Nepal : Annapurna Base Camp - Phedi ke Pothana

September 08, 2014

*sambungan dari sini


Hari Pertama 
Mula/Tamat : Phedi ke Pothana 
Ketinggian : 1,100m - 1,900m
Tempoh Pendakian : 4.5jam

Hari ini merupakan hari yang ditunggu-tunggu oleh kami semua kerana pagi ini kami akan mendaki Annapurna. Tapi apa yang berlaku ialah van kami tiba lewat, hampir 15 minit menunggu baru nampak kelibat. Dalam pada masa yang sama, Milon iaitu salah seorang daripada porter yang diupah muncul. Kami segera menyumbat barang-barang ke dalam van dan memulakan perjalanan ke Phedi yang terletak kira-kira sejam dari Pokhara. Di pertengahan jalan kami berhenti untuk mengambil seorang lagi porter iaitu Shiva.

Sebelum aku teruskan, biar aku bercerita secara ringkas tentang kedua-dua porter ni. Mereka ialah Milon dan Shiva. Milon ini seorang yang pendiam manakala Shiva pula sebaliknya. Shiva lebih banyak berinteraksi dengan kami sebab dia lebih mahir berbahasa Inggeris berbanding Milon. Persamaan mereka ialah masing-masing berusia dalam lingkungan 20an. Mereka juga masih menuntut di salah sebuah universiti tempatan. Kadangkala mereka terpaksa ponteng kuliah untuk mencari wang dengan mengambil upah menjadi porter secara sambilan. Aku tak dapat nak pastikan sama ada fakta di atas betul atau salah sebab kami percaya je apa yang diaorang cakap. But on good notes, kedua-dua porter ini telah memberikan servis yang baik walaupun masih beginner.

#1 - Milon (L) dan Shiva (R)

Dalam pendakian ini kami memilih Phedi sebagai starting point dan Nayapul sebagai ending point. Kebanyakkan orang bermula di Nayapul tapi kami memilih sebaliknya. Alasan kami sebab pemandangan dari Phedi lebih menarik. Dari trek ini juga kita boleh nampak Fish Tail atau "Machapuchere". Kekurangan trek Nayapul ialah jenis tanah merah (laluan 4x4). Kebanyakan pendaki akan cheat di sini dan naik 4x4 hingga ke Syauli Bazar. Pada pendapat kami kalau nak cheat biarlah selepas selesai ABC. Sebab bila sampai di Syauli Bazar kita boleh naik 4x4 terus ke Pokhara (bypass Nayapul).

*kalau tak faham dengan penjelasan di atas boleh rujuk elevation map di bawah.

(click to enlarge) ABC's elevation map 

Kami tiba di Phedi setengah jam ke pukul 9. Suasana di sini agak lengang. Mungkin ramai yang sudah mendaki seawal jam 7 pagi. Dari jauh kelihatan beberapa orang pendaki sedang menuruni lereng-lereng bertangga. Masing-masing kelihatan ceria sebab sudah berjaya menamatkan pendakian.

Tanpa membuang masa kami buat warm-up dan bersiap-sedia untuk mendaki. Tapi sebelum itu kami baca doa selamat memohon semoga pendakian ini berjalan dengan lancar, Insya Allah.
#2 - rare kalau dapat naik bumbung
#3 - bikin capati
#4 - warung tepi jalan
#5 - starting point di seberang jalan
#6 - usaha tangga kejayaan
#7 - berhenti sekejap melayan pemandangan. boleh nampak warung di seberang jalan
Dugaan pertama di Phedi ialah seawal permulaan trek lagi kami sudah mendaki tangga. Walaupun benci tapi ini sebenarnya lebih baik dari berjalan di atas tanah merah yang panas dan berdebu. Kawan-kawan yang lain sudah lama meninggalkan aku. Tapi aku tak keseorangan sebab kedua-dua porter ada di belakang. Mereka pun agak perlahan sebab terpaksa membawa beg kami yang sarat. Maka setelah berhempas pulas akhirnya sampai juga aku di atas. Aku lihat kawan-kawan yang lain semuanya sedang duduk bersandar melepaskan lelah. Kami mengisi perut dengan memakan sedikit biskut dan membasahkan tekak.

Perjalanan ini masih lagi jauh kerana tujuan kami ialah untuk bermalam di Pittam Duerali. Kalau dilihat pada elevation map yang terdapat di atas, kami perlu berjalan selama 4.5jam lagi untuk ke sana. Tapi oleh kerana kami mendaki secara menyongsang, maka tempoh perjalanan akan bertambah sebanyak 25%-50%. Meskipun bertambah tapi ia tak begitu ketara sebab secara kasar kami dapat menyelesaikan pendakian mengikut waktu cadangan walaupun trek yang dipilih adalah menyonsang. 

