di antara Poipet dan Aranyaprathet
Urusan kastam Thailand berjalan dengan lancar dan sekarang aku dah selamat berada di negara gajah putih. Lega satu bab tapi timbul pulak masalah baru iaitu kenderaan ke Bangkok. Walaupun tiket dari Siem Reap ke Bangkok satu (1) tapi sebaik saja melintasi sempadan kenderaan akan bertukar dan kadangkala boleh jadi sebuah bas ataupun minibus (van). Oleh kerana kita akan bertukar transport jadi sila belajar untuk ingat muka-muka orang di sekeliling. Tips ni penting terutama sekali bila travel sendirian/solo. Tiket jangan sesekali dihilangkan sebab itulah satu-satunya bukti yang menunjukkan destinasi tujuan (sebagai contoh Bangkok).

Selepas keluar dari pejabat imigresen Thai aku dan penumpang lain menunggu transport yang tak kunjung tiba. Hampir setengah jam barulah datang seorang wakil dari pihak bas dan kami di arahkan pergi ke suatu tempat. Waktu ni kami mengikut saja apa yang disuruh sebab masing-masing tak tahu nak ke mana. Kami jalan, jalan dan terus berjalan sampailah bertemu satu deretan kedai. Agak lama kami menunggu di situ sampailah datang beberapa buah kenderaan pikap yang menyuruh kami naik. Waktu ni aku dah tak kisah naik apa sekalipun sebab yang penting aku selamat sampai ke Bangkok. Dalam pada masa yang sama aku jugak risau kalau-kalau ada additional charges sebab dalam poket aku cuma tinggal USD1 dan THB40. Memang semput. Apa boleh buat, mesin atm kat Siem Reap tak sudi terima kad aku...sob...sob... 

Berbalik pada cerita (amboi panjang gila, nasiblah). Selepas kami semua disumbat ke dalam pikap, kami dibawa ke satu tempat yang aku sendiri pun tak tau. Waktu ni aku mulalah terpikir yang bukan-bukan. Entah-entah kami nak kena jual kot? Entah-entah dorang nak kurung kami dalam rumah buruk tepi hutan, pastu semua orang kena ikat kaki tangan, mata bertutup dan last sekali kena seksa sampai mati. Hamboi mengarut sungguh aku punye imaginasi. Kahkahkah

pikap yang angkut kami dari tepi jalan ke unknown place
Inilah pikap yang digunakan untuk membawa kami ke satu tempat yang entah di mana. Selepas semua orang turun dan dapatkan beg masing-masing, datang seorang lelaki Thai dan tanya siapa yang travel solo dan group/kapel sebab rupa-rupanya kami akan disumbat ke dalam van. Aku berdoa moga-moga kali ni biarlah yang terakhir kami kena tendang macam bola sebab aku dah betul-betul letih dan lapar. Alhamdulillah seksa kami tak lama sebab selesai saja urusan pembahagian, akhirnya 2 buah van pun bertolak menuju ke Bangkok. Hooray!!

sekali lagi aku dapat seat gangster
Ku sangkakan panas sampai ke petang rupanya hujan di tengah hari. Lagi 30km nak sampai Bangkok tiba-tiba van yang kami naiki rosak di tengah jalan. Ramai jugak yang cabut lari sebab ada yang rushing ke airport dan ada yang taknak menunggu. Aku kata dalam hati, walau apapun yang berlaku aku akan tetap setia menunggu sebab.....dalam poket aku cuma ada THB40/RM4! Naik teksi pun tak lepas. Gila sadis. 

Tapi aku tak berseorangan sebab ada 2-3 orang lagi yang senasib. Kami pasrah sambil duduk mencangkung di tepi jalan seolah-olah menunggu sesuatu yang ajaib berlaku. Aku rasa dorang pun sengkek sebab masing-masing nampaknya tegar tak berganjak walaupun member-member yang lain dah blah.

