Gadis Mualaf Bernama Aisyah

May 17, 2013

Out of sudden aku pilih untuk menulis cerita yang lain. Aku tau cerita Jepun belum lagi habis, cerita Xinping tengah klimaks tapi itulah, aku menulis bila rasa nak menulis, tanpa paksaan. Cuma sekarang aku dah mula menganaktirikan blog dan lebih banyak berinteraksi di facebook. Kesibukan sehari-hari menjadikan aku sedikit malas ditambah dengan program water rafting yang akan berlangsung esok dan memerlukan perhatian penuh.

Berbalik pada topik. Sebenarnya entry ni bukanlah sebuah travelog tapi lebih berkisar tentang apa yang berlaku semasa aku pegi berjalan melihat dunia baru-baru ni. Secara peribadi aku rasa ada sesuatu yang membuat aku sering berfikir tentang trip ni. Bukan sebab kisah aku berjumpa klon Tobey Maguire tapi lebih kepada perbualan dengan orang-orang yang aku jumpa di sepanjang jalan. 

Aku tak terlalu spesifik dalam perbualan. Kadang-kadang daripada cerita travel boleh meleret kepada hal keluarga, agama, perancangan masa depan, kisah ditinggal dan yang meninggalkan, ramalan cuaca, makanan kegemaran dan bermacam-macam. 

Aku harap kisah-kisah pendek ini akan membuatkan semua yang membaca berfikir betapa besarnya erti kehidupan terhadap seseorang. Peluang berjalan ini bagi aku bukan lagi untuk memuaskan nafsu mengambil gambar semata-mata, sebab lama-kelamaan aku sedar apa yang aku cari sebenarnya adalah lebih daripada itu. Aku bersyukur ditemukan dengan orang-orang yang pelbagai latar belakang, sebab melalui mereka lah aku dapat melihat dunia dari sudut yang lain. 

Ada 3-4 cerita yang aku nak kongsikan tapi aku mulakan dengan cerita tentang Aisyah. 

Aku mengenali Aisyah sewaktu makan di sebuah restoran halal di Hanoi. Masa tu aku ternampak kelibat seorang perempuan bertudung litup. Secara spontan aku menegur dan sapaan itu telah membawanya duduk sekali di meja. Sambil menemani aku yang makan bersendirian kami pun berborak. Pada mulanya ia hanya borak-borak kosong tapi lama-kelamaan berubah menjadi serius. Aku agak berhati-hati sewaktu bertanyakan tentang status Aisyah sebab dia nampaknya seperti seorang mualaf, dan tekaan aku tepat bila Aisyah bercerita tentang dirinya. 

Bukan mudah jalan yang dilalui Aisyah sebab keputusan yang besar itu ditentang keras oleh keluarga. Mereka pernah meletakkan dalam biliknya colok yang dinyalakan dan gambarnya di dalam bingkai (macam orang mati tu). Ritual ini kebiasaannya untuk orang yang telah mati tapi dibuat sebegitu rupa atas kepercayaan untuk memanggil semula roh Aisyah yang kononnya jauh terpesong.

Sebenarnya banyak lagi yang nak ditanya tapi aku tak sanggup nak meneruskan sebab takut kalau-kalau hati Aisyah terguris. Dari pengamatan aku, Aisyah nampak fragile tapi siapalah aku nak menilai tebal nipis iman seseorang. Nur Iman tak boleh diwarisi dan percaya atau tidak, hati Aisyah terbuka untuk memeluk Islam selepas membaca tentang Islam di internet? Memang benar, Allah berkuasa nak bagi hidayah kat sape-sape yang Dia suka dengan bermacam-macam cara. Alhamdulillah, sekarang dah 2 tahun Aisyah menganut agama yang suci ini dah aku berdoa semoga akidahnya akan terus terpelihara.

