Nepal : Hari Pertama di Bumi Kathmandu

June 20, 2014

*sambungan dari sini

Bersua kembali. Maaf sebab amik masa yang lama untuk menaip sambungan. Ada yang kata aku hangat-hangat taik ayam ye. Sabor jela *tangan ke bahu mata ke atas*. Apapun terima kasih pada yang meninggalkan komen. Aku belum sempat nak membalas tapi akan diusahakan dalam masa yang terdekat.

Seperti yang pernah aku ceritakan dalam entry sebelumnya, kira-kira 2 bulan sebelum berangkat barulah aku buat keputusan untuk mendaki. Waktu ni aku cuma kenal 3 dari 5 orang ahli kumpulan dan selebihnya bersua muka kali pertama sewaktu sesi sharing dengan Apit dan lagi seorang masa di airport pada hari berangkat ke Nepal.

Aku terus bersetuju bila diberitahu anggaran kos pendakian lebih kurang RM1400. Pada aku ini cukup murah dan bersesuaian dengan bajet aku pada masa tu. Tapi kos ini hanya melibatkan ground expenses seperti visa Nepal, permit mendaki, barang-barang mendaki, upah porter, pengangkutan darat, penginapan di Kathmandu, Pokhara dan teahouse di sepanjang trek dan juga sedikit souvenir. Tiket kapal terbang aku cuma beli sehala (sebab balik dari India), tapi kalau ada promo mungkin boleh dapat sekitar RM550-650 untuk pergi dan balik. Secara keseluruhan aku peruntukkan 3 minggu untuk Nepal dan India. Walau cuma berada di Nepal selama 12 hari, tapi visa tetap 15 hari (had paling minima).

Nepalese Rupee hanya boleh ditukar di Nepal. Pepandaila bajet nak tukar berapa sebab duit ni tak laku kalau dibawa balik ke Malaysia

Dari keseluruhan RM1400, cuma sebahagian ditukar ke USD400. Sampai di Nepal, dari USD400 cuma USD300 saja yang ditukar ke Nepalese Rupee. Baki USD100 dan RM semuanya aku simpan sebagai "emergency cash". Sebenarnya matawang RM boleh dibawa terus dan ditukar di Nepal tapi aku dah lupa berapa conversion rate (boleh semak XE currency converter). Cuma kalau taknak rugi jangan tukar banyak kali (RM->USD->NPR). Tukar sikit USD pun cukup untuk lepaskan bayaran transport dari airport ke hotel. 

Untuk makluman semua, kami tak amik guide sebab dalam kumpulan ini semuanya berpengalaman mendaki di dalam dan di luar Malaysia. Ada juga yang pernah sampai ke EBC (Everest Base Camp) sebelum ini. Cuma aku saja beginner jika dibandingkan dengan ahli kumpulan yang lain. Disebabkan tahap kemampuan yang berbeza maka kami buat "sistem buddy". Sistem ni penting supaya tiada sesiapa yang tertinggal atau ditinggalkan. Aku sarankan kepada sesiapa yang kurang berpengalaman dalam ilmu hutan seeloknya amik guide sebab ada route yang tak di tanda dengan jelas.

Disebabkan itu juga kami hanya menggaji porter. Ahli dalam group ini adalah seramai 6 orang (3 lelaki dan 3 perempuan). Dari 6, cuma 4 yang amik porter. Itupun kami gajikan 2 sebab nak jimat. Bila 2 orang berkongsi 1 porter maka beban pun dibahagi dua. Jadi dengan kapasiti 7-8kg++ seorang kami manfaatkan sebaiknya untuk sleeping bag, pakaian dan sedikit makanan ringan. Untuk daypack aku cuma bawak hiking poles, waterproof jacket, gloves, air dan sedikit makanan ringan.

Itu satu hal. Kedua, kami buat semuanya DIY. Kami cuma gajikan porter dan porter tersebut kami dapatkan di guesthouse semasa menginap di Pokhara. Sebenarnya porter boleh di dapati di mana-mana, cuma pegi ke mana-mana travel agent dan diaorang akan arrange (sama jugak dengan guide). Aku takde kontek number guide sebab kat sini dorang guna sistem first in, first out. Maksudnya semua guide dan porter akan tunggu dalam waiting list sampailah tiba giliran masing-masing.

Sebelum memilih samada nak menggaji porter, guide atau keduanya, pertama sekali kena faham ape itu guide, porter dan tugas mereka. Porter keje dia angkat barang dan guide kerja dia tunjuk arah. Paham kan beza dia? Ok, memang ada sesetengah porter yang boleh jadi guide tapi bukan semua. Ada jugak porter cum guide, boleh tanya sebelum proceed. Aku paham semua orang nak cut cost tapi benda remeh macam ni bila amik mudah kadang-kadang boleh bawak mudarat. Contoh kalau pegi peak season tugas guide sangat penting sebab selain menunjuk arah, dia juga boleh pastikan bilik kita “secure” di setiap teahouse. Sekarang dah nampak kepentingan guide di situ? Takde hal kalau trekking berlari macam Watson Nyambek, tapi kalau macam aku ni kau rasa? 