Tiba-tiba driver dapat col kata pomen tak boleh datang. Oh sudah, habis tu kami ni macam mana? Kata driver, van masih boleh jalan (hooray!!! waktu ni semua orang melompat), tapi.....slowlah sikit.....macam siput. Ah siput sedut ke, siput lala ke, siput babi ke, kuih siput ke....ada aku kesah? Yang penting sampai!

van dalam dewan pembedahan

Setelah menempuhi perjalanan seperti seekor siput, akhirnya kami sampai di sebuah bengkel yang entah-kat-mana-jangan-tanya-sebab-aku-pun-tatau. Kami menunggu van yang sedang di operate dengan penuh sabar dan harapan yang menggunung. Setelah 30 minit berlalu akhirnya van pun kembali bernyawa. Semua orang pun happy termasuklah kami yang sengkek dan driver van. Hahaha. Lepas tu dapatlah kami meneruskan saki-baki perjalanan dan akhirnya sampai di Bangkok pada pukul 6ptg. Huyoh, what a journey!


bersambung....
.

Read more...

The Overland : Siem Reap (Part 12)

December 27, 2012

Sebelum aku teruskan aku nak bagitau yang episod ni fresh, bukan episod publish->draft->republish macam episod 7 sampai 11. Pasal tu komen dia makan ratusan. Tak tengok tarikh leteww...

Sambungan dari Episod 11.


Setelah mendaki sampai ke tingkat 3 akhirnya kami berdiri di depan bilik bernombor 3003.

Dia : Hold on a second. I need to find the key

Aku macam tak percaya dengan apa yang aku tengok.

Aku : Is this your room?
Dia : Yeah, but why?
Aku : Because my room number is 303!
Dia : What??!!!

Kebetulan pulak nombor bilik kami hampir sama. Hantu betoi! Entah berapa banyak kebetulan sampai aku sendiri pun pelik. Naik bas sama = kebetulan, jumpa kat Angkor Wat = kebetulan, guesthouse depan-depan = kebetulan, sekarang nombor bilik pun kebetulan jugak? Pelik.

Sebenarnya aku masih ragu-ragu dengan apa yang aku buat. Aku rasa semua ni salah. Aku tak sepatutnya berada di sini. Kalaulah jadi apa-apa siapa nak tolong? Aku belajar teakwando pun tak sampai tali pinggang hitam so macam mana aku nak lawan dia yang tinggi lampai? Aku bermonolog sendirian sambil memerhatikan dia menyeluk poket mencari-cari kunci.

Dia : I must tell you that my room is really messy. I hope you don't mind
Aku : Not a problem at all. I'm okay!

Kunci dimasukkan dan serentak itu tombol pintu dipulas. Krekkk!! Sambil membuka pintu dia meraba-raba suis lampu di sebalik dinding. Ketikkk!!! Serentak itu lampu menyala dan serentak itu jugaklah mata aku tak berkelip-kelip.

Dia : Come in!

Aku masih lagi tercegat di muka pintu. Terkesima. Ya rabbi ini bilik bangla ke ape??? Atas lantai, atas katil, atas TV bersepah-sepah dengan barang. Eh apetu? Sepentot ke? Pffttt....

Dia : Err...give me a second!

Barangkali dia nampak reaksi aku yang terkejut jadi dia pun kelam-kabut mengutip barang-barang yang bersepah di atas lantai dan mengalihkannya ke penjuru katil.

Dia : Please come in and have a seat
Aku : Err...thank you

Aku pilih untuk duduk di hujung katil. Dekat dengan TV dan dekat dengan pintu. Dekat dengan TV supaya kot-kotlah datang akai dia nak buat gila nanti boleh aku capai terus TV ni buat modal menghempuk. Dekat dengan pintu supaya lepas hempuk dengan TV nanti senang sikit aku nak lari. Hahahaha. Tiba-tiba dia datang kat sebelah aku dan duduk. Tak penah kami duduk rapat macam ni. Eh, apsal tiba-tiba aku rasa berdebar semacam je nih?

