Gadis Mualaf Bernama Aisyah

May 17, 2013

Out of sudden aku pilih untuk menulis cerita yang lain. Aku tau cerita Jepun belum lagi habis, cerita Xinping tengah klimaks tapi itulah, aku menulis bila rasa nak menulis, tanpa paksaan. Cuma sekarang aku dah mula menganaktirikan blog dan lebih banyak berinteraksi di facebook. Kesibukan sehari-hari menjadikan aku sedikit malas ditambah dengan program water rafting yang akan berlangsung esok dan memerlukan perhatian penuh.

Berbalik pada topik. Sebenarnya entry ni bukanlah sebuah travelog tapi lebih berkisar tentang apa yang berlaku semasa aku pegi berjalan melihat dunia baru-baru ni. Secara peribadi aku rasa ada sesuatu yang membuat aku sering berfikir tentang trip ni. Bukan sebab kisah aku berjumpa klon Tobey Maguire tapi lebih kepada perbualan dengan orang-orang yang aku jumpa di sepanjang jalan. 

Aku tak terlalu spesifik dalam perbualan. Kadang-kadang daripada cerita travel boleh meleret kepada hal keluarga, agama, perancangan masa depan, kisah ditinggal dan yang meninggalkan, ramalan cuaca, makanan kegemaran dan bermacam-macam. 

Aku harap kisah-kisah pendek ini akan membuatkan semua yang membaca berfikir betapa besarnya erti kehidupan terhadap seseorang. Peluang berjalan ini bagi aku bukan lagi untuk memuaskan nafsu mengambil gambar semata-mata, sebab lama-kelamaan aku sedar apa yang aku cari sebenarnya adalah lebih daripada itu. Aku bersyukur ditemukan dengan orang-orang yang pelbagai latar belakang, sebab melalui mereka lah aku dapat melihat dunia dari sudut yang lain. 

Ada 3-4 cerita yang aku nak kongsikan tapi aku mulakan dengan cerita tentang Aisyah. 

Aku mengenali Aisyah sewaktu makan di sebuah restoran halal di Hanoi. Masa tu aku ternampak kelibat seorang perempuan bertudung litup. Secara spontan aku menegur dan sapaan itu telah membawanya duduk sekali di meja. Sambil menemani aku yang makan bersendirian kami pun berborak. Pada mulanya ia hanya borak-borak kosong tapi lama-kelamaan berubah menjadi serius. Aku agak berhati-hati sewaktu bertanyakan tentang status Aisyah sebab dia nampaknya seperti seorang mualaf, dan tekaan aku tepat bila Aisyah bercerita tentang dirinya. 

Bukan mudah jalan yang dilalui Aisyah sebab keputusan yang besar itu ditentang keras oleh keluarga. Mereka pernah meletakkan dalam biliknya colok yang dinyalakan dan gambarnya di dalam bingkai (macam orang mati tu). Ritual ini kebiasaannya untuk orang yang telah mati tapi dibuat sebegitu rupa atas kepercayaan untuk memanggil semula roh Aisyah yang kononnya jauh terpesong.

Sebenarnya banyak lagi yang nak ditanya tapi aku tak sanggup nak meneruskan sebab takut kalau-kalau hati Aisyah terguris. Dari pengamatan aku, Aisyah nampak fragile tapi siapalah aku nak menilai tebal nipis iman seseorang. Nur Iman tak boleh diwarisi dan percaya atau tidak, hati Aisyah terbuka untuk memeluk Islam selepas membaca tentang Islam di internet? Memang benar, Allah berkuasa nak bagi hidayah kat sape-sape yang Dia suka dengan bermacam-macam cara. Alhamdulillah, sekarang dah 2 tahun Aisyah menganut agama yang suci ini dah aku berdoa semoga akidahnya akan terus terpelihara.

Aku terkesan bila Aisyah cakap betapa beruntungnya aku sebab lahir di negara yang majoriti penduduknya Islam. Senang cari makanan halal, banyak aktiviti keagamaan, banyak ceramah agama, bebas berpakaian menutup aurat dan sebagainya. Katanya orang-orang di sini suka pandang slek sebab pakaian dia dan sebab dia seorang Vietnamese. Tambahnya lagi nak cari daging halal pun susah. Aku tanya macam mana kalau dia teringin nak makan ayam? Dengan selamba dia jawab, "I did it my own". Aku ternganga mendengar penjelasan Aisyah sebab aku sendiri pun tak reti nak sembelih ayam. Huhu. Tabik!

Sekali lagi aku kembali menyanyakan soalan yang lebih serius, "Do you have someone you like? I mean, boyfriend?". Untunglah aku ni pompuan, kalau lelaki memang sah dia pikir aku nak mengayat. Aisyah tersenyum dan berkata, "It's difficult to find a Muslim man in Hanoi. But I'm positive and leave it to Allah as He knows best!".

