The Overland : So I Go Back To Where I Started

January 02, 2013

Nampaknya aku tak sempat nak habiskan episod ni sebelum hujung tahun. Ah tak kisahlah janji yang penting ini adalah episod yang terakhir dan lepas ni aku nak tulis special entry untuk tahun 2012. Header tahun ni amacam? Ok kan macho sikit.

Sambungan dari episod sebelumnya.


Day 13 : 25 May 2011

Setelah 13 hari berkelana di bumi asing akhirnya hari ini aku akan menamatkan perjalanan dan pulang ke Malaysia. Keretapi dari Bangkok ke Butterworth akan bertolak pada jam 2.45ptg jadi aku bangun lebih awal pagi ni. Malam tadi alhamdulillah aku dapat tido dengan nyenyak sebab hantu megi dah pun check-out sejak dari semalam.

Lebih kurang jam 8.30pg iaitu selepas memulangkan basikal, aku berjalan meninggalkan Tony's Place menuju ke jeti yang jaraknya cuma sekangkang dinosour. Pada waktu ini aku perhatikan suasana pagi di pekan Ayutthaya mulai sibuk dengan aktiviti perniagaan kerana ada pasar basah di kawasan berhampiran.

pakaian seragam sekolah bagi pelajar lelaki di Thailand
mini tuktuk


Kalau haritu aku naik tuktuk dari stesen keretapi ke guesthouse tapi kali ni aku merasa naik feri. Perkhidmatan feri yang berulang-alik di hadapan Stesen Keretapi Ayutthaya ke seberang beroperasi di antara jam 5.30pg - 6ptg dengan kadar tambang THB4/40sen untuk perjalanan sehala. Murah kan? Sesuai dengan tambangnya maka jarak yang ditempuh oleh feri (atau lebih sesuai disebut sebagai bot penambang) agak dekat dan tak sampai 5 minit. Cepat gila!

jeti feri untuk ke seberang, murah je 40sen
ada sang bedal ke dalam sungai ni? wallahualam
Selamat sampai di seberang aku pun melintas jalan untuk ke stesen keretapi. Waktu ini keretapi ke Bangkok belum tiba jadi sempatlah aku beratur membeli tiket. Sebenarnya tak perlu risau kalau tertinggal keretapi sebab trip ke Bangkok memang banyak tapi oleh kerana aku nak balik ke Malaysia jadi aku tak boleh berlengah.

Stesen Keretapi Ayutthaya
3rd class coach dari Ayutthaya ke Bangkok, THB15/RM1.50
Aku tak tau kenapa tiket balik lebih murah 50sen dari tiket pegi. Ah tak kisahlah, janji aku tak bayar lebih untuk ke Bangkok. Tak lama menunggu tiba-tiba seorang pegawai menyuruh semua orang pergi ke seberang landasan sebab keretapi ke Bangkok akan tiba di platform luar. Tanpa banyak soal aku mengikut saja orang ramai melintas dan itulah kali pertama dalam hidup aku melintasi landasan keretapi #jakun 

yay keretapi dah sampai!
Oleh kerana harga tiket cuma THB15/RM1.50 maka tempat duduk yang layak bagi aku ialah di gerabak kelas ketiga. Walaupun ramai orang di gerabak ini tapi masih banyak tempat duduk yang kosong jadi aku pun memilih kerusi di sebelah tingkap. Sepanjang perjalanan yang memakan masa selama 1jam 30minit aku manfaatkan sebaik mungkin dengan tido yang berkualiti sebab takde apa yang menarik untuk dibuat atau dilihat.

Aku tiba di Stesen Keretapi Hualompong tepat seperti waktu yang tertera pada tiket (syukur alhamdulillah tak delay) tapi oleh kerana masa masih berbaki lagi 4jam jadi aku ke MBK Center untuk makan tengahari. Menu aku pada haritu agak mewah dari segi harga tapi disebabkan rasanya yang boleh tahan jadi aku takde sebab nak komplin. Aku kembali semula ke stesen keretapi tepat jam 2ptg, terus ke surau yang terletak di tingkat atas dan setelah selesai aku pun menuju ke platform.


