Umrah : Masjid Hudaibiyah - Ziarah Luar Kota Mekah (Part 4)

February 18, 2013

Sambungan daripada entry sebelumnya.


Hari Kelapan : 21 Jun 2011

Dari ladang unta kami menyambung perjalanan ke destinasi seterusnya iaitu Masjid Hudaibiyah. Masjid ini terletak kira-kira 26km dari kota Mekah dan bersempadan dengan tanah haram. Ia juga merupakan salah satu di antara lokasi miqat yang sering dikunjungi oleh jemaah haji dan umrah.

Masih ingat lagi kisah penghijrahan Rasulullah SAW ke Madinah? Sinambungan dari peristiwa tersebut akhirnya dakwah Islam telah berkembang dengan pesat di sana. Pada suatu hari baginda telah bermimpi pergi ke Masjidil Haram bersama para sahabat dengan aman dan tanpa gangguan daripada kaum Quraisy. Melalui mimpi tersebut turunnya wahyu Allah SWT dalam ayat 27, surah Al-Fath yang bermaksud :

"Demi sesungguhnya! Allah tetap menyatakan benar RasulNya dalam perkara mimpi itu dengan kenyataan yang sebenar iaitu sesungguhnya kamu tetap akan memasuki Masjid Al-Haram, insya Allah (pada masa yang ditentukanNya), dalam keadaan aman (menyempurnakan ibadat umrah kamu) dengan mencukur kepala kamu, dan kalau (tidak pun) menggunting sedikit rambutnya, serta kamu tidak merasa takut (akan pengkhianatan musuh sehingga kamu keluar balik dari situ). (Allah menangguhkan berlakunya kenyataan itu) kerana Ia mengetahui (adanya faedah dalam penangguhan itu) yang kamu tidak mengetahuinya maka Ia menyediakan sebelum (terlaksananya mimpi) itu, satu kemenangan yang dekat (masa berlakunya)".

Baginda pun mengarahkan kaum Muhajirin dan Ansar supaya bersiap-sedia ke Mekah. Tujuan mereka bukanlah untuk berperang tapi untuk menunaikan umrah. Disebabkan itu mereka pergi tanpa membawa sebarang kelengkapan perang kecuali untuk mempertahankan diri dari serangan perompak.

#1 - Masjid Hudaibiyah yang baru
Sewaktu menghampiri kawasan bernama Hudaibiyah rombongan baginda telah dihalang dan Uthman Bin Affan telah dihantar sebagai wakil untuk menerangkan tujuan kedatangan mereka ke situ. Semasa menunggu kepulangan Uthman mereka mendapat khabar angin beliau telah dibunuh dan berita tersebut telah menimbulkan kemarahan para sahabat dan kaum muslimin yang lain. Akhirnya satu "Ba'iah Al-Ridhwan" iaitu perjanjian taat setia oleh para sahabat kepada Rasulullah SAW telah dilakukan di bawah sepohon pokok di tepi sebuah telaga. 

Untuk makluman semua, nama Hudaibiyah sebenarnya berasal dari nama seorang lelaki yang telah menggali telaga di tempat tersebut. Daerah itu kemudian diberikan kepadanya serta dinamakan "Hudaibiyah" (termasuklah telaga tersebut). Berdekatan telaga itu terdapat sepohon pokok yang cukup rendang yang bernama pokok Hadba’. 

Perisitwa Bai'ah Al-Ridhwan ini telah dicatat di dalam surah Al-Fath yang bermaksud "Kemenangan" (Al-Fath).

