Umrah : Ladang Unta - Ziarah Luar Kota Mekah (Part 3)

January 22, 2013

Maaf dah lama tak update. Jom kita sambung travelog umrah dari episod sebelumnya.


Hari Kelapan : 21 Jun 2011

Solat subuh di Masjidil Haram sangatlah meriah dengan ribuan jemaah seperti solat Jumaat dan solat Aidil Firti di Malaysia. Namun dalam kemeriahannya pada pagi ini telah berlaku satu peristiwa yang tak boleh aku lupakan. Semasa solat subuh tadi aku dapat mendengar dengan jelas suara imam sedang menangis sewaktu mengalunkan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran. Walaupun dalam keadaan sebak tapi suara beliau tetap lunak dan menggamit perasaan. Aku cuba meneka maksud yang tersirat di sebalik surah yang dibacanya tapi apakan daya Bahasa Arab aku hanya cukup-cukup makan.

Aku ajukan soalan tersebut kepada Abah sewaktu kami berjalan balik dari masjid. Kata Abah, imam itu menangis sebab ayat Al-Quran yang dibacanya tadi menceritakan tentang peristiwa yang akan berlaku pada hari kiamat. Selepas mendengar penjelasan Abah aku pun berfikir. Siapalah aku kalau dibandingkan dengan imam tersebut, macam langit dan kerak bumi. Kalau beliau yang tinggi ilmu agama dan soleh pun takut, macam manalah aku yang tak seberapa ni nak berdepan dengan Allah?

Sewaktu sampai di hotel jam sudah menunjukkan pukul 6.30pg dan pada waktu ini langit sudah terang benderang. Seperti yang dijanjikan, hari ini kami akan dibawa berjalan-jalan dalam satu program ziarah luar. Maka selepas bersarapan rombongan kami pun bertolak dari hotel dengan menaiki sebuah bas persiaran. Setelah menempuh perjalanan selama 30 minit bas yang kami naiki berhenti di tepi jalan. Aku yang tengah sedap bersandar terus menjenguk ke luar tingkap. Dah sampai ke? Tapi macam takde apa pun kat luar ni kecuali padang pasir. Tiba-tiba aku ternampak kelibat beberapa ekor unta yang dikepung dalam satu kawasan. Mungkin ini kot ladang untanya!

#1 - sekumpulan unta di tengah padang pasir. barangkali yang putih ini lori air, wallahualam
#2 - ladang unta yang kami singgah

Ladang unta di Tanah Arab bukanlah seperti ladang ayam atau ladang ternakan haiwan yang biasa kita lihat di Malaysia. Memahami bahawa habitat haiwan ini yang tinggalnya di padang pasir maka di sinilah ladangnya! 

Aku segera mengikut jemaah lain keluar dari perut bas dan berjalan menuju ke ladang unta. Rasanya inilah kali pertama aku melihat unta secara dekat. Pada pendapat aku unta adalah haiwan yang comel dan mempunyai bulu mata yang lebat. Ia juga kelihatan sangat tinggi berbanding kuda, jinak dan suka mendekati manusia.

Aku juga sempat menyaksikan adegan perebutan susu di antara si pengembala dan anak unta. Kalau diperhatikan pada gambar dibawah, kelihatan ada tali yang mengikat pada badan si unta. Sebenarnya di bawah tali ini ada sejenis kantung yang digunakan untuk "menyorokkan" susu ibu daripada diminum oleh si anak. Jadi bila si pengembala ini cuba memerah susu, maka si anak akan datang dan cuba mencari peluang untuk meminum susu ibunya. Bila ditengok adegan ini aku merasa kesian pada si anak sebab tak mendapat haknya. Bila si pengembala memerah susu si ibu, maka si ibu akan mengerang kesakitan dan suaranya sangatlah menakutkan. Aku penah cerita dalam entry dulu pasal suara unta kan? Boleh tengok rakaman di bawah tapi sila abaikan suara latar di belakang.

