Umrah : Ziarah Kecil Di Sekitar Masjidil Haram Dan Kisah Abu Jahal

January 04, 2013

The tribe has spoken. Aku mengikut suara majoriti yang mengundi di fesbuk supaya travelog Umrah dijadikan sebagai travelog opening untuk tahun 2013. Kepada yang mengundi, terima kasih banyak-banyak. Nanti lepas abis cerita ni kita undi lagi ek!

Sambungan dari episod sebelumnya.


Hari Kelima : 18 Jun 2011 (sambungan)

Selesai umrah yang pertama kami dan beberapa orang jemaah dibawa menziarahi sekitar kawasan Masjidil Haram. Tempat pertama yang dibawanya oleh mutawif ialah pintu Bab As-Salam. Kalau nak tau pintu inilah yang sering digunakan oleh Rasulullah SAW setiap kali baginda memasuki Masjidil Haram, maka disebabkan itulah kita digalakkan untuk masuk melalui pintu ini.

Kedudukan pintu ini adalah berhampiran kawasan permulaan sa'ie iaitu di Bukit Safa. Aku takde gambar pintu Bab As-Salam tapi boleh rujuk blog ini  (kredit untuk pemilik blog, Tuan Haji Mohd Saad) di atas gambar dan landmark. Insya Allah info yang Tuan Haji kongsikan dapat membantu bakal jemaah yang akan ke sana.


Makngah dan anak kesayangannya Ayie
nampak benor aku ni pemalas sebab waktu aku mula menaip cerita ni Ayie masih lagi bujang trang-tang-tang,
kalau ikutkan malas aku, mungkin lepas anak dia masuk tadika baru aku sambung kot. lol :)))
Dari pintu Bab As-Salam kami dibawa untuk melihat kedudukan bekas tapak kediaman Rasulullah SAW dan kami diberitahu yang kawasan itu telah dibina sebuah perpustakaan di atasnya. Walaupun hanya dapat melihat dari kejauhan dan di tengah-tengah malam tapi sudah cukup memadai sebab kawasan ini terang-benderang dilimpahi cahaya lampu.  

Kami juga ditunjukkan dengan bekas tapak rumah Abu Jahal yang pada suatu masa dahulu cukup terkenal dengan kebenciannya terhadap Baginda. Oleh kerana kebencian yang teramat terhadap Baginda dan agama Islam akhirnya Allah SWT telah memberikan seburuk-buruk penghinaan apabila bekas tapak rumahnya kini dijadikan sebagai tandas. 


Semasa hayatnya Abu Jahal cukup terkenal sebagai seorang yang sentiasa berusaha mencari jalan untuk menyakiti Nabi dan menghina agama Islam. Pernah Abu Jahal berkata jika dia melihat Rasulullah SAW bersujud di atas tanah maka dia akan memijak leher dan menekan muka Baginda ke tanah. Maka dengan kuasa Allah SWT pada suatu hari sewaktu Abu Jahal cuba menghampiri Rasulullah SAW yang sedang bersembahyang, tiba-tiba dia berundur ke belakang dengan tangannya yang kelihatan seperti sedang menahan sesuatu.

Lalu mereka bertanya kenapa dia tidak meneruskan niat jahatnya dan dia pun menjawab, "Antara aku dan Muhammad ada parit daripada api yang bersayap-sayap dan menggerunkan". Rasulullah SAW kemudian bersabda, "Sekiranya (Abu Jahal) itu mendekatiku, maka akan disentak-sentak anggota tubuhnya satu persatu". Begitulah sikap Abu Jahal, dia tidak pernah serik dan terus berusaha mencari jalan untuk menyakiti Nabi. Agak malang bagi Abu Jahal kerana disebabkan hatinya yang terlalu buta, maka dia tidak dapat melihat betapa besarnya mukjizat yang Allah SWT berikan kepada Nabi Muhammad SAW sehinggalah ke akhir hayatnya.

Aku ada terbaca di sebuah website sewaktu mencari cerita yang menarik tentang Abu Jahal. Diceritakan bahawa Abu Jahal pernah berdoa di hadapan Kaabah sebelum berlakunya Peperangan Badar. Pada waktu itu dia berdoa dan katanya, "Ya Allah Ya Tuhanku, hapuskanlah Muhammad pada pagi ini. Hapuskanlah dia, orang yang memecah-belahkan perpaduan rakyat Arab". Nampaknya walaupun dia begitu membenci agama Islam tapi dia tetap berdoa kepada Allah. Tapi apalah nasib si Abu Jahal yang hanya pandai menyebut kalimah Allah dibibir tapi tidak mengaku keesaan-Nya di hati dan dalam bentuk perbuatan. Sama jugak macam jugak kita yang pandai menyebut kalimah Allah, sembahyang tunggang-terbalik, dengar ceramah agama tiap-tiap minggu, tapi penghayatan takde. Zero! Apakah kita pun sama macam Abu Jahal? Fikirkan! #notetomyself

