Sugoi Japan : Semalaman Di Haneda Airport, Tokyo

March 09, 2013

Harap bertenang. Sebenarnya travelog Umrah belum habis tapi untuk tidak membuang masa jadi aku akan selang-selikan dengan travelog Jepun. "Sugoi Japan" adalah tajuk travelog yang dipilih untuk pengembaraan ke Jepun pada kali ini. "Sugoi" adalah dari perkataan Jepun yang bermaksud wow/hebat/amazing/incredible dan lain-lain yang sewaktu dengannya. Cara menyebutnya ialah Sugo-i (sebutan "i" macam huruf "e"). 

Pengembaraan kali ini dilakukan secara solo selama 12 hari bermula dari Tokyo, kemudian Kyoto dan berakhir di Osaka. Trip kali ni memang santai sebab aku tak prepare langsung itinerary dan lebih kepada sightseeing, people-watching dan tengok daun luruh (autumn foliage). Boleh dikatakan aku tak spend langsung ke tempat berbayar kecuali di 2-3 temple di sekitar Kyoto. Ground expenses untuk penginapan di hostel, pengangkutan, sedikit souvenir dan makanan ringan cuma RM1300 dan ini tidak termasuk emergency cash sebanyak RM200. Kos ini tidak termasuk tiket flight dan tiket bas dari Tokyo ke Kyoto. Makanan semuanya aku bawak sendiri tapi ada jugak terbabas beli onigiri (rice ball), air dan lain-lain. 


Hari Pertama : 10 November 2012

"Welcome to Japan!"

Sambil tersenyum pegawai imigresen itu memulangkan passport yang diambilnya tak sampai 2 minit. Hilang segala gugup panik aku sebab tak sangka semudah itu urusan masuk ke Jepun. Barangkali rekod merayap yang agak cemerlang membuatkan dia tak banyak kerenah. Nampaknya first impression aku tentang Jepun sangat baik dan aku harap perasaan ini akan berpanjangan sampai ke saat akhir sehinggalah aku keluar dari negara ini.

Perkara pertama yang aku buat selepas beredar dari situ ialah membuka passport dan mencari chop. Waktu ni mulut aku dah senget-senget akibat menahan senyum bila tengok chop Jepun di atas passport. Dulu waktu visa lulus siang malam aku belek sebab tak percaya. Siap letak bawah bantal sebab nak tengok sebelum tido. Dah macam sorok gambar pakwe je gayanya walhal muka sendiri. Ok part sorok bawah bantal memang takde, aku tipu. Hehe

#1 - Japan landing permission (max 15 days)

Lepas setel passport aku terus ke conveyor untuk mengambil beg 60L yang telah di check-in. Kali ni aku takde pilihan, tak boleh nak hand luggage sebab bawak barang liquid (makanan) yang kesemuanya lebih dari 100ml. Berikut adalah senarai barang makanan yang aku bawak :

1- Makanan ready-made brand Yeo's (banyak jenis, lebih kurang 10 tin kesemuanya)
2 - Tuna magic
3- Ikan bilis goreng
4- Sebuku roti Gardenia
5- Sebungkus mini Cloud 9
6- Biskut pelbagai perisa
7- Minuman 3-in-1
8- Nasi Impit
9- Serunding daging
10- Mushroom soup

Banyak lagi jajan-jajan yang aku bawak sebenarnya. Pendek kata confirm tak mati kelaparan. Maklumlah pegi negara yang serba serbi mahal. Ais krim kon pun RM12 yo! Belum lagi cerita harga tako balls (octopus balls).

Lepas pungut beg aku keluarkan barang makanan dan simpan di dalam beg yang berasingan. Kononnya nak memudahkan kerja kastam tapi hampeh sebab dia tak periksa langsung. Walaupun kebarangkalian barang tak diperiksa cerah tapi janganlah pulak menipu bila isi borang akuan (declaration form). Tak jujur namanya tu.

#2 - backpack yang sarat dengan sentimental value 

Sebaik melangkah keluar dari pintu ketibaan, aura Jepun mula terasa. Paling ketara bila dengar orang di sekeliling aku bercakap-cakap dalam Bahasa Jepun. Aku cubit pipi. Adoi sakitnya! Macam tak percaya sampai jugak aku ke negara matahari terbit ni. Kalau Bik Mama waktu kecik dah bercita-cita nak beli cincin berlian sebesar batu lesung, aku pulak dah bercita-cita nak pegi ke Jepun walaupun pada masa tu masih menggagau-gagau mencari negara Jepun di atas peta (sebab tak tau kat celah mana).

