Sugoi Japan : Sistem Subway Tokyo Dan Pas Diskaun

March 12, 2013

Sambungan dari entry sebelumnya.


Hari Kedua : 11 November 2012

Sape kata travel solo ni takde masalah? Sebenarnya ada, selain kelebihan, travel solo jugak ada kekurangannya. Contohnya bila ke tandas. Kalau tak boleh angkut semua barang masuk ke dalam cubicle, nak taknak terpaksa letak kat luar. Selain tandas, tido di tempat terbuka pun masalah jugak. Bukan setakat tido-tido ayam, aku juga terpaksa ikat sama ada tangan ataupun kaki ke beg. Walaupun di Haneda Airport banyak polis yang meronda tapi macam mana sekalipun kita tak boleh lalai. Apapun yang pasti lepas ni aku kena bawak rantai basikal, manalah tau kalau terpaksa tido di airport lagi so bolehlah aku ikat backpack ke tiang atau kerusi.

Setengah jam ke pukul 6pg barulah aku beredar meninggalkan Haneda Airport. Nasib baik hari Ahad, kalau hari bekerja confirm kena bersesak dengan Tokyoites dalam subway. Waktu rush hour di Tokyo ialah pada awal pagi (di antara 7.30pg - 9pg), lewat petang (selepas pukul 5ptg) dan tren terakhir pada hari bekerja. Selalunya aku akan keluar sightseeing selepas rush hour dan balik lewat petang/malam. Pernah 2-3 kali secara sengaja aku ke subway semata-mata nak merasai suasana tersebut. Memang betul, rush hour di Tokyo sangatlah gila sampaikan aku terpaksa bersandar di tepi dinding sebab nak bagi laluan kepada Tokyoites yang jalan berdesup macam shinkansen. Heh.

Untuk pengetahuan semua sistem pengangkutan di Tokyo mempunyai jaringan yang sangat luas tapi aku cuma nak fokus pada subway. Untuk subway sahaja ada banyak jenis contohnya Metro (9 Line), Toei (4 Line), JR Line (countless), JR Yamanote Line (Loop Line yang mengelilingi bandar Tokyo), private line dan bermacam-macam jenis "line" yang aku sendiri pun tak sempat nak khatam. 

#1 - peta boleh dibesarkan [sumber]

Dulu aku agak berserabut wayar nak memahamkan sistem subway Tokyo tapi bila dah melalui sendiri dan sesat-barat barulah gheti. Selain sistem subway yang berselirat, pas-pas diskaun pun banyak. Pendek kata segala jenis ada, tunggu nak bagi kepala jadi biol je. Hehe

Sistem pas harian tanpa had (unlimited rides) bagi Metro dan Toei Line :
1- Metro Pass, 710Yen (A) & 360Yen (C)
2- Metro Pass (special), 600Yen/980Yen (A) & 300Yen/490Yen (C)
3- Kombinasi Metro & Toei Pass, 1000Yen (A) & 500Yen (C)
4- Kombinasi Metro, Toei, Toden, Tobus (bas) dan JR lines Pass, 1580Yen (A) & 790Yen (C)

*item (2) hanya boleh dibeli di airport Haneda dan Narita
*item (2) terdapat dalam bentuk pas 1 dan 2-hari
*item (1),(3) dan (4) klik sini
*(A) = adult/dewasa, (C) = children/kanak-kanak

Kombinasi Haneda Airport (Keikyu Line dan Tokyo Monorail) dengan Toei dan JR East Line :
1- Keikyu Pass (tanpa had di Toei Line), 800Yen/1200Yen (A) & 400Yen/600Yen (C)
2- Monorail & City Limit Free Ticket (perjalanan sehala via Tokyo Monorail dari Haneda Airport dan tanpa had di JR East Line)

*Keikyu Line (Haneda Airport)
*item (1) terdapat dalam bentuk pas 1 dan 2-hari
*item (2) terdapat dalam bentuk pas 2, 3 dan 4-hari
*harga item (2) adalah 2000Yen (A) & 1000Yen (C) untuk 2-hari, 2500Yen (A) & 1250Yen (C) untuk 3-hari dan 3000Yen (A) & 1500Yen (C) untuk 4-hari
*(A) = adult/dewasa, (C) = children/kanak-kanak

Selain pas yang bermacam jenis, pengguna juga boleh memilih kad isian semula (reload card) seperti Pasmo dan Suica yang berfungsi macam kad Touch N' Go.