Kalau datang masa peak season ada jugak faedah amik pakej dari agent sebab diaorang 100% boleh secure bilik di sepanjang trek. Kalau tak mampu, boleh guna method DIY macam kami. Atau paling senang, datang waktu off season. Kami ke sini pada pertengahan bulan 3 iaitu dari 20-31 Mac. Pada waktu ini musim sejuk dah sampai ke penghujung tapi masih bersalji di base camp. Bagi yang masih tak faham maksud DIY yang cuba disampaikan, maksudnya begini...kami cuma bayar porter tapi pengangkutan, makanan dan penginapan semuanya kami bayar secara berasingan di setiap teahouse yang kami singgah. Paham kan? 

Alhamdulillah pada hari keberangkatan semuanya berjalan dengan lancar cuma aku sedikit berdebar memikirkan samada bakal kecundang atau berjaya. Aku tak meletakkan harapan yang tinggi tapi bohonglah kalau aku tak berkeinginan sampai ke puncak. Tahu atau tidak yang ketinggian Annapurna Base Camp dan Gunung Kinabalu sebenarnya lebih kurang? Walau perbezaan cuma 35 meter, tapi perjalanan ke ABC mengambil masa berhari-hari disebabkan faktor muka bumi.

Penerbangan ke Kathmandu mengambil masa lebih kurang 5 jam. Waktu di Nepal lewat 2.15 jam dari waktu Malaysia. Tips bagi yang naik Air Asia dan tak kisah perabih duit bolehlah beli tempat duduk di sebelah kanan. Sebabnya nanti boleh tengok Mount Everest.

Asalnya aku langsung tak tau menahu pasal ni. Masa tu frust jugak sebab dah stuck di bahagian tengah. Takkan nak lari ke wing kanan kot. So aku buat rilek walhal dalam hati sebenarnya dah terkinja-kinja. Mungkin tuhan taknak aku berdosa agaknya jadi tiba-tiba kapten buat pengumuman ada kabus tebal, so tak nampaklah Mount Everest. Kihkihkih

pick-up dari airport ke guesthouse
pemandangan di sepanjang jalan dari airport Kathmandu

Sejurus mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Thribuvan lebih kurang jam 2 petang, kami terus beratur untuk urusan visa on arrival. Urusan visa agak lama sebab banyak kapal yang mendarat selepas itu dan kaunter yang dibuka cuma dua. Hampir setengah jam membuang masa barulah selesai urusan visa dan selepas itu kena beratur sekali lagi untuk chop imigresen. Selesai semuanya kami terus keluar dari airport sebab pick-up dah menunggu (USD10 untuk satu kereta). Sebenarnya kami nak ke Annapurna Guesthouse (direkomen oleh Apit) tapi disebabkan penuh jadi pemandu tersebut membawa kami ke Shree Tibet Guesthouse. Di sini rate penginapan untuk 3 bedroom (dorm) ialah USD3 seorang. Toilet sharing basis, ada hot shower dan free wifi. Pada aku cukup selesa dan murah walau takde breakfast.

pada aku selesa, cuma bising sikit sebab tepi jalan. solution : earplug!

Nepal agak berbeza dengan negara-negara yang pernah aku lawati sebelum. Ia unik dalam caranya tersendiri dan masih bergelut dalam arus kemodenan. Satu benda yang aku perasan ialah di sini bekalan elektrik kerap putus dan kadangkala langsung takde elektrik pada waktu siang (terutamanya di Pokhara). Selain itu kebanyakan warga Nepal sangat kenal dengan Malaysia sebab dikalangan mereka ada ahli keluarga dan kawan-kawan yang pernah atau sedang bekerja di negara kita. Aku rasa bangga bila ada yang boleh menyebut nama bandar-bandar dan pekan-pekan kecil seperti Taiping, Kampar dan Ipoh selain Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Pulau Pinang.

Dari segi kebersihan pula negara Nepal lebih bersih dari India. Memang jauh beza. Selain itu orang-orang di sini juga mempunyai rupa paras yang unik dan lawa. Kalau di bahagian Pokhara rupa mereka lebih seakan Tibet dan cantik terutamanya orang perempuan. Ada juga yang seakan Melayu dan Cindian (mix Cina dan India). Aku juga perasan orang-orang di Nepal agak pandai berfesyen in a sense yang mereka ada taste dalam berpakaian dan bukan seperti "pakai baju dalam gelap" (aci sarung tak kisah sesuai atau tak).

pemandangan di sebuah lorong di Thamel, Kathmandu
harga makanan di sini berpatutan dan rasa pun sedap. highly recommended!