#3 - pengembala dan anak unta sedang berebut susu

#4 - tak taulah mak lampir mana yang gelak dalam video ni

#5 - anak-anak unta yang comel

Sesungguhnya Allah SWT telah menciptakan unta dengan pelbagai jenis kebaikan. Selain menjadi medium pengangkutan yang membawa manusia dan mengangkut barangan, tahukah anda keistimewaan-keistimewaan lain yang terdapat pada unta?

Allah SWT telah berfirman, "Maka apakah mereka tidak memperhatikan unta, bagaimana ia diciptakan?" (Ayat 17, Surah Al-Ghasiyah).

Dalam ayat ini Allah SWT telah menyuruh manusia melihat pada kejadian unta. Haiwan ini merupakan bukti kekuasaan-Nya kerana ia bukan saja mampu bertahan dalam cuaca padang pasir yang ekstrem tapi juga boleh hidup tanpa air selama 3 minggu! 

#6 - ibu dan anak unta yang sedang berehat
#7 - anak unta yang aktif

Allah SWT menciptakan unta dengan sifat yang cukup sempurna. Bonggol yang terdapat pada badannya menjadi tempat untuk menyimpan lemak yang akan memberikannya tenaga sewaktu terputus bekalan makanan. Perhatikan juga kaki unta yang tapaknya bercabang dua. Ia diciptakan sebegini supaya membolehkan unta berdiri tegap sewaktu mengangkat muatan yang sarat dan tidak tenggelam di dalam pasir. Permukaan lutut unta juga dilindungi dengan sejenis lapisan kulit yang tebal yang tidak akan menjadikannya melecet bila ia duduk di atas pasir yang panas. 

Bulu mata unta juga diciptakan unik kerana ia sangat halus dan berupaya menyekat pasir daripada memasuki matanya. Sama juga dengan telinga dan hidungnya yang dilindungi bulu-bulu halus yang dapat menghalang pasir daripada memasuki rongga-rongga tersebut. Sebab itulah unta dipanggil raja padang pasir sebab hanya ia saja haiwan yang boleh berjalan steady walaupun dalam keadaan ribut pasir.

Banyak lagi keistimewaan-keistimewaan unta yang boleh kita baca di internet tapi aku suka nak berkongsi link ini untuk bacaan semua : http://tajdid-dakwah.blogspot.com/2010/05/hikmah-dan-kelebihan-unta.html

#8 - nampak macam harmless tapi takut jugak sebenarnya. tak caya tengok reaksi makngah...hihi :-)
#9 - susu unta, SAR5 sebotol
#10 - pengembala unta
Selain keistimewaan tersebut, tahukan anda bahawa susu dan air kencing unta dapat menyembuhkan penyakit? Kalau susu unta memang kita yakin nak minum tapi kencing unta? Wallahualam. Aku tak berapa arif nak ulas tentang isu halal haram penggunaan kencing unta dalam bidang perubatan Islam. Tapi kajian sains telah mendapati bahawa ia mengandungi agen-agen yang boleh melawan penyakit contohnya kanser, rambut gugur, kelemumur, asma, masalah hati dan lain-lain.

Bacaan lanjut mengenai penggunaan kencing unta sebagai alternatif perubatan boleh rujuk di link ini http://ibnnajib.blogspot.com/2012/03/kencing-dan-susu-unta-dalam-sudut_12.html. Walau apapun, silalah rujuk pada pakar agama sebelum mengambil sesuatu pendapat sebagai panduan. 

Sebenarnya ada satu peristiwa pelik bin ajaib yang berlaku semasa aku berada di ladang unta. Pada aku ianya pelik sebab lokasi kejadian yang berlaku di Tanah Arab. Begini kisahnya.... Masa aku dan Ayie sedang bergilir-gilir mengambil gambar di tepi ladang unta tiba-tiba datang seorang pengembala dan dengan dengan selambanya beliau berposing di sebelah aku sambil meletakkan tangannya ke atas bahu macam gaya ala-ala member kamceng. Kejadian tersebut berlaku dengan begitu pantas sepantas butang shutter dipetik. Hasilnya dapatlah gambar muka aku yang tengah confuse. Mana gambarnya? Ada, tapi aku malas nak tepek jadi bayangkan jelah.

