Sugoi Japan : Perayaan Shichi-Go-San & Perkahwinan Shinto Di Meiji Shrine

March 22, 2013

Sambungan dari entry sebelumnya.


Hari Kedua : 11 November 2012

Aku beredar dari hostel bila jam hampir menganjak ke pukul 10pg. Tanpa perancangan dan tanpa mengetahui apa yang sedang berlaku, aku memilih Shibuya sebagai destinasi tujuan pada hari itu. Selain terkenal dengan crossing yang paling sibuk di dunia, di sinilah juga letaknya Meiji Shrine yang dibina bersempena untuk memperingati Maharaja Meiji dan Permaisuri Shoken. Bersebelahan dengan Meiji Shrine ialah Harajuku yang merupakan ground-zero bagi penggemar fesyen cosplay, gothic dan gila-gila.

Aku bercadang menghabiskan masa sehari suntuk di Shibuya jadi aku cuma beli tiket sehala ke Meiji-jingumae (230Yen). Setelah melepasi barrier gate, aku berjalan dalam terowong yang agak panjang dan dihujungnya ada barrier gate yang kedua. Waktu ni aku mula rasa pelik sebab jumpa barrier gate sampai 2 kali. Aku cuba masukkan tiket ke dalam slot tapi ditendang keluar. Aku cuba lagi dua tiga kali tapi hasilnya tetap sama. Iskk, kenapa barrier gate ni taknak bagi aku lalu?  

Tiba-tiba seorang pegawai subway muncul sambil tangannya membuat isyarat "no" pada barrier gate.

"Jepun Jepun Jepun Jepun...." 

Aduh, ape benda dia cakap? Langsung tak paham.

"Sumimasen. I can't speak Japanese"

"Janglish Janglish...turansfuru...Janglish Janglish...niwu tiketto..."

Dahi aku berkerut-kerut cuba nak menangkap bijik butir percakapan yang berat ke bunyi Jepun dari bunyi Inggeris.

"Furro me"

Pegawai itu berlalu meninggalkan aku yang masih lagi tercegat di situ. Tiba-tiba di berhenti dan menoleh sambil melambai-lambai kepada aku.

"Laaa...suruh ikut ka? Awat tak habaq!"

Sampai saja di kaunter dia mengeluarkan peta subway dan menunjukkan kepada aku.

"Dissu won izu Toei Asakusa, Detto won izu Metro Asakusa. Turansfuru furom Toei Asakusa tu Metro Asakusa izu diffuron charju. You mustu buy niwu tiketto tu enter Metro Asakusa"

Sekarang barulah aku paham apa yang dicakapkan, itupun selepas bagi tumpuan 200%. Tungtang tungtang dia kata boleh refund tapi aku kena keluar dari Toei dan masuk semula melalui Metro. Dimudahkan cerita, terowong yang aku lalu tadi adalah jalan shortcut bawah tanah untuk ke Metro, sebab tu ada barrier gate kedua dan untuk melepasinya kena tambah lagi 160Yen (ke 180Yen, aku dah lupa). Wah nak melintas antara stesen pun kena bayar ke? Macam Sami Tol lah! Hahaha

#1 - bukan aku je yang meraba-raba, makcik-makcik ni pun sama

Setelah 5 minit melalui proses turun-naik tangga akhirnya aku sampai semula di tempat yang sama. Pegawai itu tersenyum bila nampak kelibat aku, mungkin geli hati tengok aku yang rela berbasah ketiak daripada membayar tol. Biasalah, hidup cheapskate! #tetiba

Perjalanan dari Asakusa ke Meiji-jingumae mengambil masa lebih kurang 35 minit termasuk menukar tren di stesen Omotesando. Ada sebab kenapa aku turun di Meiji-jingumae. Sebabnya dari stesen ini cuma 1 minit diperlukan untuk menapak ke pintu masuk Meiji Shrine dan Takeshita Dori (ground-zero Harajuku). Dekat kan? Guling-guling dah sampai.

#2 - peta lokasi Meiji Shrine [sumber]
#3 - ini bukan satu-satunya torii gate yang ada so boleh simpan dulu kamera
Benda pertama yang aku nampak selepas berjalan selama 1 minit dari stesen Meiji-jingumae ialah torii gate yang besar bagak. Di sebalik torii gate ini ada sebatang jalan yang kelihatan seperti tak berpenghujung dan dikelilingi hutan. Tak sangka rupanya ada hutan di tengah-tengah bandar Tokyo yang cukup terkenal dengan bangunan pencakar langit. Ini serius hutan, bukan olok-olok.

Ada sejarah di sebalik kewujudan hutan ini. Percaya tak yang hutan ini sebenarnya adalah hutan buatan? Selepas kemangkatan Maharaja Meiji dan Permaisuri Shoken, rakyat Jepun dan orang luar telah menyumbang hampir 100,000 batang pokok (aku tak pasti sama ada benih pokok atau anak pokok) dan mereka telah bergotong-royong free of charge untuk menyiapkan hutan ini. Kalau tak percaya boleh tengok gambar di bawah. 

#4 - percaya? [sumber]

Untuk makluman, kalau nak tengok pemandangan macam ni bolehlah naik ke observation tower di Tokyo Government Building dan ia adalah PERCUMA! Begitu juga Meiji Shrine, tiada bayaran dikenakan untuk memasuki tempat ini dan ia dibuka 365 hari setahun. Sebenarnya kat Tokyo ada banyak benda yang percuma jadi tak payah risau nak keluar duit (kecuali transport...pooff!).

Selepas melintasi torii gate dan berjalan selama hampir 5 minit, akhirnya aku sampai di kawasan yang di kiri dan kanannya tersusun tong-tong kayu. Kali ni boleh keluarkan kamera sebab tong ni cuma ada kat sini. Kalau malas boleh amik waktu balik nanti, itupun kalau tak lupa lah ye.