Aku tekun menunggu di platform 5 sehinggalah semua penumpang dibenarkan masuk ke dalam perut keretapi. Masa ni hati aku rasa sedih bila mengenangkan yang perjalanan ini sudah sampai ke penghujungnya. Kalau bukan kerana tiket keretapi balik yang dibeli secara advance sewaktu mula-mula sampai di Bangkok seminggu yang lepas, mungkin sekarang aku tengah berjimba-jimba di Phnom Penh. Hahaha

Oh ye, bercakap pasal Phnom Penh, sebenarnya sebaik saja sampai di Ayutthaya aku ada terima email dari dia. Katanya dia selamat di Phnom Penh cuma tempat tu agak membosankan (ye awak, saya tau awak bosan sebab saya takde kan?) dan dia langsung tak ke Killing Field (as expected) kecuali berjalan-jalan di dalam pekan (saya harap bila awak nampak toootttt dan toooottt awak akan teringatkan saya....hahaha matilahhh). Aku pula secara saiko bagitau yang Ayutthaya sangat best dan dia rugi besar sebab tak ikut sama. Dan nampaknya taktik aku berkesan. Hahahaha

tiket keretapi dari Bangkok ke Butterworth, upper berth sleeper THB1,120/RM112
kerusi pada waktu siang
bertukar menjadi katil pada waktu malam

Perjalanan dari Bangkok ke Butterworth memakan masa selama sehari suntuk dan aku selamat tiba di stesen keretapi Butterworth pada keesokan harinya. Pada pendapat peribadi aku, upper berth sleeper dalam coach keretapi ini sangatlah selesa dan aku langsung tak mengalami peristiwa terhantuk atau tergolek macam apa yang mungkin dibayangkan oleh sesetengah orang. Cumanya upper berth tu lebih sesuai untuk orang yang bertubuh kecik dan tidak terlalu tinggi or otherwise mungkin kurang selesa.

alhamdulillah dah sampai kampung
Sebenarnya aku sendiri pun tak sangka yang aku akan pergi sejauh ini sebab aku hampir-hampir balik pada hari terakhir di Hadyai tapi takdir Tuhan telah membawa aku pergi sehingga ke Siem Reap. Dalam keadaan teragak-agak untuk meneruskan perjalanan ataupun berpatah semula aku telah berjaya melawan kata hati yang tak yakin akan kemampuan sendiri. Kalau dibiarkan semangat ini terus patah mungkin akulah manusia yang paling bodoh sebab mengaku gagal sebelum mencuba.

Pada aku perjalanan ini bukanlah semata-mata untuk melihat sesuatu yang baru tapi lebih kepada pencarian spiritual, waktu untuk aku menemukan apa yang dicari-cari selama ini dan yang paling penting ialah siapa diri aku selepas itu. Secara ringkas ia dipanggil sebagai "soul searcher". Memang benar pencarian aku masih belum berakhir dan tidak akan berakhir. Tapi apa yang aku dapat daripada perjalanan-perjalanan ini sedikit sebanyak telah merubah cara aku berfikir, menilai dan yang paling penting ia telah menjadikan aku seorang manusia yang lebih tabah. 

Semua orang mampu untuk travel secara solo jika ada kemahuan tapi yang membezakan setiap orang adalah apa yang mereka cari dan niat sebenar mereka. Ia bukanlah sesuatu yang patut dibangga-banggakan ataupun dibuktikan sebab tiada apa yang perlu dibuktikan kerana di luar sana ramai lagi orang yang pada waktu ini sedang bergelut dengan kehidupan secara bersendirian walau pada hakikatnya mereka tidak travel. 

Oklah sebelum aku tamatkan entry, aku nak ucapkan terima kasih kerana telah sudi meluangkan masa membaca catatan travelog The Overland yang sebanyak 30 episod. Peh 30!!! Aku pun terkejut sebab bila dah ending ni barulah aku kira. Mak oii ni dah boleh jilid jadi buku panduan telepon ppfftttt!!! Terima kasih jugak pada mereka yang menunggu selama setahun untuk sambungan episod Siem Reap. Hahahaha....gila tabah sungguh korang semua. Pat on your shoulder! :-)

TAMAT
.

