Sugoi Japan : Perayaan Shichi-Go-San & Perkahwinan Shinto Di Meiji Shrine

March 22, 2013

Sambungan dari entry sebelumnya.


Hari Kedua : 11 November 2012

Aku beredar dari hostel bila jam hampir menganjak ke pukul 10pg. Tanpa perancangan dan tanpa mengetahui apa yang sedang berlaku, aku memilih Shibuya sebagai destinasi tujuan pada hari itu. Selain terkenal dengan crossing yang paling sibuk di dunia, di sinilah juga letaknya Meiji Shrine yang dibina bersempena untuk memperingati Maharaja Meiji dan Permaisuri Shoken. Bersebelahan dengan Meiji Shrine ialah Harajuku yang merupakan ground-zero bagi penggemar fesyen cosplay, gothic dan gila-gila.

Aku bercadang menghabiskan masa sehari suntuk di Shibuya jadi aku cuma beli tiket sehala ke Meiji-jingumae (230Yen). Setelah melepasi barrier gate, aku berjalan dalam terowong yang agak panjang dan dihujungnya ada barrier gate yang kedua. Waktu ni aku mula rasa pelik sebab jumpa barrier gate sampai 2 kali. Aku cuba masukkan tiket ke dalam slot tapi ditendang keluar. Aku cuba lagi dua tiga kali tapi hasilnya tetap sama. Iskk, kenapa barrier gate ni taknak bagi aku lalu?  

Tiba-tiba seorang pegawai subway muncul sambil tangannya membuat isyarat "no" pada barrier gate.

"Jepun Jepun Jepun Jepun...." 

Aduh, ape benda dia cakap? Langsung tak paham.

"Sumimasen. I can't speak Japanese"

"Janglish Janglish...turansfuru...Janglish Janglish...niwu tiketto..."

Dahi aku berkerut-kerut cuba nak menangkap bijik butir percakapan yang berat ke bunyi Jepun dari bunyi Inggeris.

"Furro me"

Pegawai itu berlalu meninggalkan aku yang masih lagi tercegat di situ. Tiba-tiba di berhenti dan menoleh sambil melambai-lambai kepada aku.

"Laaa...suruh ikut ka? Awat tak habaq!"

Sampai saja di kaunter dia mengeluarkan peta subway dan menunjukkan kepada aku.

"Dissu won izu Toei Asakusa, Detto won izu Metro Asakusa. Turansfuru furom Toei Asakusa tu Metro Asakusa izu diffuron charju. You mustu buy niwu tiketto tu enter Metro Asakusa"

Sekarang barulah aku paham apa yang dicakapkan, itupun selepas bagi tumpuan 200%. Tungtang tungtang dia kata boleh refund tapi aku kena keluar dari Toei dan masuk semula melalui Metro. Dimudahkan cerita, terowong yang aku lalu tadi adalah jalan shortcut bawah tanah untuk ke Metro, sebab tu ada barrier gate kedua dan untuk melepasinya kena tambah lagi 160Yen (ke 180Yen, aku dah lupa). Wah nak melintas antara stesen pun kena bayar ke? Macam Sami Tol lah! Hahaha

#1 - bukan aku je yang meraba-raba, makcik-makcik ni pun sama

Setelah 5 minit melalui proses turun-naik tangga akhirnya aku sampai semula di tempat yang sama. Pegawai itu tersenyum bila nampak kelibat aku, mungkin geli hati tengok aku yang rela berbasah ketiak daripada membayar tol. Biasalah, hidup cheapskate! #tetiba

Perjalanan dari Asakusa ke Meiji-jingumae mengambil masa lebih kurang 35 minit termasuk menukar tren di stesen Omotesando. Ada sebab kenapa aku turun di Meiji-jingumae. Sebabnya dari stesen ini cuma 1 minit diperlukan untuk menapak ke pintu masuk Meiji Shrine dan Takeshita Dori (ground-zero Harajuku). Dekat kan? Guling-guling dah sampai.

#2 - peta lokasi Meiji Shrine [sumber]
#3 - ini bukan satu-satunya torii gate yang ada so boleh simpan dulu kamera
Benda pertama yang aku nampak selepas berjalan selama 1 minit dari stesen Meiji-jingumae ialah torii gate yang besar bagak. Di sebalik torii gate ini ada sebatang jalan yang kelihatan seperti tak berpenghujung dan dikelilingi hutan. Tak sangka rupanya ada hutan di tengah-tengah bandar Tokyo yang cukup terkenal dengan bangunan pencakar langit. Ini serius hutan, bukan olok-olok.