Pada mulanya aku ingatkan benda ini adalah perhiasan semata-mata tapi selepas meninjau di kawasan sekitar barulah aku mendapat jawapan. Tong-tong ini digunakan untuk mengisi sake iaitu sejenis arak yang diperbuat daripada beras. Ia merupakan hadiah daripada pengusaha-pengusaha sake di Jepun kepada Meiji Shrine. Sebenarnya tong-tong sake ni kosong dan sengaja diletakkan sebagai perhiasan. Kalau ada isi mestilah roboh sebab berat, ye tak?

#5 - kanpaiiiii!!!
#6 - dikatakan arak-arak ini mula dihadiahkan selepas Maharaja Jepun (era pemerintahan Meiji) mula mengamalkan budaya Barat sebagai contoh dari segi pemakaian dan mengambil wine setiap kali makan
Gambar di atas ini pula merupakan tong-tong berisi wine yang dihadiahkan kepada Maharaja Jepun oleh sebuah syarikat arak dari Perancis bernama Bourgogne. Sama seperti sake, tong-tong ini sebenarnya kosong.

Dari sini aku menyambung perjalanan ke Meiji Shrine. Belom sampai lagi, ingat dekat ke? Jauh gila tau, bersiap-sedialah. Nasib baik waktu ni ramai orang, kalau sorang-sorang memang aku patah balik. Hampir 5 minit barulah aku sampai di torii gate yang kedua. Di sebelah kiri bersebelahan torii gate ini ada sebuah bangunan bertiang tapi tak berdinding yang dipanggil "Temizuya" atau "Chouzuya". Aku tertarik untuk melihat sebab nampak ramai orang singgah di situ. Setelah diamati rupa-rupanya ada sebuah kolam berisi air, di tengah-tengahnya ada pancuran yang diperbuat daripada buluh dan gayung-gayung yang tersusun kemas di atas rak yang diperbuat daripada kayu. 

Aku perhatikan cara-cara orang Jepun mengambil "wudhu". Selepas ceduk air, cuci tangan kiri dan kanan. Kemudian ceduk lagi, tuang atas tangan dan minum. Selepas tu ceduk lagi dan cuci tangan yang guna untuk minum tadi. Ritual ini dipanggil sebagai "temizu" yang bertujuan untuk membersihkan diri sebelum memasuki tempat suci. 

#7 - Temizuya
#8 - satu keluarga sedang melakukan ritual temizu (tengok gambar ni aku teringat si Jamalul Kiram)
#9 - a girl performing temizu
Nampaknya pilihan aku ke sini memang tepat. Aku langsung tak sangka rupa-rupanya ada sesuatu yang berlaku di Meiji Shrine pada hari itu. Shinto wedding? Itu semestinya. Sebenarnya kalau nak tengok shinto wedding ni bila-bila masa pun ada. Kadang-kadang satu hari berderet-deret orang kawin sampai tak larat nak tengok. Sunggoh! Aku ada cerita pasal shinto wedding tapi tak boleh bagitau sekarang, kena simpan dulu. 

Sebenarnya benda paling menarik yang berlaku pada hari ini ialah aku dapat tengok perayaan Shichi-Go-San (7-5-3). Perayaan ini sebenarnya diraikan pada 15 November (7+5+3=15) pada setiap tahun. Tapi oleh kerana tarikh tersebut jatuh pada hari bekerja (perayaan Shichi-Go-San takde cuti umum), maka ibu bapa akan membawa anak-anak mereka ke Meiji Shrine lebih awal.

Masa ni aku rasa teruja gila sebab dapat tengok ramai budak pakai baju kimono. Kalau nak tau, baju kimono memang cantik dan nampak eksklusif tambahan kalau dipakai bersama hiasan di kepala, tas tangan dan kasut terompah. Oh tidak, aku bukanlah seorang pedo. Aku cuma rasa tertarik bila tengok benda yang comel, itu saja :)

#10 - kimono dan hanten untuk kanak-kanak kecil
#11 - ambik belon pun sopan-santun...adehh
#12 - calon-calon menantu perempuan masa depan
#13 - dalam goodie bag ni ada candy chitose-ame
#14 - calon-calon menantu lelaki masa depan
#15 - calon-calon besan masa depan

Masa ni aku sangat sibuk mengalahkan paparazi, tapi bukan aku sorang sebab ramai lagi rupanya. Hahaha. Yang pasti masing-masing peghak mengalahkan mak bapak. Tapi sungguh, memang susah nak dapatkan gambar yang bagus sebab terpaksa bersabar dengan crowd yang ramai dan "mengejar" budak-budak yang tak gheti duduk diam. Apapun yang penting sekali aku dapat bergambar kenangan dengan beberapa orang calon menantu masa depan. Hehe :)

*aku pernah menulis entry Shichi-Go-San dulu, boleh baca kat sini

Tiba-tiba ada rombongan pengantin keluar dari sebuah bangunan. Wahh pengantin!! Semua orang berlari-lari sebab masing-masing nak tengok pasangan pengantin dari jarak dekat. Semua tak melepaskan peluang untuk mengambil gambar pasangan tersebut termasuklah aku. Dari apa yang diperhatikan, nampaknya pakaian pengantin yang kawin di sini semuanya sama. Tak ada langsung ciri-ciri yang boleh membezakan di antara pengantin A, B dan C. Mungkin ini adalah pakaian rasmi pasangan yang berkahwin di Meiji Shrine agaknya. Bagus jugak buat macam ni, takde sape boleh kiasu.  