Akhirnya dalam peperangan tersebut Abu Jahal telah mati dibunuh dan mayatnya telah dicampak ke dalam telaga buruk bersama pengikut-pengikutnya yang gugur. Hinanya Abu Jahal ini sampaikan tidak layak baginya kubur dan batu nisan. Masya-Allah. 

raja Arab akan tinggal di bangunan yang tinggi ni bila datang ke Mekah
jemaah sedang menunggu azan subuh
Berakhirlah sudah ziarah kecil kami di sekitar Masjidil Haram. Selepas itu kami masuk semula ke dalam masjid untuk berehat sementara menunggu azan subuh. Sementara menunggu sempat jugak aku mencuri peluang melelapkan mata di atas lantai masjid sambil berbantalkan lengan. 

pemandangan Masjidil Haram selepas solat subuh
Sesudah subuh kami sekeluarga pulang ke hotel tapi sebelum tu kami singgah di kedai gunting rambut. Sepupu aku Aman agak keberatan nak botakkan kepala sebab takut diejek kawan-kawan bila masuk ke sekolah nanti. Si Ayie pulak dah selamat botakkan kepala tapi dia sorang je yang payah. Puas maknya memujuk tapi tak makan saman langsung. Aiyo, ini budak ada batu banyak besar duduk dalam kepala! Tiba-tiba entah macam mana dengan abah aku nak pulak dia mendengar kata. Kitaorang semua pelik sebab tak taulah jampi apa yang abah pakai sebab lepas tu dia terus masuk ke dalam kedai dan duduk di kerusi gunting di sebelah abah. Power jugak abah aku ni. Kahkahkah

Abahku yang dulu garang tapi dah tak garang sebab dah ada cucu...kekekeke
ente yang sibuk amik gambar ni pun nak botak ke? - kata tukang gunting rambut
Aman mengenang nasib diri sesudah dibotakkan
Kami menunggu sehingga mereka berdua selesai dan sesudah itu kami balik ke hotel. Sebelum ke bilik kami ke ruang makan sebab sarapan pagi dah siap. Aku rasa sarapan pagi tu cukup menyelerakan sebab ada nasik impit lengkap dengan kuah lontong dan sambal kacang. Walaupun baru hari kelima meninggalkan Malaysia yang tercinta tapi kerinduan terhadap masakan Melayu sering menjentik selera. Aku tak taulah dari mana tukang masak berjaya dapatkan ramuan lengkap untuk hidangan ni sebab rasanya cukup serba serbi. Memang marvelous! Mamma Mia! (baca ayat ni sambil jari buat isyarat OK di tepi mulut). Disebabkan rasa yang marvellous mamma mia inilah maka aku makan berpinggan-pinggan. Kahkahkah buruk lantak. Rezaki jangan ditolak, musuh jangan dicari. Mana nak jumpa makanan Malaysia kat tengah fadang fasir ni oiiii!!! 

nasi impit kuah lontong dengan sambal kacang. memang tiptop!
Bila perut dah happy so barulah boleh proceed dengan agenda seterusnya iaitu berehat a.k.a tido. Kalau semua nak tau, kat negara Arab ni dorang lebih kerap tido pada waktu siang berbanding waktu malam. Alasannya sebab cuaca pada waktu siang cuaca lebih panas daripada malam. Kiranya lepas subuh dorang akan tido sampailah masuk waktu zohor. Kalau aku salah bagi info jangan marah sebab aku cuma quote cerita dari mutawif yang duduk di sana.


bersambung....
.

16 comments:

musafir 28 January 4, 2013 at 5:05 PM  

pekena ais kerim mekah tak? mabeleeesssss..teringat2 rasanye yang menjilat jari..issskkkk..

apie arbath January 4, 2013 at 5:15 PM  

Ermm..memang selalunya time tido diorg selepas subuh sampai nk zohor...especially bulan puasa..kedai pon tutup sama dr lepas subuh sampai nak zohor baru buka balik...sepanjang malam meriah..:-).

Aku Seorang Pengembara January 4, 2013 at 5:30 PM  

Salam Fatt

Akak suka jer pi layan merpati kat tepi dataran tu dulu sebelum menapak ke hotel semula lepas suboh tu....terhibur...

Mya January 4, 2013 at 5:45 PM  

ayie ni mcm familiar rupa parasnya.
adakah nama sebenarnya hairi?
bekerja di bank negara malaysia?

AjlaA January 4, 2013 at 7:00 PM  

sy pun google pasal umrah terus follow blog tuan haji saad. sangat lengkap. mabeles~ hehe

dzuchan January 4, 2013 at 11:24 PM  

takut dengar citer pasal abu Jahal tu..tanah x terima, sehina2 manusia..nauzubillah..