Ada sejarah di sebalik kewujudan hutan ini. Percaya tak yang hutan ini sebenarnya adalah hutan buatan? Selepas kemangkatan Maharaja Meiji dan Permaisuri Shoken, rakyat Jepun dan orang luar telah menyumbang hampir 100,000 batang pokok (aku tak pasti sama ada benih pokok atau anak pokok) dan mereka telah bergotong-royong free of charge untuk menyiapkan hutan ini. Kalau tak percaya boleh tengok gambar di bawah. 

#4 - percaya? [sumber]

Untuk makluman, kalau nak tengok pemandangan macam ni bolehlah naik ke observation tower di Tokyo Government Building dan ia adalah PERCUMA! Begitu juga Meiji Shrine, tiada bayaran dikenakan untuk memasuki tempat ini dan ia dibuka 365 hari setahun. Sebenarnya kat Tokyo ada banyak benda yang percuma jadi tak payah risau nak keluar duit (kecuali transport...pooff!).

Selepas melintasi torii gate dan berjalan selama hampir 5 minit, akhirnya aku sampai di kawasan yang di kiri dan kanannya tersusun tong-tong kayu. Kali ni boleh keluarkan kamera sebab tong ni cuma ada kat sini. Kalau malas boleh amik waktu balik nanti, itupun kalau tak lupa lah ye.

Pada mulanya aku ingatkan benda ini adalah perhiasan semata-mata tapi selepas meninjau di kawasan sekitar barulah aku mendapat jawapan. Tong-tong ini digunakan untuk mengisi sake iaitu sejenis arak yang diperbuat daripada beras. Ia merupakan hadiah daripada pengusaha-pengusaha sake di Jepun kepada Meiji Shrine. Sebenarnya tong-tong sake ni kosong dan sengaja diletakkan sebagai perhiasan. Kalau ada isi mestilah roboh sebab berat, ye tak?

#5 - kanpaiiiii!!!
#6 - dikatakan arak-arak ini mula dihadiahkan selepas Maharaja Jepun (era pemerintahan Meiji) mula mengamalkan budaya Barat sebagai contoh dari segi pemakaian dan mengambil wine setiap kali makan
Gambar di atas ini pula merupakan tong-tong berisi wine yang dihadiahkan kepada Maharaja Jepun oleh sebuah syarikat arak dari Perancis bernama Bourgogne. Sama seperti sake, tong-tong ini sebenarnya kosong.

Dari sini aku menyambung perjalanan ke Meiji Shrine. Belom sampai lagi, ingat dekat ke? Jauh gila tau, bersiap-sedialah. Nasib baik waktu ni ramai orang, kalau sorang-sorang memang aku patah balik. Hampir 5 minit barulah aku sampai di torii gate yang kedua. Di sebelah kiri bersebelahan torii gate ini ada sebuah bangunan bertiang tapi tak berdinding yang dipanggil "Temizuya" atau "Chouzuya". Aku tertarik untuk melihat sebab nampak ramai orang singgah di situ. Setelah diamati rupa-rupanya ada sebuah kolam berisi air, di tengah-tengahnya ada pancuran yang diperbuat daripada buluh dan gayung-gayung yang tersusun kemas di atas rak yang diperbuat daripada kayu. 

Aku perhatikan cara-cara orang Jepun mengambil "wudhu". Selepas ceduk air, cuci tangan kiri dan kanan. Kemudian ceduk lagi, tuang atas tangan dan minum. Selepas tu ceduk lagi dan cuci tangan yang guna untuk minum tadi. Ritual ini dipanggil sebagai "temizu" yang bertujuan untuk membersihkan diri sebelum memasuki tempat suci. 

#7 - Temizuya
#8 - satu keluarga sedang melakukan ritual temizu (tengok gambar ni aku teringat si Jamalul Kiram)
#9 - a girl performing temizu
Nampaknya pilihan aku ke sini memang tepat. Aku langsung tak sangka rupa-rupanya ada sesuatu yang berlaku di Meiji Shrine pada hari itu. Shinto wedding? Itu semestinya. Sebenarnya kalau nak tengok shinto wedding ni bila-bila masa pun ada. Kadang-kadang satu hari berderet-deret orang kawin sampai tak larat nak tengok. Sunggoh! Aku ada cerita pasal shinto wedding tapi tak boleh bagitau sekarang, kena simpan dulu. 