*kredit kepada penulis-penulis artikel, terima kasih


bersambung....
.

18 comments:

gadisBunga™ January 23, 2013 at 12:05 AM  

hahahaa!!! dia amik kesempatan kat atas ko!

kencing unta untuk perubatan...?

mmm...

aku pilih susu je lah. heheh~

Naizaitul Husna January 23, 2013 at 12:29 AM  

rasa susu unta tu mcm rasa santan kan...
memang imam kat sana kalau baca ayat2 suci Al-Quran dlm solat sgt syahdu..smp satu tahap merintih2 sebab diorang paham maksud ayat2 tu..ayat2 yg berkaitan dgn hari2 kiamat yg selalunya diorang akan baca sambil menangis..kita ni tak paham..tapi bile dgr sayu mcm tu..mmg ikut sedih sekali la..hehe..

takky January 23, 2013 at 12:44 AM  

motip org tu joint amek gamba skali?

Farikica January 23, 2013 at 12:55 AM  

Part kencing unta tu..susah sikitla nak amalkan..he..he.. x penah tngk unta sebanyak tu..iyalahkan, dah tmpt tumpah darahnya... Anyway, enjoyed reading your stories during umrah...:)sambunglah lagi....

Biqque January 23, 2013 at 8:07 AM  

apa rasa susu unta tu?

lepas kejadian member kamceng tu, ko masih terpinga, dan mamat tu buat ape? berlalu begitu sahaja? hahaha!

dekdaa January 23, 2013 at 8:29 AM  

Uk aloh... tepek je la.. aku tokleh nak imagine langsung ni weheheh.

feeza fauzi January 23, 2013 at 9:13 AM  

tak sabarnye nak pegi sane!!
btw, anak unta pun dah same besar dengan manusia..
Fatt,mase melawat ladang unta ni pakaian camne?better pakai jubah or pakai telekung terus?

dzuchan January 23, 2013 at 9:52 AM  

fatt, kalau anak unta x boleh minum susu mak dia, abis tu dia makan ape (tetiba curious pasal unta plak)

yang orang tetiba buh tangan atas ko tu pelik gak, bukan pak-pak arab ni x cozy sgt ngan perempuan ke?

ada la maksud ape2 kot disebalik itu hehe

musafir 28 January 23, 2013 at 12:32 PM  

kesiannye dengo suara unta tu.... T_T
tp awat dorg tak bg anak unta tu minum susu mak dia ek? gambo #6 tu anak dia kurusssnye...kesiaaannn...

memang ada hadis pasal ayor kencing unta tu...huu..

teringat kisah unta yg mutawif pernah cite..katenye unta ni haiwan yg sangat pemalu, unta kenal sapa ibunya. unta tak akan buat projek dengan ibu dia..alkisah ada sorang ni mcm saintis la..(non muslim) tak percaya fakta ni, so dia amek sekor anak unta jantan n letak sekandang dengan ibunya, dan keduanya ditutup mata, so dgn ni si anak unta jantan ni tak tahu la yg tu ibu dia..then bila dh sekandang,anak unta ni pun buat projek dengan ibunya, dalam keadaan dia tak tahu yg tu ibunya.lepas projek, saintis ni bukak penutup mata anak unta jantan ni, then bila dia nampak ibunya,n sedo yg dia dah terprojek dengan ibunya, dia mengamuk n meraung2, n memijak2 saintis tu tadi sampai la saintis tu mati....tagis tak...mcm tu la lebih kurang yg mutawif tu cerita..wallahu a'laammm..

m.u.l.a.n January 24, 2013 at 7:28 AM  

dulu tak dapat susu unta... baru dengar ni air kencing unta utk perubatan..