Tanpa membuang masa kami teruskan perjalanan yang masih berbaki. Sebelum sampai di Pittam Duerali (memang nak pitam jugak ikut trek ni hahaha), para pendaki akan menempuh beberapa buah perkampungan iaitu Dhampus dan Pothana. Pemandangan di sepanjang trek ke Dhampus adalah menarik kerana di sini kita akan melalui beberapa buah perkampungan. Tempoh perjalanan kami juga menjadi lambat sebab banyak diselang-selikan dengan aktiviti mengambil gambar. Pada pendapat aku pemandangan sebegini cuma sekali saja dapat kita lihat di sepanjang trek jadi tak salah kalau kita menikmatinya bersungguh-sungguh.

#8 - perkampungan Nepal
#9 - saujana mata memandang
#10 - petani sedang menabur benih tanaman
#11 - mereka masih menggunakan tenaga kerbau untuk menggemburkan tanah

Trek dari Phedi ke Dhampus seingat aku kebanyakannya adalah tangga. Di awal starting point lagi kita sudah berhadapan dengan deretan tangga yang hazab disebabkan lereng mendaki yang curam. Tapi selepas itu tangga-tangga di kawasan kampung lebih santai dan berselang-seli dengan trek berbatu dan berpasir yang mendatar.

#12 - petak-petak sawah di pergunungan
#13 - seorang tua di rumah usang (macam tajuk cerita hantu je)
#14 - kanak-kanak Nepal suka bila ternampak orang asing
#15 - si kecil ini juga
#16 - ikut sini kalau ke ABC
#17 - gadis Nepal
#18 - rumah kampung

Sewaktu melalui perkampungan ini kami berselisih dengan beberapa orang penduduk kampung dan kanak-kanak kecil yang bermain di luar rumah. Ada beberapa orang kanak-kanak lelaki yang meminta pen daripada kami dan tanpa berfikir panjang aku terus bagi. Tapi selepas itu aku diberitahu yang pelawat tidak dibenarkan memberi apa-apa bentuk barang kepada mereka. Aku tak pasti kenapa peraturan sebegitu dicipta padahal lebih baik bagi pen daripada gula-gula, sekurang-kurangnya boleh digunakan untuk menulis. 

Kami meneruskan lagi perjalanan sehingga ke Dhampus. Di sini kami berhenti untuk melapor diri di check point. Perkara ni sangat penting untuk merekod maklumat para pendaki terutamanya bagi mereka yang pergi secara bersendirian (manalah tau kalau tak keluar langsung dari hutan).

#19 - hikers check point @ Dhampus

Di sinilah tempat kami disapa oleh seorang porter yang boleh berbahasa Melayu. Dia dapat mengagak kami dari Malaysia bila terdengar kami berborak. Katanya dulu dia pernah bekerja di Malaysia tapi dah balik ke Nepal sebab tamat permit kerja. Dari riak wajahnya dia nampak sangat gembira bertemu dengan kami.

Di Nepal nama Malaysia tidak asing lagi kerana ramai di kalangan mereka yang ada saudara mara dan sahabat yang sedang bekerja atau pernah bekerja di negara kita. Barangkali ada sesuatu yang membuatkan mereka suka dengan Malaysia kerana begitulah reaksi mereka setiap kali bertemu dengan orang-orang kita. 

#20 - permainan kriket sangat popular di Nepal
#21 - tak taulah kuda sape yang terlepas tapi yang pasti memang jinak
#22 - alololo mai sini ai lapkan peluh yu

Dari Dhampus ke Pothana trek lebih landai walaupun tak sepenuhnya serta diselang-selikan dengan bukit-bukit kecil. Di sini juga tak kelihatan kawasan perkampungan, cuma hutan yang sedikit tebal. 

Ada satu simpang yang agak mengelirukan di sini tapi mujurlah porter ada bersama kami untuk menunjukkan jalan. 

Kami juga terserempak dengan seorang Sherpa perempuan yang membawa 2 orang pendaki perempuan dari Eropah. Sherpa ini kecil molek orangnya tapi nampak gagah (iron lady). Dari perbualan itu kami mendapat maklumat bahawa pendaki perempuan juga boleh mendapatkan guide perempuan jika risaukan tentang faktor keselamatan. Tapi untuk porter aku rasa pekerjaan ini rata-ratanya masih didominasi oleh kaum lelaki.

#23 - barisan porter dengan bagasi yang dibawa 
#24 - tak sampai hati menengoknya tapi apakan daya sudah itu tugas mereka

Nampaknya cuaca tidak menyebelahi kami apabila hujan turun lebat secara tiba-tiba. Kami terpaksa mempercepatkan langkah menuju ke Pothana yang tinggal cuma beberapa meter sahaja. Dengan ini rancangan asal ke Pittam Duerali terpaksa dibatalkan memandangkan tiada tanda-tanda yang menunjukkan bahawa hujan akan berhenti. Kalau diteruskan juga mungkin boleh mendatangkan bahaya tambahan lagi perjalanan akan memakan masa lebih lama disebabkan cuaca yang buruk.

