Japan Capsule Hotel, Manga Kissa & Ryokan

March 14, 2013

Untuk merasai sendiri pengalaman yang unik di Jepun bolehlah mencuba penginapan di capsule hotel, manga kissa dan ryokan. Pada pendapat aku ketiga-tiga tempat ini menarik dan tidak terdapat di mana-mana kecuali di Jepun (kalau ada pun sah-sah tiru).  Sebelum bercerita dengan lebih lanjut jom aku perkenalkan dulu menatangnye.


#1 - Capsule Hotel

Asalnya capsule hotel ini dicipta untuk businessman, workaholic salary-man dan juga yang tak-berapa-nak-workaholic-tapi-lepas-habis-kerja-pegi-melepak-main-pachinko (mesin slot). Mereka semua adalah punca kepada tercetusnya idea capsule hotel sebab dorang asik tertinggal last train (keretapi terakhir). Tapi sekarang capsule hotel semakin popular dan mendapat tempat di kalangan gaijin (orang luar) yang ingin merasai pengalaman claustrophobic atau berada di ruang sempit. Saiz capsule hotel memang kecik dengan ukuran 2m (panjang) x 1.1m (lebar) x 1.1m (tinggi). Kalau orang asia memang takde masalah tapi kalau mat saleh mungkin sempit sebab dorang kan gajah. Hehe

#1 - not for claustrophobic [sumber]

Kemudahan yang disediakan memang basic dan kebanyakkannya "sharing basis". Walaupun tak semenggah tapi harganya boleh tahan. Dari segi keselamatan, ramai jugak yang tak mengesyorkan tapi sekarang kebanyakan capsule hotel menyediakan floor berasingan untuk lelaki dan pompuan so mungkin boleh dipertimbangkan.

Sebenarnya aku plan nak cuba capsule hotel waktu di Osaka tapi jadi sebab dapat pilihan yang lebih bagus. Rasa ralat tu ade lah sikit-sikit tapi tak sangat sebab sebelum ke Osaka aku indirectly melalui pengalaman claustrophobic di sebuah hostel di Kyoto. Panik jugak bila celik mata nampak siling kat muka, maklumlah baru bangun tido, masih mamai.  Masa tu aku ingatkan dah jadi arwah sebab cubicle tu keseluruhannya dibina dengan kayu, memang macam keranda.


#2 - Manga Kissa (Comic Cafe)

Tempat yang mirip kepada sebuah perpustakaan ini dicipta untuk golongan otaku, ulat buku dan hantu komik sebab kat sini dorang boleh membaca sampai muntah. Manga (bukan majalah Mangga yang posing tepi kolam tu) ialah komik yang dibaca oleh semua golongan tak kira tua atau muda di Jepun. Aku tak pasti sama ada majalah hentai (porno) ada ke takde dalam manga kissa sebab tak sempat nak mengkaji (eh!). Dan aku jugak tak pasti sama ada komik-komik ini telah dialih bahasa (rasanya tak, wallahualam).

Manga kissa ini beroperasi 24jam sehari dan seperti capsule hotel, ia juga dicipta untuk orang-orang yang tak reti nak balik rumah. Tempat ini juga popular di kalangan gaijin yang ingin merasai kelainan selain menginap di capsule hotel.

#2 - another weird option but fun [sumber]

Ia juga selesa sebab kebanyakan manga kissa menyediakan bilik-bilik kecil seperti cubicle yang lengkap dengan sebuah kompiter berinternet dan sofa. Tidak seperti perpustakaan biasa, manga kissa juga menyediakan kemudahan bilik mandi, makanan dan minuman (free flow) dengan sedikit bayaran mengikut jam. Honestly tak murah sebab lebih kurang macam kos menginap di dorm. 