"Sesungguhnya orang-orang yang memberi pengakuan taat setia kepadamu (wahai Muhammad - untuk berjuang menentang musuh), mereka hanyasanya memberikan pengakuan taat setia kepada Allah; Allah mengawasi keadaan mereka memberikan taat setia itu (untuk membalasnya). Oleh itu, sesiapa yang tidak menyempurnakan janji setianya maka bahaya tidak menyempurnakan itu hanya menimpa dirinya; dan sesiapa yang menyempurnakan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah, maka Allah akan memberi kepadanya pahala yang besar" (ayat 10)

"Demi sesungguhnya! Allah reda akan orang-orang yang beriman, ketika mereka memberikan pengakuan taat setia kepadamu (wahai Muhammad) di bawah naungan pohon (yang termaklum di Hudaibiyah); maka (dengan itu) ternyata apa yang sedia diketahuiNya tentang (kebenaran iman dan taat setia) yang ada dalam hati mereka, lalu Ia menurunkan semangat tenang tenteram kepada mereka, dan membalas mereka dengan kemenangan yang dekat masa datangnya" (ayat 18)

Bai'ah tersebut telah sampai ke pengetahuan orang Quraisy dan mereka berasa gentar lalu memulangkan semula Saidina Uthman. Mereka telah menghantar wakil iaitu Suhail Bin Amru untuk berunding dengan Rasulullah SAW. Memandangkan syarat-syarat yang ditetapkan oleh pihak Quraisy berat sebelah maka Saidina Umar Al-Khattab telah mempertikaikannya. Tapi oleh kerana baginda terlebih dahulu melihat kebaikannya melalui wahyu yang diturunkan dalam mimpi, maka perundingan tersebut telah dipersetujui.

Antara perkara yang telah dipersetujui dalam Perjanjian Hudaibiyah adalah :
1 - Gencatan senjata selama 10 tahun
2 - Kabilah Arab boleh memilih untuk memihak sama ada orang Islam Madinah atau orang Quraisy Mekah
3 - Orang Madinah yang pergi ke Mekah tanpa kebenaran penjaganya tidak perlu dipulangkan
4 - Tapi bagi orang Mekah yang pergi ke Madinah tanpa kebenaran penjaganya perlu dipulangkan semula
5 - Umat Islam hanya boleh mengerjakan umrah pada tahun berikutnya

#2 - bekas tapak Masjid Hudaibiyah yang lama
#3 - kesan runtuhan yang masih kekal

Walau bagaimanapun, perdamaian yang dipersetujui di antara kedua-dua pihak ini bertahan selama 2 tahun sahaja. Orang Quraisy sengaja melanggar isi perjanjian yang pertama dan memberi sokongan kepada Bani Bakar yang berperang dengan Bani Khuza'ah. Mengikut syarat Perjanjian Hudaibiyah gencatan senjata harus dikekalkan selama 10 tahun tetapi orang Quraisy telah mencabulinya. Nabi Muhammad SAW telah bertindak tegas dalam menangani hal tersebut dan menghantar pasukan tentera Islam ke Mekah.

Walaupun perjanjian ini banyak menguntungkan kaum Quraisy tapi dalam tempoh jangka panjang ia juga menguntungkan orang Islam. Ini boleh dilihat apabila umat Islam bebas memasuki kota Mekah tanpa sebarang sekatan dan boleh melakukan umrah pada bila-bila masa. Selain itu dakwah Islam dapat berkembang ke seluruh pelusuk tanah Arab tanpa sebarang halangan. Ini dapat disaksikan dengan pengislaman tokoh panglima Quraisy yang berpengaruh seperti Khalid bin Al-Walid, Amru bin Al-As dan Uthman bin Talhah. Bahkan melalui larangan gencatan senjata selama 10 tahun tersebut baginda dapat berdakwah sehingga kepada pembesar Rom, Raja Habsyah, Raja Mesir dan Raja Parsi.

Demikianlah tertulis dalam ayat 1-3, surah Al-Fath yang bermaksud :

"Sesungguhnya Kami telah membuka bagi perjuanganmu (wahai Muhammad) satu jalan kemenangan yang jelas nyata. Kemenangan yang dengan sebabnya Allah mengampunkan salah silapmu yang telah lalu dan yang terkemudian, dan menyempurnakan nikmatNya kepadamu, serta menambahkanmu hidayah ke jalan yang lurus (dalam mengembangkan Islam dan melaksanakan hukum-hukumnya). Dan dengan sebabnya Allah memberikanmu pertolongan (untuk mencapai kejayaan) dengan sepenuh-penuh dan sehandal-handal pertolongan (yang tidak ada tolok bandingnya)"