#16 - takde kompang, takde silat pulut, takde muzik iringan...memang sempoi
#17 - tok kadi Meiji Shrine
#18 - malu tapi mau. aummm!!
Dalam banyak-banyak pasangan yang berkahwin pada hari itu, pasangan ini yang paling sporting sebab maintain senyum walaupun diserbu ramai jurugambar tak bertauliah yang sama-sama menyibuk termasuklah aku. Hehe. Gambar di atas ni diambil sewaktu dorang buat sesi outdoor dalam Meiji Shrine. Seriously cute couple :)

Di bawah ini sempat dirakamkan gambar pasangan-pasangan lain yang turut berkahwin pada hari yang sama. Cuba perhatikan pakaian dorang, sama kan? Hehehe :D

#19 - lagi pasangan pengantin
#20 - dan lagi....
#21 - haa jangan tak tau sampai ke sini aku terjah. gigih tau! perhatikan ada jurumekap, pendandan, juruatur tempat duduk dan jurugambar sedang memberi arahan. teliti gila, walhal amik gambar je kot 
Sebelum beredar dari Meiji Shrine, jangan lupa jenguk kat bawah pokok besar ni sebab ada banyak nota yang ditinggalkan oleh orang-orang yang berhajat. Sesiapa saja yang berhajat bolehlah berbuat demikian dengan membeli tablet "ema" dan menulis hajat mereka sebelum menggantungkannya di sini.

#22 - pokok keramat...katanya
#23 - jap nak kira...sekeping tablet ni kalau di convert sama dengan RM20. gulp!
#24 - nasib engkau lah Li, sape suruh tulis dalam bahasa Inggeris? hehe
Bukan orang-orang tempatan saja yang menulis hajat mereka di sini tapi orang-orang luar pun sama. Aku perasan ada beberapa tulisan asing terpampang di sini seperti Thailand dan Korea selain huruf roman Bahasa Inggeris. Bahasa Melayu aku tak nampak. Tapi kalau yang menulisnya tu spesis mim-lam-alip-ya-wau, nanti lepas 3 kali Jumaat bolehlah kita talkinkan.


bersambung....
.  

Read more...

Sugoi Japan : Hostel Khaosan Tokyo Annex & Smile Di Asakusa

March 18, 2013

Sambungan dari entry sebelumnya.


Hari Kedua : 11 November 2012

Setelah puas menunggu akhirnya tepat jam 8pg aku dapat check-in dan selesaikan bayaran penginapan selama 3 malam. Asalnya aku plan nak lepak Tokyo 4h4m (termasuk 1 malam di Haneda Airport) tapi sebaliknya berlaku pada hari terakhir aku di sini (akan diceritakan kemudian).

Nota :
1- Khaosan Annex (8-katil female dorm) RM60/semalam (x2 malam)
2- Khaosan Smile (4-katil mixed dorm) RM72/semalam (x1 malam)
3- Kedua-dua hostel terletak saling berdekatan dan di bawah pengurusan yang sama
4- Kebanyakan hostel hanya menerima tunai jadi pastikan duit Yen yang secukupnya (termasuk deposit)

Di Jepun waktu check-in yang "official" memang lambat, selalunya pukul 3ptg ke atas tapi sebelum pukul 9mlm (lain hostel lain waktu check-in/out). Datang awal takde masalah sebab kalau ada bilik kosong boleh masuk terus, tapi kalau datang lewat memang problem sebab kat sini reception tak standby 24jam. So plan carefully or else better tido kat airport dan bersiap-sedia untuk di interview. Hehe

#1 - hostel yang terletak di dalam kawasan perumahan
#2 - sofa tepi cermin itulah port aku menido sampai tak sedar diri
#3 - communal area. luas kan?
#4 - what you see is what you get [sumber : gambar pinjam dari internet]

Perkara pertama yang aku buat selepas check-in ialah mandi sebab dah rasa macam kambing sangat. Tak boleh handle dah ni sebab kali terakhir aku mandi ialah 24jam yang lepas. Nak cerita sikit, kat hostel ni ada banyak shower dan paling banyak kat common area. Shower kat sini lain sikit, lebih kurang macam lemari kecik yang saiznya ngam-ngam satu badan. Pendek kata kalau lebar sikit memang confirm sangkut. Waktu menyabun tangan takleh nak depang sangat sebab nanti berlaga kat dinding. Kang tak pasal-pasal orang mengata ko mandi gedebung-gedebung macam kerbau. 

Toilet pun sama, banyak kat common area. Kalau rasa nak buat pelaburan besar, better pegi toilet hujung sebab kat sini takde efek bunyi air terjun macam toilet kat airport Haneda. Aku jugak perasan yang di setiap toilet ada semburan pewangi. Jadi pepaham sendiri, lepas melabur tu sembur lelebih sikit supaya orang seterusnya tak pengsan. Hahaha

#5 - dapur sempit yang boleh berlaga emmm....bontot!
Lepas mandi aku pun sediakan breakfast. Simple je. Nasi impit, lauk kari kentang ready-made, roti kepit serunding dan air kopi. Sejak dari malam tadi aku tak jamah apa-apa so pagi ni aku makan banyak dengan niat nak mengqada' yang semalam punya. Hehe. Sepanjang berada di sini aku perhatikan tak ramai yang menggunakan dapur kecuali aku dan seorang mamat Jepun. Aku sangat pasti sebab setiap kali waktu makan mesti muka kitaorang je kat dapur. Aku takdelah masak apa, cuma rebus nasik impit dan lain-lain sumenye "tit-tit" humban masuk microwave. Senang kerja.

Jadi sementara menunggu nasik siap aku akan tengok dia memasak. Lemah lutut rasanya tengok lelaki memasak. Ala tengok je, bukan luak pun. Sambil menunggu kami pun berborak. Sebenarnya dia ni Jepun murtad sebab lepas lahir terus pindah ke Brazil. Dia mai Jepun sebab nak kenal asal-usul katanya. Aku ingatkan Jepun murtad ni terer la cakap English, sekali hmmm....kelautttt!!! Tapi yang paling takleh blah bila teka umur. Dia teka aku student U dan aku teka dia mid 30s. Hmmm...nampaknya dua-dua salah meneka. Aku punya umur biarlah rahsia, janji tak cocok-cocok (motip cocok-cocok?), berkat air wudhu kataya. Cuma aku tak sangka rupanya dia mid 40s. Awat muka hang tak kertu langsung??? Pakai SKII kah?? Pengsan. Untuk rekod, waktu kat sini aku selalu tertipu orang-orang Jepun yang tak nampak tua tapi sebenarnya tua-mua belaka. Banyak minum green tea gamaknya.

