Umrah : Peristiwa Di Datangi Orang Misteri Di Masjidil Haram

January 06, 2013

Sambungan dari episod sebelumnya.


Hari Kelima : 18 Jun 2011

Setelah menempuh perjalanan selama hampir 8 jam pada malamnya dari Madinah, kami terus menyegerakan ibadah umrah sebab masih terikat dalam ihram dan menunggu sehingga subuh sebelum pulang ke hotel. Penat? Memang penat. Kalau difikirkan penat memang kami tak mampu nak selesaikan semuanya dalam tempoh satu malam, tapi bila kembali fokus pada tujuan sebenar kami ke sini maka perasaan penat diletakkan ke tepi.

Aku akui masa yang ada di sini tak pernah cukup. Walaupun jemaah bebas melakukan aktiviti sendiri tapi rugi kalau waktu yang berharga dibazirkan dengan berehat di bilik atau ber"tawaf" di kedai jubah dan kurma. Pintu kedai mungkin akan ditutup bila tamat waktu perniagaan tapi pintu Masjidil Haram langsung tak pernah. Kita bebas keluar masuk pada bila-bila masa sebab pintu ini sentiasa terbuka untuk menerima kehadiran tetamu Allah.

Aku sedar yang aku bukanlah seorang alim dan warak. Aku juga takut kalau disebabkan itu maka hati aku buta untuk menilai di antara baik dan buruk. Kata orang syaitan dan iblis takde di bumi Mekah tapi itu tak bermakna kita akan selamat. Di sini imanlah yang menjadi benteng kerana akal dan hati akan sentiasa mencari jalan untuk berdalih. Seseorang manusia boleh buta hati disebabkan iman yang lemah. Kita akan diuji dan ujian yang datang tak mengira siapa atau setinggi manakah amalan kita. Banyak cerita yang dah kita dengar tentang jemaah di tanah suci. Cerita jemaah yang suka berulang-alik ke kedai dari ke masjid, cerita jemaah yang suka beribadat di dalam bilik daripada di masjid, cerita jemaah yang suka menghasut orang supaya jangan ke masjid...macam-macam! Semua yang aku sebut ini memang benar-benar berlaku, antara percaya dengan tak je. 

Berbahagialah jika ujian yang datang menjadikan kamu seorang yang beriman, tapi awaslah sekiranya kamu tersesat dan menyalahkan Allah kerana diuji

**nota : aku sengaja buat gambar mode hitam putih jadi sila feeling seperti berada di zaman purba

#1 - lautan manusia sedang menuju ke rumah Allah
#2 - tahukan anda bahawa laungan azan tak pernah terputus dalam tempoh 24 jam?
ini kerana dunia terbahagi kepada beberapa zon waktu dan setiap satunya terbahagi kepada beberapa garisan waktu yang berbeza
sebagai contoh waktu zohor di KL dan JB, tak sama walaupun kedua-dua tempat di dalam Malaysia
#3 - sesungguhnya aku sedang rindukan kenangan berulang-alik ke sini
Setelah mendapatkan rehat yang cukup kami pun bersiap-siap dengan pakaian bersih dan berjalan kaki menuju ke masjid. Lazimnya kami akan ke masjid sejam lebih awal untuk membaca Al-Quran serta melakukan solat-solat sunat sebelum azan. Di Masjidil Haram kita digalakkan melakukan solat sunat sebanyak yang mungkin sebab ganjaran pahala yang berlipat ganda. Berbeza dengan di tempat lain dimana kita diharamkan untuk melakukan solat sunat kecuali pada waktu-waktu yang dibenarkan.  

Kelebihan bersolat di dalam Masjidil Haram ialah diberi ganjaran pahala sebanyak 100,000 kali ganda iaitu seumpama bersolat selama 55 tahun 6 bulan dan 20 malam di tempat lain

#4 - selain waktu solat, kawasan di sekitar Kaabah akan sentiasa dipenuhi jemaah yang melakukan tawaf 
#5 - kawasan tawaf di antara pintu Kaabah dan Hijir Ismail
#6 - jemaah sedang bersolat di hadapan pintu Kaabah di antara makam Nabi Ibrahim
#7 - selain lelaki, jemaah wanita juga bebas bersolat dan membaca Al-Quran di sini
#8 - walaupun dalam keadaan panas terik, jemaah yang melakukan tawaf tak pernah putus

Selesai solat Zohor aku mintak izin pada mak nak tunggu di masjid sampailah waktu asar. Aku sanggup skip makan tengahari sebab rasa sayang nak tinggalkan masjid. Aku mengaku yang aku masih tak puas menatap Kaabah sejak pertama kali melihatnya dari malam tadi. Dan aku jugak rasa masih tak percaya yang aku sedang berada di sini, iaitu di rumah Allah. Semua ini terasa bagaikan mimpi dan aku tak sanggup terjaga kalau betul aku sedang bermimpi. 