Begitulah serba ringkas kisah di sebalik Perjanjian Hudaibiyah. Untuk memperingati peristiwa tersebut Masjid Hudaibiyah telah dibina di kawasan tersebut. Walau bagaimanapun masjid itu telah dirobohkan dan digantikan dengan masjid baru (warna putih) yang terletak bersebelahan dengan bekas tapak masjid yang lama. Kesan runtuhan tersebut masih utuh berdiri walaupun peristiwa bersejarah tersebut telah berlalu beribu-ribu tahun lamanya. Subhanallah.

#4 - jemaah tekun mendengar penerangan ustaz
Selesai ustaz menghabiskan ceritanya maka aku dan jemaah yang lain pun beredar memasuki masjid untuk berniat ihram dan menunaikan solat sunat ihram. Oh ye, dalam entry sebelumnya ada orang bertanya pada aku pasal pemakaian semasa program ziarah. Maaf aku terlupa nak jawab soalan tu sebelum ni jadi aku akan jawab di sini. 

Sebenarnya bila setiap kali ada program ziarah aku akan pakai jubah dan selepas berniat ihram barulah aku pakai kain telekung. Tapi disebabkan jubah aku dah cukup labuh jadi aku cuma sarungkan stokin. Sepanjang pemerhatian aku ada jugak jemaah yang terus pakai kain telekung semasa program ziarah. Pada pendapat aku hal pemakaian tak jadi masalah sebab terpulang pada individu dan mengikut keselesaan masing-masing. Disebabkan aku taknak kotorkan kain telekung sebelum berihram jadi aku lebih selesa berjubah semasa program ziarah. Aku harap jawapan yang aku berikan dapat membantu, Insya Allah. 

#5 - peniaga di luar perkarangan masjid
#6 - jemaah sedang melihat barang-barang yang dijual
Selesai berniat ihram dan bersolat sunat, aku keluar dari masjid dan berlegar-legar di kawasan sekitarnya. Pada waktu ini aku bersendirian sebab ahli keluarga yang lain masih lagi di dalam masjid dan belum selesai. Aku perhatikan banyak peniaga-peniaga Arab yang berjualan di luar bangunan masjid dan antara barangan yang didagangkan termasuklah tasbih, kayu sugi, minyak attar dan sebagainya. 

Aku pergi semula ke tapak lama Masjid Hudaibiyah untuk mengambil gambar di kawasan tersebut. Walaupun binaan ini sudah memakan masa beribu-ribu tahun tapi ia kelihatan masih utuh. Aku perhatikan banyak kesan "autograph" telah ditinggalkan di atas batu-batu tersebut dan aku fikir ini mungkin peluang keemasan aku memandangkan tiada sesiapa di situ kecuali aku. Sedang aku meraba-raba mencari pen di dalam beg tiba-tiba ada suara menyapa. 

"Assalamualaikum!"

Serentak itu aku menoleh ke belakang.

"Waalaikumsalam. Err...ustaz!"

Rupa-rupanya Ustaz Zul. Alamak, entah-entah dia nampak aku nak conteng dinding ni tak? Erk!

"Dah selesai berihram?"

"Dah ustaz. Saya siap awal sebab tu saya ke sini sementara tunggu dorang bersiap"

"Oh begitu. Saya nampak awak amik gambar tadi. Nak saya tolong amikkan gambar ke?"

Segannya aku. Nampak sangat orang lain pun perasan aku banyak amik gambar. Huhuhu

"Eh takpe ustaz, saya jarang amik gambar sendiri. Saya lebih suka amik gambar objek dan pemandangan"

"Oh macam tu. Awak amik gambar banyak-banyak ni sebab nak letak dalam blog ke?"

BOM!!! Tiba-tiba rasa off-balance. Macam mana ustaz ni tau aku ada blog??? Tak mungkin. Eh tapi ada gak trafik dari negara Arab datang ke blog aku sekali-sekala. Ishk takkanlah ustaz ni baca blog aku kot. Merapiklah. Dia random je tu.