Jadi sesiapa yang rasa nak beristerikan orang Hanoi, bolehlah memohon. Dari pemerhatian yang singkat, aku tengok Aisyah ni seorang yang baik, pemalu, tabah, kuat semangat dan bonusnya Aisyah ni cantik.

"Aisyah, do you know that your name is special?". Dengan muka yang merah Aisyah mengangguk.
.

Read more...

Lari Dari Ribut Yangshuo Ke Xinping

May 08, 2013

Kita sambung lagi. Dari entry sebelumnya.

Flashback.

Entah pesen apa kali ni aku jadi malas nak angkut backpack. Setelah merasai kelegaan melepaskan beban di bahu untuk beberapa hari semasa travel di Jepun dulu, aku terasa seronok nak mengulang benda yang sama di China. Kalau sebelum ni aku dah tinggalkannya di hostel di Guilin waktu trip 1 malam ke Longji, kali ni aku akan tinggalkan lagi di hostel di Yangshuo untuk trip 1 malam ke Xinping. Lagipun aku akan berpatah semula ke Yangshuo jadi lebih elok kalau tak bawak banyak barang. 

Aku rasa trick ini sesuai digunakan oleh orang yang malas tapi ehemm...bijak. Bukan apa, kalau kita nak tempuh tempat yang sama 2 kali so apa salahnya kalau ditinggalkan barang-barang yang tak penting di situ. Keperluan asas seperti pakaian sepersalinan, sedikit makanan dan barangan berharga saja yang aku sumbatkan ke dalam day pack. Aku rasa cara ini lebih praktikal dan sempoi. 

Aku menyusuri pekan Yangshuo yang padat dan menuju ke stesen bas. Nampaknya tindakan aku membawa day pack sangatlah tepat sebab ruang dalam bas yang terhad. Pastinya kalau dibawak tapir 10kg tu akan menyusahkan semua orang jadi lebih elok kalau ditinggalkan. Untuk pengetahuan semua, bas ke Xinping sangat kecik macam bas mini wilayah yang  pernah menjadi ikon yang cukup berpengaruh di Kuala Lumpur pada suatu ketika dulu. Tak susah nak cari bas ke Xinping. Ada signage dalam huruf roman tergantung di bawah bumbung parking bas yang bangunannya diperbuat daripada batu. Kekerapan bas ke Xinping adalah pada setiap 15 minit dari pukul 6pagi sampailah ke pukul 7.30malam.

Keadaan stesen bas Yangshuo sangatlah huru-hara. Ini kerana kebanyakan bas di letakkan bersimpang siur di dalam perkarangan, ditambah dengan orang ramai yang berjalan berpusu-pusu dari semua arah. Bangunan stesen bas Yangshuo ini sangatlah kecik, tapi cukup untuk menempatkan sebuah ruang menunggu dan sebuah kaunter tiket. 

Dari jauh aku nampak kelibat seorang pompuan yang lagaknya seperti seorang konduktor sedang berdiri di sebelah bas ke Xinping. Aku tak perlu bersusah-payah menyebut perkataan "Xinping" sebab dia terlebih dahulu menggangguk-anggukkan kepala. Mungkin aku adalah pelancong ke-51 yang menaiki bas ke Xinping pada hari itu. Entah. Aku segera melangkah masuk ke dalam perut bas. Setiap mata yang berada di dalam bas memandang aku seperti seekor makhluk asing yang tersesat. Dengan sekali imbas aku perhatikan takde sorang pun orang luar di dalam bas tersebut kecuali aku. Aku berkonklusi sendiri, mungkin inilah punca kenapa aku dipandang sebegitu. Aku buat tak endah dan terus mengambil kerusi yang terletak di bahagian kiri di sebelah tingkap.

#1 - metroll? berita hairan? dunno...

Setelah beberapa minit menunggu akhirnya bas pun bergerak meninggalkan pekan Yangshuo dan menuju ke Xinping. Tambang bas ke Xinping ialah 7Yuan (RM3.50) dan perjalanan ke sini mengambil masa lebih kurang 1jam 30minit bergantung pada kondisi jalan dan lalu lintas. Keadaan jalanraya ke Xinping sangatlah teruk dan boleh dikatakan hampir 30% ke 40% daripadanya membuatkan aku rasa seperti menaiki seekor kuda. Boleh jadi jalanraya di sini sedang dinaik taraf atau sejak azalinya macam ni.