Oh ye, ada lagi satu pas yang sesuai dan tak memeningkan kepala dan pas ini boleh digunakan untuk semua jenis perkhidmatan di bawah Japan Rail (termasuklah shinkansen) iaitu JR Pass. Persoalannya ialah bajet sebab tak silap aku harga JR Pass untuk 7-hari boleh mencecah sampai RM1200. Uhukkk! Jadi kalau rasa diri tu cheapskate tegar, lupakan aje JR Pass dan guna option di atas. Selain semua di atas, cheapskate tegar masih boleh pegi ke wilayah dan bandar lain di sekitar Jepun dengan menaiki bas Willer Express. Aku penah blog pasal ni dulu so boleh rujuk kat situ.

Anyway enjoy this time lapse video about Tokyo & the subway. Cool :-)


Secara peribadi aku lebih suka Metro pass sebab ia lebih murah berbanding JR pass yang mahal gile. Kalau beli tiket sehala contohnya dari Asakusa ke Shibuya, kadar tambang sehala 230Y (RM9). Tapi dengan Metro pass, naik 3 kali ke tempat yang harganya lebih kurang sama memang dah balik modal. Selain itu sistem jaringan Metro pun lebih banyak (ada 9 line) berbanding Toei yang cuma ada 4 line. Tapi satu benda yang aku tak suka iaitu pasal transfer dari Metro ke Toei yang kena bayar "tol'. Contohnya di stesen Asakusa yang berkongsi transfer point dengan Metro dan Toei. Kalau taknak bayar "tol" boleh keluar dari Metro dan menapak ke Toei dan begitulah sebaliknya. Apedaaa??

Korang paham ke apa yang aku bebelkan ni? Hahaha. Gasaklah. Kalau tak paham boleh ulang baca :-)

#2 - cara untuk keluar dari Haneda Airport
Semasa aku meraba-raba di mesin tiket tiba-tiba seorang petugas subway datang. "Ohaiyo gozaimas!" ucapnya dalam nada ceria. Aku perhatikan pegawai tersebut. Dia ni robot ke manusia? Baru pukul 5.30pg kot! Aku pun mamai-mamai lagi tapi ko bukan main bersemangat. Katanya aku tak perlu transfer sebab boleh direct ke Asakusa dalam masa 32 minit. Wow ini cukup bagus! Lepas tu dia pun tunduk-tunduk dan menyuruh aku memasukkan duit ke dalam slot. Masa ni aku jadi segan sebab aku ni dahla serabut, bukan dressing segak macam businessman. Menggigil-gigil aku keluarkan duit 10,000Yen (RM400) dari kocek, maklumlah itu nilai paling besar yang ada dalam tangan. 

*100Yen = RM4

#3 - I'm heading to Asakusa!
Sepatutnya aku beli Keikyu One Day Pass tapi entah nape masa tu blur dan menurut saja. So instead of 600Yen for 1-way, aku boleh beli pas harian Toei Line yang cuma 800Yen. Arghh ruginya.

*Cara beli tiket subway berserta gambarajah ada di sini
*Selain ke Asakusa, boleh rujuk link ini untuk tambang ke lain-lain destinasi.