Tak dinafikan pengaruh Jepun memang kuat dalam hidup aku. Sebab dari kecik aku dah layan komik Doremon, tengok cerita Gaban, Ultraman, Suria Baja Hitam, Oshin dan Maero Attack. Bila masuk alam remaja aku gila anime dan Jdorama sampai sanggup download torrent dan pinjam koleksi sepupu. Pastu melarat ke lagu-lagu Jepun. Dari pop, balada, jiwang mendayu-dayu sampailah ke muzik rock dan punk rock semuanya aku layan. Antara band kegemaran aku ialah Glay, Lareine dan L'Arc En Ciel. Pengaruh Jepun dalam hidup aku tak berhenti setakat itu sebab bila masuk ke alam universiti tersangkut pulak dengan pakwe persis Jepun yang juga merupakan bekas penuntut Asasi Jepun. So masa bercinta dulu selalu lah dia tulis ayat jiwang dalam Bahasa Jepun dan bagi koleksi lagu-lagu Jepun yang hot pada masa tu. Jadi kesimpulannya hidup aku memang tak lari dari pengaruh Jepun. Sayang seribu kali sayang....walaupun aku sangat menyukai Jepun tapi sampai sekarang aku masih tak reti cakap Jepun #tepukdahi

Sebenarnya aku memang tak agak akan sampai ke sini sebab dulu pernah sekali burn tiket. Lepas tu pagi tadi sebelum berangkat aku tak jumpa passport. Habis satu rumah aku geledah tapi masih tak jumpa. Last sekali bila punggah backpack rupa-rupanya benda tu tersorok dalam poket rahsia (hidden pocket). Sabor jelah. Boleh tahan kasar passport aku ni bergurau. Nyaris-nyaris terlambat ke airport sebab main sorok-sorok.  

Berbalik pada cerita. Selepas keluar dari pintu ketibaan perkara pertama yang aku buat ialah ke tandas. Aku pernah dengar orang bercerita pasal kecanggihan tandas di Jepun jadi kali ni aku nak cuba. Pertama kali masuk ke dalam cubicle aku jadi peghak sebab sibuk membaca manual yang tertampal di dinding. Dan setelah bereksperimentasi tetiba lama pulak aku duduk kat dalam tu, nasib baik takde orang so tak le rasa bersalah sangat.

#3 - bersihnya toilet, bilalah orang Malaysia nak ada kesedaran sivik macam ni?
#4 - mulalah gelabah bila tengok butang-butang ni
#5 - drying is the best part :-)
#6 - sangatlah detail. sapela agaknya jurutera toilet ni. memang salute!
Secara peribadi aku rasa tak susah bagi first-timer untuk memahami segala butang-butang yang ada. Fungsi cucian pun pelbagai, boleh ejas depan belakang, tahap kekuatan air dan yang paling best ada dryer untuk mengeringkan bontot. Hahaha. Sumpah memang best!

Tapi yang paling aku suka ialah toilet seat yang suam-suam kuku. Siapa yang pernah travel dalam musim sejuk mesti tau betapa hazab dan seksanya rasa bila duduk atas toilet seat yang sejuk macam igloo. Lagi-lagi kalau nak mengeram, seksa gila. Jadi aku sangat suka feature toilet seat yang suam-suam kuku sebab nanti bontot rasa panassss je, rasa suammmm je. Memang cukup selesa sampaikan aku rasa nak tido kat situ. HAHAHA. Lagi satu, bila tengah buat bisnes, ada bunyi macam air terjun akan meng"cover" segala bunyik plop! dan shushu yang memalukan dari didengari oleh orang sebelah. Yup, Japs memang kreatif!

Apapun malam tu aku buat keputusan untuk tido di airport sebab flight sampai lewat. Memandangkan ini adalah kali pertama aku sampai di Jepun atau secara spesifiknya megapolis Tokyo, jadi aku tak bercadang mengambil risiko sebab perkhidmatan subway di sini tak beroperasi 24jam. Aku tak sanggup nak mengulang tragedi subway Seoul macam yang pernah aku rasa 2 tahun yang lepas.

