Sugoi Japan : Takeshita Dori, Harajuku

April 14, 2013

Sambungan dari entry sebelumnya.


Hari Kedua : 11 November 2012

Aku meneruskan langkah ke destinasi seterusnya iaitu Harajuku. Walaupun terletak dalam parameter yang sama tapi suasana di sini sangat berbeza. Kalau di Meiji Shrine aku dapat tengok orang ramai berpakaian tradisional Jepun tapi di Harajuku aku boleh tengok orang berpakaian cosplay mengikut watak anime kegemaran masing-masing.

Harajuku memang cukup terkenal dan sinonim di kalangan peminat-peminat cosplay di Jepun. Di sinilah playground mereka untuk berkumpul terutamanya pada hujung minggu. Pengaruh cosplay bukan saja menular di kalangan remaja Jepun tapi juga di kalangan gaijin (foreigner) terutamanya Westener yang tinggal di Tokyo.

#1 - missed!

Kalau ke Harajuku jangan lupa singgah di Takeshita Dori sebab di sini ada banyak kedai-kedai yang menarik. Ada Daiso setinggi 4 tingkat (tak silap aku, dah lost count), butik cosplay, cafe dan kiosk crepes. Kebanyakan fesyen di sini semuanya up-to-date tapi oleh kerana aku bukanlah jenis yang suka membeli apatah lagi berfesyen, jadi semua strategi marketing di sini tak meninggalkan sebarang kesan kepada aku. Muahaha.

#2 -Takeshita Dori
#3 - human parade
#4 - wow, alien!

Cuma sekali. Itupun sebab terliur bila tengok display crepes dalam cermin. Walaupun display tu plastik semata-mata tapi nampak real gila-gila. Terer betul dorang buat display sampai meleleh-leleh air liur aku. Bila cek harga rasa nak mengamuk. Perut aku mula berkeruk-keruk nak makan crepes. Saiko gila. Walhal kat Malaysia ko tak pernah pun mintak aku beli crepes. Mengada.

Cream cheese vs whipping cream. Mestilah aku pilih cream cheese sebab itu je pilihan yang paling mewah dalam kategori murah. Hahaha. Nah, terbang RM15.20!!! Gila.

#5 - banyak kedai crepes
#6 - orang jepun memang pandai buat display. so real, so lazattt!

Seingat aku itulah satu-satunya benda yang aku beli di Takeshita Dori. Walaupun buktinya dah lama masuk dalam lubang jamban tapi aku masih ingat sebab terpaksa bayar mahal. Selain crepes, Takeshita Dori ni best sebab boleh cuci-cuci mata tengok gelagat orang. Since aku tengah bajet, jadinya kerja aku cumalah keluar-masuk kedai. Walaupun tak beli apa-apa tapi aku suka sebab....ermm....ermm....

Mulanya aku tak perasan sangat benda ni, tapi lepas keluar dari kedai barulah aku perasan sesuatu yang ganjil. Jadi untuk memastikan yang telinga aku belum lagi pekak, aku pun masuk ke kedai yang sama untuk kali kedua. Lepas tu aku test ke kedai lain, pun sama. Dan seterusnya sampai 3-5 kedai. Yang pastinya setiap kali lalu kat pintu kedai mesti aku tersengih-sengih. Haha. Jangan tuduh aku gila sebab sengaja keluar-masuk kedai tak beli apa-apa.

Sebenarnya aku sengaja buat camtu sebab nak dengar suara penyambut tetamu yang halus macam kartun anime. Setiap kali orang keluar-masuk kedai, penyambut tetamu (pompuan) akan cakap "Irashaimase!" dengan nada yang sehabis kartun. Huh, obses gila dorang ni. Ah memang gila!!! Aku kagum gila sebab dorang berkebolehan untuk buat suara halus gila macam tu.

Kalau dapat peluang ke Tokyo, pastikan singgah di Takeshita Dori dan mencubanya sendiri. Tapi pastikan taik telinga habis dikorek, kalau tak sia-sia. Selain Takeshita Dori, boleh jumpa scene yang sama di Maid Cafe sekitar Akihabara.

Banyaknya aku guna perkataan gila. Huh!


bersambung....

ps : tuan tanah tengah banyak vitamin M, harap bersabar
.