Bila kelibat mak dan makcik-makcikku hilang, aku pun beredar mencari tempat yang lebih selesa dan strategik iaitu di antara pintu Kaabah dan makam Nabi Ibrahim. Tanpa membuang masa aku terus duduk dan menyelak lembaran Al-Quran untuk menyambung bacaan yang terhenti. Aku sedar agak mustahil untuk khatam dalam waktu yang singkat tapi itu semua tak mematahkan semangat aku untuk terus membacanya.

Sambil membaca sekali-sekala perut aku akan mengeluarkan bunyi yang berkeruk-keruk. Nampaknya berpinggan-pinggan lontong yang aku sebat waktu sarapan pagi tadi masih tak cukup untuk mengalas perut yang lapar. Aku biarkan perut terus menyanyi dan sekali-sekala aku meneguk air zamzam untuk menghilangkan rasa pedih.

#9 - jemaah-jemaah yang turut sama membaca Al-Quran sementara menunggu waktu Asar
#10 - aku suka duduk di sini sebab setiap kali pandang ke depan aku akan nampak Kaabah

Setelah habis satu juzuk barulah aku berhenti. Kaki aku sudah mula terasa lenguh disebabkan duduk terlalu lama. Aku simpan naskah Al-Quran dan bingkas bangun. Oleh kerana masih ada banyak masa sebelum waktu asar jadi aku memutuskan untuk melakukan solat sunat. Aku segera bentangkan kain sejadah dan membetulkan posisi. Allahuakbar! Aku mengangkat takbir dan membaca doa iftitah. Tiba-tiba perut aku berbunyi Krukk! Krukk! Krukk!. Aku buat tak endah sambil meneruskan bacaan. Tiba-tiba perut aku berbunyi lagi untuk kali yang kedua dan pada waktu ni hati aku terdetik, "Ya Allah, laparnya. Kan best kalau ada benda yang boleh dimakan!".

Elok saja aku habiskan ayat tiba-tiba ada satu kelibat melintas dan kelibat itu meletakkan sejenis buah di hujung sejadah. Aku yang tengah rancak membaca surah Al-Fatihah tiba-tiba berhenti. Peristiwa yang berlaku sepantas kilat itu membuatkan aku tergamam. Ya Allah, aku baru je terdetik tiba-tiba datang makanan?! Subhanallah. Serentak itu aku menjeling melalui ekor mata untuk mencari kelibat tersebut tapi tak berjaya. Dalam keadaan tangan yang masih "qiam" aku perhatikan buah yang terletak di hujung sejadah. "Huh, ini buah betul ke ni?!! Aku tengah mimpi ke ni?!!". Memang aku hilang fokus sekejap tapi selepas beristighfar banyak-banyak aku terus menyambung solat yang tergantung sehinggalah selesai.

Selepas memberi salam tangan aku terus bingkas mencapai buah tersebut. Ya Allah, memang betul lah, aku ingatkan ilusi optik. Ya Allah, tak percayanya! Sejurus itu aku mengangkat pandangan dan ternampak Kaabah. Kemudian barulah aku tersedar yang aku sedang duduk di salah satu kawasan yang mustajab doa, iaitu di antara pintu Kaabah dan makam Nabi Ibrahim. Ya Allah, besarnya rahmat-Mu. Terima kasih sebab bagi aku rezeki ni!