Sebenarnya benda paling menarik yang berlaku pada hari ini ialah aku dapat tengok perayaan Shichi-Go-San (7-5-3). Perayaan ini sebenarnya diraikan pada 15 November (7+5+3=15) pada setiap tahun. Tapi oleh kerana tarikh tersebut jatuh pada hari bekerja (perayaan Shichi-Go-San takde cuti umum), maka ibu bapa akan membawa anak-anak mereka ke Meiji Shrine lebih awal.

Masa ni aku rasa teruja gila sebab dapat tengok ramai budak pakai baju kimono. Kalau nak tau, baju kimono memang cantik dan nampak eksklusif tambahan kalau dipakai bersama hiasan di kepala, tas tangan dan kasut terompah. Oh tidak, aku bukanlah seorang pedo. Aku cuma rasa tertarik bila tengok benda yang comel, itu saja :)

#10 - kimono dan hanten untuk kanak-kanak kecil
#11 - ambik belon pun sopan-santun...adehh
#12 - calon-calon menantu perempuan masa depan
#13 - dalam goodie bag ni ada candy chitose-ame
#14 - calon-calon menantu lelaki masa depan
#15 - calon-calon besan masa depan

Masa ni aku sangat sibuk mengalahkan paparazi, tapi bukan aku sorang sebab ramai lagi rupanya. Hahaha. Yang pasti masing-masing peghak mengalahkan mak bapak. Tapi sungguh, memang susah nak dapatkan gambar yang bagus sebab terpaksa bersabar dengan crowd yang ramai dan "mengejar" budak-budak yang tak gheti duduk diam. Apapun yang penting sekali aku dapat bergambar kenangan dengan beberapa orang calon menantu masa depan. Hehe :)

*aku pernah menulis entry Shichi-Go-San dulu, boleh baca kat sini

Tiba-tiba ada rombongan pengantin keluar dari sebuah bangunan. Wahh pengantin!! Semua orang berlari-lari sebab masing-masing nak tengok pasangan pengantin dari jarak dekat. Semua tak melepaskan peluang untuk mengambil gambar pasangan tersebut termasuklah aku. Dari apa yang diperhatikan, nampaknya pakaian pengantin yang kawin di sini semuanya sama. Tak ada langsung ciri-ciri yang boleh membezakan di antara pengantin A, B dan C. Mungkin ini adalah pakaian rasmi pasangan yang berkahwin di Meiji Shrine agaknya. Bagus jugak buat macam ni, takde sape boleh kiasu.  

#16 - takde kompang, takde silat pulut, takde muzik iringan...memang sempoi
#17 - tok kadi Meiji Shrine
#18 - malu tapi mau. aummm!!
Dalam banyak-banyak pasangan yang berkahwin pada hari itu, pasangan ini yang paling sporting sebab maintain senyum walaupun diserbu ramai jurugambar tak bertauliah yang sama-sama menyibuk termasuklah aku. Hehe. Gambar di atas ni diambil sewaktu dorang buat sesi outdoor dalam Meiji Shrine. Seriously cute couple :)

Di bawah ini sempat dirakamkan gambar pasangan-pasangan lain yang turut berkahwin pada hari yang sama. Cuba perhatikan pakaian dorang, sama kan? Hehehe :D

#19 - lagi pasangan pengantin
#20 - dan lagi....
#21 - haa jangan tak tau sampai ke sini aku terjah. gigih tau! perhatikan ada jurumekap, pendandan, juruatur tempat duduk dan jurugambar sedang memberi arahan. teliti gila, walhal amik gambar je kot 
Sebelum beredar dari Meiji Shrine, jangan lupa jenguk kat bawah pokok besar ni sebab ada banyak nota yang ditinggalkan oleh orang-orang yang berhajat. Sesiapa saja yang berhajat bolehlah berbuat demikian dengan membeli tablet "ema" dan menulis hajat mereka sebelum menggantungkannya di sini.

#22 - pokok keramat...katanya
#23 - jap nak kira...sekeping tablet ni kalau di convert sama dengan RM20. gulp!
#24 - nasib engkau lah Li, sape suruh tulis dalam bahasa Inggeris? hehe
Bukan orang-orang tempatan saja yang menulis hajat mereka di sini tapi orang-orang luar pun sama. Aku perasan ada beberapa tulisan asing terpampang di sini seperti Thailand dan Korea selain huruf roman Bahasa Inggeris. Bahasa Melayu aku tak nampak. Tapi kalau yang menulisnya tu spesis mim-lam-alip-ya-wau, nanti lepas 3 kali Jumaat bolehlah kita talkinkan.


bersambung....
.  