Mesti ada yang nak aku describe rupa dia kan? Eleh toksah sorok la aku tau. Hmmm...dia ni tinggi dalam 180cm-190cm (agak tinggi sebenarnya untuk orang Jepun), rambut lurus paras bahu dan ada sikit-sikit iras Takuya. Betol, tak tipu sebab first time nampak dia aku dah debor semacam sebab ingatkan Takuya asli tapi rupanya Takuya celop! Cuma nama dia aku dah lupa sebab pelik sangat. 

Berbalik pada hostel. Pada pendapat aku hostel ni ok dan bersih. Cuma sofa depan TV ni selalu jadi port melepak terutamanya waktu malam. Tapi lepas pukul 11mlm semuanya akan tone down, TV pun low volume sebab dah masuk quiet time (waktu orang tido). Aku jarang ada kat hostel kecuali waktu malam dan awal pagi. In between aku takde sebab pegi mengukur peta Tokyo. Dan oleh kerana aku seorang light-sleeper jadi aku memang sentiasa bawak earplug supaya tak diganggu dengan sebarang bunyi.

Di bawah ni gambar-gambar Hostel Khaosan Tokyo SMILE. Hostel ini terletak selang sebuah dari ANNEX dan aku cuma menginap di sini selama satu malam. Tak banyak yang boleh aku ceritakan pasal hostel ini sebab aku cuma ada kat sini pada waktu malam dan dari pengamatan aku, tempat ni lebih kecik berbanding Annex dan lebih privacy. Cuma turn-off sikit sebab takde female dorm dan harganya lebih mahal sebab dalam satu dorm cuma ada 4-katil berbanding Annex yang ada 8-katil.

#6 - hostel ini terletak di tingkat atas
#7 - communal area di Khaosan Smile. di sinilah meja makan, meja kompiter dan tempat tengok TV
#8 - dapur kat sini lebih luas tapi hot plate memasak cuma ada satu (dalam gambar)
Kalau dibandingkan di antara kedua-dua hostel memang ada pro & cons masing-masing. Kalau lepak kat Smile memang susah nak jumpa fellow travelers sebab communal area kat sini tak macam Annex dan jumlah penghuni pun tak ramai. Tapi ada satu benda yang aku setuju untuk kedua-dua hostel iaitu line wifi yang sangat semput terutama sekali dalam bilik. Maknanya kalau nak pakai internet aku kena bawak laptop turun ke communal area sebab kat situ line wifi paling cemerlang.

Selain itu aku suka tempat ni sebab kat hujung simpang ada kedai 100Yen yang beroperasi 24jam. Pada aku kawasan ni selamat sebab ada cctv di setiap lorong (tak silap aku la, dah lupa) so aku tak rasa takut bila keluar waktu malam. Walaupun terpaksa menapak 10 minit dari metro, aku masih suka tempat ni sebab lokasinya yang terletak di Asakusa. Dan Asakusa seperti yang kita tau adalah kawasan tourist attraction jadi aku dah save duit untuk transport. Lagi bonus point ialah kalau nak cari souvenir yang murah dan banyak pilihan, cari saja di Asakusa. Aku dah bandingkan dengan di Kyoto dan Osaka dan nampaknya kat sini paling murah (kalau ada tempat lagi murah sila bagitau).

So itu saja review penginapan di Tokyo dan selepas ini barulah aku boleh mula bercerita tentang pengalaman sepanjang berada di Jepun. Till then!


bersambung....
.

Read more...

Japan Capsule Hotel, Manga Kissa & Ryokan

March 14, 2013

Untuk merasai sendiri pengalaman yang unik di Jepun bolehlah mencuba penginapan di capsule hotel, manga kissa dan ryokan. Pada pendapat aku ketiga-tiga tempat ini menarik dan tidak terdapat di mana-mana kecuali di Jepun (kalau ada pun sah-sah tiru).  Sebelum bercerita dengan lebih lanjut jom aku perkenalkan dulu menatangnye.


#1 - Capsule Hotel

Asalnya capsule hotel ini dicipta untuk businessman, workaholic salary-man dan juga yang tak-berapa-nak-workaholic-tapi-lepas-habis-kerja-pegi-melepak-main-pachinko (mesin slot). Mereka semua adalah punca kepada tercetusnya idea capsule hotel sebab dorang asik tertinggal last train (keretapi terakhir). Tapi sekarang capsule hotel semakin popular dan mendapat tempat di kalangan gaijin (orang luar) yang ingin merasai pengalaman claustrophobic atau berada di ruang sempit. Saiz capsule hotel memang kecik dengan ukuran 2m (panjang) x 1.1m (lebar) x 1.1m (tinggi). Kalau orang asia memang takde masalah tapi kalau mat saleh mungkin sempit sebab dorang kan gajah. Hehe

#1 - not for claustrophobic [sumber]

Kemudahan yang disediakan memang basic dan kebanyakkannya "sharing basis". Walaupun tak semenggah tapi harganya boleh tahan. Dari segi keselamatan, ramai jugak yang tak mengesyorkan tapi sekarang kebanyakan capsule hotel menyediakan floor berasingan untuk lelaki dan pompuan so mungkin boleh dipertimbangkan.

Sebenarnya aku plan nak cuba capsule hotel waktu di Osaka tapi jadi sebab dapat pilihan yang lebih bagus. Rasa ralat tu ade lah sikit-sikit tapi tak sangat sebab sebelum ke Osaka aku indirectly melalui pengalaman claustrophobic di sebuah hostel di Kyoto. Panik jugak bila celik mata nampak siling kat muka, maklumlah baru bangun tido, masih mamai.  Masa tu aku ingatkan dah jadi arwah sebab cubicle tu keseluruhannya dibina dengan kayu, memang macam keranda.


