Umrah : Tukang Cuci Di Masjidil Haram

January 07, 2013

(entry ini sekadar selingan daripada episod sebelumnya)


Sewaktu berada di Masjidil Haram aku selalu perhatikan sekumpulan lelaki yang memakai pakaian seragam hijau ini bekerja. Tak pernah aku tengok mereka berhenti mencuci lantai sepanjang masa aku beribadat di sini...tak pernah! Kadang-kadang terbit rasa simpati di hati tapi dalam pada masa yang sama terselit sedikit perasaan cemburu. Walaupun cuma bekerja sebagai tukang cuci tapi menjadi tukang cuci di rumah Allah itu adalah lebih hebat daripada menjadi bos besar di syarikat sendiri. Bukan semua orang dapat peluang melihat Kaabah dan merasa bersolat di Masjidil Haram pada setiap hari. Sedangkan kita yang sampai ke sini pun kena balik bila dah cukup masa tapi dorang?

Tahukah anda berapa gaji sebulan seorang tukang cuci di Masjidil Haram? Pendapatan yang mereka terima tidaklah sebesar mana, cuma SAR500 atau RM400 saja sebulan. Bayangkan! Sangat kecil tapi mereka tetap bekerja dengan rajin kerana Allah SWT.

Setiap hari, siang malam pagi petang mereka akan bekerja untuk memastikan kawasan luar dan dalam masjid sentiasa bersih untuk digunakan oleh para jemaah. Mereka juga sangat cekap mencuci walaupun di kawasan yang sesak dengan manusia seperti di sekitar tempat bertawaf dan di lorong mengerjakan saie. Selain mencuci lantai tugas mereka yang lain adalah mengelap air zamzam yang tumpah serta memastikan kawasan persekitaran Masjidil Haram sentiasa bersih dan terjaga.

Aku difahamkan bahawa pekerja-pekerja ini berasal dari negara Pakistan dan Bangladesh di mana kos buruh dari kedua-dua negara ini murah. Walaupun dibayar gaji yang kecil tapi mereka sangat positif dalam menggalas tanggungjawab sebab bukan semua orang sanggup dan mampu membuat pekerjaan sebegini.

seorang tukang cuci sedang membersihkan lantai di kawasan Kaabah
Aku pernah terbaca kisah seorang tukang cuci di Masjidil Haram. Kerjanya setiap hari ialah mencuci dan mengelap air zamzam yang tumpah di lantai masjid. Begitulah rutin pekerjaannya pada setiap hari dan bila ada kelapangan dia akan menggunakan waktu tersebut untuk menghafaz Al-Quran. Agak lama tukang cuci ini berkhidmat di Masjidil Haram sehinggalah pada suatu hari dia pun meninggal. 

Selang beberapa tahun lamanya jenazah telah disemadikan, tiba-tiba kawasan perkuburan yang menjadi rumah sementara itu telah digali. Aku dah lupa kenapa kawasan perkuburan tersebut digali, mungkin untuk memindahkan jenazah-jenazah tersebut ke perkuburan lain kot, wallahualam. Sewaktu mereka menggali kubur tersebut mereka terkejut apabila mendapati jenazah tukang cuci ini masih sempurna seolah-olah baru dikafankan. Kemudian setelah diselidik barulah mereka mengetahui kisah sebenar jenazah ini semasa hayatnya. Subhanallah.

Berikut adalah video yang sempat aku rakam sewaktu melihat golongan ini bekerja. Perhatikan betapa cekap dan pantasnya mereka membersihkan lantai masjid.



Rasulullah S.A.W. pernah bersabda, "Barangsiapa yang beristiqamah dalam beristighfar maka Allah akan memberikan jalan keluar dari setiap kesempitan, menghindarkan dari setiap kecemasan dan memberi rezeki daripada sumber yang tidak disangka-sangka"- Hadis riwayat Abu Dawud, Al-Nasa'i, Ibn Majah dan lain-lain.
.

