Sugoi Japan : Hostel Khaosan Tokyo Annex & Smile Di Asakusa

March 18, 2013

Sambungan dari entry sebelumnya.


Hari Kedua : 11 November 2012

Setelah puas menunggu akhirnya tepat jam 8pg aku dapat check-in dan selesaikan bayaran penginapan selama 3 malam. Asalnya aku plan nak lepak Tokyo 4h4m (termasuk 1 malam di Haneda Airport) tapi sebaliknya berlaku pada hari terakhir aku di sini (akan diceritakan kemudian).

Nota :
1- Khaosan Annex (8-katil female dorm) RM60/semalam (x2 malam)
2- Khaosan Smile (4-katil mixed dorm) RM72/semalam (x1 malam)
3- Kedua-dua hostel terletak saling berdekatan dan di bawah pengurusan yang sama
4- Kebanyakan hostel hanya menerima tunai jadi pastikan duit Yen yang secukupnya (termasuk deposit)

Di Jepun waktu check-in yang "official" memang lambat, selalunya pukul 3ptg ke atas tapi sebelum pukul 9mlm (lain hostel lain waktu check-in/out). Datang awal takde masalah sebab kalau ada bilik kosong boleh masuk terus, tapi kalau datang lewat memang problem sebab kat sini reception tak standby 24jam. So plan carefully or else better tido kat airport dan bersiap-sedia untuk di interview. Hehe

#1 - hostel yang terletak di dalam kawasan perumahan
#2 - sofa tepi cermin itulah port aku menido sampai tak sedar diri
#3 - communal area. luas kan?
#4 - what you see is what you get [sumber : gambar pinjam dari internet]

Perkara pertama yang aku buat selepas check-in ialah mandi sebab dah rasa macam kambing sangat. Tak boleh handle dah ni sebab kali terakhir aku mandi ialah 24jam yang lepas. Nak cerita sikit, kat hostel ni ada banyak shower dan paling banyak kat common area. Shower kat sini lain sikit, lebih kurang macam lemari kecik yang saiznya ngam-ngam satu badan. Pendek kata kalau lebar sikit memang confirm sangkut. Waktu menyabun tangan takleh nak depang sangat sebab nanti berlaga kat dinding. Kang tak pasal-pasal orang mengata ko mandi gedebung-gedebung macam kerbau. 

Toilet pun sama, banyak kat common area. Kalau rasa nak buat pelaburan besar, better pegi toilet hujung sebab kat sini takde efek bunyi air terjun macam toilet kat airport Haneda. Aku jugak perasan yang di setiap toilet ada semburan pewangi. Jadi pepaham sendiri, lepas melabur tu sembur lelebih sikit supaya orang seterusnya tak pengsan. Hahaha

#5 - dapur sempit yang boleh berlaga emmm....bontot!
Lepas mandi aku pun sediakan breakfast. Simple je. Nasi impit, lauk kari kentang ready-made, roti kepit serunding dan air kopi. Sejak dari malam tadi aku tak jamah apa-apa so pagi ni aku makan banyak dengan niat nak mengqada' yang semalam punya. Hehe. Sepanjang berada di sini aku perhatikan tak ramai yang menggunakan dapur kecuali aku dan seorang mamat Jepun. Aku sangat pasti sebab setiap kali waktu makan mesti muka kitaorang je kat dapur. Aku takdelah masak apa, cuma rebus nasik impit dan lain-lain sumenye "tit-tit" humban masuk microwave. Senang kerja.

Jadi sementara menunggu nasik siap aku akan tengok dia memasak. Lemah lutut rasanya tengok lelaki memasak. Ala tengok je, bukan luak pun. Sambil menunggu kami pun berborak. Sebenarnya dia ni Jepun murtad sebab lepas lahir terus pindah ke Brazil. Dia mai Jepun sebab nak kenal asal-usul katanya. Aku ingatkan Jepun murtad ni terer la cakap English, sekali hmmm....kelautttt!!! Tapi yang paling takleh blah bila teka umur. Dia teka aku student U dan aku teka dia mid 30s. Hmmm...nampaknya dua-dua salah meneka. Aku punya umur biarlah rahsia, janji tak cocok-cocok (motip cocok-cocok?), berkat air wudhu kataya. Cuma aku tak sangka rupanya dia mid 40s. Awat muka hang tak kertu langsung??? Pakai SKII kah?? Pengsan. Untuk rekod, waktu kat sini aku selalu tertipu orang-orang Jepun yang tak nampak tua tapi sebenarnya tua-mua belaka. Banyak minum green tea gamaknya.