Aku terkesan bila Aisyah cakap betapa beruntungnya aku sebab lahir di negara yang majoriti penduduknya Islam. Senang cari makanan halal, banyak aktiviti keagamaan, banyak ceramah agama, bebas berpakaian menutup aurat dan sebagainya. Katanya orang-orang di sini suka pandang slek sebab pakaian dia dan sebab dia seorang Vietnamese. Tambahnya lagi nak cari daging halal pun susah. Aku tanya macam mana kalau dia teringin nak makan ayam? Dengan selamba dia jawab, "I did it my own". Aku ternganga mendengar penjelasan Aisyah sebab aku sendiri pun tak reti nak sembelih ayam. Huhu. Tabik!

Sekali lagi aku kembali menyanyakan soalan yang lebih serius, "Do you have someone you like? I mean, boyfriend?". Untunglah aku ni pompuan, kalau lelaki memang sah dia pikir aku nak mengayat. Aisyah tersenyum dan berkata, "It's difficult to find a Muslim man in Hanoi. But I'm positive and leave it to Allah as He knows best!".

Jadi sesiapa yang rasa nak beristerikan orang Hanoi, bolehlah memohon. Dari pemerhatian yang singkat, aku tengok Aisyah ni seorang yang baik, pemalu, tabah, kuat semangat dan bonusnya Aisyah ni cantik.

"Aisyah, do you know that your name is special?". Dengan muka yang merah Aisyah mengangguk.
.

28 comments:

takky May 17, 2013 at 2:53 PM  

hati saya dupdap2 bila bace entry ini...

SinarPena May 17, 2013 at 3:04 PM  

ada no tepon aisyah dak?..nak ngayat

Fatt May 17, 2013 at 3:04 PM  

takky,
nape dupdap? jatuh cinta dengan Aisyah? hehe

Fatt May 17, 2013 at 3:05 PM  

sinarpena,
buang masa la mengayat sume, kalau ikhlas amik terus jadi yg sah :)

musafir 28 May 17, 2013 at 3:11 PM  

subhanallah..walaupun masih muallaf tapi akidahnye lebih dr yg lahir2 dah islam (tunding diri sendiri) nampak mcm mana pergantungan dia dgn Allah (bila dia ckp "But I'm positive and leave it to Allah. He knows best!")susah nak dapat feel mcm ni, tapi istimewanya dia Allah kurniakan pada dia walaupun muallaf :(

zette May 17, 2013 at 3:14 PM  

aku mendoakan Aisyah supaya diberi kekuatan.. :)

Fatt May 17, 2013 at 4:02 PM  

musafir,
ye, waktu dia cakap camtu sy sendiri pun malu. dia mmg sangat positif dan seharusnya kita pun mcm tu. kita byk berburuk sangka pd Allah sedangkan kita tak tau setiap benda tu didatangkan bersebab. sy hrp dia jumpa org yg sesuai, sbb sayang kalau jumpa org yg tak betul. tapi sy yakin Aisyah mmg kuat imannya :)



zette,
aku pun begitu :)

Nina Hamdan May 17, 2013 at 4:29 PM  
This comment has been removed by the author.
Nina Hamdan May 17, 2013 at 4:31 PM  

* Tadi salah tls nama. sorry! tu delete. hehe

Fatt, you remind me about my trip to Phnom Penh,Cambodia.
Waktu tengah lepak2 tepi sungai yang banyak bendera tu.. Tetiba ada seorang wanita muslim datang bercerita dengan kami..

Wanita tu memberi salam kepada kami, mungkin kerana melihat group perempuan islam yang pakai tudung.. dia langsung datang dekat dan rasa happy.. Tetiba dia cerita, dulu dia pernah berkahwin dgn orang islam..
Kini dah bercerai, tapi dia kata Alhamdulillah. dia masih lagi islam.. Happy sangat kami rasa, wanita ni seorang yang tabah!

Mungkin di Malaysia kita rasa pelik, apa kes wanita ni duk cerita dia dah bercerai.. tapi melihat dia seorang di tengah2 negara majoriti bukan islam.. pasti dia nak berkongsi sesuatu dengan orang islam..