16 comments:

Irfa January 7, 2013 at 9:36 AM  

mulianya kerja mereka tambah pula di tempat suci bagi Umat Islam.pasti diorang bangga ;)

rowena ridzuan January 7, 2013 at 11:11 AM  

salam fatt, aku pun terharu dengan perjalanan hidup tukang cuci- tukang cuci ni.

dan aku ada cerita kenapa aku terharu sangat dengan depa ni. (tunggu aku nak cerita kat blog, ntah bila, jadi aku cerita kat sini la, sori ye fatt kalau terpanjang.cuma aku nak share sgt2 cerita ni)

sebab ni kali pertama aku g sana, memang perangai aku agak teruk sikit. suka tapau air zam-zam setiap kali ada peluang. lagi2 time tu bulan puasa, jadi peluang nak minum tu agak limited. so muka aku jelah yang bawak botol kosong nak isi kat situ.

jadinya, masa tu dalam dah lepas waktu dhuha, aku pun nak isi botol kosong aku dengan air zamzam. masa tu cleaner2 tu dah angkut tong2 zamzam yang kat tepi tiang2 tu.

so, aku pun macam redha la. tak pelah nanti lepas asar aku try isi la (biasanya dorang keluarkan balik tong2 tu time lepas asar)

tiba2 ada satu tukang cuci (bangsa indonesia) tu panggil. nak tolong isikan botolkan aku dari salah satu tong2 yang dia dah kumpulkan nak simpan. dia pun berusaha tonggeng2 kan tong tu nak bagi keluar air.

aku pun macam "awhhh, terharu...." dalam hati. dan rasa aku macam menyusahkan dia.

lepas dia dah pulangkan botol, aku pun mintak tolong adik lelaki aku pass kan sedekah aku kat dia. sebab aku fikir dia datang jauh2 dari indonesia nak cari rezeki. tak ada sebab lain pun.

adik aku cerita, tukang cuci tu tolak sedekah tu sebenarnya pada mulanya. lepas adik aku insist. dia terima dengan muka kesal dan agak kecewa.

mulia gila akhlak beliau... aku macam tersentap sangat. dan speechless dengan kemuliaan akhlak beliau.

satu pengajaran kat sini bagi aku, seperti mana yang mutawif aku pesan, walau macam mana keadaan fizikal orang yang kita jumpa, jangan prejudis. contohnya kalau kita jumpa ada jemaah bau badan ke sebab iktikaf tak balik2, orang bau mulut semua jangan judge. jangan judge. sebab mana tahu dia yang paling mulia di sisi tuhan.

serius aku malu dengan dorang...

sekian kisah aku. thanks fatt bagi peluang aku share.

Mijoe January 7, 2013 at 4:11 PM  

salam Fatt :)

tukang cuci ni diorang kalau diberi peluang mmg takmo balik ke negara asal diorang kot.

Pernah interview sorang tukang cuci dari Myanmar..mmg dah lama sangat dia keje kat Masjidil Haram. Dan dia mmg terang2an menyatakan untuk terus berkhidmat sebagai tukang cuci di Baitullah ni... mmg kita patut jeles dgn diorang... beruntungnya mereka...

gadisBunga™ January 7, 2013 at 5:05 PM  

ya Allah...betapa tinggi darjat orang yang membersihkan rumah Allah...

tak terjangkau dek fikiran aku...

Naramas Aman January 7, 2013 at 5:15 PM  

Salam Fatt,
Mereka bertuah dapat bekerja menjadi pencuci tempat yang mulia ini. Mereka dapat masuk ke dalam kaabah padahal tempat ini bukan semua orang boleh masuk. Setiap kali merenung kaabah pula mereka mendapat pahala. Lepas tu mereka boleh buat umrah selalu. Sayapun sanggup kerja begini.

Saya suka melihat mereka bekerja serentak dan cekap. Mereka kepong kawasan-kawasan tertentu dgn tali. Kemudian dah habis di situ, kepong pula di tempat lain.

Langit Tinggi January 7, 2013 at 10:14 PM  

nice..Bukan semua orang dapat peluang melihat Kaabah dan merasa bersolat di Masjidil Haram pada setiap hari..saudara juga diantara org yg beruntung..kerana telah ke sana..berbanding saya yg belum lagi punya rezeki utk kesana..insyaallah..ada rezeki teringin ke sana..

Cik Ila January 8, 2013 at 5:51 AM  

Dapat dekat ngan Allah dijarak paling terdekat. MasyaAllah! sapa tak mo kan?

Orang2 terpilih depa2 nih..

