Umrah : Gambar-Gambar Pada Hari Ketujuh Di Bumi Mekah

January 15, 2013

Sambungan dari entry sebelumnya.


Hari Ketujuh : 20 Jun 2011

Hari ini adalah hari ketujuh kami berada di tanah suci. Selepas solat subuh kami pulang ke hotel dan semasa bersarapan kami telah diberitahu yang esok ada program ziarah luar. Untuk program esok kami akan dibawa melawat ke ladang unta dan selepas itu ke Masjid Hudaibiyah. Kata ustaz, kat Masjid Hudaibiyah nanti bolehlah kami berniat ihram dan melakukan ibadah umrah untuk kali yang ketiga. 

Sebenarnya sewaktu berada di tanah suci aku memang sentiasa dengan kamera dan disebabkan itulah maka banyak gambar yang aku rakam. Asalkan peluang muncul dan takde sesiapa yang memerhati (kecuali Dia) maka aku akan segera merakam. Jadi jangan terkejut kalau aku habis sampai 9Gb untuk 13 hari! Tapi itu bukan gambar semata-mata sebab ada jugak video. Bukan apa, tujuan aku buat macam ni sebab aku nak simpan seberapa banyak memori di sini. Kadang-kadang kita lupa, jadi bila tengok gambar barulah memori tempat tu akan flashback. So dalam entry ni aku just nak letak gambar sebab hari ketujuh kami tak buat apa kecuali berulang-alik ke masjid dan beribadat. Aku harap gambar-gambar ni boleh mengubat rindu sesiapa yang pernah ke tanah suci dan juga boleh memberi gambaran pada kawan-kawan yang belum pernah ke sana. Aku guna kamera compact Canon Ixus 100 IS so mungkin banyak gambar yang tak sharp. Apapun yang penting aku dapat berkongsi momen-momen di sini dengan semua.

#1 - jemaah membanjiri dataran Kaabah selepas solat subuh 
#2 - ruang solat di bawah dalam Masjidil Haram. kami selalu bersolat di sini sebab dingin
#3 - ruang solat berbumbung di hadapan Kaabah. kebiasaannya jemaah lelaki yang akan bersolat di sini
#4 - ruang solat perempuan yang terkepung (kiri) dan terpisah oleh koridor berhadapan dataran Kaabah 
#5 - inilah hasilnya kalau amik gambar sambil berjalan
Sebenarnya Masjidil Haram ini sangatlah besar dan gambar ruang-ruang solat yang aku tunjuk dalam ni cuma sebahagian je. Ada banyak lagi ruang-ruang solat yang boleh digunakan oleh jemaah lelaki dan perempuan terutama di tingkat bawah, tengah, tingkat satu dan bumbung. Semasa di sini aku tak penah naik ke bahagian bumbung Masjidil Haram. Kata sepupu aku, ruang bumbung tu cuma untuk jemaah lelaki dan ada polis yang bertugas. Aku pun terlupa nak mintak kat dia salinan gambar Masjidil Haram dari bumbung, mungkin dalam lain entry lah kot?

#6 - pukul 6.40pg di Masjidil Haram
#7 - menara yang kedua tertinggi di dunia ini terletak bersebelahan dengan Masjidil Haram
#8 - bangunan ini menarik perhatian aku setiap kali berulang-alik ke masjid 
#9 - unik sebab bingkai tingkapnya diperbuat daripada kayu
Selesai bersarapan kami terus ke bilik untuk menukar pakaian dan selepas itu keluar mencari buah tangan yang boleh dibawa pulang ke Malaysia. Kami meninjau-ninjau dari shopping mall yang terletak bersebelahan hotel ke kedai-kedai yang berbaris di sepanjang jalan. Aku sekadar menurut saja ke mana langkah semua ahli keluargaku memandangkan aku bukanlah seorang kaki shopping. 

Kebiasaanya orang pompuan suka bershopping beli itu ini tapi aku tak. Misalnya setiap kali raya mak dengan adik bongsuku yang paling sibuk tempah baju berhelai-helai sedangkan aku lebih selesa pakai baju yang lama. Aku pun tak kisah nak membeli dan kebanyakan baju aku semuanya t-shirt souvenir. Pendek kata selagi tak rosak selagi itulah aku akan pakai. Aku pelik sebenarnya tengok orang yang kuat melaram sebab aku tak rasa dalam rumah pun dia melaram, harap kat luar jelah kot. Ye tak?