26 comments:

ShiE J. March 22, 2013 at 8:32 AM  

"...Tapi kalau yang menulisnya tu spesis mim-lam-alip-ya-wau, nanti lepas 3 kali Jumaat bolehlah kita talkinkan..."

Memula aku agak tak faham, apsal nak kena talkinkan plak? Bila pikir2 balik, hah! patutlah.. kahkahkah!!

feeza fauzi March 22, 2013 at 9:27 AM  

hahaha...demam nak paham polis jepun tu cakap ape..Kalau die cakap "furru me" tu maksudnye 'follow me',memang le sampai sudah tak paham..haha

Comelnye budak-budak pakai kimono tu...kalau saye pun tak tahan tengok budak-budak pakai kimono..mesti rase anak patung bergerak

Don't Afraid to Try March 22, 2013 at 9:44 AM  

gmbr bebudak tu cute giler..tp yg pengantin tu mmg boring...warna putih jer..lmbg kesucian kot..

pttlah org luar suka sgt tgk wedding org melayu...colourful dan ceria katanya..

xsmbr nk tggu smbgn seterusnya..

ceklala March 22, 2013 at 10:00 AM  

bestnyeeee! memang agak beruntung la kalo pegi jalan2 obersi camni pastu dapat pulak kesempatan tgk acara2 mcm ni, memang best betul! ur pic lawa! sukeeeeeee =)

MasZuber March 22, 2013 at 10:43 AM  

aku suka couple pertama dalam gambor tue. senyum jea. pengantin lelaki walaupun botak, tp ensem!!!

heheheee

untungla masa ko ke sana ada event yg budak2 tuh. serious comeiiiiii

takky March 22, 2013 at 10:47 AM  

Awek dlm gamba num 8 seyes lawa...
tapi syg dah kawin...
:'(

it is a nice trip n sronok bile dpt tgk budaya masyarakat len...
at the same times boleh belajar something bout them n appreciate it as a value knowledge n experience...

btw, thankz coz still terus menulis di blog...
jika apa yang kite tulis ini dapat memberi kebaikkan kepada org lain, ia sudah dapat memberi pahala kepada kita...
n u already do that now...
thankz kak fatt

Kupu2 March 22, 2013 at 11:19 AM  

>memang pengetahuan yang baru...
wedding orang jepang.best

>mamat botak handsome ok !

> pengantin jepun berarak x pegang tangan macam kita kan ?

Leena RB March 22, 2013 at 12:18 PM  

Mudahan la kalau pi jepun dpt tgk semua ni..x semua brpeluang nk tgk kan..interesting sgt

jarimanis March 22, 2013 at 6:12 PM  

Satu jek nak komen..Pengantin pompuan tu sopan yak amat..berpakaian litup..di Msia..ahahah..nk komen

~uG0giRL~ March 22, 2013 at 7:27 PM  

lamanya xjengok blog ni. comel sangat budak2 kimono tuh. haish kidnap kang!. eh, brader botak yg kawin tu pun comel gak ngeeee.

mula2 masa cik fat tulis "jepun,jepun,jepun,jepun" tu sye ingat org kat train station tu mmg sebut mcm tuh hahaha....T_T

Orga March 23, 2013 at 1:16 AM  

kalau aku jadi ko pun mesti gigih jugak fatt, bukan senang nak dapat tangkap gambar cam gini, hehe...

2langkahdibelakang March 23, 2013 at 4:17 PM  

Superb Fatt.. ni buat aku gigih nak ke Jepun ni. Bila tabung buluh nak penuh ni

Biqque March 25, 2013 at 5:11 PM  

masa kat sana, jenuh gak la aku duk kejar pengantin semata2 nak amik gambar dekat2 patu nak tgk muka cun ke tak hahahaha! tapi takde la yg cun gila babas mcm retis ke hape. mungkin org2 biasa jer yg kuar2 ni kan...

bebudak tu mmg comel mengalahkan retis! geram tul aku tgk! terpaksa la pas branak pindah duk sana dgn harapan muka putih gebu mcm org jepun WALAUPUN mak pak dah kompem2 gelap hahahaha!

Emiliana Febrina Silalahi March 26, 2013 at 10:26 AM  

japan!!
i really wanna go there.
what a nice post^^

i am your new follower, wish you wanna visit my traveling and culinary related blog

http://febrinasilalahi-piakacangitem.blogspot.com/

^^

alifah@along March 26, 2013 at 2:51 PM  

aku ingat ..majlis org mati bila pakai hood putih tu..hahahhaaa... apa daaaaa aku ni....