Thanks for sharing Fatt

Fatt January 8, 2013 at 8:00 AM  

irfa,
sy sanggup tukar kerja dgn dorg kalau dorg nak bagi..huhuhu



rowena,
wsalam...menarik pglmn ni. bkn ko saja tapi sesiapa pun mesti akan buat benda yg sama. kita selalu underestimate sedangkan merekalah org2 yg paling beruntung...sbb hari2 dapat tgk Kaabah..pahala percuma je tu

wah, bertuahnya ko pegi waktu bln posa..waktu ni mesti agak sesak dgn org yg beribadat kan? kalau waktu biasa pun ramai, bulan posa apatah lagi. aku teringin sgt nak ke sana time bln posa tapi apakan daya (dgr cerita mahal berganda2).

terima kasih sbb berkongsi cerita ni..mgkin ko ada byk lagi cerita, nanti sampai post aku yg ko rasa nak berkongsi, kongsilah. aku suka dgr cerita psl pglmn org kat tanah suci...dan aku rasa ada reader yg tumpang membaca wlpun tak response. terima kasih lagi sekali :)



mijoe,
wsalam mijoe..lama tak bersua..masing2 sibuk ya. aku pun mijoe sanggup kalau ada yg sudi bg peluang. waktu bln ramadhan bleh terawih ramai2, time haji bleh pi haji..nak umrah bila2 masa pun boleh..alangkah nikmatnya...rasa mcm separuh kaki dah masuk dlm syurga...err tak pasti betul ke apa aku ckp ni tapi kalau dah duduk cni mesti kita rasa takut sgt nak sia2kan masa buat dosa...betul tak?



gb,
klu di sini mgkin kerja tukang cuci tu tak glamer tapi kat sana itulah kerja yg paling bahagia...bahagia sbb dekat dgn Allah :)



naramas,
wasalam prof,
betul prof...cepat betul dorg cuci..kepung2 tetiba dah siap..mmg hebat! itulah..bkn sume org bleh masuk dlm rumah Allah..isskkk...sy teringin sangat...sedangkan dapat pegang & cium kelambu Kaabah pun kita dah suka..apatah lagi kalau dapat masuk ke dlm tu



langit tinggi,
insya Allah jika diizinkan Allah suatu hari nanti mgkin cik akan ke sana. sy pun tak sangka dpt peluang ke sana dlm usia yg muda tapi Allah itu Maha Mengetahui



cik ila,
sama2. dan semoga kita dipilih lagi untuk ke rumahNya...aminnn

MasZuber January 8, 2013 at 10:16 AM  

kerja apa pun yang kita buat, kalau ikhlas, InshaAllah akan diberi ganjaran. :-)

Azizan Zolkipli January 9, 2013 at 4:30 AM  

"Choose a job you love, and you will never have to work a day in your life ..." - Confucius

Fatt January 9, 2013 at 6:18 AM  

maszuber,
betul..kerja itu adalah ibadah. tapi kalau dpt kerja di sini nikmatnya berganda2



wakjan,
sy suka quote ni. sesuai utk org yg mengalami masalah bekerja di bawah telunjuk org. kekekeke :P

jarimanis January 9, 2013 at 10:02 PM  

Sekadar ingin berkongsi sentiasa amalkan ayat seribu dinar dan zikir 'robbi yassir waala tuassir robbi taman bilkhoir' in shaa allah, allah akan permudahkan segala urusan dan murahkan rezeki. Boleh di amalkan setiap waktu dan ketika

Fatt January 10, 2013 at 2:34 AM  

jarimanis,
terima kasih banyak2 di atas perkongsian ini. semoga kita semua mendapat manfaat daripadanya :)

Janggel / Rain January 10, 2013 at 2:15 PM  

Seronok tengok diorang cuci kawasan kaabah, ada sistem dan sekejap je dah siap kan. Part berlari beramai2 bawak penyapu mop pon best tengok. Tapi skg ada lagi ke tah? ke semua dah pakai mesin kereta tu?

Fatt January 23, 2013 at 9:49 AM  

janggel,
skrg masih lagi pkai style mop gitu..kat kwsn tawaf je yg pakai mesin

teyhasahaje a.k.a NURUL April 8, 2013 at 2:08 PM  

betul sgt..teringin nak kerja di sana jika ada peluang...subhanallah

Post a Comment

Terima kasih!!

  © Copyright Since 2010 | Backpacker Busuk

Back to TOP