Mesti ada yang nak aku describe rupa dia kan? Eleh toksah sorok la aku tau. Hmmm...dia ni tinggi dalam 180cm-190cm (agak tinggi sebenarnya untuk orang Jepun), rambut lurus paras bahu dan ada sikit-sikit iras Takuya. Betol, tak tipu sebab first time nampak dia aku dah debor semacam sebab ingatkan Takuya asli tapi rupanya Takuya celop! Cuma nama dia aku dah lupa sebab pelik sangat. 

Berbalik pada hostel. Pada pendapat aku hostel ni ok dan bersih. Cuma sofa depan TV ni selalu jadi port melepak terutamanya waktu malam. Tapi lepas pukul 11mlm semuanya akan tone down, TV pun low volume sebab dah masuk quiet time (waktu orang tido). Aku jarang ada kat hostel kecuali waktu malam dan awal pagi. In between aku takde sebab pegi mengukur peta Tokyo. Dan oleh kerana aku seorang light-sleeper jadi aku memang sentiasa bawak earplug supaya tak diganggu dengan sebarang bunyi.

Di bawah ni gambar-gambar Hostel Khaosan Tokyo SMILE. Hostel ini terletak selang sebuah dari ANNEX dan aku cuma menginap di sini selama satu malam. Tak banyak yang boleh aku ceritakan pasal hostel ini sebab aku cuma ada kat sini pada waktu malam dan dari pengamatan aku, tempat ni lebih kecik berbanding Annex dan lebih privacy. Cuma turn-off sikit sebab takde female dorm dan harganya lebih mahal sebab dalam satu dorm cuma ada 4-katil berbanding Annex yang ada 8-katil.

#6 - hostel ini terletak di tingkat atas
#7 - communal area di Khaosan Smile. di sinilah meja makan, meja kompiter dan tempat tengok TV
#8 - dapur kat sini lebih luas tapi hot plate memasak cuma ada satu (dalam gambar)
Kalau dibandingkan di antara kedua-dua hostel memang ada pro & cons masing-masing. Kalau lepak kat Smile memang susah nak jumpa fellow travelers sebab communal area kat sini tak macam Annex dan jumlah penghuni pun tak ramai. Tapi ada satu benda yang aku setuju untuk kedua-dua hostel iaitu line wifi yang sangat semput terutama sekali dalam bilik. Maknanya kalau nak pakai internet aku kena bawak laptop turun ke communal area sebab kat situ line wifi paling cemerlang.

Selain itu aku suka tempat ni sebab kat hujung simpang ada kedai 100Yen yang beroperasi 24jam. Pada aku kawasan ni selamat sebab ada cctv di setiap lorong (tak silap aku la, dah lupa) so aku tak rasa takut bila keluar waktu malam. Walaupun terpaksa menapak 10 minit dari metro, aku masih suka tempat ni sebab lokasinya yang terletak di Asakusa. Dan Asakusa seperti yang kita tau adalah kawasan tourist attraction jadi aku dah save duit untuk transport. Lagi bonus point ialah kalau nak cari souvenir yang murah dan banyak pilihan, cari saja di Asakusa. Aku dah bandingkan dengan di Kyoto dan Osaka dan nampaknya kat sini paling murah (kalau ada tempat lagi murah sila bagitau).

So itu saja review penginapan di Tokyo dan selepas ini barulah aku boleh mula bercerita tentang pengalaman sepanjang berada di Jepun. Till then!


bersambung....
.

21 comments:

Janggel / Rain March 18, 2013 at 8:55 AM  

Wow bestnya hostel tu.
tepi hostel tu bleh shopping sakan kan...

Nori Roppongi March 18, 2013 at 10:47 AM  


Salam, nak tanya satu...psl masa akak pi Tokyo aritu ada terlintas nak dok guesthouse/dorm style nih tapi yg musykhil sket adalah solat. Kalau menginap dlm bilik yg ramai2 cam tu kalau nak solat subuh nak bukak lampu mcm mana ekk. Boleh bergaduh dgn guest lain plak.

ceklala March 18, 2013 at 11:17 AM  

pernah teringin nak dok hostel cenggini tapi belum berkesempatan..akan dicuba lepas ni..thanks! :)

none March 18, 2013 at 11:20 AM  

menarikkk.... kedai 100 yen tu pun bunyinya macam menarik juga...

dzuchan March 18, 2013 at 12:11 PM  

Berjaya jgk ko jumpe Takuya ek..tahniah !!!!

untuk trip esok lusa nih (InsyaAllah) aku akan dok hostel jugak..risau sikit takut manners tak terjaga hehehe

jarimanis March 18, 2013 at 1:28 PM  

Info yang bagus ni Fatt,
Setiap kali JM travel tak pernah merasa tido dlm hostel, hajak member tak nk..kalau JM ada rezeki dapat pegi ke Jepun..nank try tido kat hstel ni..murah lak tu harganya.