#25 - you're now entering Pothana
#26 - teahouse yang menjadi ending point kami pada hari itu

Di sini terdapat beberapa buah teahouse tapi disebabkan hujan yang melampau jadi kami terus memilih salah satu yang terletak di hadapan. Aku dah lupa nama tempat ni tapi rata-ratanya menawarkan harga bilik yang sama. Seperti mana yang pernah aku sebut sebelum ini, harga bilik dan harga makanan, semuanya akan menjadi semakin mahal bila makin hampir ke puncak. Walaupun mahal tapi kenaikannya tak ketara dan masih lagi mampu dibayar.

Bagi yang tertanya-tanya adakah kami buat advance booking dengan teahouse ini, jawapannya tidak. Kami cuma walk-in saja di mana-mana teahouse yang ada. Kebetulan kami pegi pada waktu low season maka tempat penginapan tak jadi masalah. 

#27 - base rate untuk semalam di Pothana
#28 - triple bedroom common. selesa
#29 - makan untuk tenaga, tenaga untuk hidup
#30 - hujan ais di Pothana

Inilah pertama kali dalam hidup aku melihat hujan ais. Sakitnya boleh tahan sebab butir ais yang halus dan keras. Rupa-rupanya ramai pendaki yang terkandas di Pothana disebabkan hujan ais yang lebat. Mujurlah kami sempat sampai di Pothana, kalau dah separuh jalan ke Pittam, alamatnya semua akan pitam sebab terpaksa mendaki dalam keadaan basah lencun. 


*bersambung...
.

16 comments:

AjlaA September 8, 2014 at 7:03 PM  

Rindu nepal wpon xsmpi ABC hihi
Apa mksdnya mendaki scr menyongsang?
Kira amik trek berlawanan dari biasa atau zig zag gitu?

hilal huda September 9, 2014 at 12:46 AM  

Best nya x sabar km nak pi tq blog ajlaa n tuan tanah byk bg info...

Radin Fadli September 9, 2014 at 4:00 AM  

tengok beg tu, memerlukan stamina yang kuat dan berpanjang tu.

Biqque September 9, 2014 at 8:39 AM  

ok ayat last tu lawak sbb blh pitam kat pittam hahaha...

hujan ais tu menarik eh...ko ada try rasa tak?

jo September 9, 2014 at 5:32 PM  

Rugilah x bawak ibu sirap..menarik ni fatt..lps pantang bole la aku try..hehe..

Ninie Hanis September 9, 2014 at 6:58 PM  

Fatt, lama gile xmenyinggah. Patut la contact ko xdpt gi mendaki ropenyer. Hihi..bestnya gi Nepal..aku suka tgk perkampungan dia kt atas tu nyaman je.beb nnti watsap aku. Aritu aku bwk mil aku gi jln2 kt shakespear's wife cottage, afa beli poskad tp nk hantar kt ko aku dh lupa address. Cepat reply kt watsap k.

P.s bleh tahan ensem porter ko..lolll

budak kampung September 13, 2014 at 12:54 AM  

Sungguh mengamit jiwa Fatt. Sangat cantik

The Travelling 3o September 30, 2014 at 11:14 AM  

Nepal. Satu hari nnt nak pegi sini. Post yg menarik, boleh jadi rujukan nanti.

Btw kami sebenarnya 3 sekawan yg baru je launch travel blog. Kalau ada masa, jemputlah singgah & bg feedback ;) Lagi satu, ok tak kalau kita bertukar link? Saya boleh letak blog kami. Kalau boleh, boleh la contact kami.

Terima kasih!

www.thetravelling3o.com

Time Traveller November 19, 2014 at 7:14 AM  

Huhuhuu... memang terbaik la.. makin tak boleh duduk bila baca pasal Nepal ni...

Nasib la sempat sampai teahouse tu kan.. kalau kene hujan batu masa hiking mau pengsan hahaha :D

dorsett pink January 3, 2015 at 12:10 AM  

Hye fatt. Aku intan ni.. intan lavender dari lavenderbackpacker.blogspot. aku dah buat blog baru www.dorsettpink.blogspot.com. blog lama dah tak aktif.. ko jemputlah jadi follower aku ye.. hehe

m.u.l.a.n January 3, 2015 at 10:20 PM  

woaahhhh bila lah nak sampai ni.. umur makin tak muda.. tapi nak jugak.. awesome sgt trip ni..

m.u.l.a.n March 19, 2015 at 5:30 PM  

Best best...!!! Dah tua ni agak2 boleh sampai tak ke sana...

Singa Laut May 2, 2015 at 3:45 PM  

Dah lama kot BB tak update blog, baru-baru ni bila tgk berita ttg gempa bumi dkt Nepal, terus teringat dkt BB. Cepat2 usha fb BB tgk lokasi BB sekarang dkt mana. Ghupenya dkt Korea dh ye. Huu, betapa lama tak ambik port pasal blogwalking. Dulu selalu jd 'silent reader' jer. Sekarang dh buat blog, harap dpt jd kenalan la ye :) Salam perkenalan K.Fad. Hee

Post a Comment

Terima kasih!!

  © Copyright Since 2010 | Backpacker Busuk

Back to TOP