Dia : Let's take a look at the photos!
Aku : Yeah that's the main reason why we're here anyway bhaahahabhaahaaha...







Serentak itu kami berpandangan. Alamak, aku tersalah cakap ke? Matilahhh. Keadaan menjadi sunyi seketika dan kedengaran hanyalah bunyi kipas siling yang berputar laju. Bunyi katak yang menyanyi-nyanyi di luar tingkap juga tak kurang hebatnya menambahkan lagi sound effect pada malam tu. Nampaknya dia masih lagi melihat aku tanpa pandangan yang berkedip. Aku mula rasakan sesuatu yang tak kena bila tiba-tiba dia tersenyum nipis. Debaran aku semakin memuncak bila dia memuncungkan mulut sambil merapati aku.

OMG! OMG! This.....cannot.....be!!! Kenot!!!! Oh tidakkk!!!! EH EH! EHHHH!!!

Dengan tak semena-mena aku ter-off balance dan jatuh dari katil. Gedebukk!!!!! Macam nangka busuk. Kahkahkah. Waktu ni plan aku nak hempuk dia dengan TV hilang entah ke mana sebab bila panik satu apa pun tak ingat. Tapi belum sempat aku buat apa-apa tiba-tiba bahu aku dicuit.

Dia : Hey!
Aku : Yeeaaa...??!!
Dia : Are you okay? Look like your mind drifted off somewhere
Aku : I'm okokkokayy!

Cis! Mengelamun rupanya. Lama sungguh aku berkhayal sampai tak sedar rupanya dah lama kami berdiri di depan guesthouse (ciss!! kompem korang pun rasa nak hempuk-hempuk kompiter sekarang. hahahaha)

Dia : Shall we?
Aku : Ermm...can we just sit there?

Kata aku yang lagaknya seperti memberi arahan sambil jari menunjuk ke arah lobi guesthouse.

Dia : Sure no problem

Dia menurut tanpa membantah apatah lagi menyoal. Sewaktu melangkah masuk ke dalam lobi ada seorang receptionist sedang bertugas. Sebuah kerusi panjang yang menghadap ke luar guesthouse menjadi pilihan kami untuk bersantai. Sambil melihat gambar dari skrin kamera yang kecik, kami berborak tentang perancangan selepas balik dari bercuti. Dia bercadang untuk menyambung master dan aku seperti biasa kembali kepada rutin yang membosankan. Sambil rancak bercerita tiba-tiba tumpuan dia teralih pada sekeping gambar.


Dia : This! (sambil merujuk gambar di atas)
Aku : Hahaha. Don't ask!
Dia : I want to know why you take this photo (gelak)
Aku : Well, I don't have reason for that pffpffttptt!!
Dia : I saw what you did actually (sengih)
Aku : You saw what??? (adoyaiiii!!)
Dia : (cuba melakonkan apa yang dia nampak)

Dang! Memang apa yang dia nampak tu betul. Aku masukkan air kosong dalam ni, goncong, minum dan lepas tu amik gambar #$&^^!*. Sumpah tak tau nak sorok muka kat mana waktu ni. Yang sebenarnya alasan aku campur air kosong dalam yogurt drink tu sebab takut kena potong kaki (read : manis yakmatsss).

Aku pandang dia. Cuba menduga sesuatu. 

Aku : So you did a lot of watching huh?
Dia : (senyum)
Aku : I didn't expect someone to see that but....so you've been watching me all they way??
Dia : (angguk)
Aku : Since when? 
Dia : Since then.....(senyum)

*petir*

Lidahku menjadi kelu. Apa yang berlaku selepas tu dan seterusnya tak perlulah aku ceritakan pffftpfftpfffttt!! 

Tak dinafikan yang kami saling tertarik di antara satu sama lain tapi banyak faktor yang perlu diambilkira (jarak salah satunya) jadi kami memilih untuk bersikap realistik dan terbuka. And since the future is very hard to predict so it's best for us to keep our relationship open.