Gosok gigi sudah, solat pun sudah, jadi aku pun mula bersiap-siap mengatur tempat tido tapi belum sempat aku baring tiba-tiba datang 2 orang polis. Pengalaman ni pernah aku ceritakan dalam entry "Tiada Sumimasen Bagimu", so boleh baca kat situ. Waktu ni level of impression aku terhadap Jepun pun menjunam sebanyak 20% sebab bengang punya pasal. Selepas polis tu berambus, barulah aku dapat tido walaupun tak berapa nyenyak, tapi cukuplah sekadar beberapa jam sebelum perkhidmatan subway dibuka semula pada jam 5pg.


bersambung....
.

23 comments:

jarimanis March 9, 2013 at 9:25 AM  

Jepun ni serba serbi peralatan canggih kan sehingga lah dorang apply juga dalam toilet.Kalau lah di Malaysia boleh tiru cara Jepun..ekk.boleh ker..masuk toilet berbayar pun still berbau...aduss..

Mie March 9, 2013 at 10:23 AM  

Wah, tsugoi desu ne...

Don't Afraid to Try March 9, 2013 at 11:44 AM  

Fatt,

aku rase, zaman kt mmg kuatla pengaruh jepun..dari cite oshin, akantare, cite volley ball, mmg bg pengaruh besar..

lps tu doraemon, gaban plk kan...mmg feveret mak jemah tu..aku dulu sikit2 suke la bt aksi ultraman taro klu nk gaduh ngn org tu...(kantoi kaki gaduh kecik2 dulu)

masuk sek men, mabuk dgn GTO pulak..lps tu xtau nape tenggelam..naik plk k-pop...tp aku xpenah layan pun...kuat lg smgt jepun aku...

aku mengagumi jepun ni sebab smgt kamikaze dorg ni...mmg berani mati punye..byk yg kt blh belajar dr dorg..

aku segan nak snap gmbr toilet...tp toilet kt epot tu mmg besh..kwn aku siap ajak lepak2 dulu sblm keluar sbb nk menikmati suasana di epot..alasan xblh blah..hiks..

anyway, jepun mmg besh...masih termimpi2 lg..aku pn mcm xcaya boleh smp sane..aku rase mcm dlm mimpi...

sorry pnjg plk..

takky March 9, 2013 at 11:59 AM  

jepun mmg best dan bersih...
aku suka men tempat keringkan tangan yg ada dlm toilet sebab batak a.k.a jakun dgn benda 2...
jalan raya dia pun bersih sgt, x de pasir pun mcm kat malaysia nie

Naramas Aman March 9, 2013 at 12:14 PM  

Salam Fatt,
Macam Fatt saya pun ada pengaruh Jepun yang kuat dalam diri sejak kecil. Tengok beratus-ratus filem Jepun, dorama, hafal lagu Jepun, belajar buat Ikebana, bonsai, etc tapi saya ni belum lagi betul-betul menapak di Jepun. Baru setakat berehat di Narita airpot je, itupun dah nampak kecanggihannya.

Menarik sekali entri Fatt kali ini :)

Naizaitul Husna March 9, 2013 at 12:35 PM  

Impian saya dari zaman kecik2 sampai sekarang...memang nak sgt gi jepun..tapi smp korea dlu..insyaAllah akan smp jgk suatu hari nnt..wpon org skang tgh menggila dgn kpop..sy mmg ttp setia minat dgn jepun dari smp skang :-)
ok..tak sabar nak tau cite seterusnya..hehe..

zana fahmi March 9, 2013 at 3:44 PM  

Saya berada di Jepun 3 bulan saja pd tahun 1991. Memang seronok masa tu, musim luruh pula, sempat merasa salji di Fukuyama. Tapi saya lebih suka negara yg tak bersalji sebab sepanjang masa nak kena pakai glove, nak berbungkus, bosan la.
Selamat bergembira dinegara matahari terbit. Solat subuh mcmna? 3 atau 4 pagi? hehe...