28 comments:

Allan Harris January 2, 2013 at 6:47 PM  

yes!!! abis jgk... aku mmg follow blog ko.. two thumbs up!!

AjlaA January 2, 2013 at 7:04 PM  

yeay. honestly, travelog yg lain sy skip2 skit sebab nk kumpul2 baca sekali harung.

yang ni je lain macam. menanti2 setiap episod. eceh.

belum pernah travel pakai keretapi. hatta dalam malaysia pun. harus dicuba nnt insyALLAH

shah_rule January 2, 2013 at 7:40 PM  
This comment has been removed by the author.
shah_rule January 2, 2013 at 7:41 PM  

fatt adik aku bace blog ko ni..habisla nak ikut cara ko g SIEM REAP naik ketepi.. haha aku dah kasik die kire2 budget..mungkin nanti ak kasik die email ko biar die tnye terus kat ko la ek. haha ak je yg xdpt nak buat overland trip camni sbb takde mase dah.. dulu time nak gie railway plak naik banjir.jealous gile..!

jeri January 2, 2013 at 8:52 PM  

fatt... wahhhhh... thanks... bagi idea macam mana dari bangkok untuk balik ke malaysia...

jarimanis January 2, 2013 at 8:55 PM  

Salam perkenalan :-) really enjoy reading this blog dan byk info dan sentiasa sabar menunggu utk entry seterusnya :-)

abbazeef-wanderlust January 2, 2013 at 9:07 PM  

salam

fatt,

1. header ko tu kelas. nampak lebih laki dr pompuan! hahaha

2. akhirnya abes!!! yeay! hebak2! ntah bile lah aku nk g tmpt2 ni..hehe

tuje. bye. hahaha

Cik Ila January 2, 2013 at 11:05 PM  

cik fatt,

great storyline & useful info & exp yg you share.

semanagat utk meneruskan misi secara solo semakin membuak2 lepas baca entry2 you ni....

cme restu dari bapak den ni ha lom dapat2 lagi. try byk kali dah.
wish me luck yea! ;)

dzuchan January 2, 2013 at 11:44 PM  

aku suka saying yg kat bawah tu...betul..
pendapat aku, org travel solo ni macam nak cuba berada di luar comfort zone, merasai kesusahan org lain (cm naik public, tido hotel murah dll)
which sometimes can be an eye opener dan sebab kenapa kita harus bersyukur lebih dari org lain. gitulah..

aku belum try, so tak berani nak komen lebih2 hehe. hopefully akan ada kesempatan itu

btw, tahniah kerana berjaya mengabiskan telenovela ni :-)

Orga January 3, 2013 at 12:08 AM  

tudia fatt, 30 episod, citer adam hawa pun boleh kalah camni. depa ni takde safetylah,ada pulok suruh cross rail ketapi, bahaya tuh...nway, tahniah sebab post ni tamat dengan jayanya!

Fatt January 3, 2013 at 12:14 AM  

allan,
habis jgk ye *lap peluh*
terima kasih krn membaca blog aku yg tk seberapa ni :)



ajlaa,
ni mesti menanti kat cerita abe g letewww...hehehe sabor jelah :P

tryle naik ketapi..best..lagi2 yg sleepers!



shahrule,
adik ko??? adik ko laki ke pompuan? suh adik ko khatam blog aku..kekeke..citer telenovela suh dia skip! haha..ko bagi dia bajet brp? aku bwk 500 ke 700 ritu aku dah lupe..itu tmsuk sume ketapi,tmpt tido bagai..ha suruh dia bwk payung/baju ujan sbb kalau ujan kat angkor wat tu senang



jeri,
sy guna kenderaan darat 100% utk trip ni. wlpun ada bas dari Bkk ke Hadyai dan masuk ke Msia...i'd still suggest u naik ketapi sbb best



jarimanis,
salam perkenalan...sy penah tgk skrip ni dulu mgkin cik tak perasan tapi sy perasan..kekekeke



abbaz,
wsalam,
aku mmg saje buh header gini senang takyah tepek gmbr..tu style tahun lepas...kekeke
klu ko takde plan dgn wife ko tahun ni lagi then pegi la..