Terutama sekali bagi aku sebab pengalaman lepas masih belum pergi sepenuhnya dan begitu juga dengan dia. Aku bertemu dia sewaktu hati aku betul-betul parah, cuma dia lebih bernasib baik walaupun kisah kami lebih kurang sama.

Having crush during travel is normal. Deal with it. And just be realistic. People come, people go, but the only thing that stay is memories. That's what I always told myself every time I met new people on the road. Tak kiralah sama ada lelaki ataupun perempuan. But there are some which I'd like to keep in touch and in this case...him :-)

I still remember the day when we first set eyes on each other. I thought it was going to be a Hi-Bye kind of thing but God has better plan for us. And because of that now we have something to remember about. Not just Siem Reap and the beautiful Angkor Wat but definitely the memory of this place and us.

Walaupun peristiwa ini sudah lama berlalu tapi kami masih lagi berhubung sampai sekarang. Perancangan untuk berjumpa memang ada cuma tak tahu bila. Yang pasti banyak kali dia tanya sebab dah banyak kali aku cakap nak turun EU tapi asiklah terbabas ke tempat lain. So Air Asia, fly me to Germany please? :-P

Anyway, terima kasih sebab setia menunggu siri akhir travelog Siem Reap. Dari tahun 2011 aku cuba habiskan sampai semua orang naik fedap tapi akhirnya tahun ni barulah tercapai (aminnnn). Kiranya lepas ni kurang sikitlah senarai entry tertunggak aku. Lol :)))))

Ada yang kata pesen aku menaip kali ni macam novel (yeke?). Sejujurnya aku langsung tak baca novel apatah lagi cerita cintan cintun (aku cuma baca LP je). Jadinya aku main agak-agak asalkan benda yang aku tulis tu datang ikhlas dari hati. Kalau ikutkan cerita ni menyimpang habis dari standard travelog biasa tapi disebabkan pengalaman yang aku lalui di Siem Reap agak berbeza dari kebanyakan cerita Siem Reap yang selalu yang kita baca, jadi sebab itulah aku menaip.

Apapun siri travelog Malaysia-Thailand-Cambodia ini masih belum lagi habis sepenuhnya sebab lepas ni aku nak sambung cerita ke Ayutthaya. So stay tuned!


bersambung....
.

Read more...

The Overland : Siem Reap (Part 11)

December 25, 2012

Berjela pulak cerita ni. Bertabahlah.

Sambungan dari Episod 10.

Kami beredar dari Angkor Night Market sebab banyak premis sudah mula ditutup. Berbeza halnya di pub street yang masih meriah dengan bunyi muzik yang berdentam-dentum dan manusia yang tak reti nak tido.

Aku : So where are we going now?

Aku mula mati kutu sebab taktau nak buat apa. Lagipun bukan ada apa tengah-tengah malam ni kat pekan koboi Siem Reap. Aku memang tak gemar nak panjangkan langkah ke pub street yang serabut dengan asap rokok, orang mabuk kiri kanan, hooker yang bersidai kat tepi jalan, lampu liplap liplap, pastu dengan muzik bingit yang sampai nak bercakap pun terpaksa pekik macamlah jauh sebatu walhal duduk sebelah-menyebelah.

Dia : I want to show you some photos from my camera
Aku : Haaa...that's a good idea because I bring mine too

Semalam kami janji nak bawak kamera masing-masing konon nak tengok gambar sama-sama. Aah, yelah tuuuu....

Dia : Do you have a laptop?
Aku : A laptop? Err...why we need a laptop anyway?
Dia : For slideshow
Aku : Slideshow? (blur)
Dia : Slideshow for photos...!
Aku : Aah yeeaaaa...??!! (slow poke) Sounds cool but....I didn't bring my laptop. Sorry!
Dia : Nevermind. We can view it from camera although the screen is small
Aku : Wokay!
Dia : Well let's find a place to sit
Aku : How about the place we went yesterday?
Dia : Pub street? Naah, I don't think so
Aku : Oh sorry I forgot! But do you have any other place to suggest?