Di sebalik kelemahan sistem jalanrayanya, pemandangan di sepanjang jalan menuju ke Xinping sangatlah unik. Aku dapat lihat banyak kawasan hutan dan belukar, perkuburan yang tidak teratur di sepanjang jalan, petani-petani yang menarik kerbau di atas bahu jalan, rumah-rumah penduduk kampung yang moden dan daif serta petak sawah padi yang berlatar belakangkan pemandangan bukit. 

#2 - sepanjang perjalanan ke Xinping akan nampak pemandangan macam ni
#3 - more karst landscape
#4 - contoh rumah daif (kiri) yang boleh dilihat disepanjang jalan. ada yang lebih daif dari ni

Perasaan aku pada waktu ini tak boleh digambarkan, cuma sedikit lega sebab akhirnya aku dapat lari ke tempat yang lebih hulu. Kepala aku dah cukup semak dengan pemandangan hutan batu, jalanraya yang sesak dan manusia yang berpusu-pusu di Guilin dan Yangshuo. Aku rasa kalau berterusan begini lama-lama boleh mereng jadinya. 

Apa yang berlegar-legar di fikiran aku pada waktu ini ialah apa yang sedang menunggu aku di Xinping. Aku takde bayangan langsung tentang Xinping sebab aku tak buat research pasal tempat ni. Cuma yang pasti dan sohih ialah aku telah menempah penginapan selama 1 malam di sana. Itu saja.


bersambung....
.

Read more...

Kenangan di Xinping

Eh, aku ada blog rupanya. Hahaha.

(lately ni aku rasa malas sangat, sorilah)


Dalam tempoh aku menghilangkan diri dari dunia blog ni sebenarnya aku ke China sekali lagi (hmm...berapa kali "sekali" ko tuh?). Mungkin ada yang pikir kenapa aku suka sangat ke China walhal negara ni kotor, orang ludah sana sini, cakap terpekik-pekik, perangai kasar, tandas separuh dan sesetengahnya takde pintu, serabut, masalah bahasa dan lain-lain lagi senarai komplen yang berjela-jela.

Percayalah, takde satu negara pun yang sempurna. Sedangkan tanah kelahiran sendiri pun kita rasa tak puas hati, inikan tempat-tempat yang lebih teruk. Lain padang lain belalang. Dan sebagai manusia yang berpeluang mengembara dan melihat negara orang, kita mestilah berfikiran terbuka dan menerima kekurangan orang. Itu pada pendapat aku, orang lain mungkin berbeza. Berbalik pada China, walaupun kadang-kadang aku rasa kembang tekak dengan sikap rakyat jelatanya yang suka meludah tapi aku tak jadikan benda tu sebagai kudis yang menutup selera aku ke sini.

Aku mula ke China pada tahun 2010 dan berulang-alik ke sini untuk ke-entah berapa kalinya. China seperti yang kita tau adalah sebuah negara yang besar dan walaupun telah ke sini selama beberapa kali tapi aku masih tak mampu nak khatamkan satu peta. Aku sedar benda yang menghalang aku ialah masa tapi alhamdulillah setakat hari ini aku agak berpuas hati sebab yang tinggal cuma bahagian atas bersempadan dengan Russia, Inner Mongolia, Tibet dan wilayah-wilayah lain yang bersempadan dengan negara tan tin tun. 

Jadi berbalik pada cerita di perenggan pertama (jauh sangat aku melalut). Sebenarnya aku nak cerita pasal pengalaman aku ke China baru-baru ni. Aku taknak cerita pasal Guilin dan Yangshuo sebab dah banyak cerita pasal tu so aku just nak highlight pasal Xinping. Aku tak pasti sama ada tempat ni mendapat spotlight dalam rujukan pengembara yang pernah ke Guilin, tapi andai kata "tidak", mungkin korang boleh cadangkan pada kengkawan yang akan ke sana. 

Jujurnya aku suka Xinping sebab tempat ni tak crowded macam Yangshuo & Guilin. Aku tau pasal Xinping lepas baca dalam LP, itupun tak banyak yang dikupas pasal Xinping sebab cuma ada 1 perenggan je. Dan aku pun dah lupa dari sumber mana aku terbaca yang Guilin, Yangshuo dan Xinping adalah 3 sisters di sepanjang Li River. Tolak Guilin dan Yangshuo yang serabut dengan pelancong, aku cadangkan pegilah ke Xinping. Dijamin tak menyesal. Untuk pengetahuan semua, lokasi gambar dibelakang note 20Yuan adalah lakaran di Xinping. Gambarnya boleh gugel sendiri (aku malas nak tepek).