cik ila,
good on u..make extra homework sblm mulakan first trip...apapun tunggu sampai dapat greenlight..klu pegi camtu je nti jadi apa2 susah..goodluck ok :)



dzuchan,
bleh wat kenduri pulut kuning..yey! lega siot aku dah habis travelog ni..rasa ringan skit beban kat bahu..peh. yup betul, travel backpacking ni ialah cara utk keluar dr comfort zone dan go extra miles..could be hard way tapi pglmn tu yg mahal. berbaloi sbnrnya. ada rezeki ko cuba la..klu tak pun nanti dah tawen bleh ajak hb ko travel sama2 :)



orga,
kan...30, bukan 3. huhuhu...tobat aku. aku seriau jgk time crossing tu tapi aku rasa dorg dah prepare siap2 dan dah well versed ttg operations & so on...bila lagi hg nak bwk wife pi sini? tryla!

Norhaidatul Azian Tajul Ariffin January 3, 2013 at 2:10 AM  

hoye habis!
(mesti lega ko kan fatt sebab dah kurangkan entry tertunggak ko dlm draft tu)

"Semua orang mampu untuk travel secara solo jika ada kemahuan tapi yang membezakan setiap orang adalah apa yang mereka cari dan niat sebenar mereka. Ia bukanlah sesuatu yang patut dibangga-banggakan ataupun dibuktikan sebab tiada apa yang perlu dibuktikan kerana di luar sana ramai lagi orang yang pada waktu ini sedang bergelut dengan kehidupan secara bersendirian walau hakikatnya mereka tidak travel" - ayat ni terbaik...! kudos!

masih hari2 membuka 'kitab' ko ni fatt utk persediaan solo travel aku yang aku habaq mai dalam komen lepas..

~Beb~ January 3, 2013 at 3:12 AM  

kerdilnye aku fatt. (pdhal lebar meroyan!)aku tak penah tau ade tren dr bkk ke bttrworth. gulp!

Nina Hamdan January 3, 2013 at 5:25 AM  

Best.. best.. Note last tu sangat bermakna..
Bila start tulis pasal trip sendiri rasa macam "Ramai lagi yang hebat dari aku. pergi travel solo.. pergi travel negara aku tak pernah jejak"

Tapi setiap apa yang kita lakukan adalah niat.. Mungkin dengan cerita kita dapat membantu mereka yang memerlukan.. Dapat membantu mereka prepare agar tak mengalami perkara buruk yg kita hadapi.. rite.. heheh

Terpanjang le pula comment.. huhuhu

Ms. Z January 3, 2013 at 8:54 AM  

thanks for sharing your precious experience (rasa mcm dibawa berjalan jalan bila baca blog ni heheh)

farrah January 3, 2013 at 8:54 AM  

Itulah, habis jugak. Tapi betul la, everytime baca mesti rasa nak juga cuba berada di luar comfort zone sendiri (tapi persoalannya, comfortkah sekarang? hah!)

Congrats dah habiskan!

Biqque January 3, 2013 at 9:45 AM  

sungguh ilmiah penutup ko kali ni, i loike. sesungguhnyer, cepat2lah berdua agar dalam perjalanan ko nanti, takde la ko duk tepi tingkap memandang luarrrrrrrrrr je ye. sekian, terima kasih.

Mya January 3, 2013 at 10:30 AM  

yer ai memang tabah hehe..
tak sabar nak baca travelogue lain lepas ni :)

Mami Illysha & Iris January 3, 2013 at 11:57 AM  

Yeay!! Akhirnya!

Rasanya tahun ni gi Jerman kan? kan? kan? *wink*

nash January 3, 2013 at 2:08 PM  

sungguh mendalam kate2 akhir mu itu Fatt , haha ;)

ceklala January 3, 2013 at 4:58 PM  

best giler ur experience! i wish dapat jadi cam u..travel solo =)

Bibu Wilda January 3, 2013 at 5:18 PM  

tahniah!abis chapter..mmg akk rasa cam dah ikut travel sama hehehe..teruskan menulis!!