Henry Fox March 9, 2013 at 3:49 PM  

aku masih mencari tuna magic kat giant depan rumah. mcm mana nk makan tu? gaul dgn nasik makan terus mcm tu ke? kekeke

dlu pegi seoul pn ade menatang toilet tu, tp xdelak xplanation mcm kt jepun ni. kiranya dia anggap semua org x reti guna. manakala kat seoul, sume org reti guna gamaknya.

Fatt March 9, 2013 at 10:25 PM  

jm,
canggih..macam ke masa hadapan. kdg2 tu tpksa tengok dorg buat dulu baru tiru, kot2 tak reti, maluuu :P

minded org2 kita ni kena ubah. toilet kat umah nak bersih, patut kat luar pun sama la, ye dak?



mie,
cik mie terer cakap jepun ekk



sal,
aku setuju!! kita ni membesar dgn pengaruh jepun..haha..tapi sumpah best. aku tak suka kpop & kdrama..tak feel lah. klu kualiti drama, aku rasa drama jepun lagi bagus. and of course aku lagi suka dengar intonasi bahasa jepun dari intonasi bahasa korea..mcm bunyik mengada2 skit aku tak suka. pastu korea mana ada anime? nan hadooo...erk, matilah aku kena cerca dgn die hard fan korea..lol :))

aku dok dlm toilet dia punyalah lama..sbb bersih..suka aku..hehe..bila lagi hang nak mai jepun? :)



takky,
tempat keringkan tangan dlm toilet tu dlm the gardens mid valley pun ada la..hang biar betoi

shah_rule March 10, 2013 at 2:28 PM  

aha ko dah start dulu dah entry japan.. ak baru bukak laptop nak menarang entry japan.. hehe

bersih kan toilet2 deorang, part air pancut otomatik tuh tak bole blah.. terasa suci dan bersih selepas menggunakannye.. haha perlu ke?

ko turun haneda rupenye..

Don't Afraid to Try March 10, 2013 at 3:04 PM  

Fatt,

hehe..aku nak bt ayat mcm ko jgk sblm ni...tp matilah kene pulau dgn korea hardfan...aku xminat lgsg kpop..mintak maaf yer peminat2 korea..lg satu korea ni byk fake...jepun ni klu ori cantik, mmg cantik..klu korea, aku curious..

maklumlah...dpt best result nak hadiah bt plastic surgery..huhu..

kami2 ni mmg membesar dgn cerita jepun...selipar jepun pun kami pakai...sbb tulah suke jepun dari korea..adik2 kt ni byk lahir zmn korea...sbb tu deme suke dgn k-pop..hihihi...lps kes kt penang tu, lg aku nyampah dgn retis korea ni..(walaupun aku bknlah pro pihak terbabit)..nmpk btl xbersopan dan xhormat org..

aku tggu hg p sana fatt..den nk menumpang lg...sekotak makanan sbg pengeras...hahaha..tiap2 hr masih bermimpi pegi japan..

fatt, bak kata kwn aku yg kt jepun nu...yg gmbr spray tu lbh sesuai utk pompuan yer..yg lg satu sesuai utk lelaki...mklumlah pompuan suke shower lbh skit..

Don't Afraid to Try March 10, 2013 at 3:06 PM  

Henry Fox,

tuna magic tu ade 2 jns...satu pedas biase2...n satu lg pedas lbh skit..cuab tgk tin hijau n biru yer..tuna magic ni gaul dgn ns panas2..lps tu trs makan..fuh...sedap jer klu lpr...tmbh2 klu pg obersea..

m.u.l.a.n March 10, 2013 at 8:28 PM  

fatt..!!! senarai makanan tu 100% sama je dgn kitorang tau... sama selera ekk..

hhmm.. bila la nak jejak ke jepang ni..

Nina Hamdan March 10, 2013 at 9:49 PM  

Bila sebut sugoi.. terbayang pula macam sebut kawaii.. then buat peace gaya orang jepun... hahaha :P

Fariha Nazeem March 11, 2013 at 7:57 AM  

merro attack..'samesoup berpusing!!'..syok kan klu cite tu kuar tv balik...hahaha

Kupu2 March 11, 2013 at 10:20 AM  

oh, fatt...kau lah sumber inspirasi ku...Jepun aku datangggg !!!!!