Jgn kata mamat tu, kalau tanya JM pun jawapan yg sma sbb tgk Fatt ni berbadan kecil selalu org mcm ni tak nampak berusia..comel jek :-)

Hairani Bahari March 18, 2013 at 4:14 PM  
This comment has been removed by the author.
m.u.l.a.n March 18, 2013 at 4:47 PM  

these places terima kekanak ribena tak? best sangat2 tengok trip u ni..!!

Orga March 18, 2013 at 7:08 PM  

apalah korang ni, nak teka umur pun payah, meh sini bagi ic~..cewah,suka-suka hati je kan. memang murahlah kalau dok dorm or dekat hostel cam gini, jimat bajet, boleh save untuk beli souviner ke apa. ritu masa pergi, dekat asakusa aku takdan beli apapun sebab datang malam, taktau pulak sini lagi murah dari kyoto...

Kak Mahh March 18, 2013 at 11:06 PM  

best pengalaman macam ni!

Fatt March 19, 2013 at 2:42 AM  

janggel,
wow lajunya komen! aku baru je publish kot. tak ehh...hostel aku kat kwsn rumah org le..mana ada sopping2?



nori,
wasalam. haaaa part ni kena guna common sense lah kak. takyah bukak lampu sampai mengganggu org sbb kat setiap katil ada individual lamp..bukak yg tu sudah. sy rasa kalau akak travel dgn family ke kawan2 lebih dari sorg, takyah la dok dlm dorm..amik bilik trus, lebih afdol. sy sbb travel solo so takde option



ceklala,
tryla..sekali seumur hidup pun jadila hehe :)



none,
kedai tu memang menarik sbb sume benda 100Yen



dzuchan,
takuya celop, jadilah. aku ingtkan muda belia sekali pangkat pakcik dah rupanya. lol :))

amboi pi mana esok lusa ni? china ek? selamat berjimba-jimba. alah jgn dipikior sangat, slalu female dorm ni perangai senonoh, klu takleh share dok bilik jela :)



jm,
kat mana2 pun ada hostel, bkn jepun je jm..so awk bleh try. sy pengembara berpoket nipis sbb tu layan dorm je, kdg2 je bilik sbb tak mampoo..pastu bosan lah dok bilik klu sorg2, klu dorm ada gak member sembang2

wah gitu, jm penah jumpa sy ke? haha. musykil ni



mulan,
erm..sy tgk kat website kebanyakan hostel mostly tak terima kids below 12yo..tapi akak tryla cek kalau2 ada yg accept..but mostly tak penah lagi jumpa bcoz last time masa sy kerja kat hostel dorg terpaksa refuse couple yg bawak budak..tak sesuai kot sbb cni mostly utk org2 dewasa



orga,
kan...mintak lesen kuasa! hehehe..harga dorm camni la weh kat mana2 negara aku pi..tapi takleh compare dgn china la..sbb ctu below rm20 sume, tak caya?

laaa rugilaaa..sbb cnila paling byk pilihan & paling murah setelah aku banding2 kan di semua tempat yg aku pegi. tidak syak lagi. kene ripit la hang! hehehe



kak mahh,
ada gak yang masam kak oii..hehe

dzuchan March 19, 2013 at 2:40 PM  

amboi..china tuu, tak sampai lagi la beb hehe.. indon sajorh.
kot aku yang perangai tak senonoh dlm dorm sbb travel ngan kawan yang boleh kata gila2 jugak la...hehe

2-3 kali aku dok baca entry ko adab dlm dorm tu,:-) untuk ingatkan diri sendiri & kawan2..
tanak jadi bahan kena kutuk hahaha

jarimanis March 19, 2013 at 5:59 PM  

Iyo...tgk dalam blog kekadang entry yg tempek gambor Fatt tapi blur je muka nya..hikss..pastu ada gak tgk dlm blog kaki berangan..