Fatt January 3, 2013 at 7:10 PM  

norhaidatul,
lega skit tapi mcm tak habis2 je sbb pjg jgk senarai aku tu..kikikiki

aku hrp takde org yg sirap bila aku tulis ayat camtu. sbb aku agak sedih bila tgk segelintir org yg mendabik diri utk buktikan sesuatu.

teruskan menggali "kitab" ini..hehe..aku hrp planning ko smooth, insya Allah



beb,
ada la..hang baru kuaq dari gua ka? hahaha. klu nak tau..klu hg naik ketapi dr mesia ni, hang boleh sampai ke london tu ha..not 100% ketapi but almost 80%



nina,
wlpun kita pegi tmpt yg sama tapi pglmn kita sume lain2. tulis je apa yg kita nak tulis, asalkan apa yg kita tulis tu dtg ikhlas dari hati. bkn utk mengharapkan sesiapa baca tapi utk memori kita. kdg2 ada org yg gugel cari info tiba2 sesat ke blog kita. pastu dia dpt info dr apa yg kita kongsi..secara tak lgsung kita dah bantu dia.

apapun, niat tu kena betul. insya Allah lain2 Dia yg uruskan :)



ms.z,
tq for reading. im glad u enjoy the journey :)



farrah,
u'll never know how far u can go until u make the first move. go! go! go!



biq,
dah makin tua ni dia menulis pun mcm org tua skit..tak lama lagi aku bleh jadi mcm a.samad said :P

cecepatlah berdua? hurm..ko tau kan aku ni camne..cepat excited dan cepat bosan. susah tuh...



mya,
any rekues next travelog? :)



mami illysha,
huyohh...jap saya rompak bank!



nash,
ye..makan dalammmm hehehe :P



ceklala,
semua org boleh kalau ada kemahuan :)



bibu,
hehe..baik kak. jap sy tgh pilih nak sambung cerita apa...tgh keliru ni..tskk

jeri January 4, 2013 at 5:56 PM  

fatt... nak mintak pendapat nie prefer nak pergi Bangkok dahulu ke kemudian pergi ke Koh Tao..? atau Pergi Koh Tao dahulu dan kemudian masa perjalanan balik baru singgah ke bangkok and then take train to butterworth...

* aku sebenarnya tak leh g dengan crowded2 ni.. Tapi tak lengkap kalau pergi thailand tak ke bangkok.. huhu

Fatt January 4, 2013 at 8:11 PM  

jeri,

dulu aku penah pegi Koh Samui dari Bangkok (entry ni takde dlm blog sbb masa tu aku blom ada blog lagi). so aku rasa better ko shoot waktu balik sbb tak keliru dgn ketapi dr sana (Bangkok). klu ko dtg dr mesia ko kena stop kat Hadyai & amik land transport ke sana. both ways is ok cuma bergantung pd timing ko la..klu tak rushing pegi la waktu balik. klu pegi waktu balik, nanti lepas kuar dr island, ko kena naik land transport masuk ke Hadyai & terus ke Msia

aku sbnrnya tak suka Bangkok, aku rasa dr ko pegi Bangkok baiklah ko pegi Chiang Mai

just my 2cents

Irfa January 7, 2013 at 9:41 AM  

sesekali naik tren yg koc tempat tido mmg best.selalu jugak naik dr seremban ke kelantan koc tido ni tp masa bujang la.dah beranak pinak tak sesuai nanti ada yg komplen anak duk panjat turun naik tangga.huhu

Fatt January 9, 2013 at 6:11 AM  

irfam
hehehe...tergelak sy bab anak2 naik turun tangga. budak2 mmg gitu..tapi mula2 jelah kot..pastu mesti pening pale sbb koc ketapi yg bergerak2. sy suka naik koc yg ada sleepers ni..rasa mcm main pondok2 :)

Farhan Hanif@ Paan January 25, 2013 at 10:18 PM  

alhamdulillah habis.. enjoy & learn something from this blog.. baru je start bukak 2-3 ari ni, really awesome!

Post a Comment

Terima kasih!!

  © Copyright Since 2010 | Backpacker Busuk

Back to TOP