Naramas Aman January 5, 2013 at 8:53 AM  

Assalamualaikum Fatt,
Memang betul orang di sana tidur pada waktu siang dan aktif pada waktu malam. Saya ada pengalaman sendiri, kami dijemput makan oleh sepupu kawan saya yang telah bermastautin di Mekah berpuluh-puluh tahun. Mereka jemput kami makan malam lepas pukul 10-11 malam. Kita dah ngantuk dah, tapi masa tulah mereka segar bugar.Jadi bila sampai di rumah mereka, sembang-sembang dulu lepas tu baru makan, jadinya dah tengah malam baru agenda makan bermula. :)

Bahan masakan Malaysia memang banyak dijual di sana.

Lavender January 5, 2013 at 11:42 PM  

Fatt,

Tahniah! neway.. 18hb JUNE tu birthday aku.hahahaha

Lavender January 6, 2013 at 1:58 AM  

Fatt,

soklan bodoh ni.. aku nak tanya, masa ko gi umrah ni, ko bawak laptop tak? (sorry, sebab tanya soklan ni. hehe)

Fatt January 6, 2013 at 11:03 AM  

musafir,
ada..yang kalerful tu ek? tapi manis berdengung le..hehehe



apie,
itulah. waktu mlm plak yg meriah. nasib baik takde mapley klu tak lagi tak tido sume org..hehehe



akuseorangpengembara,
wasalam ASP,
ya sy pun tiap kali ulang-alik ke masjid mesti ralit tengok burung2 tu. mmg banyak sungguh..tapi takut jgk kalau2 dia terberak kat baju..huhuhu



mya,
ni mesti awk pun kerja tmpt yg sama..kekekeke...muka potostat dia tu..tu psl merata2 org ckp kenal..hehehe



ajlaa,
setujukk..aik ajlaa nak pi umrah ke? bila?? :)



dzuchan,
aah..tanah tak terima..dah serupa firaun & kamal attartuk dah tu. tapi dia mmg hardcore punye org..ntahla..teringin betoi aku nak tgk muka dia..kita tunggu kat akhirat nanti



naramas,
waalaikumsalam prof,
makan pukul 10-11?? ya Allah lewat sangat dah tu..org dah nak tido klu kat Msia..hehe...oh ya baru sy tau brg mknan kita ada byk kat sana..sbb sy ingt org sana asik mkn nasik mandi je :)



lavender,
motippp!! mintak hadiah letewww :P

aku tak bawak...sbb datang cni nak beribadat. mmg ko takkan ada masa nak pegang laptop sbb asik sibuk berulang-alik ke masjid. tapi kalau ko nk bawak terpulanglah..cuma sbb bilik sharing kan..jadi aku tk pastilah selamat ke tak..unless klu ko dok dgn asben ko berdua. wallahualam

btw, tahniah panten baruuuu...kekekeke :P

Naizaitul Husna January 6, 2013 at 11:10 AM  

betullah tuh fatt..mmg org2 arab ni lps subuh diorg lepak2 kat umah..sbb panas kan masa tu..dah ptg2 tu baru meriah...rajinnya amek gbr..time sy pegi dlu tak dpt nak amek gbr byk2 sbb takut jgk diorg rampas kamera..serius mmg rindu nak datang lagi... :)

Fatt January 6, 2013 at 11:58 PM  

naizatul,
kehidupan org Arab ni slalunya bermula waktu petang sampai lewat mlm..masa tu lah dorg meriah mcm siang walhal kita semua dah nak tido. hehehe...aah sy byk amik gmbr waktu kat sini. tapi masa tu sy pakai compact kamera..tak berani bwk dslr sbb besar & obvious sgt. sy pun byk curi2 amik...saja simpan buat kenang-kenangan. bila tgk gmbr2 tu sy pun jadi rindu nak balik ke sana :-)

Irfa January 7, 2013 at 9:38 AM  

akak sampai skrg tak lupa sup yg amat sedap masa kesana.pdahal sup tu biasa je pun..mgkin sbb disana semua nya rasa sedap.apa taknya selain dr beribadat,makan jelah kerjanya ;)

Fatt January 9, 2013 at 5:55 AM  

irfa,
sup kibas ke kak? sy dah lupa sy penah rasa ke idak kibas masa kat mekah. waktu kat sana semua benda sedap..hehe..tapi makanan Arab mmg sedap2 pun :)

Mohd Saad Hamid January 9, 2013 at 8:53 AM  

Assalamu'alaikum wbt

Alhamdulillah, blog yang menarik dan padat dengan maklumat. Saya suka blog walking ke sini dengar cerita kembara yang menarik.

Terima kasih sebab masukkan link blog Hidup Biar Allah Sayang di sini.

Wasalam.

Fatt January 9, 2013 at 8:42 PM  

Tn Haji,
waalaikumsalam...terima kasih Tn Haji. sy takde gmbr pintu Bab As-Salam jadi sy pautkan laman blog Tn Haji di sini utk panduan jemaah yg lain. info di blog tuan mmg lengkap dan terima kasih byk2 :)


Post a Comment

Terima kasih!!

  © Copyright Since 2010 | Backpacker Busuk

Back to TOP