#11 - selesai satu juzuk aku pun bangun untuk melakukan solat sunat
Aku mengucapkan rasa syukur kepada Allah kerana telah mendengar keluhan perutku yang lapar. Peristiwa ini begitu mengharukan dan membuatkan air mataku bergenang. Walaupun aku tak menyatakan secara zahir tapi Allah tetap mendengar apa yang terlintas di hatiku. Oleh kerana kejadian itu berlaku dengan terlalu pantas maka aku tak dapat nak pastikan sama ada "ia" adalah lelaki ataupun perempuan. Aku juga tak tahu sama ada "ia" adalah manusia atau sebaliknya. Walau siapa atau apa pun makhluk tersebut, aku amat berterima kasih kerana telah sudi berkongsi rezeki dengan aku. Hanya Allah SWT saja yang dapat membalas jasanya.

Aku tersenyum panjang sambil memerhatikan keadaan sekeliling. Manalah tau kalau ada mata yang memandang tapi nampaknya semua orang sedang buat hal masing-masing. Berkali-kali aku tengok buah tersebut sambil mencium baunya. Wangi. Mesti manis buah ni. Aku tak pasti apa nama buahnya tapi bentuknya seakan-akan buah pear. Oleh kerana terlalu kagum dengan peristiwa tersebut maka aku telah menyimpannya untuk beberapa ketika dan memakannya pada hari terakhir iaitu sewaktu meninggalkan bumi Mekah. Sehingga ke hari itu, rasa buah tersebut masih manis dan rangup. Subhanallah.

Aku telah menceritakan kejadian tersebut pada mak, abah dan ahli keluarga yang lain. Kata mereka aku sangat bertuah sebab dipertemukan kejadian sebegitu. Memang betul. Aku sendiri pun tak sangka yang aku telah dipilih untuk merasai pengalaman sebegitu. Aku akui peristiwa ini telah membuka mata aku akan kekuasaan Allah, bahawasanya Allah itu wujud dan Allah itu Maha Mendengar walau apa yang kita cakapkan cumalah di dalam hati.

#12 - tangga bergerak (escalator) untuk ke tingkat atas Masjidil Haram
Peristiwa ini juga telah memberikan aku satu pengalaman yang manis di bumi Mekah. Untuk berada di sini dan melalui pengalaman sebegini adalah terlalu istimewa dan begitu bermakna buat aku. Walaupun ringkas tapi kesannya begitu mendalam. Seperti yang pernah aku sebutkan sebelum ni, aku bukanlah seorang yang alim dan warak dan aku bukanlah seorang hamba yang patuh sebab sekali-sekala aku ada buat salah dan lalai pada tanggungjawab-Nya. Tapi untuk Allah memilih aku di antara ribuan umatnya yang lain adalah suatu rahmat dan aku bersyukur kerana tidak diuji dengan selemah-lemah ujian yang boleh menambahkan dosa.

Sebenarnya ini bukanlah kali pertama doa aku dimakbulkan secara terus/direct sebab sebelum ini doa aku pernah dimakbulkan sewaktu di Raudhah. Setelah mengalami demam panas yang teruk sejak dari hari pertama meninggalkan Malaysia sehinggalah ke hari terakhir di bumi Madinah, akhirnya doa aku untuk sembuh telah dimakbulkan. Diberi peluang berkali-kali sebegini adalah suatu rahmat yang terlalu besar untukku dan tak dapat aku nyatakan lagi melainkan mengakui akan keesaan-Mu Ya Allah.


bersambung....
.

23 comments:

Rayyan Haries January 6, 2013 at 10:37 AM  

ko ni buat aku nangis jer baca tauuu...sebak odennn..next trip: umrah!

Norhaidatul Azian Tajul Ariffin January 6, 2013 at 10:40 AM  

ko orang yang dipilih fatt, Alhamdulillah. Semoga kita kaki2 travel ni bagi2 yg mampu dan tidak mampu pun 'mampu' fizikal, mental dan duit untuk ke Masjidil Haram untuk ibadat umrah atau pun Haji. Aamin.

jeri January 6, 2013 at 11:40 AM  

tiada apa-apa yang aku nak bagitahu melainkan aku tersenyum membaca kau punya entry kali ini. :) tenang hati ku..

AjlaA January 6, 2013 at 5:05 PM  

Subhanallah.

Semoga kami juga berpeluang untuk sampai ke sana. Amin

none January 6, 2013 at 7:31 PM  

SubhaNALLAH...

Fatt orang yang Allah pilih untuk dapat rezeki macam ni...