Nampaknya dia masih paranoid dengan hooker semalam

Dia : Ermm...how about my room?

*petir. kilat sabung-menyabung*
Tiba-tiba rasa nak lempang muka sendiri. Betul ke apa yang aku dengar ni? My room?? Eh, his room?? 

Aku : Your room??
Dia : Yeah but it's a little bit messy. I hope you don't mind

*petir*
Aku tak kisah bilik ko macam kapal karam ke macam tongkang pecah sebab aku cuma kisah ape yang ko nak buat

Serentak itu aku berenti. Jantung aku berdegup. Kencang. Dupdap dupdap dupdap. Aku yakin apa yang aku dengar tadi bukanlah mimpi.

Eh, bawah tu kan ada kerusi? Boleh je lepak-lepak kat situ
Eh, ke dia ada agenda lain? Takkan dia nak....iskk, takkan lah!
Eh, bukan haritu dia penah cakap dalam bilik dia ada katil extra ke? 
Eh takleh jadi ni! Takleh! 
Eh berapa banyak EH daaa!!
Eh, janganlah tenung macam ni. Malu ai! Tapi mata awak memang cantiklah #tetiba

Aku hilang fokus bila tiba-tiba dia berdiri di hadapan aku. Cantiknya mata dia. Selama ni aku tak perasan pulak yang anak mata dia kaler hijau.


Aku : Hjahavajahavahajahajahaajhaa (gelak bersepah)
Dia : How about your room?

*petir*
Aik, apasal tukar bilik aku pulakkkkk????

Aku : I had housekeeping today so I guess my room is better than yours!

Kami : Hvajajahalalajlhajajajahahjahajjhaa (gelak sepah berduet)

Eh apa yang aku merapik ni? Oh tak boleh! Tak boleh! No! No! No! Walaupun wajahmu suci dalam debu tapi aku tetap rasa was-was. Chop! Adakah sebab tonik ular tu dia rasa *batuk-batuk*horny? Atau sebab replika kayu tu buat dia rasa *batuk-batuk* horny? Takkan sebab berpayung bawah hujan haritu buat dia rasa *batuk-batuk* horny?

Arghhh vavvviiiviviivivilaaahhhhpppftttffftpppptt!!!!!








bersambung.....

ps : sori siaran tergendala. sementara menunggu sambungannya boleh baca ramalan episod akhir di petak komen
:-)
.

Read more...

Tanah Jawa : Semarang (Part 10)

December 23, 2012

Episod akhir. Sambungan dari Episod 9.


Hari Keempat : 18 September 2012

Hari yang baru dan juga hari terakhir kami di Tanah Jawa. Kami bangun pagi semata-mata nak makan sarapan dan balik semula ke bilik dan tumbang. Sarapan di Quest Hotel agak lumayan dan memuaskan hati. Yang pasti perut aku dapat bertahan sampai ke petang.

Selepas check-out kami ada masa lebih kurang 4jam untuk meninjau sekitar pekan Semarang sebelum bertolak ke airport. Sebenarnya takde apa yang menarik di sini kerana Semarang lebih terkenal sebagai jumping point ke Pulau Karimunjawa. Di antara tempat-tempat yang menarik di sekitar Semarang ialah Lawang Sewu, Kota Lama, Gereja Blenduk dan Masjid Agung yang terkenal dengan menara tinjaunya (sky tower). Disebabkan populasi entnik Cina yang besar di Semarang maka banyak tokong telah dibina. Sam Poo Kong (Gedung Batu) dan Tak Kak Sie adalah contoh tokong-tokong yang terkenal di Semarang. Difahamkan bahawa Sam Poo Kong dibina semasa kedatangan Laksamana Cheng Ho yang juga terkenal dalam hikayat sejarah Tanah Melayu.

Oleh kerana lokasi Quest Hotel yang terletak di tengah-tengah pusat bandar jadi agak mudah bagi kami untuk ke mana-mana dengan berjalan kaki. Dengan masa yang agak terhad kami terpaksa memilih lokasi wisata yang berdekatan iaitu Kota Lama dan Gereja Blenduk. Untuk sampai ke sana kami harus melalui Pasar Johar.