Asalnya aku plan nak tido kat sini masa hari kedua di Tokyo tapi waktu tu aku tak berapa konfiden sebab masih meraba-raba dengan peta subway yang tak tau hujung pangkal. Tapi masa hari pertama sampai di Osaka aku sengaja masuk ke tempat ni sebab nak check harga (which obviously mahal). Waktu tu aku agak impress sebab cik kak yang jaga manga kissa tu dressing macam watak Sailor Moon, suara dia pun sebijik macam kartun. Huih, nasib baik aku ni lurus, bukan songsang.

#3 - "hai adik, nak check-in ke?" (libas-libas pedang) *pitam* [sumber]
#4 - tapi kalau ni yang datang menyambut memang aku bagi penampor [sumber]

So aku tukar plan dan duduk kat Smile (sebelum sambung di Annex untuk hari seterusnya). Kalau ada peluang boleh cuba, highly recommended!


#3 - Ryokan (rumah tradisional Jepun)

Kalau nak rasa pengalaman sebenar di Jepun bolehlah menginap di ryokan. Harganya memang mahal dan sesuai dengan servis yang diberikan. Tapi aku terpaksa surrender awal-awal sebab tak mampoo. Kalau nak jugak nanti aku mampooos.

#5 - ryokan / rumah tradisional Jepun [sumber]

Walaupun tak berpeluang menginap di ryokan yang sebenar tapi aku merasa jugaklah pengalaman yang lebih kurang sama waktu di Kyoto. Memang jakun gakla masa tu sebab bentang tilam sendiri, pasang sarung tilam dan sarung bantal sendiri. Tak silap aku 3 lapis tilam semuanya dan yang paling penting bila baring dalam tu rasa macam bergulung dalam kapas. Best gila. 

Haaa amacam, menarik kan? Kalau pegi ke Jepun bolehlah cuba, berbaloi-baloi! :-)


*Nota : Pengalaman menginap di claustrophobic hostel dan ryokan hostel sewaktu di Kyoto dulu pernah aku blogkan di sini. Cekidaut!
.

13 comments:

Biqque March 14, 2013 at 10:27 AM  

hahahahaha kalo mamat jantan tu yg jadi penyambut tetamu, aku muntah dpn2 tu gak...

aku rasa ada mags hentai sbb kat sana rata2 biasa dah. yg tak hentai pun sepah2 je kat kedai ye dok...(teringat katun hentai hahaha opss)

capsule tu kitorang nak try gak tapi shahrul mcm takut lemas, so aku tau la yg dia claustrophobic kahkahkah!

jarimanis March 14, 2013 at 11:37 AM  

untuk ketiga-tgia ..nak pilih Ryokan sbb nk rasa mcm bergulung dalam kapas..

Kalau Casule Hotel tu..mahu tdo mcm patang..lenguh satu badan sbb rasanya badan muat2 je yg lobang tu :-)

Mangga Kiss..ehh..Mangga Kissa..tak suka baca majalah mangga..ehehe..tak minat membaca buku tp minat blogwalking je..kang rugi kej byr memahal

Ala nyah si rambut kuning..kalau yer pun nak pakai skirt..cukur le misai ngan janggut tee..eee..geli mak tau..ahahahah

Aduhai sori Fatt..terpanjang lak komennyer :-)

dzuchan March 14, 2013 at 11:52 AM  

aku yakin ada manga hentai dekat manga kissa tu heehee..boleh baca dlm cubicle tuh, takde orang tau

aku ada survey hotel singapore hari tu, diorg pun dah ada capsule hotel tu.. aku nmpk cam aquarium je hahaha, tak pun hostel kucing (oppss). tapi utk tempat yang nilai hartanah tinggi, option ni bagus kan sbb save space.

Orga March 14, 2013 at 3:58 PM  

aku suka point ko no 2 tu...sebab aku memang kaki manga, kalau anime, berkaki-kaki lah jawabnya. korang ni tak baik tau pukul mamat comel tu,dia pun cari rezeki jugak, hehe...