#2 - Manga Kissa (Comic Cafe)

Tempat yang mirip kepada sebuah perpustakaan ini dicipta untuk golongan otaku, ulat buku dan hantu komik sebab kat sini dorang boleh membaca sampai muntah. Manga (bukan majalah Mangga yang posing tepi kolam tu) ialah komik yang dibaca oleh semua golongan tak kira tua atau muda di Jepun. Aku tak pasti sama ada majalah hentai (porno) ada ke takde dalam manga kissa sebab tak sempat nak mengkaji (eh!). Dan aku jugak tak pasti sama ada komik-komik ini telah dialih bahasa (rasanya tak, wallahualam).

Manga kissa ini beroperasi 24jam sehari dan seperti capsule hotel, ia juga dicipta untuk orang-orang yang tak reti nak balik rumah. Tempat ini juga popular di kalangan gaijin yang ingin merasai kelainan selain menginap di capsule hotel.

#2 - another weird option but fun [sumber]

Ia juga selesa sebab kebanyakan manga kissa menyediakan bilik-bilik kecil seperti cubicle yang lengkap dengan sebuah kompiter berinternet dan sofa. Tidak seperti perpustakaan biasa, manga kissa juga menyediakan kemudahan bilik mandi, makanan dan minuman (free flow) dengan sedikit bayaran mengikut jam. Honestly tak murah sebab lebih kurang macam kos menginap di dorm. 

Asalnya aku plan nak tido kat sini masa hari kedua di Tokyo tapi waktu tu aku tak berapa konfiden sebab masih meraba-raba dengan peta subway yang tak tau hujung pangkal. Tapi masa hari pertama sampai di Osaka aku sengaja masuk ke tempat ni sebab nak check harga (which obviously mahal). Waktu tu aku agak impress sebab cik kak yang jaga manga kissa tu dressing macam watak Sailor Moon, suara dia pun sebijik macam kartun. Huih, nasib baik aku ni lurus, bukan songsang.

#3 - "hai adik, nak check-in ke?" (libas-libas pedang) *pitam* [sumber]
#4 - tapi kalau ni yang datang menyambut memang aku bagi penampor [sumber]

So aku tukar plan dan duduk kat Smile (sebelum sambung di Annex untuk hari seterusnya). Kalau ada peluang boleh cuba, highly recommended!


#3 - Ryokan (rumah tradisional Jepun)

Kalau nak rasa pengalaman sebenar di Jepun bolehlah menginap di ryokan. Harganya memang mahal dan sesuai dengan servis yang diberikan. Tapi aku terpaksa surrender awal-awal sebab tak mampoo. Kalau nak jugak nanti aku mampooos.

#5 - ryokan / rumah tradisional Jepun [sumber]

Walaupun tak berpeluang menginap di ryokan yang sebenar tapi aku merasa jugaklah pengalaman yang lebih kurang sama waktu di Kyoto. Memang jakun gakla masa tu sebab bentang tilam sendiri, pasang sarung tilam dan sarung bantal sendiri. Tak silap aku 3 lapis tilam semuanya dan yang paling penting bila baring dalam tu rasa macam bergulung dalam kapas. Best gila. 

Haaa amacam, menarik kan? Kalau pegi ke Jepun bolehlah cuba, berbaloi-baloi! :-)


*Nota : Pengalaman menginap di claustrophobic hostel dan ryokan hostel sewaktu di Kyoto dulu pernah aku blogkan di sini. Cekidaut!
.

Read more...

Sugoi Japan : Sistem Subway Tokyo Dan Pas Diskaun

March 12, 2013

Sambungan dari entry sebelumnya.


Hari Kedua : 11 November 2012

Sape kata travel solo ni takde masalah? Sebenarnya ada, selain kelebihan, travel solo jugak ada kekurangannya. Contohnya bila ke tandas. Kalau tak boleh angkut semua barang masuk ke dalam cubicle, nak taknak terpaksa letak kat luar. Selain tandas, tido di tempat terbuka pun masalah jugak. Bukan setakat tido-tido ayam, aku juga terpaksa ikat sama ada tangan ataupun kaki ke beg. Walaupun di Haneda Airport banyak polis yang meronda tapi macam mana sekalipun kita tak boleh lalai. Apapun yang pasti lepas ni aku kena bawak rantai basikal, manalah tau kalau terpaksa tido di airport lagi so bolehlah aku ikat backpack ke tiang atau kerusi.

Setengah jam ke pukul 6pg barulah aku beredar meninggalkan Haneda Airport. Nasib baik hari Ahad, kalau hari bekerja confirm kena bersesak dengan Tokyoites dalam subway. Waktu rush hour di Tokyo ialah pada awal pagi (di antara 7.30pg - 9pg), lewat petang (selepas pukul 5ptg) dan tren terakhir pada hari bekerja. Selalunya aku akan keluar sightseeing selepas rush hour dan balik lewat petang/malam. Pernah 2-3 kali secara sengaja aku ke subway semata-mata nak merasai suasana tersebut. Memang betul, rush hour di Tokyo sangatlah gila sampaikan aku terpaksa bersandar di tepi dinding sebab nak bagi laluan kepada Tokyoites yang jalan berdesup macam shinkansen. Heh.

Untuk pengetahuan semua sistem pengangkutan di Tokyo mempunyai jaringan yang sangat luas tapi aku cuma nak fokus pada subway. Untuk subway sahaja ada banyak jenis contohnya Metro (9 Line), Toei (4 Line), JR Line (countless), JR Yamanote Line (Loop Line yang mengelilingi bandar Tokyo), private line dan bermacam-macam jenis "line" yang aku sendiri pun tak sempat nak khatam. 