18 comments:

mecha_praline April 14, 2013 at 1:49 PM  

bestnya dapat ke jepun. bila lah dapat ke sana ya. pengalaman jalan2 di akiba ada tak? teringin nak ke sana. :)

jarimanis April 14, 2013 at 2:32 PM  

patutlah lama x update entri pun fendek jek heee

JM akan ingat akan tempat ni nk mkn crepes dan nk dgr suara kartun tu heee

aLia April 14, 2013 at 3:42 PM  

akan ku nantikan sambungannya dgn sabar..hehe

TravellogAku April 14, 2013 at 4:15 PM  

kak,lawa la kaler gambar tu..edit pakai app ape??ngeehh
nice trip sis!

takky April 14, 2013 at 5:01 PM  

wow, ade 2 kdai McD dalam satu jalan...(based on 2nd pic)
not bad jugak...

yg psal suara halus tu...
dia macam konsep kedai 7E...
setiap kali kita masuk akan ada mesin cakap 'irashaimase!"....
kalau 7E akan dengar bunyi loceng...

Biqque April 15, 2013 at 9:09 AM  

tu kalo ko tgk penyanyi asal lagu2 anime, lagi tak bleh blah hahahaha!

azanov April 15, 2013 at 9:52 AM  

ye la lawa fokus color gambar2 tu. edit gambar tu pakai software dan function apa eah..

Fatt April 15, 2013 at 1:09 PM  

mecha_praline,
akiba?ada..tapi tak explore sangat cuma mmg nmpk byk maid cafe kat ctu


jm,
masih aktif kat fb wlpun kat cni tak aktif..hehe


alia,
insya allah..harap vitamin M akan kurang haha


travellog aku,
kaler gmbr tak ubah apa sbb dr original photo..cuma buat b&w je. guna photoscape. tapi kenr byk sabar sbb nak crop bhgn b&w tu cerewet skit esp gmbr yg curvy


takky,
memandai jek ko ni..tu bukan suara mesin la..real human



biqque,
kan? rasa nak tampor jek sbb buat suara kecik...bleh menten plak tu..sabor jelah


azanov,
guna photoscape je..function brush rasanya (sori bukan dpn pc sendiri) tapi bleh cari sbb tak susah pun

Irfa April 15, 2013 at 2:07 PM  

hahaha..kelakar kamu ni
kuar masuk kedai sbb nak dgr sore katun tu ye ;)

Orga April 15, 2013 at 2:18 PM  

ahaha...tengok gambar ko, teringat masa datang sini merasa creepes, kedai yang sama pulak tu...untung ko fatt, cuaca cerah elok, aku dulu hujan, langsung tak jumpa alien dekat sini...

Time Traveler Boy April 16, 2013 at 2:34 PM  

tempat yang mnarik untuk di lawati... by the way menarik gambar yang di ambil.. :D

nu na April 16, 2013 at 6:54 PM  

aku rse ko seorg kakak. so aku pggl kakak. bole gitu?

cantik la gmbr yg ade dlm ni. cerita pun best. sy thibur!!!

Aini Khalid April 17, 2013 at 3:39 AM  

I found your photos are nice! kireiii! Lo pakai kemera apa ya? lense apa? hehe.. Gua baru juga jengah negara nihon ni. Gua refer blog lu ni untuk visa and etc etc..very informative!

dzuchan April 17, 2013 at 1:00 PM  

hi fatt..aku ktinggalan ketapi la episode sugoii japang nih.
yang suara halus tu, kalau ko perasan diorang nyanyi pun camtuh kan..

apepun sila makan vitamin "R" banyak sikit :-)

m.u.l.a.n April 22, 2013 at 6:10 PM  

mmg diorang ni gila kreatif kan kan...

thanx fatt for sharing..!!

Fatt April 25, 2013 at 1:41 AM  

irfa,
hehe..unik suara tu..mmg halus sebijik cam katun :)



orga,
kann..skrg cam dah tak byk spesis alien ni. aku tatau nape aku tak jumpa ramai masa tu..dorg dah pindah port gamaknye. kedai yg sama ke? dejavu!



ttboy,
makasih :)



nuna,
boleh..tapi formal sgtla..ko/aku je..sempoi..hehe



aini khalid,
makasih. basic dslr je..canon 1100D, cuma lens upgrade 18-200mm. amacam, nihon best kan?



dzuchan,
dont wori..aku skrg update blog mcm siput..bz gilakk..



mulan,
welcome :)

2langkahdibelakang May 2, 2013 at 10:52 AM  

menelan air liur tenguk rupa bentuk crepes :)).

Fatt May 17, 2013 at 4:22 PM  

2langkah,
kannn? display dia sangatlah menggiurkan

Post a Comment

Terima kasih!!

  © Copyright Since 2010 | Backpacker Busuk

Back to TOP