#10 - shopping complex Pak Arab
#11 - kedai minyak attar yang famous
#12 - kedai karpet lah pulak
#13 - semua peniaga adalah dari kaum lelaki
#14 - kedai di luar shopping complex pun tak kurang hebatnya
#15 - ber ber? bukan Justin Bieber yang pastinya
Kalau nak tau, di sepanjang jalan Masjidil Haram ada banyak burung merpati. Alah macam kat Trafalgar Square zaman dulu kala tu! (wah gitu, ko London pun belum sampai). Setiap kali melepasi burung-burung ni aku agak ketakutan sikit, bukan takutkan burung tapi takut kalau-kalau burung tu terberak atas kain telekung. 

Ramai jugak jemaah yang bagi burung-burung ni makan. Sambil berjalan ke masjid atau balik dari masjid dorang akan berhenti untuk melayan burung-burung ni. Murah rezeki! Pemandangan ini adalah normal sebenarnya dan ia boleh dikatakan menarik sebab berdekatan dengan kawasan Masjidil Haram.

#16 - opocot! tetiba burung-burung ni terbang ke arah aku
(nampak tak kain sejadah kat sebelah kanan? ini angkara abah aku le saje pegi melibas)
Aku juga sempat merakamkan gambar seekor burung merpati di luar tingkap di tepi koridor hotel. Mungkin burung ini keletihan setelah terbang jauh dan berhenti sebentar untuk berehat. 

#17 - "bukan merak kayangan, tapi gagak di rimba" - ingatkah lagi lirik lagu ni? hehe :-P
#18 - bagaimanakah dunia dari kaca mata seekor burung?

Merenung ke luar jendela
Melihat kebesaraNya
Mensyukuri segala nikmat
Yang dikurniakan di dunia

Kau berikan ku kekuatan
Tuk berpegang pada jalan
Walau penuh dengan cabaran
Ku tahu ku adaMu Tuhan

Kerna Kau yang satu
Yang setia bersama ku
Dikala ku jatuh ku bangkit kernaMu
Ku tahu ku adaMu disisi ku selalu
Bantulah hambaMu mencari keredhaanMu

(AdaMu - Najwa Latif)

#19 - manusia berpusu-pusu ke masjid setiap waktu
Baru sekejap tadi lagu AdaMu ni keluar kat radio. Walaupun kurang suka dengan intonasi suara Najwa Latif yang menyepit, tapi lirik lagu ini berjaya membuatkan kelopak mata aku bergenang...ah tacing lah pulak!


bersambung....
.

22 comments:

Biqque January 15, 2013 at 9:14 AM  

subhanallahhhh...cantik betul dalam masjid tu kan. scene burung terbang ramai2 tu pun mcm kat europe :)

soalan: ko sorok2 camera kan? kata la if depa nampak, depa rampas tak?

musafir 28 January 15, 2013 at 9:29 AM  

burung2 merpati tu ada history dia...burung merpati ni mula2 ada sekor/dua ekor je (xigt) milik anak@keturunan Nabi (xingat jugak..tp ada kaitan dgn nabi la..)sbb tu dorg tak akan bunuh (buat lauk) burung2 ni..n slalu bg makan...sampai sekarang, burung2 ni membiak jadi banyak mcm sekarang...betul ke x cite ni wallahua'laam..

Fatt January 15, 2013 at 9:29 AM  

biq,
cantik..pandang tak jemu :)
aah aku sorok kamera tu dlm kain telekung..so far tak kantoi la..cuma ada sekali masa kat Bukit Marwah..tapi polis tu tunjuk jela..tak rampas pun..kekeke :P

jgn obvious sgtlah..kena underground skit

Fatt January 15, 2013 at 9:31 AM  

musafir,
mksdnya burung kat sekitar Masjidil Haram ke camne? menarik jgk cerita ni...tapi mmg banyak pun burung kat situ...mcm pesta, tapi dia tak berak merata pun :)

dzuchan January 15, 2013 at 9:44 AM  

fatt, gambo burung2 tu abah aku ada amik hehe..macam yg kt london tu,:-D

mak aku amik gambar2 guna kamera hp je, sekali hp tu hilang, tinggal la beberapa keping je..

architecture negara2 middle east ni memangla bole wat orang ternganga,kretip dari zaman dulu2

Laila January 15, 2013 at 10:12 AM  

gamba bangunan yg awak suka tengok tu ialah hotel Hilton

apie arbath January 15, 2013 at 12:26 PM  

Laluan antara hilton dgn albruj albait(zam zam hotel)...memang banyak burung merpati disitu.....oh ye fatt blakang hotel zam zam dgn hilton ni sudah banyak building yg telah dikosongkan dan sebahagiannya sudah pon diruntuhkan.....so laluan sini agak berdebu...berkemungkinan hotel hilton dan sebelahnya hotel dar altawhid(intercontinal hotel) bakal dirobohkan utk pembesaran masjidilharam....menara jam(zam zam hotel) yg bercantum dgn al safwa hotel status x dapat dipastikan kena runtuh ke x nnti...even istana raja atas bukit tu pon dengar kabar turut akan dirobohkan....wallahualam....

musafir 28 January 15, 2013 at 4:32 PM  

yup..burung sekitar masjidil haram ni...xigt sapa yg cite, rasenye mutawif..