#7 - kesan autograph jelas kelihatan pada runtuhan
#8 - lagi kesan runtuhan yang telah dirakamkan

"Mana ustaz tau saya ada blog?"

Dalam pada aku cuba menafikan tiba-tiba aku sendiri yang tersalah cakap...pfftt!! (lempang mulut sendiri)

"Apa nama blog awak?"

Masuk jerat sendiri. Padan muke aku.

"Err tak payahla ustaz. Blog saya cap ayam je"

"Blog cap ayam? Blog ape tu?"

Ustaz Zul tergelak.

"Tak, maksud saya blog saya blog picisan je. Buang masa ustaz je baca. Hahaha"

Aku cuba mengelak sebab malu hoi kalau dia baca. Nanti habislah aku kena ceramah tetiap hari.

"Bagitaulah saya apa nama blog tu?"

"Err...BackpackerBusuk"

Aku cakap laju-laju dengan harapan dia tak dengar jawapan aku.

"Ape busuk?"

Hee, buat malu aku je ustaz ni tau.

"Back-pack-er Bu-suk!"

"Ooooooo....Backpacker Busuk. Kenapa guna nama tu?"

"Hehehe...entah!"

"Ok nanti saya nak cari blog tu"

Pitam!

Tiba-tiba aku nampak kelibat Mak Eton keluar dari masjid. Aku nampak Mak Eton tersengih-sengih di sebalik tembok sambil mengeluarkan henpon dari saku baju kurungnya. Aku dah boleh agak tindakan Mak Eton yang seterusnya tapi aku tak boleh buat apa-apa kecuali pasrah.

Ustaz Zul tak perasan apa yang berlaku sebab dia berdiri membelakangi Mak Eton tapi melihatkan reaksi aku yang berubah maka dia pun segera menoleh ke belakang. Serentak itu Mak Eton pun datang dan selepas itu Ustaz Zul pun beredar.

"Korang borak ape tadi?"

Mak Eton tersengih-sengih sambil cuba memancing aku. 

"Takde ape, borak-borak kosong je"

"Eleh yelah tu. Tadi Mak Eton amik gambar kamu dengan Ustaz Zul"

"Tauuuuu...."

Lemah je jawapan aku. Hahaha. Tapi aku tak marah Mak Eton sebab aku tau yang dia cuma bergurau. 

Tak lama kemudian semua jemaah keluar dari masjid menandakan mereka telah siap berihram. Kami semua menaiki bas dan bertolak kembali ke Mekah. Sepanjang perjalanan balik aku hanya memandang ke luar tingkap sebab malu nak bertentang mata dengan Ustaz Zul. Aku rasa mesti balik rumah nanti dia google terus. Dahla post terakhir aku sebelum ke sini cerita pasal Mr. G. Habislah aku!!! *tutup muka*

Tapi yang pastinya selepas tu henfon Mak Eton telah berpindah-pindah ke tangan seluruh ahli keluarga aku termasuklah Mak dan Abah. Aku hanya mampu menahan usikan bila mereka semua bersepakat untuk membahan aku. Dan yang paling tak boleh tahan bila Mak Eton bagitau yang dia nak cuci gambar tu bila balik ke Malaysia nanti. Pfftt!!!


bersambung...
.

24 comments:

musafir 28 February 18, 2013 at 6:54 PM  

hahhahahaaa..soooo suwwiiittt...pandai ustaz tu mengayat..huahuahua

Fird February 18, 2013 at 8:16 PM  

Mak Eton gimme 5 haha!

Fird February 18, 2013 at 8:17 PM  

Mak Eton gimme 5 haha!

takky February 18, 2013 at 8:31 PM  

konfem r ustaz 2 terus cek nama blog nie....

btw, x salah ke buat "sign" dkat runtuhan batu 2?

