Lari Dari Ribut Yangshuo Ke Xinping

May 08, 2013

Kita sambung lagi. Dari entry sebelumnya.

Flashback.

Entah pesen apa kali ni aku jadi malas nak angkut backpack. Setelah merasai kelegaan melepaskan beban di bahu untuk beberapa hari semasa travel di Jepun dulu, aku terasa seronok nak mengulang benda yang sama di China. Kalau sebelum ni aku dah tinggalkannya di hostel di Guilin waktu trip 1 malam ke Longji, kali ni aku akan tinggalkan lagi di hostel di Yangshuo untuk trip 1 malam ke Xinping. Lagipun aku akan berpatah semula ke Yangshuo jadi lebih elok kalau tak bawak banyak barang. 

Aku rasa trick ini sesuai digunakan oleh orang yang malas tapi ehemm...bijak. Bukan apa, kalau kita nak tempuh tempat yang sama 2 kali so apa salahnya kalau ditinggalkan barang-barang yang tak penting di situ. Keperluan asas seperti pakaian sepersalinan, sedikit makanan dan barangan berharga saja yang aku sumbatkan ke dalam day pack. Aku rasa cara ini lebih praktikal dan sempoi. 

Aku menyusuri pekan Yangshuo yang padat dan menuju ke stesen bas. Nampaknya tindakan aku membawa day pack sangatlah tepat sebab ruang dalam bas yang terhad. Pastinya kalau dibawak tapir 10kg tu akan menyusahkan semua orang jadi lebih elok kalau ditinggalkan. Untuk pengetahuan semua, bas ke Xinping sangat kecik macam bas mini wilayah yang  pernah menjadi ikon yang cukup berpengaruh di Kuala Lumpur pada suatu ketika dulu. Tak susah nak cari bas ke Xinping. Ada signage dalam huruf roman tergantung di bawah bumbung parking bas yang bangunannya diperbuat daripada batu. Kekerapan bas ke Xinping adalah pada setiap 15 minit dari pukul 6pagi sampailah ke pukul 7.30malam.

Keadaan stesen bas Yangshuo sangatlah huru-hara. Ini kerana kebanyakan bas di letakkan bersimpang siur di dalam perkarangan, ditambah dengan orang ramai yang berjalan berpusu-pusu dari semua arah. Bangunan stesen bas Yangshuo ini sangatlah kecik, tapi cukup untuk menempatkan sebuah ruang menunggu dan sebuah kaunter tiket. 

Dari jauh aku nampak kelibat seorang pompuan yang lagaknya seperti seorang konduktor sedang berdiri di sebelah bas ke Xinping. Aku tak perlu bersusah-payah menyebut perkataan "Xinping" sebab dia terlebih dahulu menggangguk-anggukkan kepala. Mungkin aku adalah pelancong ke-51 yang menaiki bas ke Xinping pada hari itu. Entah. Aku segera melangkah masuk ke dalam perut bas. Setiap mata yang berada di dalam bas memandang aku seperti seekor makhluk asing yang tersesat. Dengan sekali imbas aku perhatikan takde sorang pun orang luar di dalam bas tersebut kecuali aku. Aku berkonklusi sendiri, mungkin inilah punca kenapa aku dipandang sebegitu. Aku buat tak endah dan terus mengambil kerusi yang terletak di bahagian kiri di sebelah tingkap.

#1 - metroll? berita hairan? dunno...

Setelah beberapa minit menunggu akhirnya bas pun bergerak meninggalkan pekan Yangshuo dan menuju ke Xinping. Tambang bas ke Xinping ialah 7Yuan (RM3.50) dan perjalanan ke sini mengambil masa lebih kurang 1jam 30minit bergantung pada kondisi jalan dan lalu lintas. Keadaan jalanraya ke Xinping sangatlah teruk dan boleh dikatakan hampir 30% ke 40% daripadanya membuatkan aku rasa seperti menaiki seekor kuda. Boleh jadi jalanraya di sini sedang dinaik taraf atau sejak azalinya macam ni.

Di sebalik kelemahan sistem jalanrayanya, pemandangan di sepanjang jalan menuju ke Xinping sangatlah unik. Aku dapat lihat banyak kawasan hutan dan belukar, perkuburan yang tidak teratur di sepanjang jalan, petani-petani yang menarik kerbau di atas bahu jalan, rumah-rumah penduduk kampung yang moden dan daif serta petak sawah padi yang berlatar belakangkan pemandangan bukit. 