Oleh kerana kami belum menjamah apa-apa dari awal pagi jadi selepas check-in kami keluar makan di kawasan Annapurna Guesthouse. Sebenarnya ada sebab kenapa aku plan nak duduk kat Annapurna Guesthouse. Sebabnya di sini ada restoran halal. Tapi apakan daya tempat ini penuh jadi tak dapatlah kami menginap di sini. Apapun jarak di antara kedua guesthouse tak jauh tapi bukan menjadi masalah sebab aku boleh cuci mata sambil berjalan kaki. Kedua-dua guesthouse ini sebenarnya terletak di kawasan Thamel yang terkenal di Kathmandu. Di sini juga sangat mudah untuk mencari kelengkapan mendaki dan money changer.

Sebelum balik ke guesthouse kami singgah di beberapa kedai outdoor untuk membeli kelengkapan mendaki. Aku sempat mencari beberapa helai hiking pants jenama North Face, sepasang trekking poles dan sleeping liner. Kalau berhajat nak mencari barang outdoor di Nepal aku nasihatkan bawak duit banyak-banyak (diaorang prefer cash sebab kebanyakan tempat takde credit card facility). Barang-barang outdoor di sini memang banyak dan boleh rambang mata dibuatnya. Jenama North Face tiruan paling banyak selain Columbia dan Black Diamond. Cuma di sini kebanyakan kedai tutup awal jadi kalau nak beli sila pastikan awal atau beli saja di Pokhara.


Bersambung...
.

17 comments:

Jari Manis June 20, 2014 at 9:11 AM  

Waduh...waduh.....windu sama entri dari Fatt!!!

JM mmg jatuh hati dengan cara Fatt bercerita...

Terus google kt mana letaknnya kathmandu dan pokhara..nampak sangat failed geography

Farah Dalilah June 20, 2014 at 10:14 AM  

Keep update fatt...nak g bulan sept ni...

Fatt June 20, 2014 at 5:53 PM  

@jm - tryla mendaki jm..sngat seronok sbb dpt berkenalan dgn alam :)

Fatt June 20, 2014 at 5:54 PM  

@farah - sy cuba..all the best for you sister :)

Unknown June 20, 2014 at 8:55 PM  

Laju ckit sambung kak...xsabar nak sedut ilmu ni..hehe

aefitbentuah June 21, 2014 at 3:09 PM  

terbaik.....always waiting for next update.....

aefitbentuah June 22, 2014 at 4:04 PM  

boleh tak kiranya saudari busuk bagi rage herge barang2 seperti baju sejuk bla...bla...so dgn itu, saya leh baget....hihihihihi

Fatt June 23, 2014 at 1:34 PM  

@aefit - refere previous entry

rowena ridzuan June 24, 2014 at 7:27 PM  

Good one fatt. Aku baru baca betul betul entry after long hiatus. Touching. Good luck and semoga jodoh korang kuat.

anakomak June 24, 2014 at 11:45 PM  

Dulu opis aku ada buat trip mendaki kat situ.. tapi xde uwang dan tenaga yg mencukupi jd xde la nk join drg mendaki....hehe..... tapi derang punya training tu yg x tahan tu trus simpan je niat mendaki... mybe satu hari nnt kan...

Ps:// kinabalu pun x lopeh laie ni :p

Amer El Suwar June 25, 2014 at 3:50 AM  

salam kak fatt.

Maybe, its quite lame, tp bleh sy reques akak abiskan travelog umrah yg tertgguh 2 thn lepas tu? sy sgt seronok membca tulisan akak walaupun cite umrah ni dr sisi pndang seorg jemaah pmpn. =). inshaAllah, sy akan melaksanakan ziarah dan umrah ke tanah suci ptghan ramadhan hgga syawal thn ini. harap smpt bce travelog umrah akak smpai hbis b4 sy berangkat. smga diredhai Allah. wasalam. =)

miz safura June 25, 2014 at 8:41 AM  

Salute you! Rindu dgn stori mori yang terbaek. Keep posting :)

agip roslan June 28, 2014 at 9:33 AM  

fatt... al medina tu area mana? baru bukak kah di thamel tu? hehe..kalau bole share direction would be good, maklumla struggle nk cari makan kan. last time aku cuma jumpe anatolia.

Scdha Sein June 28, 2014 at 10:49 AM  

Menarik jugak Nepal nih...

Post a Comment

Terima kasih!!

  © Copyright Since 2010 | Backpacker Busuk

Back to TOP