Insha Allah, saya akan memulakan perjalanan ke negeri yang aman ini,, tinggal beberapa hari sahaja lagi.. doakan ye Fatt semoga dipermudahkan... dan maaf zahir batin kalau terkasar bahasa, tersalah komen.. panjang umur kita jumpa lagi

Ninie Hanis January 6, 2013 at 8:15 PM  

..dan doa kau untuk kami juga dimakbulkan Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..

Subhanallah.Alhamdulillah. :)

zette January 6, 2013 at 11:58 PM  

menangis aku baca cerita ko... serius.. nak sgt pergi mekah.. beribadah... :) doakan aku ye!

Fatt January 7, 2013 at 1:56 AM  

rayyan,
aku doakan ko sampai jgk ke sini suatu hari nanti. dah, lap air mata tu *hulur tisu*



norhaidatul,
am still remember this story & kdg2 aku nangis bila teringat. simple yet meaningful Y__Y



berry,
alhamdulillah



jeri,
komen yg sesuatu sangat. buat aku terfikir psl blog aku yg panas disambar petir beberapa minggu yg lepas. haha :)



ajlaa,
aminnn semoga Allah memakbulkan impian ajlaa



none,
ko doakan utk aku boleh tak? tapi aku segan nk bgtau ape aku nk mintak ko tlg doakan..huhu..ah takpelah, abaikan :P

aku doakn perjalanan ko selamat pegi/balik, sentiasa sihat utk melakukan ibadat, dipermudahkan segala urusan dan semoga ko jgk dipilih untuk merasai apa yg pernah aku rasa. nti bila dah sampai sana ko menangislah sepuas hati dpn Kaabah..ceritalah apa saja kekesalan ko sepanjang hidup ni..mintak pengampunan.
aku bila teringt2 kenangan tu aku nangis sbb aku rasa rindu nak bercakap dgn Allah di depan rumahNya.

lagi satu, ko takde salah ape dgn aku pun..so jgnla risau. aku doakan yg baik2 saja utk ko ye :)



ninie,
itu pun salah satu peristiwa yg sgt bermakna buat aku ninie. aku bahagia bila ko bahagia. nanti aku nak mintak izin amik gmbr si kecik utk blog ni ye..terima kasih :)



zette,
aku doakan semua yg membaca travelog ni dan yg bercita2 ke sini juga dijemput ke sana. aku pun rindu nak balik ke sana zette..insya Allah. jgn putus harapan ok :)

none January 7, 2013 at 9:22 AM  

fatt,

nnti email je hajat ko tu, inshaAllah saya doakan,
email me , iffahwafaamin@gmail.com

Biqque January 7, 2013 at 9:28 AM  

syukur alhamdulillah ko melalui pengalaman indah di sana, aku ada jugak dgr2 pengalaman balasan, mintak2 kita sume dijauhkan.

ada rezeki, aku jugak teringin ke rumah Allah s.w.t ini...insyaAllah...aku cuba sebaik mungkin utk mendekatkan diri pada penciptaku...moga dipermudahkan...amin.

Irfa January 7, 2013 at 9:37 AM  

harap dapat kesana lagi bersama keluarga.tengok gambar kaabah terasa rindu dihati ;)

rowena ridzuan January 7, 2013 at 11:24 AM  

gambar ke-10 tu adalah sangat menyentuh hati.

cara kau edit menggambarkan, betapa hiruk-pikuk pun suasana masjid time tu, betapa vulnerable rasa diri untuk berada di masjid yang mulia tu... semua tu hilang bila berada di posisi tu.

wow. memang rindu...

bagus kau buat entry dan post2 pasal umrah, fatt.

teruskan sebarkan keindahan Islam dalam bahasa orang muda supaya orang lain pun akan tertarik ke sana.

jie January 7, 2013 at 1:12 PM  

Fatt,

Aku terfikir baik ko print dan dokumenkan semua yang ko tulis kat sini (xtau la aku kalau kau dah buat).

Sangat klasik gambar warna hitam putih ni. I like.

Ann@zanyra January 7, 2013 at 2:30 PM  

allahuakbar...sronoknye bace crita di thn suci apatah lagi bab buah tu, bertuah sungguh...moga kami dpt menjejakkan kaki ke sane

Ninie Hanis January 7, 2013 at 11:25 PM  

ambikla weh..aku izinkan sebab nnti dia beso dia musi bangga gambo dia dlm belog Auntie Fatt yg glamer. hewhew..

jimmie January 8, 2013 at 1:34 PM  

Mmg sebak dada..bertuahnya badan tp nk bgtau ciri2 yg ada pada tuan tanah adalah ciri2 isteri pilihan den...hehehehhe,anak den ado limo orang je masih ada ruang hehehehe...melawak + serius!