We faced a lots of surprised story that teach us. Jadikan pengalaman kita sebagai ilmu panduan masa hadapan :)

Unaisah Azlan May 17, 2013 at 5:17 PM  

thank you fatt for sharing such a beautiful story.

selain tgk tempat org, berinteraksi dgn org around you esp the locals can be an unforgettable experiencekan.
best best best best!!! =)

Naizaitul Husna May 17, 2013 at 7:51 PM  

Bila kita travel...secara tak langsung kita jadi duta kecil jgk pada agama kita sendiri...tunjukkan contoh yang baik..insyaAllah..mungkin kenalan non-muslim yang kita kenal masa travel tu tertarik dengan agama Islam ni...betul hidayah Allah tak kira seiapa dan di mana...
entry yang menyentuh hati, fatt..

Ninie Hanis May 17, 2013 at 9:51 PM  

Your story is indeed remarkable be.Weh,rindu ko.Aku pun daah jarang menghapdet belog.Tapi hari ni sempat singgah sini baca pulak kisah camni di hari Jumaat. ~melirik senyum.

p/s ko rajin fb ye skrg?amboi dik non..

Azian Elias May 17, 2013 at 11:08 PM  

lamanyaaaa tak ke sini.. pe khabar.. jalan terus awak yeee..

Naramas Aman May 18, 2013 at 7:52 AM  

Banyak cerita seperti Aisyah ini berlaku. Islam selalu dianggap serong. Bukankah syaitan dah berjanji untuk mengajak kita sesat dan masuk neraka? Semoga iman Aisyah tetap kuat.

Abang Fadli May 18, 2013 at 6:24 PM  

wow.... nak imagine muke dier....

Time Traveller Boy May 19, 2013 at 4:27 AM  

alhamdulillah.. dengar lagi pasal muaalaf di hanoi.. sahabat2 vietnam yg belajar sekali di South Africa pun bagi cerita yang sama.. susah nak dapat makanan halal.. orang pandang serong just because sebab diorang memakai jubah atau berkupiah..

kalau dia nak.. boleh la saya kenal kan dengan ustaz2 vietnam yang belajar sekali dgn sy di South Africa :D

shayaan khan May 20, 2013 at 4:49 AM  
This comment has been removed by a blog administrator.
JunAina May 20, 2013 at 10:10 AM  

Semoga Allah akan sentiasa melindungi Aisyah. Imannya moga teguh.

zkhairul naeim May 20, 2013 at 4:44 PM  

SALAM, DO U HVE HER CONTACT NUM OR EMAIL ADD. TQ

2langkahdibelakang May 20, 2013 at 9:26 PM  

Thanks Fatt..aku suka cite ni, membuatkan aku terasa sebegitu kecil

diDie~inn0cence~ May 21, 2013 at 4:17 PM  

uhhh berabuk mata pulak baca post ni.
nasib kat ofis, kalau tak haru je. haha
beruntungkan kita rakyat malaysia majoritinya Islam.
tp syg many people take things for granted. including myself.
musahabah diri blk baca post ni :)

tapi seronok la travel ni e, berkenalan dgn ramai org.


bee June 13, 2013 at 10:41 AM  

lamanya xmsuk sni bz bebenor aku. ko dh smp ujung china dh pun :)

bee June 13, 2013 at 10:49 AM  

dh smp ujong china dh pn ko fatt :)

gadisBunga™ July 10, 2013 at 4:49 PM  

hmmm...ko ada nombor dia? aku nak buat kawan bila ke sana nanti. tapi aku kagum dowh dengan optimism dia!

Selamber Rock July 16, 2013 at 12:19 AM  

fatt, aku dah tukar link blog. hehehe..

http://selamberokes.blogspot.com/

Post a Comment

Terima kasih!!

  © Copyright Since 2010 | Backpacker Busuk

Back to TOP