smoothiesices March 21, 2013 at 8:30 AM  

i stayed kat khoasan ninja time kt tokyo.maybe this time nk pi try kat area asakusa..dekat dgn shopping area..;D
kat osaka ade satu tpt agak murah untuk shopping ,if nt mistaken 319yen suma brg 319yen laa..
so i borong scarf la,sbb cantik and murah..:)

Fatt March 22, 2013 at 7:43 AM  

dzuchan,
eh haritu hang kata nak pi beijing. tu pasai aku ingat hang nak pi sana. sori sori.

korang dok hostel kat mana ni? aku jarang jumpa hostel kat indon. mcm menarik je. nanti dah balik sila review best ke tak best dok hostel.



jm,
hahaha...yeke...ala malu pulak. tapi mmg sy tak tinggi sangat pun, huhu...sedih T__T



smothie,
i see...eh sana mahal kan? hahaha..kopak duit. tryla dok asakusa..sana ok, cuma jauh skitla menapak..tapi kalau menapak dlm musim sejuk tak peluh pun. btw selain branch2 khaosan, awk penah ke duduk hostel lain? sy ada perasan 1 hostel kat area Saitama, rate dia mmg murah tapi byk org komplen dinding nipis pastu sempit kaw2...just wondering kalau2 ada msian yg duduk kat situ bcoz nak tau apa pandangan dorg. but i think khaosan annex ni selesa..quite spacious jgkla dorm dia.

kedai 319Yen? ni mcm kedai 100Yen ke? which area?

btw u mmg suka pegi jepun ke? last time pegi season apa?

smoothiesices March 24, 2013 at 10:35 PM  

hi,
time i booked,that the cheaper khoasan i dapat and lgpun dekat dgn train( i pakai JR pass sehabis mungkin) and available sbb time kat tokyo pergi berempat.
My friend yg pergi awal dri i stayed kat J-Hopper dulu and she said better dri khoasan.And yg Saitama tue i tak sure,sbb i stay satu tempat je..
Lebih kurang la macam 100yen tapi brg2 dia sgt fancy.i jumpa that shop pun time berjalan kaki ke Umeda Sky building and if not mistaken that shop kat Hep5(Hankyu building).

suka yg amat kot,tapi satu patah pun tak reti cakap..hahhaaa
i pergi time end of spring dah time tue..:)

Biqque March 25, 2013 at 5:25 PM  

teringat plak jam hostel yg aku duk dulu tu, dgn mamat berdengkur nyer, dgn pantry kecik jer, kelakar...tapi itu je yg mampu dibayar huhuhu!

apa2 souvenirs mmg murah lagi kat tokyo compared to osaka n kyoto, apetah lagi sume tempat2 jauh yg aku pi mcm hiroshima, iga, nara, hakone, dan selainnya. huh sabit FM jer, aku beli gak la seketul satu. hahaha!

ko ada amik tak gambar takuya celop tu???

p/s: tetiba teringat makanan kat convenient stores sana...dap er...

Fatt March 28, 2013 at 6:59 PM  

smoothie,
j-hopper better dr khaosan...hmm, kena bookmark ni. maybe bleh cuba next time ke tokyo lagi. i rasa u mesti dah expert jepun ni sbb dah byk tmpt yg u pegi, pastu return byk kali. i dun remember going to umeda sky building, rasanya tak sbb on last day tu mood nak explore dah surut..hahaha. anyway enjoy ur trip :)



biq,
ko pun duduk hostel ke? jepun ni sume benda compact..mcm kotak mancis. aku suka jepun sbb dorg kreatif & suka benda yg kiut2 & detail...byk ye fm ko..aku beli 2 ketoi je..jadilah..janji ada kenangan. erm, takuya celop aku tak amik gmbr sbb celop kan, kalau ori sohih aku amik..huahuahua

ps : onigiri kah? dap errr

Irfa April 15, 2013 at 2:15 PM  

kat mana dah akak baca..jepun paling ramai warga tua sbb diorang sgt menjaga kesihatan..tp hidup lama sgt pun susah jugak.huhu

Fatt May 17, 2013 at 4:37 PM  

irfa,
sy takmo la hidup lama2 sangat kak, klu sihat takpe, kalau sakit mcm bersalah je nyusahkan orang..huhu

aizura m July 7, 2013 at 8:13 PM  

Khaosan Ninja pun best n mcm lg cantek pintu dpn,common room n kitchen dia.

Post a Comment

Terima kasih!!

  © Copyright Since 2010 | Backpacker Busuk

Back to TOP