#4 - platform Asakusa

Sebenarnya aku tak study sangat pasal Jepun sebab cuma nak leisure. Tapi apa kes dari tadi jantung aku asik dupdap dupdap macam nak meletop? Orang kata Tokyo ni besar berkali-kali ganda dari Kolumpo. Tengok subway map je rasa nak tercirit sebab tak paham hujung pangkal. Dahla cakap Jepun langsung tak reti. Oklah basic command taula skit-skit tapi lebih dari tu mintak maap. Paling hebat aku boleh sebut "Hait! Hait!" konon-konon macam paham walhal sebenarnya tak paham ape. I declare myself totally lost in translation. Heh.

Sebenarnya banyak kelebihan yang kita akan dapat bila belajar bahasa asing. Terutama sekali di negara-negara yang tegar nak cakap bahasa dia aje. Dan aku memang salute walaupun Jepun sangat maju tapi dorang tak anak tirikan bahasa ibunda mereka. Bayangkan nak bercakap dengan dia kita yang kena cakap Jepun. Tapi oleh kerana penguasaan Bahasa Inggeris yang lemah, jadi banyak jugak signboard dalam Bahasa Inggeris yang kelakar (sayangnya aku takde gambar nak tunjuk...hmmm).

#5 - suasana pagi di Asakusa yang tenang dan lengang disebabkan hari minggu
#6 - zaman dulu kala bangsawan Jepun akan naik bot merentasi sungai ini untuk ke Asakusa dan Sensoji Temple
Sepanjang berada di Tokyo kediaman rasmi aku ialah di Khaosan Tokyo Hostel yang terletak di Asakusa. Khaosan Tokyo merupakan rangkaian hostel yang mempunyai cawangan di Tokyo selain Kyoto, Fukuoka dan Beppu. Di Tokyo sahaja ada 6 cawangan yang mana 5 di antaranya terletak di Asakusa dan 1 di Akihabara. Pada hari kedua di Tokyo aku duduk di Smile dan hari ketiga sampai keempat aku berpindah ke Annex. Kalau diberi pilihan aku prefer duduk di Smile sebab lebih privacy walaupun tempatnya kecik.

Dari exit Asakusa (Toei Line) aku menapak selama 10 minit ke hostel. Berpandukan gambarajah yang di print dari website, aku melalui kawasan perumahan di mana lokasi hostel ini terletak. Aku kagum sebab di setiap inci dan lorong kawasan ini bersih tanpa sampah. Walaupun sedang dalam pertengahan musim luruh tapi aku tak nampak sehelai pun daun kering yang bertaburan di atas jalan raya. Semuanya kemas tanpa sebarang cacat cela. Hebat gile!

#7 - macam kat set cerita Otromen
Aku sampai di hostel lebih kurang pukul 6.30pg tapi masa ni kaunter reception belum dibuka. Entah macam mana sambil baring-baring di atas sofa empuk tiba-tiba aku pun hanyut. Bila celik mata aku terkejut sebab ada satu kepala berambut perang tengah bersandar di tepi aku. Huyoh kepala sape ni??! Aku terkejut gila sampai terduduk. Mamat tu toleh ke belakang dan cakap sori sebab buat aku terkejut. Rupa-rupanya dia tengah tengok anime sambil mute kan suara. Gigih. Lepas tu barulah aku perasan kerusi-kerusi di sekeliling aku semuanya dipenuhi manusia yang sedang tido. Barangkali dorang semua macam aku, tengah menunggu kaunter reception dibuka. So patutlah mamat ni duduk kat bawah, ingatkan dia nak amik kesempatan bermanja dengan aku (puiii!!). Lepas tu barulah aku teringat yang aku sedang berada di lounge hostel Khaosan Tokyo Annex. Itulah padahnya kalau tido bersambung-sambung!

bersambung...
.