#1 - peta boleh dibesarkan [sumber]

Dulu aku agak berserabut wayar nak memahamkan sistem subway Tokyo tapi bila dah melalui sendiri dan sesat-barat barulah gheti. Selain sistem subway yang berselirat, pas-pas diskaun pun banyak. Pendek kata segala jenis ada, tunggu nak bagi kepala jadi biol je. Hehe

Sistem pas harian tanpa had (unlimited rides) bagi Metro dan Toei Line :
1- Metro Pass, 710Yen (A) & 360Yen (C)
2- Metro Pass (special), 600Yen/980Yen (A) & 300Yen/490Yen (C)
3- Kombinasi Metro & Toei Pass, 1000Yen (A) & 500Yen (C)
4- Kombinasi Metro, Toei, Toden, Tobus (bas) dan JR lines Pass, 1580Yen (A) & 790Yen (C)

*item (2) hanya boleh dibeli di airport Haneda dan Narita
*item (2) terdapat dalam bentuk pas 1 dan 2-hari
*item (1),(3) dan (4) klik sini
*(A) = adult/dewasa, (C) = children/kanak-kanak

Kombinasi Haneda Airport (Keikyu Line dan Tokyo Monorail) dengan Toei dan JR East Line :
1- Keikyu Pass (tanpa had di Toei Line), 800Yen/1200Yen (A) & 400Yen/600Yen (C)
2- Monorail & City Limit Free Ticket (perjalanan sehala via Tokyo Monorail dari Haneda Airport dan tanpa had di JR East Line)

*Keikyu Line (Haneda Airport)
*item (1) terdapat dalam bentuk pas 1 dan 2-hari
*item (2) terdapat dalam bentuk pas 2, 3 dan 4-hari
*harga item (2) adalah 2000Yen (A) & 1000Yen (C) untuk 2-hari, 2500Yen (A) & 1250Yen (C) untuk 3-hari dan 3000Yen (A) & 1500Yen (C) untuk 4-hari
*(A) = adult/dewasa, (C) = children/kanak-kanak

Selain pas yang bermacam jenis, pengguna juga boleh memilih kad isian semula (reload card) seperti Pasmo dan Suica yang berfungsi macam kad Touch N' Go.

Oh ye, ada lagi satu pas yang sesuai dan tak memeningkan kepala dan pas ini boleh digunakan untuk semua jenis perkhidmatan di bawah Japan Rail (termasuklah shinkansen) iaitu JR Pass. Persoalannya ialah bajet sebab tak silap aku harga JR Pass untuk 7-hari boleh mencecah sampai RM1200. Uhukkk! Jadi kalau rasa diri tu cheapskate tegar, lupakan aje JR Pass dan guna option di atas. Selain semua di atas, cheapskate tegar masih boleh pegi ke wilayah dan bandar lain di sekitar Jepun dengan menaiki bas Willer Express. Aku penah blog pasal ni dulu so boleh rujuk kat situ.

Anyway enjoy this time lapse video about Tokyo & the subway. Cool :-)


Secara peribadi aku lebih suka Metro pass sebab ia lebih murah berbanding JR pass yang mahal gile. Kalau beli tiket sehala contohnya dari Asakusa ke Shibuya, kadar tambang sehala 230Y (RM9). Tapi dengan Metro pass, naik 3 kali ke tempat yang harganya lebih kurang sama memang dah balik modal. Selain itu sistem jaringan Metro pun lebih banyak (ada 9 line) berbanding Toei yang cuma ada 4 line. Tapi satu benda yang aku tak suka iaitu pasal transfer dari Metro ke Toei yang kena bayar "tol'. Contohnya di stesen Asakusa yang berkongsi transfer point dengan Metro dan Toei. Kalau taknak bayar "tol" boleh keluar dari Metro dan menapak ke Toei dan begitulah sebaliknya. Apedaaa??

Korang paham ke apa yang aku bebelkan ni? Hahaha. Gasaklah. Kalau tak paham boleh ulang baca :-)

#2 - cara untuk keluar dari Haneda Airport
Semasa aku meraba-raba di mesin tiket tiba-tiba seorang petugas subway datang. "Ohaiyo gozaimas!" ucapnya dalam nada ceria. Aku perhatikan pegawai tersebut. Dia ni robot ke manusia? Baru pukul 5.30pg kot! Aku pun mamai-mamai lagi tapi ko bukan main bersemangat. Katanya aku tak perlu transfer sebab boleh direct ke Asakusa dalam masa 32 minit. Wow ini cukup bagus! Lepas tu dia pun tunduk-tunduk dan menyuruh aku memasukkan duit ke dalam slot. Masa ni aku jadi segan sebab aku ni dahla serabut, bukan dressing segak macam businessman. Menggigil-gigil aku keluarkan duit 10,000Yen (RM400) dari kocek, maklumlah itu nilai paling besar yang ada dalam tangan. 

*100Yen = RM4

#3 - I'm heading to Asakusa!
Sepatutnya aku beli Keikyu One Day Pass tapi entah nape masa tu blur dan menurut saja. So instead of 600Yen for 1-way, aku boleh beli pas harian Toei Line yang cuma 800Yen. Arghh ruginya.

*Cara beli tiket subway berserta gambarajah ada di sini
*Selain ke Asakusa, boleh rujuk link ini untuk tambang ke lain-lain destinasi.

#4 - platform Asakusa

Sebenarnya aku tak study sangat pasal Jepun sebab cuma nak leisure. Tapi apa kes dari tadi jantung aku asik dupdap dupdap macam nak meletop? Orang kata Tokyo ni besar berkali-kali ganda dari Kolumpo. Tengok subway map je rasa nak tercirit sebab tak paham hujung pangkal. Dahla cakap Jepun langsung tak reti. Oklah basic command taula skit-skit tapi lebih dari tu mintak maap. Paling hebat aku boleh sebut "Hait! Hait!" konon-konon macam paham walhal sebenarnya tak paham ape. I declare myself totally lost in translation. Heh.

Sebenarnya banyak kelebihan yang kita akan dapat bila belajar bahasa asing. Terutama sekali di negara-negara yang tegar nak cakap bahasa dia aje. Dan aku memang salute walaupun Jepun sangat maju tapi dorang tak anak tirikan bahasa ibunda mereka. Bayangkan nak bercakap dengan dia kita yang kena cakap Jepun. Tapi oleh kerana penguasaan Bahasa Inggeris yang lemah, jadi banyak jugak signboard dalam Bahasa Inggeris yang kelakar (sayangnya aku takde gambar nak tunjuk...hmmm).