Fatt January 9, 2013 at 6:07 AM  

none,
insya Allah nanti kelapangan aku akan mengemelnya..boleh tau tak bila akan berangkat? sbnrnya takde apa yg nak dimintak..cuma doakan supaya saya sihat, dimurahkan pintu rezeki & diberi rezeki utk mengembara ke byk tempat lagi slps ni..hihi ;)

terima kasih iffah :)



biq,
aku doakan ko jgk akan sampai ke sini biq..jujurnya aku rindu sgt nak ke mekah. aku rasa tak teruja nak ke tmpt2 lain..entahlah..

waktu di sini aku takut jgk kalau dibayar cash sbb aku pun tau aku bukanlah hamba yg taat..insya Allah aku sedang memperbaiki diri



irfa,
berkat doa Nabi Ibrahim AS maka kita rindu kepada Kaabah...



rowena,
terima kasih sbb dpt menangkap maksud di sebalik gmbr itu. aku saja buat hitam putih semua gmbr sbb aku rasa syahdu bila tengok gmbr Baitullah yg tak berwarna..seolah wujud 1 perasaan yg kita semua sama di mata Allah

insya Allah aku akan kongsikan seberapa byk cerita dan kisah2 nabi utk menarik minat org ke sana



jie,
lama aku memikirkan siapakah rupanya gerangan bernama "jie" dan akhirnya setelah ke profile barulah aku ingt rupanya ini jie waktu di kmm dulu. ape khabar sahabat lama? anak lelakimu sungguh hensem! tapi aku takde anak pompuan utk berbesan dgn ko...kekekeke ;P

sbnrnya jie, aku tak print pun, tapi aku ada cc semua entry yg dah publish ke dlm emel utk simpanan. nak buat buku sbnrnya..tunggulah ada peluang nanti :)



ann,
insya Allah hajat Ann dan suami ke sana tu dipermudahkan. seronok Ann ke sini, tak sama mcm ke tempat lain



ninie,
gitewww...aku dah amik tadi. bila aku tgk gmbr fahim aku nangis sbb tengok dia dah besar. rupanya dah lebih setahun peristiwa ni berlaku. aku doakan ko mengandung lagi ninie :)



jimmie,
motip sangat pakcik ni. dah beranak 5 pun masih miang. kesian bini pakcik sbb ada suami yg miang...kekekeke....cer tengok muka anak2 tu..tak kesian ke?

none January 9, 2013 at 10:17 AM  

emel bila2 free nnti ya.. InsyaAllah berangkat 4 feb dan balik 16 feb,,,

jie January 9, 2013 at 11:23 AM  

haha sabau je la ko nih.
Aku ingat aku penah komen kat blog ko yang ni.

sayang la chik, aku rasa ko patut print semua travelog ko nih, pastu aku orang first nak beli (jgn lupa bgtau lak bila dah terbit)

Fatt January 9, 2013 at 8:35 PM  

none,
oh ada l/kurang 2 minggu lagi. insya Allah nanti dah hampir tarikhnya iol akan email..terima kasih :)



jie,
ye ada..tapi aku lupa, mgkin dah lama kot. sbb ada 2 org reader aku nama jie jadi aku agak konpius yg mana satu..hehehe

aku nak tulis buku sbnrnya jie, tajuknya blum ada lagi. mgkin waktu aku buat trip yg panjang insya Allah tahun depan :)

Rawi Sanra January 13, 2013 at 8:23 PM  

Hebatnha Allah, hanya membaca pun blh tersentuh dan menagis, apa lg mengalaminya sendiri,

Mudah mudahan Allah sampaikan saya kesan jgk suatu hari, aminnn

Fatt January 23, 2013 at 9:54 AM  

rawi,
benar, peristiwa yg ringkas tapi memberi kesan yg mendalam pd sy...

sy doakan semoga awk pun akan ke sini suatu hari nanti, Insya Allah :)

Post a Comment

Terima kasih!!

  © Copyright Since 2010 | Backpacker Busuk

Back to TOP