28 comments:

Kak Mahh March 12, 2013 at 10:25 PM  

Nasib baik tak sempat bermanja dengan mamat tu... :-)

jarimanis March 12, 2013 at 11:15 PM  

wooow byk info menarik dlm entri ni :-)
Susah tul nk sebut nama2 tempat kt japan ni terbelit2 pastu mcm budak baru pandai membaca heeeee

Naramas Aman March 12, 2013 at 11:40 PM  

Saya pun selalu ada masalah bila travel solo ni, terutama sekali bila nak masuk toilet. Tak kiralah toilet kapalterbang ke, toilet keretapi ke atau toilet di airpot. Selalunya saya angkut semua dokumen penting bersama saya. Beg besar-besar tinggalkan di atas rak. Tapi kalau di airpot beg besar saya bawa masuk sekali dlm cubicle. Pilih cubicle yg besar sekali.

Henry Fox March 12, 2013 at 11:53 PM  

tetap pening tengok map railway network tu? @_@ @_@ @_@ hahaha

dzuchan March 13, 2013 at 12:24 AM  

sangat2 informatif..boleh guna buat assignment transportation ni :-)

aku ada follow blog ishootokyo, dia selalu buh signboard engrish jepun tuh. signboard diorg pun cute2 kan?

Naizaitul Husna March 13, 2013 at 12:48 AM  

hahaha...mmg kelakar bila bangun2 je ternampak lelaki berambut perang ade kat sebelah..tido betul smp tak sedar org sekeliling dah gamaknye...hehe..
bile tengok peta tokyo subway tu...rasa nak menangis pun ade..berserabut giler...study 7 hari 7 mlm pon tak paham2 lagi..patutlah rakyat dia xperlu bwk kete...setiap inci bandar tokyo tu mmg ade je train..aishh...nak kena jejak jugak suatu hari nanti..hehe..

Fatt March 13, 2013 at 1:24 AM  

kak mahh,
hahaha...akak ni, sabor jelah :)



jarimanis,
susah sikit tapi bunyiknya kiut2..hehehe



naramas,
mesti prof masuk cubicle oku ni...hehe :)



henry fox,
selamat menyesat barat di jipun!! aku gerenti ko mesti sesat, paling2 sekali :P



dzuchan,
kalaulah aku khatam benda ni sblm pegi haritu mesti aku tak tertinggal bas..hoho...ishootokyo tu blog gambarajah ke? nanti aku usha..yup, kat sini sume benda cute2...mmg dah jadi trademark org2 jepun agaknya sukakan benda2 yg comel (esp benda berjuntai2 kat henpon tu...benci gilaaa)



naizaitul,
tido mati masa tu..nasib baik takde air liur basi..lol. ha'ah, peta subway tokyo mmg complicated gile. berselirat dan banyak gila stesen. pastu bleh tukar2 platform plak tu..crossing dgn byk2 line..haaa..pening pale. yup, i agree yg sistem subway dorg sgt bagus sbb boleh sampai ke mana2 saja walaupun ke hujung ceruk :)

pegila jepun, rasai sendiri pengalaman sesat iteww..hehehe

Fariha Nazeem March 13, 2013 at 7:33 AM  

fatt..nak tanye sikit...gambo2 ko ni pakai kamera ape yek??...sume clear je aku tgk kan...jeles teman...

dzuchan March 13, 2013 at 7:51 AM  

fatt,

http://shoottokyo.com/

ni link dia..kalo free bole tengok2,blog fotografi.

gerbera March 13, 2013 at 9:00 AM  

Berserabut perut tengok route train dah macam spider web.

Mmg nak masuk toilet adalah masalah utk solo traveler. Terpaksalah angkut beg dan bersempit2 dalam toilet dgn beg. Pernah cuba nak gantung beg, tapi paku tu tak kuat habis jatuh beg. Nasib la lantai toilet tak basah sangat. Kalau tak haruuu.

musafir 28 March 13, 2013 at 10:02 AM  

gila ah..ingatkan map subway seoul dh cukup berselirat dah..tokyo lagi bersimpang siur..mana kepala mana ekor pun tak tau..tgk je dh givap..!

MasZuber March 13, 2013 at 10:37 AM  

Ishhhh berselirat sungguh train line dia. Sgt mencabar!!