#5 - suasana pagi di Asakusa yang tenang dan lengang disebabkan hari minggu
#6 - zaman dulu kala bangsawan Jepun akan naik bot merentasi sungai ini untuk ke Asakusa dan Sensoji Temple
Sepanjang berada di Tokyo kediaman rasmi aku ialah di Khaosan Tokyo Hostel yang terletak di Asakusa. Khaosan Tokyo merupakan rangkaian hostel yang mempunyai cawangan di Tokyo selain Kyoto, Fukuoka dan Beppu. Di Tokyo sahaja ada 6 cawangan yang mana 5 di antaranya terletak di Asakusa dan 1 di Akihabara. Pada hari kedua di Tokyo aku duduk di Smile dan hari ketiga sampai keempat aku berpindah ke Annex. Kalau diberi pilihan aku prefer duduk di Smile sebab lebih privacy walaupun tempatnya kecik.

Dari exit Asakusa (Toei Line) aku menapak selama 10 minit ke hostel. Berpandukan gambarajah yang di print dari website, aku melalui kawasan perumahan di mana lokasi hostel ini terletak. Aku kagum sebab di setiap inci dan lorong kawasan ini bersih tanpa sampah. Walaupun sedang dalam pertengahan musim luruh tapi aku tak nampak sehelai pun daun kering yang bertaburan di atas jalan raya. Semuanya kemas tanpa sebarang cacat cela. Hebat gile!

#7 - macam kat set cerita Otromen
Aku sampai di hostel lebih kurang pukul 6.30pg tapi masa ni kaunter reception belum dibuka. Entah macam mana sambil baring-baring di atas sofa empuk tiba-tiba aku pun hanyut. Bila celik mata aku terkejut sebab ada satu kepala berambut perang tengah bersandar di tepi aku. Huyoh kepala sape ni??! Aku terkejut gila sampai terduduk. Mamat tu toleh ke belakang dan cakap sori sebab buat aku terkejut. Rupa-rupanya dia tengah tengok anime sambil mute kan suara. Gigih. Lepas tu barulah aku perasan kerusi-kerusi di sekeliling aku semuanya dipenuhi manusia yang sedang tido. Barangkali dorang semua macam aku, tengah menunggu kaunter reception dibuka. So patutlah mamat ni duduk kat bawah, ingatkan dia nak amik kesempatan bermanja dengan aku (puiii!!). Lepas tu barulah aku teringat yang aku sedang berada di lounge hostel Khaosan Tokyo Annex. Itulah padahnya kalau tido bersambung-sambung!

bersambung...
.

Read more...

Sugoi Japan : Semalaman Di Haneda Airport, Tokyo

March 09, 2013

Harap bertenang. Sebenarnya travelog Umrah belum habis tapi untuk tidak membuang masa jadi aku akan selang-selikan dengan travelog Jepun. "Sugoi Japan" adalah tajuk travelog yang dipilih untuk pengembaraan ke Jepun pada kali ini. "Sugoi" adalah dari perkataan Jepun yang bermaksud wow/hebat/amazing/incredible dan lain-lain yang sewaktu dengannya. Cara menyebutnya ialah Sugo-i (sebutan "i" macam huruf "e"). 

Pengembaraan kali ini dilakukan secara solo selama 12 hari bermula dari Tokyo, kemudian Kyoto dan berakhir di Osaka. Trip kali ni memang santai sebab aku tak prepare langsung itinerary dan lebih kepada sightseeing, people-watching dan tengok daun luruh (autumn foliage). Boleh dikatakan aku tak spend langsung ke tempat berbayar kecuali di 2-3 temple di sekitar Kyoto. Ground expenses untuk penginapan di hostel, pengangkutan, sedikit souvenir dan makanan ringan cuma RM1300 dan ini tidak termasuk emergency cash sebanyak RM200. Kos ini tidak termasuk tiket flight dan tiket bas dari Tokyo ke Kyoto. Makanan semuanya aku bawak sendiri tapi ada jugak terbabas beli onigiri (rice ball), air dan lain-lain. 


Hari Pertama : 10 November 2012

"Welcome to Japan!"

Sambil tersenyum pegawai imigresen itu memulangkan passport yang diambilnya tak sampai 2 minit. Hilang segala gugup panik aku sebab tak sangka semudah itu urusan masuk ke Jepun. Barangkali rekod merayap yang agak cemerlang membuatkan dia tak banyak kerenah. Nampaknya first impression aku tentang Jepun sangat baik dan aku harap perasaan ini akan berpanjangan sampai ke saat akhir sehinggalah aku keluar dari negara ini.

Perkara pertama yang aku buat selepas beredar dari situ ialah membuka passport dan mencari chop. Waktu ni mulut aku dah senget-senget akibat menahan senyum bila tengok chop Jepun di atas passport. Dulu waktu visa lulus siang malam aku belek sebab tak percaya. Siap letak bawah bantal sebab nak tengok sebelum tido. Dah macam sorok gambar pakwe je gayanya walhal muka sendiri. Ok part sorok bawah bantal memang takde, aku tipu. Hehe

#1 - Japan landing permission (max 15 days)

Lepas setel passport aku terus ke conveyor untuk mengambil beg 60L yang telah di check-in. Kali ni aku takde pilihan, tak boleh nak hand luggage sebab bawak barang liquid (makanan) yang kesemuanya lebih dari 100ml. Berikut adalah senarai barang makanan yang aku bawak :

1- Makanan ready-made brand Yeo's (banyak jenis, lebih kurang 10 tin kesemuanya)
2 - Tuna magic
3- Ikan bilis goreng
4- Sebuku roti Gardenia
5- Sebungkus mini Cloud 9
6- Biskut pelbagai perisa
7- Minuman 3-in-1
8- Nasi Impit
9- Serunding daging
10- Mushroom soup

Banyak lagi jajan-jajan yang aku bawak sebenarnya. Pendek kata confirm tak mati kelaparan. Maklumlah pegi negara yang serba serbi mahal. Ais krim kon pun RM12 yo! Belum lagi cerita harga tako balls (octopus balls).