gotravel aliapeng January 24, 2013 at 11:01 AM  

terima kasih tuk perkongsian ini.

jarimanis January 24, 2013 at 7:05 PM  

klau pandai bahasa arab mesti lg asyik dan sayu je bila baca quran kan tp itulah sekadar bleh baca pastu kena baca terjemahan :-) . Bab yg last tu mmg pelik tetiba je kan nk bergambar x minta kebenaran kan.
fatt tima kasih kerna sudi follow blog i terharu tau pastu siap aku buat entry khas tuk nko hihihi larikkkk

Mijoe January 27, 2013 at 3:40 PM  

ada sempat bawak balik Msia tak susu unta tu Fatt?

Naramas Aman January 29, 2013 at 8:21 PM  

Lagi keistimewaan unta.
Apabila dia makan, dia duduk. Apabila dia mengawan dia bersembunyi.Unta binatang yang bagus. Itu sebab ada orang nama Jamal. Unta dalam bahasa Arab ialah Jamal.

Saya suka minum susu unta.

Fazlinil Irma January 31, 2013 at 5:35 PM  

alaa.. rindu pulak dgn susu unta.. sy suka minum sejuk2.. bwk balik bilik. lepas letak dlm peti campur dgn milo sikit.. perghh.. terbaeekk..!! ilang habis bau hamis unta. :)

Fatt February 18, 2013 at 7:34 PM  

gb,
obviously...geram aku!



naizatul husna,
yup, pekat sungguh. haih bilalah dapat merasa lagi susu unta :(

dah 2x masa kat sana dgr imam menangis..dua2 pun psl surah berkaitan hari kiamat. kalaulah kita pun faham rasanya lagi teruk kita menangis



takky,
sbb aku amik gmbr unta je dia pun nak enterprem la kot



farikica,
terima kasih :) yup, sy baca & dgr cerita psl kencing unta ni..tapi mcm ragu2 jgklah sbb bila terbayang kencing sure fikir najis..ye tak?



biq,
rasa sayang hey rasa sayang sayang hey!

hahahaha...rasa susulah mek!

lepas tu aku pun terpinga2 dan dia pun bantai ckp arab yg aku pun tak paham apa maksudnya..lol :))



dekdaa,
hahaha..tak koser aku nak tepek oiii



feeza,
sy pakai jubah sebab lebih selesa..lepas niat ihram baru sy pakai kain telekung tapi just telekung jelah..kainnya sy tak penah guna sbb sarung stokin aje. bila awk nak pegi? bestnye



dzuchan,
aku pn tak pastilah dia dapat ke idak minum susu maknye..mgkin sikit or mgkin tak dapat lgsung..kesian ek. pak arab ni ada jgk yg urban..ko jgn tatau..hahaha



musafir,
cerita awk mmg menakutkan dan dlm pd yg sama padan muka profesor tu..rasakan..mmg unta ni binatang yg paling sopan santun sampai cerita psl dia pun Allah ada sebut dlm Al-Quran..so bayangkanlah kalau manusia buat perangai lebih teruk pd tu...wat malu kat unta je..

kan..kesian ye suara unta tu..sy rasa mesti dia sakit :(



mulan,
sy nak cuba dptkan penjelasan ustaz psl hal ni, insya Allah



gotravel aliapeng,
sama2 sedara



jarimanis,
itulah, dulu zmn skolah main2 bila belajar, klu tak mesti aku dah terer cakap arab..btw terima kasih utk entry tu :)



janggel,
tak jumpa!! terpaksa pegi balik..mesti comei kan?



mijoe,
bawak..2 botoi! hehe



naramas,
terima kasih prof utk cerita ni..sy suka :) ye, sbb tu ada org buh nama anak dia jamal..kalaulah mereka tau kebaikan unta ni mesti mereka bangga



fazlinil,
campur milo? hehehe...menarik resepi tu :)

Post a Comment

Terima kasih!!

  © Copyright Since 2010 | Backpacker Busuk

Back to TOP