Seperti kebanyakan pasar di Malaysia, peniaga-peniaga di Pasar Johar menjual barangan kegunaan harian seperti bahan mentah, sayur-sayuran dan buah-buahan. Terdapat juga seksyen yang menjual barangan keperluan lain seperti perkakasan rumah dan peralatan elektrik. Bagi yang sedang mencari periuk nasi portable bolehlah mencari di tingkat atas Pasar Johar sebab harga di sini jauh lebih murah berbanding yang dijual di Malaysia.

*di sini harganya Rp120,000 (lebih kurang RM40) sedangkan di Malaysia mencecah RM150 sebuah!

membaca itu jambatan ilmu
kebanyakan peniaga di Pasar Johar terdiri daripada kaum wanita
beca masih lagi popular di Semarang
Setelah berpuas hati dengan hasil tangkap kami pun menuju ke Kota Lama yang cuma sepelaung jaraknya. Kota Lama juga dikenali sebagai Outstadt merupakan tinggalan kerajaan Belanda pada abad ke-19 iaitu sewaktu era penjajahan Belanda. Ia terletak di Jalan Leftenan Jeneral Suprapto yang juga merupakan lokasi Gereja Blenduk.

Kota Lama juga diberi gelaran "Little Netherlands" kerana di sinilah letaknya lokasi bangunan-bangunan kolonial Belanda walaupun jumlahnya tidaklah banyak. Pada pemerhatian aku tempat ini sepertinya sudah nyawa-nyawa ikan. Agak sayang kalau bangunan bersejarah ini tidak dijaga atau sekurang-kurangnya diberi nafas baru (di cat) untuk menonjolkan kecantikannya.

Aku jugak perhatikan yang beca masih menjadi pengangkutan yang popular di Semarang walaupun terpaksa bersaing dengan angkot, bas dan teksi. Masih ramai yang memerlukan khidmat beca untuk ke sana-sini dan ini menunjukkan bahawa perkhidmatan beca masih diperlukan. Aku rasa orang yang mengayuh beca memang cekal. Walaupun terpaksa mengayuh jauh dan membawa penumpang yang berlainan muatan, mereka tak berputus asa untuk terus bekerja dan mencari rezeki.

kenderaan beroda tiga ini belum lapuk ditelan zaman walaupun terpaksa bersaing dengan angkot, bas dan teksi
kenderaan angkot juga popular di Indonesia 
basikal tua
Di hujung Jalan Leftenan Jeneral Suprapto ini letaknya Gereja Blenduk yang menjadi bukti pengaruh agama Kristian di Semarang. Bangunan ini telah dibina pada tahun 1753 dan masih kekal sehingga sekarang. Sebenarnya Jalan Leftenan Jeneral Suprapto tidaklah sepanjang yang disangkakan jadi jangan meletak harapan yang terlalu tinggi dan membayangkan kawasan ini seperti di Melaka.

Gereja Blenduk

Dari sini kami berjalan menuju ke pejabat pos yang terletak di Jalan Pemuda. Apa lagi kalau bukan untuk menghantar poskad. Aku tak pasti sama ada aku yang terlepas pandang tapi aku langsung tak jumpa kedai yang menjual poskad. Disebabkan itu aku terpaksa berpuas hati dengan pilihan yang ada walaupun gambarnya tersangatlah buruk. Tak keterlaluan kalau aku cakap yang gambar aku amik lagi cantik kalau dibuat poskad. Aku tak bermaksud nak perasan bagus tapi aku cuma bandingkan di antara yang buruk dan lebih buruk. Aku sedar gambar-gambar yang aku amik memang buruk pun. Huhuhu

Sekeping poskad dari Semarang ke Malaysia memerlukan setem Rp5,000. Harga poskad aku dah lupa tapi rasa-rasanya Rp1,500 - Rp2,000 sekeping dan poskad ini aku beli di pejabat pos.