Seperti pepatah moden, "hanya Johari mengenal Maniam", maka Xinping lebih popular di kalangan pelancong China berbanding pelancong dari luar. Bukan takde pelancong luar yang datang ke Xinping, ada, cuma tak ramai. Kebanyakan pelancong China yang datang ke Xinping hanya buat day trip dan bila waktu malam tempat ni sunyi sepi macam pekan mati. Situasi ini agak ganjil terutamanya di negara China yang semua sedia maklum ramai rakyat jelata.

Setelah kecewa dengan cuaca di Guilin, Longji, Yangshuo dan banjir teruk di Xinping pada sehari sebelumnya, akhirnya matahari pun muncul. Memang betul kata rumet aku pasal cuaca harini dan rugi rasanya kalau aku tak gunakan peluang ni untuk explore. Di Xinping aku tinggal di "This Old Place YHA". Tempat ni berlokasi strategik iaitu bersebelahan Li River, old market dan view point. Sehari sebelumnya aku dah serabut wayar kat Yangshuo sebab booking aku di sub-lease ke orang lain. Nasib baik darah muda aku dah turun, kalau tak mungkin ada yang mati patah tengkuk. Aku akur bila terpaksa bayar triple untuk next bed tapi rasanya aku patut bersyukur sebab minah France yang datang selepas aku cuma tido di sofa dan terpaksa bayar harga seperti bilik single. Itulah masalahnya dengan Yangshuo yang menjadi lokasi serbuan pelancong-pelancong China yang pegi bercuti sebab dorang punye pasal lah semua penginapan di Yangshuo full house!

Berbalik pada cerita. Selesai check-in, dapat no katil, no locker dan kunci bilik, aku pun berjalan menonong ke dorm. Oleh kerana kepala aku masih lagi tingtong, jadi nombor-nombor bilik semuanya nampak seakan-akan sama di mata aku. Aku masukkan kunci dalam alur, pulas tombol dan pintu pun terbukak. Dari pintu bilik aku nampak katil yang di assign ke aku telah berpenghuni. Wah wah wah...sedapnya tido! Aku nampak sorang budak lelaki sedang lena dibuai mimpi di atas katil yang sepatutnya menjadi milik aku. Hmm, takpelah, aku amik katil lain...tapi kena inform dulu kalau tak nanti serabut orang seterusnya. Maka dengan konfiden aku pun pegi balik ke reception dan bagitau yang katil aku telah di hijack. Aku mintak tukar ke katil lain sebab malas nak panjang cerita. Pompuan reception tu rasa pelik sebab mustahil katil tu dihijack. Aku kemudian bagi nombor katil yang aku nak pindah berserta lokasinya dan sekali lagi pompuan tu pandang aku dengan muka yang pelik. Kemudian dia lukis layout susunan katil dan masa tu aku dapat rasakan ada sesuatu yang tak kena. Aku yakin mata aku tak lagi buta jadi aku suruh dia follow.

Dengan konfidennya aku bawak di ke dorm dan tunjuk katil yang telah di hijack. Pompuan tu gelak dan kata aku salah masuk dorm. LOL! Ini jam aku rasa nak terjun sungai. Nasib baik mamat yang kononnya menghijack katil aku masih lagi tido, kalau tak konfem haru. Eh tapi kenapa kunci aku boleh bukak bilik ni? Teng teng tenggg.....

Ego kononnya aku pun kata, "Eh bahaya ni kunci bilik lain bleh masuk bilik lain..blablabla". Hehehe. Dia pun cuak dan kelam-kabut berlari ke kaunter untuk mencari kunci yang betul. Waktu dia blah aku pun amik kesempatan untuk gelakkan diri sendiri yang semberono masuk ke bilik orang.

Tak sampai 2 minit dia datang balik dengan seberkas kunci. Habis semuanya di test ke pintu dan akhirnya persoalan pun terjawab. Rupa-rupanya dorang tak tekan tombol dari dalam jadi sebab itulah boleh bukak. Hahaha. Ini jam aku rasa malu tapi ego punya pasal aku buat muka sardin. Lepas semuanya tenang dia pun tunjukkan lokasi bilik yang sebenar. Rupa-rupanya bilik aku cuma bertenangan dengan dorm tu dan kali ni confirm katil tu kosong.

Aku tutup pintu bilik, campak barang atas katil dan lepas tu gelak sakan. Bingai! Nasib takde orang yang nampak kejadian tu. Kalau tak mana aku nak letak muka??!!!

Tapi siapa sangka hal yang sama berulang lagi di Hanoi. Cuma bezanya situasi kali ni terbalik dan lebih epic!

Maaflah takde gambar nak letak. Harap masing-masing boleh gunakan daya imaginasi peringkat tertinggi.


bersambung....
.

Read more...

  © Copyright Since 2010 | Backpacker Busuk

Back to TOP