Harap2 satu hari nanti bulehla aku smpai sana...

Orga March 13, 2013 at 10:57 AM  

betul cakap ko tu fatt, ada cons jugak kalau travel sesorang. orang cakap jepun negara paling selamat, tinggal bag tengah jalan pun takpe, eh~..yeke, hehe...nasib baik mamat rambut merah tu sandar jer, kalau tido sekali camne tuh :)

Bibu Wilda March 13, 2013 at 11:05 AM  

kikiki ade org nak manja2..oknext!

Biqque March 13, 2013 at 12:33 PM  

aku suka jepunnnnnnnnnnnnn! nak gi lagiiiiiiiiiiii...

frankly speaking, JR Pass tu berguna KALO betul2 nak explore atas bawah kepala singa sampai ekor map jepun tu hahaha! mmg aku guna abis2an dan alhamdulillah, digunakan dgn cekap sbb byk benda yg menatang tu cover. dah berbekalkan buku hikmat aku tu, takde la sesat berselirat sbb kitorang dah tau nak turun mana naik mana...org yg ada penyakit mcm laki aku jer yg buat plan iti camtu hahahaha!

p/s: mamat tu tgk anime ke hentai sbb tu dia sandar2 kat ko hahahahaha!

Fatt March 13, 2013 at 5:35 PM  

fariha,
aku pakai basic canon je cheq..1100D..cuma lens je upgrade 200mm. tapi aku baru lagi pakai..tapi gmbr2 before 2012 sume dgn compact camera, canon jugak..ixus series



dzuchan,
terima kasih dzuchan! :)



gerbera,
mcm ular kena palu. haaa..tetiba aku teringat kes sangkut beg kat penyangkut pintu toilet..aku penah rasa sekali..mmg nanges sbb masa tu laptop aku dlm tu...sekali skrin rosak separuh...geram gile..salah diri sendiri jgk :(



musafir,
seoul tu ok lagi...tapi tokyo mmg lagi berkali2 complicated. itupun ada stesen yg tak masuk dlm tu..mmg kagum la sbb dorg expert buat line subway & ketapi sampai seluruh ceruk jepun bleh sampai :)



maszuber,
kalau buat amazing race subway kat cni aku rasa syok..mmg syok..

beb, ko *cough* pegila dengan *cough*. musim luruh ni *kenyit mata* :)



orga,
betoi..even payung ko tinggal luar kedai pun takde sape nak amik. walhal kat luar masa tu hujan menggila...dorg takkan curi..bagus gila akhlak.

klu dia baring tepi aku, aku ketuk dia dgn remote. huahuahua



bibu,
tak hensem...motipnya aku ni..lol :))



biqque,
ala mek, ko pakai JR okla..salah turun platform pun takde hal..bleh masuk balik. aku tak mampooo nak beli...miskin kekdahnye. harga JR pass ko tu sama dgn ground expenses aku kat sana termasuk tido tau..huntonglaaa (pinjam janggel punye feveret tagline)...hehehe...gurau2 ye biq..nanti ko dah bersalin, bawak anak ko merata2 mcm aqilah tu :)

ps : kann..motipnya nak menumpang kasih..taklah..dia tgk katun pokemon..biasala sana..katun siang malam

Lavender March 13, 2013 at 6:24 PM  

fatt,

apsal ko bertukar2 hostel? penuh ker?

Janggel / Rain March 13, 2013 at 8:40 PM  

Gitew, caner nak 4idur sambil ikat kaki kat beg hahaha.

Biqque March 14, 2013 at 10:31 AM  

gua ckp lu, gua mmg tak sesat bro, sbb gua dah tau nak turun mana bro (pergh gini la rasanya rempits bersembang hahahaha)

janggel, nanti suh bro fatt demo skit cara ikat kaki dan tangan ke beg serta tido2 hayam hehehe. suh dia buat kat tengah2 ruang tamu kakak santek keluarga bahagia, okeh?