#2 - sepanjang perjalanan ke Xinping akan nampak pemandangan macam ni
#3 - more karst landscape
#4 - contoh rumah daif (kiri) yang boleh dilihat disepanjang jalan. ada yang lebih daif dari ni

Perasaan aku pada waktu ini tak boleh digambarkan, cuma sedikit lega sebab akhirnya aku dapat lari ke tempat yang lebih hulu. Kepala aku dah cukup semak dengan pemandangan hutan batu, jalanraya yang sesak dan manusia yang berpusu-pusu di Guilin dan Yangshuo. Aku rasa kalau berterusan begini lama-lama boleh mereng jadinya. 

Apa yang berlegar-legar di fikiran aku pada waktu ini ialah apa yang sedang menunggu aku di Xinping. Aku takde bayangan langsung tentang Xinping sebab aku tak buat research pasal tempat ni. Cuma yang pasti dan sohih ialah aku telah menempah penginapan selama 1 malam di sana. Itu saja.


bersambung....
.

12 comments:

Lavender May 8, 2013 at 4:37 PM  

7 yuan saja tambang bas ke Xinping.. murah... Syabas Fatt kerna menjadi pengembara tegar...

btw, congratz untuk 2 entry dalam masa tak sampai 24 jam.. hehhe

shah_rule May 8, 2013 at 6:03 PM  

Cewah ttbe rajin kuar entry right after back from travel.. Haha ade pape surprise la ni kan..

Tak pernah lagi ke Guilin nmpak cm seronok je activities ke arah nature nie.. Memang aku suke, tak sabar nak tgk gamba.. Haha

jarimanis May 8, 2013 at 8:30 PM  

Ada baca blog supermeng malaya view di xinping mmg awesome compare to yangshou

Anash May 8, 2013 at 9:14 PM  

lagiiii????
best plak baca nih ....
cover tempat lain..
good to discover...

Orga May 9, 2013 at 1:21 AM  

patutnyer masa naik bas tu, ko kena cakap hi everyone...buat gaya gedik sikit, hehe...ramai pulak geng blogger wat entry ke china kalini, best-best!

dzuchan May 9, 2013 at 10:03 AM  

fatt..lamanya kamu tiada entry..
rumah dlm gambar tu tak di plaster huhuu

Chawanna Na May 10, 2013 at 1:21 PM  

Ramai betui tahun ni ke Guilin dan Xinping ni..tahun melawat China apa? hehehe..motif ko nk taruk 3 gambo je???? ;p

Farikica May 11, 2013 at 7:31 AM  

Tindakan berani tu, ke xinping tanpa mengetahui apa nak buat kat situ.. tp x pa, itulah adventurous namanya kan..kan... rumah kat sebelah rumah daif tu nampak mcm lebih kaya aja...

Forskning Beta May 13, 2013 at 11:57 AM  

salam, saya nak tanya macam mana nak check kereta api dari Harbin (China) ke Vladivostok? Ada apps atau website apa yang provide info tentang keretaapi? thanks

Time Traveller Boy May 15, 2013 at 5:04 PM  

Nasib baik entry ni ada gambar.. tak yah lah nak guna daya imaginasi peringkat tertinggi lagi hahahaaa... thumb up..!!!!

Fatt May 17, 2013 at 4:19 PM  

lavender,
ko mcm la tak kenal aku, never religiously write a blog. haha. ikut angin je ni.



shahrul,
malas balik. haha. sadly gmbr aku tak banyak kali ni. im more to people watching & talking



jm,
i tak penah baca blog beliau so i also dunno if he been there. lol :)



anash,
yup, kebetulan tergerak nak ke sini. hehe



orga,
gedik? euww, aku tak retila2 mcm tu, simpang malaikat. kebetulan ramai pi..route AA, biasalah



hakimi,
ngantok ke?



dzuchan,
term org contruction. hahaha
ye, aku sedang dalam fasa malas



chawana,
motip 3 gmbr sbb aku malas nak keluarkan kamera, ni pun pakai hp..haha. kan, kerajaan china sponsor sume blogger pi china kot? hehe..salahkan pak toni



farikica,
kan, rumah aji bakhil sebelah tu. hehe. klu tade plan ok jgk, bleh navigate ikut suke ati



forskning beta,
wasalam. awk bukak website chinatrainguide.com. dalam tu ada jadual waktu sume. gdluck!



ttb,
hahaha...ini pun naib baik aku rajin nak tepek. klu tak mmg takde jgk gmbr

Post a Comment

Terima kasih!!

  © Copyright Since 2010 | Backpacker Busuk

Back to TOP