First Gathering : White Water Rafting

July 31, 2013

Cemerlang gile rekod. Lebih 2 bulan tak update. Tepuk tangan.

Berbelog ni ikut season sebenarnya. Ada masa rajin, ada masa malas. Tapi aku mengaku yang aku lebih banyak malas dari rajin. Penyakit malas ni datang lepas balik dari Hanoi. Masa trip kemain berkobar-kobar, tapi bila balik habis semua terjun masuk gaung. Alhamdulillah, nasib baik aku sempat selesaikan projek white water rafting dengan blog readers. Asal nak buat mini gathering dalam 15 orang, sekali jadi 42 orang. Big crowd, seronok.

Ini adalah kali pertama aku handle event camni. Semua buat sorang diri dari A sampai Z, but still good experience sebab dari situ aku dapat belajar selok-belok event management. Terima kasih untuk kengkawan yang membantu especially Fiza sebab tolong carikan replacement supplier nasi lemak yang kansel last minit dan kengkawan yang secara langsung dan tak langsung membantu aku sepanjang program ini berjalan.

Majoriti yang terlibat dalam program ni adalah first timer termasuklah aku. Walaupun kecut perut tapi perasaan teruja melebihi segala-galanya. To be honest, mula-mula aku takut tercampak dalam sungai tapi lepas sekali tercampak, rasa nak lagi. Hahaha. Sumpah best. Dan yang paling penting semua orang sporting dan boleh gelak-gelak walaupun terpelanting dari raft.

#1 - pertama kali bersua muka. nebes? excited. semua ada

Terima kasih kepada semua kawan-kawan yang terlibat iaitu Fiza, Mas Ayu, Ali & Sheema, Aizah, Jamilah, Najmi & the geng (Nina, Nurel, Ain dan Nad), Fid Abdullah, Dzurainee & Norulhuda, Fazilah, geng JB (Saraaz, Halimah & Aquila), Nashua & Ain, Didieana & Nurul Ain Sedik, team lanun (Ceem, Adam, Layna, Ayie, Hajar & Apit), Aimi Nasir, Ainul, Fatiha & Nabilah Malique, Fird Abrar & Sypul Adha, Hafiz & Izuan, Hasimi, Norzalikha & Fithri, Murni dan Dyl. Terima kasih sebab turun padang dan sudi join program ni. 

Tapi paling istimewa sekali kat kengkawan yang stay sampai ke hujung untuk program kelip-kelip Kg Kuantan dan seafood di Jeram, Kuala Selangor. Best dapat lepak dari pagi sampai ke malam dengan korang. Next time kita buat TT session ek! 

#2 - token first gathering
#3 - rombongan angkatan meminang
#4 - khusyuk melantak
#5 - demo oleh Kapten Bhai
#6 - angkatan bujang trang-tang-tang. yeke?
#7 - Najmi, pekabo mung lama tak dengo berita? jom lepak pas raya
#8 - Nashua, Ainul & Ain Al-Fais
#9 - BFF : Ain Sedik & Didieana Mohmd
#10 - Fid Abdullah, Sheema & Norulhuda
#11 - Norulhuda, Dzurainee & Alifah
#12 - Dyl Fadilah & Fazilah
#13 - Sisters : Fatiha & Nabilah Malique
#14 - Fithri, Norzalikha & Murni
#15 - Team JB : Saraaz, Aquila & Halimah
#16 - Makwe Team Lanun : Lanang, Hajar & Layna
#17 - Datin Seri & Puteh Hannibal
#18 - Fird Abrar, Sypul Adha & Adam
#19 - Team Lanun
#20 - pilih-pilih! jangan malu, jangan segan!
#21 - Aimi & Ainul
#22 - kalau berkenan mana-mana dalam ni bleh roger aku kontek number dorang. kahkahkah
#23 - close-up skit. amacam?
#24 - ada yang terpelanting ke?
#25 - sakit bontot ke bang?
#26 - steady!
#27 - demo teknik kayuhan oleh Kapten Bhai
#28 - demo over right
#29 - lagi demo
#30 - khusyuk letewww
#31 - lagi muka khusyuk
#32 - bola boling
#33 - Dzurainee, Layna, Lanang & Sypul
#34 - Fithri & Norzalikha
#35 - Adam. Dengar citer lu dah mesin habis dah rambut lu. Yeke?
#36 - ape yang ko terpegun sangat tu Mie?
#37 - raft Saraaz, Halimah, Aquila, Didie & Ain
#38 - raft Nash, Ain, Aimi, Ainul & Dyl
#39 - raft Fird, Sypul, Hasimi, Hafiz & Izuan
#40 - raft Ayu, Alifah, Sheema, Fid Abdullah, Dzurainee & Norulhuda
#41 - raft Team Lanun : Lanang, Layna, Adam, Apit, Ayie & Hajar 
#42 - raft Fiza, Aizah, Jamilah, Fazilah dan Wong Ah Fatt
#43 - cuak gile Ayu. Hahahahahahahahaha pengsan!
#44 - peace yo! (walhal dalam hati dupdap dupdap debor)
#45 - wohoo!!!
#46 - kahkahkah...amekawww reverse!
#47 - raft otai Najmi, Nina, Puteh, Datin Seri & Nad
#48 - jeram kotak
#49 - nice landing!
#50 - suicide!
Insya Allah ada rezeki dan kelapangan kita buat lagi. Ada banyak port rafting kat Malaysia so bolehlah kalau nak try semua. Selain agenda utama iaitu water rafting, apa yang paling penting bagi aku ialah dapat berkenalan dengan korang semua. Untuk aku mengekspose diri yang selama ni bertanda soal di muka bukanlah perkara yang mudah sebenarnya. Tapi, walau macam mana pun aku masih nak kekalkan identiti ni di blog dan alam maya. Pendek kata aku lebih selesa jadi low profile. 