♥Fitnunnisak♥ March 27, 2013 at 1:05 PM  

wah bestnye jalan2 kt jepun....

Khairul Hakimin B. Muhammad March 28, 2013 at 7:59 AM  

ko takde keje kosong ke? tukang angkat beg pun jadila. jeles duk pusing dunia sokmo. huh

nash March 28, 2013 at 5:04 PM  

aku suke konsep kawin baju sepesen ni! hahaha
pengantin botak tu hensem! ekeke

zette March 31, 2013 at 7:51 PM  

Kawaiiii... jap,jap.. agak-agak, kalo aku ni, jenis yg tak mudah paham japanglish... ley survivekah???

hijauolive March 31, 2013 at 10:32 PM  

hi fatt....suka la post ni...interesting sgt...agree with others, the 1st groom tu ensem hehehe...n somemore, bebudak tu sgt2la comel....

Hulubalang April 2, 2013 at 4:22 PM  

kalau kat bawah pokok tu nak buang 'hajat' boleh x fatt?? ahaksss...

misz sheyla April 3, 2013 at 11:36 AM  

seronoknye g sane..dh lame teringin nk g...kumpul2 duit abes, kumpul aje abes...T__T

hejauw April 8, 2013 at 10:47 PM  

best gila p tempat orang..
ok, budak-budak tu kiut gila haha..

Irfa April 15, 2013 at 2:13 PM  

comeynya budak tecit pakai kimono
sama la dgn anak2 kita pakai baju kurung..nampak comey jugak sbb pakai baju tradisional :)

Fatt May 17, 2013 at 4:31 PM  

shie j,
slowmo la ko ni. hahaha



feeza,
dorang punye english mmg hancor, kena pasang telinga betoi2 baru paham apa dia sebut

ye, kekanak itu sangatlah comei



dont afraid,
bagus polisi baju sama ni sbnnrya, utk mengelakkan sape paling diva. gituuu...hahaha



ceklala,
aku pun tak sangka akan jumpa benda ni, something yg aku treasure bila ke tempat org ialah dapat experience caltural dorang



maszuber,
ye, aku pun rasa dia hensem. hehe



takky,
wlcome takky, im just sharing my bits during travel. skrg ni mcm dah malas..hmm..maybe i should stop writing kan??

wei, tu bini orang le. tapi pompuan2 kat sini mmg cantik, takde alter2 mcm pompuan korea. natural beauty



kupu-kupu2,
aah, dorg tak berarak pegang2 tangan macam kita. sangat pelik..mcm errmm..tak sayang ke? hiihihi



leena,
i hope u will experience it too :)



jm,
meh aku sambung..di mesia kalau boleh nak bogel, paling tak paham time nikah pakai tudung tapi time sanding habis sume kain tinggal perca



ugogirl,
hahaha...mu ni..takde la dia sebut jepun sokmo..tu dia sedang berdialog dalam bahasa jepun. hehe



orga,
dia jadi excited semacam kan? hahaha



2langkah,
pelan2 kayuh, tapi jangan pelan sangat, cepat2 penuhkan tabung & pegi time autumn atau spring aje. ingat tau!



biq,
sabor jela..tapi my feveret pengantin yg first tu. aku rasa pompuan tu cantik jepun yg asli. sbb yg lain2 tu muka dah mix macam2 dah..dah tak ori



emiliana,
hi emiliana! thanks for following my blog. i will visit your soon! :)

Fatt May 17, 2013 at 4:36 PM  

alifah,
ke situ pulak!



fitnunnisak,
bestla jugak, sbb byk benda bleh tengok



hakimin,
angkat beg pree ko nak? aku tak mampu nak menggaji..hehe



nash,
semua cakap dia ensem. kembang kempis la hidung dia pasni..hehe



zette,
aku pun tak reti cakap jepun, basic2 tau la. dont worry, boleh survive punye lah



hijauolive,
thanks...i like him too. mgkin sbb nampak comel kan? hahaha



hulubalang,
cuba ko try dulu. aku pun tak pasti la. haha



misz sheyla,
hahahaha...kumpul asik abis mmg takkan banyak la sampai bebila. adoyaii...kena simpan dalam bank yg guna buku je ni..takleh ada kad atm



hejauw,
ya banyak orang gila. hahaha



irfa,
kan, pakaian tradisional mmg cantik. mana2 pun negara yg ada pakaian tradisional klu budak2 yg pakai mmg kiut :)

Post a Comment

Terima kasih!!

  © Copyright Since 2010 | Backpacker Busuk

Back to TOP