Hafiz Sadri March 15, 2013 at 11:25 PM  
This comment has been removed by the author.
Fatt March 16, 2013 at 3:41 AM  

intan,
aah, penuh. tapi sebelah2 je hostelnye so takdela menyusahkan aku



janggel,
nanti aku demo, tapi ko la kena jadi bahan demonya..boleh? haha



biq,
halah halah...kasik ko menang. mak esah sangat! hahaha

amboi ada parti kat umah kaka santek ke? nanti aku demo le, tapi aku kena suh janggel jadi bahan demonya..sbb aku kena tunjuk. gitewww...hahaha

smoothiesices March 16, 2013 at 8:54 PM  

hi fatt!
I pergi lagi Japan this Nov but only Tokyo,hari tue tak khatam lagi. and, i akan guna Metro pass as your suggestion.Pakai JR pass untuk 5 days x berbaloi.
After that i akan sambung ke korea.Btw, ur blog ttg korea still pending kan..just nk tahu, time you pergi sana,pi tak Jeju Island?

smoothiesices March 16, 2013 at 8:54 PM  

hi fatt!
I pergi lagi Japan this Nov but only Tokyo,hari tue tak khatam lagi. and, i akan guna Metro pass as your suggestion.Pakai JR pass untuk 5 days x berbaloi.
After that i akan sambung ke korea.Btw, ur blog ttg korea still pending kan..just nk tahu, time you pergi sana,pi tak Jeju Island?

Fatt March 17, 2013 at 9:17 PM  

smoothie,
yup..pakai je Metro Pass sbb lagi murah compared to JR Pass. Tapi kalau u plan let say 1 hari just di kawasan Shibuya & Harajuku (cthnya), maybe takyah beli pass sbb dah tau whole day akan dekat ctu (but still subject to cost pegi/balik tempat tu dr hostel tu, if berbaloi baru beli, or else just stick to my suggestion).

masa pegi Korea dulu sy tak pi Jeju Island..tak berkesempatan. nanti awk naik feri dari Fukouka cross sampai ke Busan ke?

smoothiesices March 17, 2013 at 11:23 PM  

my plan igt amik local flight dri tokyo ke seoul and same thing dri gimpo airport ke jeju pakai local flight jugak.So far, budget main transportation dlm 1.5k...gulpp.

but still,plan masih bercelaru sbb igt nk try naik ferry dari Makpo ke Jeju. or dari busan ke jeju..sbb ade baca from ur blog, ade bus dri seoul ke busan kan?.
so,mmg tgh buat research now..mcm mana nk jimat cost..:) pening*

Fatt March 19, 2013 at 1:42 AM  

smoothie,
waaa transport je dah 1.5k!! adoi..pengsan. ada direct flight ke jeju tak dari tokyo/busan? if ada turun ke busan pun ok pe, bleh try naik ferry bcoz last time sy pnh plan mcm tu dulu.

haaa..bas tu last service tahun lepas. dah takde bas free dah sbb dah habis promo visit korea. tapi ada bas dari seoul ke jeonju..yg tu free..mebi boleh cuba :)

smoothiesices March 21, 2013 at 8:33 AM  

direct flight dri tokyo ke jeju x sure lagi.tapi dari busan ke jeju mmg ada..
bus dri seoul ke busan dah xde ker..alahaii..
xpela,i akan pelan2 try plan my route 1st. how much total u spent last time kat korea?

MyHagumi May 9, 2015 at 4:53 PM  

nak tanye benda pass2 transport nie boleh beli kat sane kan??

*aku nak tanye gak walaupon soklan tak bijak*

sebab most aku duk usha blogger lain macam tetiba da ada kat tangan *aik!!*

so boleh bagi pencerahan siket???
*spesis slow, up siket dari sloth*

Post a Comment

Terima kasih!!

  © Copyright Since 2010 | Backpacker Busuk

Back to TOP