Anyway lepas ni ke mana kita?
.

28 comments:

Et July 31, 2013 at 8:46 AM  

meriahnya fatt... teruskan organize event macam ni sangat teruja nak join sekaki!

Bee July 31, 2013 at 8:57 AM  

Muka Fatt mana? :p

AjlaA July 31, 2013 at 9:31 AM  

Mantop!! Adventure btol nih. Akn dtg mok tumpang dua kaki gak. Hehe

casperakhimi July 31, 2013 at 9:35 AM  

kuangajo fatt ngutuk aku yer...aku tak cuak ler aku happy je tu (ye ker?)

haha yg pastinya kalo ada WWR lagi aku tak nak join bluwek!


-Ayu-

Emy Tak Kecik July 31, 2013 at 10:09 AM  

tu yg mahal tu fatt....hanya orang kat luar je kenal muka fatt hehehe

besttt....

Hulubalang July 31, 2013 at 10:13 AM  

akhirnyaaa...setelah sekian lama baru update blog hehehehe...mmg menarik event ni...Wong Ah Fatt pegang pendayung jek x kayuh pon?? hahahaha...

anakomak July 31, 2013 at 11:55 AM  

perghhh dasat fatt....
tahniah....!
syiok tgk sumer muka hepi2 n puas hati je kan.. ;)

Ct_hAjAr July 31, 2013 at 11:56 AM  

Hahaha..bila diingat2 balik kelakau pun ada..tapi yang penting enjoy gile.makan pun konyang..when the next event?nak join..teheee..

mizz mie July 31, 2013 at 12:33 PM  

seronoknyaa...lambat tau blog ni...nex apa event?hrmm buat event travel backpaker sekali lah...hihi..

jarimanis July 31, 2013 at 2:26 PM  

Wahhh tahniah kerana berjaya uruskan event ni ramai tu 42 org. Next event boleh la JM join sekali :-)

Lady Dreamer July 31, 2013 at 3:16 PM  

wah!! seronok betul tengok. sayang hari tu x join. next time memang nak ikut ni..

Fatt July 31, 2013 at 5:36 PM  

azanov,
me too :)


ezu,
meriah kak senduk..lama tak bukak blog dia..pecite tah


et,
next event dalam perancangan. kinabalu+padas 2014 nak join tak?


bee,
aku amik gmbr ni sbb tu takde muka aku. haha


ajlaa,
adventure jgkla..rasa nak termuntah jantung pun ada. next rafting mehla join



ayu,
amboi kemain nama casper bagai. aku tau ko takut, jgn kelentong la weh. hahaha...pasni aku ikat ko kat depan bot sampai hilang penyakit takut ko tu..hahaha



emy,
undercover katanya. bila ko nak turun padang? tt session!



hulubalang,
aku kayuh la sblm tu. kali ni je aku malas sbb aku tau kameraman dah tunggu situ, bek aku posing je..hahaha


anakomak,
next event mehla join ye ako..leh kenal2..ko dah kenal kazen aku, aku bile lagi? heheh


hajar,
makanan kita meriah ye..nasib baik takde yg muntah masa rafting. next session kat KKB kot. team lanun kena turun, blom habis balas dendam lagi ni..hahah


wak gelas,
gituss..heheh


mizz mie,
next event mgkin rafting kat KKB, takpun Skytrex Shah Alam. joinla next time. event travel blom ada lagi setakat ni



jm,
bleh bleh..selagi stok masih ada ;P



lady dreamer,
first gath rugi tak turun. next time insya allah ada lagi..bleh la join klu free

dzu hata July 31, 2013 at 8:04 PM  

best best
we want more
we want more
we want more

zaraab August 1, 2013 at 8:20 AM  

How i wish i can join too! Next round i guess?

* teringin nak jumpa selebriti Fatt the backpackerbusuk. :D

casperakhimi August 1, 2013 at 2:54 PM  

Ek eh budak fatt

Casper tu mmg nickname aku sejak zaman sekolah yer. Sekarang dah tua bangka panggil Ayu sudeyh! Dah jumpa in real life pun kan.

Toksah gatal nak ikat aku kat bot...any WWR activity lepas ni aku memey takmo join (kot!). Bagi peluang yg lain. ;)

m.u.l.a.n August 2, 2013 at 5:01 PM  

woaaahhhh seronok gila ni..

Merah Baldu August 4, 2013 at 12:31 PM  

best nye fatt..nk join la kinabalu next year.hehhhe

Acik E August 5, 2013 at 10:33 AM  

rambut adam dah tinggal kenangan....

iina August 14, 2013 at 9:11 AM  

Salam Fatt

lama tak singgah sini.. Selamat hari raya aidilfitri ye.. Maaf zahir batin :)

Kak Mahh August 23, 2013 at 3:37 PM  

Tengok gambar dah seronok...

Siti Nadey September 2, 2013 at 4:56 PM  

bestnye macam mane nk join???

CIKU October 25, 2013 at 7:55 PM  

Naper lama diam aje blog ni..:)

Dan Arif December 27, 2013 at 9:41 AM  

berabuk dh wei... update2..

YOGI PRIMA March 18, 2014 at 8:24 PM  

Benar Benar traveller sejati

Post a Comment

Terima kasih!!

  © Copyright Since 2010 | Backpacker Busuk

Back to TOP