Orga January 16, 2013 at 12:27 AM  

semoga aku dpt sampai sini, jadi tetamu Allah, in sha Allah..amin (nota kaki: tolong amin kan kat aku sekali hehe)

Leena RB January 16, 2013 at 9:41 AM  

unik..very rich in culture kan bangunan tu

m.u.l.a.n January 16, 2013 at 10:11 AM  

subhanallah... rindunya ke mekah/madinah...

Niza Zainal January 16, 2013 at 3:00 PM  

Suka gambar burung yang last tu. Ish.. bilalah nak sampai sini ya..

jarimanis January 16, 2013 at 3:09 PM  

sayunya bila lihat gambar-gambar ni..dah booking tiket ke sana sekali tahun ini syarat dah ketat perlu MAHRAM pergi bersama..huhuh..semoga Allah permudahkan jln utk aku ke sana. Terima kasih Fatt kongsi cerita ni..bertambah semangat ni..tak dpt tahun ni..In Shaa Allah tahun depan..Aminn :-)

Laila January 16, 2013 at 9:23 PM  

oo sebelum ni kalau kita takde mahram.. travel agent yg akan uruskan untuk kita....

Naramas Aman January 17, 2013 at 3:30 PM  

Terubat rindu.

Saya pernah solat di bumbung Masjidil Haram. Orang terlalu ramai. Tetapi seronok.

Yang menghairankan, walaupun banyak burung-burung merpati itu terbang di kawasan Masjdil Haram, tapi jemaah tak pernah terkena berak burung.

Zie Noorzail January 18, 2013 at 1:39 PM  

Rindu...nyer..utk repeat ke sana..bila nengokkan gegambar ni.

Zaridi January 22, 2013 at 9:29 AM  

tak sedar airmata menitis :(

gadisBunga™ January 23, 2013 at 12:08 AM  

gambo merpati terbang ko.

priceless!!

Fatt January 23, 2013 at 9:44 AM  

dzuchan,
ala sedihnya..camne bleh hilang hp? tapi mmg aku tgk kebanyakan jemaah yg senior ni amik gmbr pakai hp je..sempoi betoi.

tapi dzu, hotel2 ni mmg nak kena runtuh dah..sbb nak bagi luas lagi kwsn masjid. aku rasa time ko pegi nanti mgkin dah byk berubah (aminn..doakan utk ko ni)



azieazah,
gituuuu...



laila,
hilton ke...patutlah..mmg cantik. tq for info :)



apie,
suke ati je pak arab ni bina2 pastu roboh. duit byk takpe le. urban planning dorg tak konsisten la..klu ada master plan mgkin tak perlu bina-roboh byk kali



musafir,
nti sy tanya abah sy kot2 dia masih ingt..



orga,
aminnn...insya Allah..semoga hajat ko suami isteri dimakbulkan



leena rb,
yup, sbb kena sentuhan arkitek middle east



mulan,
saya pun sama kak..huhu



niza,
jom kita register haji!



jarimanis,
aku baru dpt tau pasal ni. dorg dah ketatkan rules. ikutkan mmg sepatutnya pegi sana kena ada mahram tapi entah camne kita boleh biar org takde mahram pun pegi. sabarlah, mgkin ada hikmahnya..mgkin nak tunggu awk pegi dgn suami :)



laila,
itu yg dulu, tapi skrg dah ketat. entah nape tetiba dorg ketatkan undang2



naramas,
itulah, kuasa Allah kan..burung2 tu tak berak pun...subhanallah

sy teringin nak pegi solat kat atas tapi tak berpeluang. bila lah dapat pegi lagi ni..



zie,
meh kita repeat kak..sy pun rindu nak ke sana bila tgk gmbr2 dlm simpanan



zaridi,
sy pun sering rasa mcm ni..lagi2 bila tengok gmbr kaabah



gb,
terima kaseh :)

zaza alis July 8, 2013 at 3:32 PM  

Syukur dah smpai sana,
Doakan 1 hr saya juga akan ke sana,
Insyallah!!

Nur-nba July 28, 2013 at 12:28 AM  

Cantiknya gambar2 ni.. Terubat rindu melihat gambar2 ni.

Post a Comment

Terima kasih!!

  © Copyright Since 2010 | Backpacker Busuk

Back to TOP