Oleh kerana masih ada sejam sebelum berangkat ke airport jadi kami amik teksi ke Lawang Sewu yang terletak di hadapan bulatan Tugu Muda. Lagi sekali jangan terlalu meletak harapan yang terlalu tinggi sebab takut nanti kecewa. Kunjungan ke sini akan lebih bermakna dengan khidmat tour guide sebab bangunan ini menyimpan banyak sejarah kerana pada suatu ketika dulu ia pernah digunakan sebagai sebuah stesen keretapi dan penjara. Tanpa tour guide, tempat ini tak lebih dari sekadar bangunan usang yang banyak pintu, tiang dan tingkap yang menggerunkan. 


Lawang Sewu adalah perkataan Jawa yang bermaksud 1000 pintu (perkataan "lawang" dalam bahasa Banjar/Kulaan juga bermaksud pintu). Aku tak kira sama ada betul pintu 1000 tapi secara kasarnya boleh nampak pintunya banyak. Bangunan ini siap dibina pada tahun 1919 dan dahulunya merupakan sebuah stesen keretapi sewaktu pemerintahan Belanda. Buktinya dapat dilihat pada gerabak keretapi yang diletakkan di perkarangan Lawang Sewu. Namun begitu bangunan ini telah diambil alih oleh tentera Jepun sewaktu pemerintahan mereka dan telah menukar fungsi bangunan ini kepada penjara. Sewaktu tentera Belanda menawan kembali Semarang, mereka telah merampas semula bangunan ini dan mengorek terowong rahsia dari salah satu bangunan menuju ke tengah kota.


Suasana di sekitar bangunan Lawang Sewu agak sunyi dan menakutkan. Ini kerana ia pernah digunakan sebagai penjara dan bangunan ini juga telah menyaksikan banyak nyawa yang terkorban. Menurut penduduk setempat, bangunan ini menyimpan kejadian aneh dan misteri yang tidak boleh diterjemah dalam bentuk sains. Kami sempat naik ke bahagian atas tapi tak berani nak merayau sesuka hati sebab tak ramai pengunjung pada waktu tu. Perasaan yang sama aku rasakan sewaktu meninjau-ninjau penjara Toul Sleng (S21) yang dahulunya merupakan bangunan sekolah yang telah diubahsuai untuk menyeksa rakyat Kemboja.

Lawang Sewu
a long narrow corridor that look spooky 

Dari Lawang Sewu kami ke deretan kedai berhampiran untuk mencari kalau-kalau ada souvenir yang boleh di bawa balik tapi setelah puas menyelam kami hanya terjumpa sebuah kedai t-shirt. Pilihannya terhad dan harganya jugak sedikit mahal jadi kami skip jelah. Sementara menahan teksi untuk balik ke hotel kami ternampak signboard ini. Aku rasa advertisement ni agak overst, seolah-olah pegi ke Mekah tu macam pegi berjalan-jalan ke Eqypt contohnya. Wah Eqypt, aku nak pegi Eqypt ke tahun depan? :-)

tak sangka rupanya aku ada bisnes kat cni :-P

Sampai saja di hotel kami amik beg dan sewa MPV kepunyaan hotel untuk ke airport. Tambang ke airport cuma Rp40,000 dan perjalanan memakan masa lebih kurang 25 minit termasuk macet. Jangan lupa simpan sedikit cash di tangan untuk bayar airport tax Rp100,000 (antarabangsa) dan Rp30,000 (domestik). Penerbangan dari Achmad Yani Airport Semarang ke LCCT berjalan dengan lancar dan alhamdulillah kami selamat tiba di bumi Malaysia 2jam kemudian. 

Dengan ini tamatlah travelog Tanah Jawa (Ijen-Bromo-Semarang) dan terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca rapikan aku yang berjela-jela. lol :-)
.

Read more...

  © Copyright Since 2010 | Backpacker Busuk

Back to TOP