Lepas pungut beg aku keluarkan barang makanan dan simpan di dalam beg yang berasingan. Kononnya nak memudahkan kerja kastam tapi hampeh sebab dia tak periksa langsung. Walaupun kebarangkalian barang tak diperiksa cerah tapi janganlah pulak menipu bila isi borang akuan (declaration form). Tak jujur namanya tu.

#2 - backpack yang sarat dengan sentimental value 

Sebaik melangkah keluar dari pintu ketibaan, aura Jepun mula terasa. Paling ketara bila dengar orang di sekeliling aku bercakap-cakap dalam Bahasa Jepun. Aku cubit pipi. Adoi sakitnya! Macam tak percaya sampai jugak aku ke negara matahari terbit ni. Kalau Bik Mama waktu kecik dah bercita-cita nak beli cincin berlian sebesar batu lesung, aku pulak dah bercita-cita nak pegi ke Jepun walaupun pada masa tu masih menggagau-gagau mencari negara Jepun di atas peta (sebab tak tau kat celah mana).

Tak dinafikan pengaruh Jepun memang kuat dalam hidup aku. Sebab dari kecik aku dah layan komik Doremon, tengok cerita Gaban, Ultraman, Suria Baja Hitam, Oshin dan Maero Attack. Bila masuk alam remaja aku gila anime dan Jdorama sampai sanggup download torrent dan pinjam koleksi sepupu. Pastu melarat ke lagu-lagu Jepun. Dari pop, balada, jiwang mendayu-dayu sampailah ke muzik rock dan punk rock semuanya aku layan. Antara band kegemaran aku ialah Glay, Lareine dan L'Arc En Ciel. Pengaruh Jepun dalam hidup aku tak berhenti setakat itu sebab bila masuk ke alam universiti tersangkut pulak dengan pakwe persis Jepun yang juga merupakan bekas penuntut Asasi Jepun. So masa bercinta dulu selalu lah dia tulis ayat jiwang dalam Bahasa Jepun dan bagi koleksi lagu-lagu Jepun yang hot pada masa tu. Jadi kesimpulannya hidup aku memang tak lari dari pengaruh Jepun. Sayang seribu kali sayang....walaupun aku sangat menyukai Jepun tapi sampai sekarang aku masih tak reti cakap Jepun #tepukdahi

Sebenarnya aku memang tak agak akan sampai ke sini sebab dulu pernah sekali burn tiket. Lepas tu pagi tadi sebelum berangkat aku tak jumpa passport. Habis satu rumah aku geledah tapi masih tak jumpa. Last sekali bila punggah backpack rupa-rupanya benda tu tersorok dalam poket rahsia (hidden pocket). Sabor jelah. Boleh tahan kasar passport aku ni bergurau. Nyaris-nyaris terlambat ke airport sebab main sorok-sorok.  

Berbalik pada cerita. Selepas keluar dari pintu ketibaan perkara pertama yang aku buat ialah ke tandas. Aku pernah dengar orang bercerita pasal kecanggihan tandas di Jepun jadi kali ni aku nak cuba. Pertama kali masuk ke dalam cubicle aku jadi peghak sebab sibuk membaca manual yang tertampal di dinding. Dan setelah bereksperimentasi tetiba lama pulak aku duduk kat dalam tu, nasib baik takde orang so tak le rasa bersalah sangat.

#3 - bersihnya toilet, bilalah orang Malaysia nak ada kesedaran sivik macam ni?
#4 - mulalah gelabah bila tengok butang-butang ni
#5 - drying is the best part :-)
#6 - sangatlah detail. sapela agaknya jurutera toilet ni. memang salute!
Secara peribadi aku rasa tak susah bagi first-timer untuk memahami segala butang-butang yang ada. Fungsi cucian pun pelbagai, boleh ejas depan belakang, tahap kekuatan air dan yang paling best ada dryer untuk mengeringkan bontot. Hahaha. Sumpah memang best!

Tapi yang paling aku suka ialah toilet seat yang suam-suam kuku. Siapa yang pernah travel dalam musim sejuk mesti tau betapa hazab dan seksanya rasa bila duduk atas toilet seat yang sejuk macam igloo. Lagi-lagi kalau nak mengeram, seksa gila. Jadi aku sangat suka feature toilet seat yang suam-suam kuku sebab nanti bontot rasa panassss je, rasa suammmm je. Memang cukup selesa sampaikan aku rasa nak tido kat situ. HAHAHA. Lagi satu, bila tengah buat bisnes, ada bunyi macam air terjun akan meng"cover" segala bunyik plop! dan shushu yang memalukan dari didengari oleh orang sebelah. Yup, Japs memang kreatif!

Apapun malam tu aku buat keputusan untuk tido di airport sebab flight sampai lewat. Memandangkan ini adalah kali pertama aku sampai di Jepun atau secara spesifiknya megapolis Tokyo, jadi aku tak bercadang mengambil risiko sebab perkhidmatan subway di sini tak beroperasi 24jam. Aku tak sanggup nak mengulang tragedi subway Seoul macam yang pernah aku rasa 2 tahun yang lepas.

Gosok gigi sudah, solat pun sudah, jadi aku pun mula bersiap-siap mengatur tempat tido tapi belum sempat aku baring tiba-tiba datang 2 orang polis. Pengalaman ni pernah aku ceritakan dalam entry "Tiada Sumimasen Bagimu", so boleh baca kat situ. Waktu ni level of impression aku terhadap Jepun pun menjunam sebanyak 20% sebab bengang punya pasal. Selepas polis tu berambus, barulah aku dapat tido walaupun tak berapa nyenyak, tapi cukuplah sekadar beberapa jam sebelum perkhidmatan subway dibuka semula pada jam 5pg.


bersambung....
.

Read more...

  © Copyright Since 2010 | Backpacker Busuk

Back to TOP