AjlaA February 18, 2013 at 8:43 PM  

ustaz zul kah yg pki spek itam itu?

kak, sy tertanya2. jika dah niat ihram, pastu wudhu' terbatal, renew wudhu' jelah kira kan

Naramas Aman February 18, 2013 at 9:34 PM  

Kik kik kik lawaklah dialog Fatt dengan ustaz tu :)

Tentang pakaian ihram itu yang penting tutup aurat dan tidak jarang. Kadang-kadang saya pakai jubah je. Kadang-kadang pakai telekung.

Terima kasih dengan perkongsian kisah perjanjian Hudaibiyah tu. Saya dah lupa. Masa sekolah dulu hafallah sebab nak lulus periksa. Masa pergi niat ihram di situ (musim haji 2010), nasib baik orang tak tanya saya apa perjanjian Hudaibiyah tu, kalau tidak malu saya :)

Entri ini membuat saya semakin rindu pada tanah suci.

Nina Hamdan February 18, 2013 at 10:38 PM  

Macam baca buku sirah nabi.. terima kasih utk penerangan yang best.. Setiap kali nak type, i always thinking macam mana nak relate our trip dengan islam... At least apa yang kita tulis dapat pahala..Insha Allah sama2 kita dapat manfaatnya .. amin

BTW.. I loike Mak Eton!

jarimanis February 18, 2013 at 10:54 PM  

Hihihi JM paling excited baca part dialog antara fatt ngan ustaz tu siap bygkan scene time tue hihihi klau mak eton x muncul time tu mesti ada lg dialog seterusnya :-)
JM pun suka nama backpackerbusuk tue UNIK :-)

Biqque February 18, 2013 at 11:04 PM  

sila tunjuk kat aku muka ustaz zul nanti ye??? sejuk perut mak ko mengandungkan ko :) bleh la kitorang tumpang buat umrah sama2...aminnnnn!

Fatt February 19, 2013 at 3:25 AM  

musafir,
debor gile masa tu..dupdap dupdap sbb tak bajet dia nak tegur



fird,
oh skrg ko geng dgn Mak Eton la ye? siapkauuuuu!!



takky,
gamaknyelah...

erm, aku rasa tak salah sbb tu cuma batu..lagipun tu bekas tapak masjid je



ajlaa,
ye betoi..seploh markah! hehehe...

erm, nak tanya..wudhu batal sbb bersentuh dgn bukan muhrim ke sbb terbuang angin? klu tersentuh yg tak mendatangkan syahwat tu takpe, tapi kalau terbatal sbb datang haid, terbuang angin, maka kena renew wudhu dan ulang balik bhgn yg terhenti sblm tu. tapi hal ini cuma tertakluk pd tawaf mengelilingi kaabah..kalau bersaie tu tak dlm keadaan suci (berwudhu) pun takpe. sbb tawaf tu mcm kita menunaikan solat. contohnya kita boleh gantikan solat tahyatul masjid di masjidil haram dgn 7 kali pusingan tawaf. nanti ajlaa dapatkan penjelasan dr ustaz ye..tapi daripada apa yg akak tau mmg mcm itulah. wallahualam



naramas,
malulah sy bila prof baca part yg hujung2 tu..hehe :)

betul tu prof...pakaian apa2 pun ok asalkan menutup aurat & tak jarang. jomlah prof kita umrah..sy pun rindu kat tanah suci



nina hamdan,
sewaktu sy menulis entry ni sy cuba gali sebanyak2 cerita yg sy tau supaya tak terhad pd apa yg sy dgr dari mulut ustaz & mutawif. pd pendapat sy, sebanyak mana usaha sy mencari info ttg tempat2 lain utk dikongsikan, sy jgk perlu berbuat hal yg sama lebih2 lagi untuk travelog umrah..insya Allah, sy pun tengah refresh balik semua ingatan pd sirah2 Nabi yg pernah kita belajar semasa di sekolah dulu utk dikongsikan dgn semua. terima kasih sbb sudi membaca :)