Lavender March 14, 2013 at 9:37 PM  

aku pun hari tu terfikir gak nak duduk kat capsule hotel tu tapi tak jadi, fikiran berubah.. last2 check in hotel gak

MasZuber March 15, 2013 at 8:34 AM  

alamak bestnye aku tgk selimut ryokan tue. terasa nak buat CS kat jepun la nanti...nak cari CS yang dok kat kampung!

Razfira March 15, 2013 at 10:53 AM  

okay sume hotel tu mmg best.. yg komik tu kalau dah alih bahasa ok la sket.. huhu

Ayu March 15, 2013 at 3:10 PM  

Assallammualaikum
First thing yang datang kat kepala bila baca posting Fatt kali ni ialah Oshin.. hehehe

Antara2 tiga2 tu saya pilih yang ketiga, sebab macam dapat rasa selimut dia yang selesa.. :)

azieazah March 15, 2013 at 10:30 PM  

Ntah bila la dapat merasa jejak kaki di Jepun nih....

Fatt March 16, 2013 at 3:56 AM  

biq,
HAHAHA..kot tak sempat muntah dah pengsan dulu :))

ko tau biq, time aku nmpk mags hentai dlm kedai serbaneka dia tu aku dah segan2..nak try selak tapi malu (walhal sape pun tak dulik). hahaha

ko jgn biq, org claustrophobic ni klu dia panik nanti habis terantuk2, aku haritu panik gak..maunye tak panik, celik mata tngok kiri kanan kayu..ingtkan dalam keranda..huh!



JM,
nanti tryla dok ryokan..syok cuma sediakan duit jelah. well actly manga (satu "g")...klu dok manga kissa ni ok jgk, part of experience why not :)



dzuchan,
kompem lah! sure ada...pastu baca lak dalam cubicle..u dono what happen. LOL :))

ha aku cam pasan je capsule hotel yg ko mksudkn kat spore tu..mmg menarik. aku rasa nak cuba gak nanti bila p spore..rasanya lebih murah kot dr kat jepun..kat HK skrg dorg dah buat rumah capsule..aku tengok dlm berita aritu. kesian lahh..esp sbb yg duk ctu org2 tua & org2 susah..sbb cost of living kat HK semakin tinggi



orga,
comel??? bak baldi aku nak muntah. hahaha :))



intan,
mestila berubah..klu dok dlm capsule kena dok asing2..mana leh masuk 2 org..camne nak bergurau senda? hehehe...gurau je ye intan :)



maszuber,
sila!! aku aritu tak buat sbb tak terpikir masa tu..rugi2. so aku syorkan ko buat!



razfira,
itulah, kalau ada mgkin lebih menarik. klu tak layan gambar jelah..huhu



ayu,
waalaikumsalam. oshin? hehe..sbb gmbr last tu ye? menarik tmpt ni sbb rumah tradisional. kalau pi cni tryla sekali :)



azie,
boleh kak, u can! tiket pi sana murah, cuma expenses tu kena bajet bebetul

cik kodok March 17, 2013 at 10:13 AM  

Fuh.. aku nak no. 1 & 3.
Sebab aku ni hantu tido.. aku tak kesah duk sesempit tu pun sebab nya tengahari menyempit kat bilek file, tido mcm siput :P

Kalu pileh no. 3.. harus kena try tiru cara tido mcm orang jepang.
Baring straight je :D

m.u.l.a.n March 17, 2013 at 3:42 PM  

tqs fo sharing...!!! awsome trip..!!

Fatt March 17, 2013 at 9:19 PM  

cik kodok,
sama lah kita..aku pon hantu tido. pantang ada peluang mesti lena. hahaha :))

kalau ko dok kat tmpt #3, aku rasa ko tanak bangun2 dah..kompom!



mulan,
ure welcome :)

Post a Comment

Terima kasih!!

  © Copyright Since 2010 | Backpacker Busuk

Back to TOP