Fatt March 12, 2013 at 2:19 AM  

naramas,
wasalam prof. bonsai? wah susah tu..bukan sume org tau buat. ada peluang nanti pegilah..mesti jatuh cinta :)



naizaitul,
sy masih setia dgn jepun wlpun pengaruh kpop tengah mengganas sekarang..haha..skrg ni rasanya dah senang nak dapat visa..tengok ramai jgk bloggers yg dah ke sini..mungkin suatu hari nanti awk pun akan sampai, insya allah :)



zana,
sy sudah balik sbnrnya..haha..masa sy pegi tu bukan musim sejuk jadi waktu solat tak jauh beza dgn mesia. sy tak pasti waktu solat masa musim sejuk mcm mana..wallahualam



henry,
yup, gaul terus dgn nasik. rupa dia mcm cans tuna spread..ayam brands punya. takde kat giant ko cari kat tesco, tapi aku bet sume kedai dah jual..senang je

aku tak sempat merasa toilet canggih masa kat korea haritu..must be sbb aku tak lepak kat airport lama2



shahrul,
laaa..aku ingt ko tau aku turun kat haneda. ko pegi tokyo tak?

eh toilet lelaki sama ke mcm toilet pompuan? best kan? nasib baik tak rosak asik tekan button itu ini..hehe



sal,
hahaha gasak..tu kira honest opinion la dari aku..dorg kena terima hakikat :P

aku tak pasti ko dah sampai korea atau belum, tapi mmg aku nampak camtulah..org jepun lagi cantik dari korea..cantik yg natural..takyah heavy makeup..pastu dorg tak nmpk tua wlpun dah tua..hehe..berkat makan sushi agaknye.

lol...yup, pompuan suka shower lebih..haha.. btw aku rasa nak pusing tempat lain dulu kot sal, aku simpan dulu planning ke sana...nak pi middle east ni...tengok firaun :)



mulan,
hahaha..barangkali! :)

tiket dah murah dah kak...pegilah..tapi datang sama ada musim sakura atau luruh sbb rasanya 2 musim tu je yg cantik



nina hamdan,
perkataan jepun ni sumenya comel2 (sah pengaruh anime byk sgt ni..keke)



fariha,
tu faveret drama aku zaman budak2 dulu..hehehe



kupu2,
gitewww...aku tengah kempen jepun ni..pegila cecepat!

gerbera March 12, 2013 at 12:29 PM  

Tak penah sampai ke Jepun. Tapi dah merasa guna toilet lebih kurang mcm kat Jepun ni. Lokasi kat Sunway Pyramid.

Memang sangat best la, siap ada dryer tu yang mantap.

Keluar dari toilet dengan muka tersengih2 gembira.

Fatt March 13, 2013 at 1:18 AM  

gerbera,
kat sunway pyramid dah ada ke? wow kena pegi ni, lepas gian. hehehe..tapi toilet tu mmg cool habislah..thanks for sharing :)

XiLanPuLi March 13, 2013 at 9:51 AM  

bace pengalaman dengan polis kat airport tu, baik jugak polis diorang mintak maaf... sebab macam jarang polis2 ni nak mintak maaf sebab nak tunjukkan kekuasaan diorang.. bukan nak mengutuk ye cume selama ni jarang jumpe.. maybe nasib tak baik kot jumpe polis yang garang2.. huhu

Bibu Wilda March 13, 2013 at 11:12 AM  

canggih sgt!mmg pdnla lama duk dlm tu amik gamba sume hehehe

Fatt March 13, 2013 at 5:44 PM  

xilanpuli,
dorg mmg berbudi bahasa..rasa macam tagline rakyat mesia berbudi bahasa tu kena kaji balik sbb tak majoriti mcm tu. even nak bayar barang kat kaunter pun org kaunter tu tunduk (bow) kita, pulang duit pun sama. im impress. bukan nak diri kita dihormat sgt, tapi rasa equality kat situ tak kira sape pun background kita :)



bibu,
nasib baik tak usung bantal selimut hehehe

nash April 1, 2013 at 3:40 PM  

aku tgh lunch... terbace review psl toi toi pulak.. ahaha! tp ade button kering tu sungguh la praktikal, huhu

kes hilang passport tu aku pnh mngalaminye jugelah, tersorok dlm bag kat hidden pocket jgk, debau2-debau nau mase hilang tuh! haha

Post a Comment

Terima kasih!!

  © Copyright Since 2010 | Backpacker Busuk

Back to TOP