jarimanis,
setiap kali org tanya kenapa sy bagi nama blog sy mcm ni, setiap kali itulah sy rasa malu sbb pd waktu tu sy tak terfikir yg blog ini akan jadi spt apa yg ia sedang jadi skrg..haha..jadi pilihlah nama blog betul2..sy rasa nak tukar jgk tapi masih dlm perancangan. anyway JM, terima kasih sbb baca semua cerita sampai ke part dialog..hehe :P



biq,
ada la dalam ni..tak pasan ek? dia suruh aku dilit gmbr dia tapi aku saja simpan, bleh? (Saja cari pasal). amboi jauhnya ko berangan...susah tuuu susah..kang ai jumpa u ai stori..hihihi :P

dzuchan February 19, 2013 at 8:01 AM  

aku baca dgn tawadduk yg part atas2 tuh..

masuk kat bawah, hilang ketawaddukkan aku tuh..kelas ustad2 zaman sekarang..:-)

Kay February 19, 2013 at 9:16 AM  

salam Fatt

ustaz yg kopiah merah tu eh?

sempat tak nak sain kat batu tu?

Fariha Nazeem February 19, 2013 at 9:25 AM  

ape busuk??...lawak tul la...ustaz da google tu fatt..hahaha

Buyuiazliana February 19, 2013 at 11:45 AM  

assalamualaikum ustaz.. *saje bagi salam sebab rasa2 ustaz tu dh google and dah baca entry ni. hehehe.

p/s: tetiba teringat scene adam dan hawa :P

jangan merajuk/marah ye saya gurau je.

AjlaA February 19, 2013 at 6:56 PM  

terima kasih byk2 kak. terjawab persoalan.

tertanya2 sebab wudhu' sy bukan jenis yang tahan lama. hehehehe. jika tidak jelas, sy mintak pencerahan dr ustaz zul kelak eh. :)

CM February 19, 2013 at 8:59 PM  

kiuttt mak eton tu..

Fatt February 19, 2013 at 9:53 PM  

dzuchan,
ko ingt aku tak terkejut bila dia ckp blog? nasib baik dia tak ckp fesbuk, klu tak pengsan aku la tu jgk. aku rasa ustaz ni pun up-to-date mcm ustaz don. somemore dia bkn tua pun, baya2 kita jgk :)



kay,
wasalam..ye cik kay..itulah ustaz zul..kecik je orgnya. sy tak sempat sain atas batu sbb ustaz tu datang..klu tak sure dah ada "backpacker busuk was here". huhuhu



fariha nazeem,
itu jam jgn tanya muka aku camne, nak sengih ke taknak sengih ke..hahaha...sabor jelah..haha. aku rasa dia dah gugel, mustahil lah tak



buyu,
harap2 dia tak baca sbb kisah ni masa tahun 2011..tapi tak pastilah kalau dia masih jenguk blog ni huhuhu



ajlaa,
sama2...ajlaa pegi bila? bestnya nak kirim susu unta bleh? awk amik pakej dgn kompeni ape? kalaulah jumpa ustaz zul ni sampaikan salam kat dia..tatau la dia ingat lagi kat akak ke idak almaklumlah rmai dah jemaah yg dia handle :)



cm,
mak eton sy mmg camni..antara makcik kesayangan saya :)

AjlaA February 20, 2013 at 7:13 PM  

thn lepas patutnya kak
kursus dah attend
visa pun dah buat
tp tidak kesampaian
mungkin bukan rezeki ktorg untuk pergi
belum masanya lah tuh.

insyaALLAH akan datang, jika diizinkanNYA, sampai lah ktorg ke sana. amin

waida February 20, 2013 at 8:58 PM  

So suwitt Kak Fatt ;P Boleh la jd mcm Irma Hasmie ngn Redza Syah Azmeer pasni. Cuma versi Kak Fatt bukan versi jumpa dpn Kaabah lee~ HAHAHA

Chawanna Na February 21, 2013 at 8:04 AM  

Mungkin aku terlepas entry2 sblum nih, tapi mana la pulak dtg MAK ETON TU! nama memang zaiton sameon sgt! hahahaha

Untunglah dh buat umrah ;)

suerynn.adie February 21, 2013 at 2:40 PM  

I slalu silent reader.. tp bila tengok ustad zul cam excited.. what a small world... 2 kali I gi umrah 2 kali dia jadik mutawif...

I penah pegi rumah dia n makan nasik mandy kambing...sedap..(cooked by his first wife) I've met his second wife n his son Usamah (perangai sebijik cam Ustad zul)

hehehehehe

Fatt February 21, 2013 at 9:51 PM  

ajlaa,
aaaaa sedihnya...camna bleh jadi camtu? sabar ye ajlaa...ada kwn parents akak pun sama tapi lain kes..dorg punye duit kena tipu dek agen yg uruskan..bukan sikit...36 org rombongan. ntahla si pencuri tu tak rasa takut ke buat kerja2 camni..duit org nak pi umrah tu. isk..

akak pun doakan awk sekeluarga terkabul hajat ke sana..aminn..semoga dipermudahkan, insya Allah



waida,
oii takleh bayang kalau jadi camtu..mau pitam terus. akak tak berani nak doa camtu dik..sbb diri masih belum ready katanya :)



chawanna,
untunglah dah pi europe :P

itulah...lain kali datang umah aku ni selalu baru update skit..giteww..nama org dulu2 mmg lah..alah laki ko nama perkakas dapur tu camne? hehehe...ops lariiikkk



suerynn.adie,
alaa awk dah pecah lobang le..sy baru nak cerita psl ni kat entry seterusnya tapi awk dah cerita. hahaha..takpe2 no hal. sy tau ustaz zul tu dah kawin lepas beberapa hari dia tegur sy. tapi sy tak take it personal sbb rasa tu normal conversation je. masa tu dia ada jgk bawak anak dia Usamah, budak tu mmg cerdik & petah bercakap. kalau dgr dia cerita pasal sirah nabi kami2 ni sume menganga sbb khusyuk :)

katanya wife dia cantik & awet muda wlpun dah berumur, yeke? sy tak tgk masa tu sbb sakit & berehat dlm bilik

btw awk amik pakej umrah dgn syarikat apa? fairooz ke?

suerynn.adie February 22, 2013 at 4:29 PM  

awww so sorry... hahahahaha tapi serius memang xcited bla tgk ustad zull dlm ... kalau dia bercerita tuh memang khusyuk la.. best2 bila geng dia bagi tazkirah pun seronok dengar..

Yup I gi ngan fyrooz.. masa tu sharir yg bawak group kami.. I penah jumpa kak yan 2 kali.. n dgr love story dia org cam dlam drama hahahahha...

we all panggil ustas zul= ustad rock

none February 26, 2013 at 4:38 PM  

assalamualaikum fatt,
ehehe... none dah kembali bersiaran lagi...
masa saya gi miqat kat masjid hudaibiyah ni kami cuma diberi masa doploh minit je.... masa sampai tu seperti biasa ke toilet dulu lah, alih2 takde air, alhamdulillah ada orang takungkan air dalam satu bejana tu, bila keluar tu siap round2 masjid tu, ternampak ramai orang turki tengah berdoa sambil nangis2 kat masjid lama tu. saya cuma sempat jeling2 je sebab masa tu ramai org tengah menunggu nak masuk masjid untuk solat sunat ihram. alih2,mutawif panggil terus naik naik bas sebab dia kata tak sempat nak solat sunat. dia kata kalau lambat2 nanti dah tengahari panas nak buat umrah.pada saya fatt, umrah yang paling nikmat dibuat adalah ketika waktu panas2 terik tu. masa tu Allah datangkan angin sejuk yang kalah kalau kita duduk kat tepi pantai. Subhanallah. apapun entry ni sangat menarik dan ia seakan2 satu bisikan yang saya mesti ke sana lagi. sebenarnya saya bukan sahaja nak ke sana lagi. kalau Allah bagi rezeki saya teringin sangat nak duduk sana... doakan ya fatt...

Post a Comment

Terima kasih!!

  © Copyright Since 2010 | Backpacker Busuk

Back to TOP