Showing posts with label khaosan road. Show all posts
Showing posts with label khaosan road. Show all posts

The Overland : Malam Pertama Yang Menakutkan Di Ayutthaya

December 29, 2012

Sambungan dari episod sebelumnya.


Day 11 : 23 May 2011 (sambungan)

Kami semua diturunkan di Khaosan Road yang terkenal sebagai backpacker's area di Bangkok. Tempat ini sama seperti Chinatown atau Petaling Street di KL dan Pham Ngu Lao di Ho Chi Minh City cuma bezanya Khaosan Road lebih senior dan pioneer di antara kedua tempat tersebut. Secara amnya kawasan sebegini menjadi tumpuan sebab ia menawarkan penginapan bajet, makanan murah dan nightlife yang happening. 

"Syurga backpackers" adalah perkataan yang tepat untuk menggambarkan keadaan tempat ini. Walaupun ada yang berpendapat ia adalah syurga tapi pada aku tempat ini macam neraka. Dari apa yang aku perhatikan, peniaga-peniaga di sini kaki semelih dan tak mesra rakyat. Tak melampau kalau aku katakan yang perangai dorang 2x5 dengan peniaga di Petaling Street. Kalau taknak beli jangan gatal nak sentuh dan tergedik-gedik bargain. Kalau degil alamatnya dapatlah makian berlori. Tapi tak semuanya begitu walaupun kebanyakkannya sama.

do you?
Khaosan Road mula hidup dari petang hingga ke lewat pagi
Khaosan Road juga adalah lubuk scam yang terkenal di mana peniaga-peniaga menjadikan golongan backpackers sebagai sasaran. Aku pernah cerita dalam entry sebelum ni di mana Mr.G telah disemelih untuk sekeping tiket ke Siem Reap. Mungkin disebabkan tempat ini menjadi favourite backpackers berkulit putih untuk berkampung, jadi si peniaga beranggapan tak salah kalau menyembelih sebab apalah sangat nilai THB kalau ditukar dalam matawang USD dan GBP contohnya. Ok itu sedikit sebanyak gambaran dan pemerhatian aku tentang Khaosan Road. Mungkin pendapat aku kedengaran seperti berat sebelah tapi tak salah kalau korang nak merasa sendiri nikmat berada di "syurga", cuma aku sarankan datang pada waktu malam untuk efek yang berganda. 

A nice walk along Khaosan Road is good to help you understand about this place, to observe and to analyze on what's happening around. After all, that's what a traveller does.

Aku penah blog pasal Khaosan Road dulu. Boleh baca kat sini.

tuktuk? be prepared for the ride of your life!
Setelah melepasi Khaosan Road yang terkenal itu, aku membuat keputusan untuk meninggalkan hiruk-pikuk kota metropolitan Bangkok dan lari ke tempat yang lebih aman iaitu Ayutthaya. Tapi sebelum tu aku kena cucuk duit. Jangan lupe kat dalam poket aku sekarang cuma ada THB40. Camne nak pegi kalau ada banyak tu? 

Pastu aku teringat satu atm machine dekat Silom yang boleh terima kad atm aku. Aku mesti ke sana, tapi dengan apa? Tuktuk? Oh tidak, itu bukan option yang terbaik sebab confirm kena semelih, takpun sakit jantung. Jawapannya ialah bas sebab tambang murah, efisyen (terutama dari Khaosan Road) dan lebih berjiwa rakyat (read : local lifestyle).

bas Bangkok yang oldskool dan diperbuat daripada kayu
Dari Khaosan Road boleh naik bas bernombor 15, 16 dan 17 dan kadar tambang cuma THB7/70sen. Bas-bas ini akan melalui shopping area di Silom dan stesen BTS National Stadium. Tempoh perjalanan dari Khaosan Road ke sana mengambil masa lebih kurang 10-15 minit bergantung kepada aliran trafik.

Selesai urusan mengeluarkan duit di Silom aku amik BTS dan pegi ke Stesen Keretapi Hualompong. Ada banyak trip keretapi ke Ayutthaya jadi tak perlu risau. Kadar tambang untuk 3rd class ke Ayutthaya cukup murah iaitu THB20/RM2. Walaupun 3rd class, tanpa ekon dan free seating tapi semua tu tak menjadi masalah sebab yang ini pun dah cukup selesa. Lagipun apalah sangat untuk perjalanan selama 1jam 20minit sebab yang penting boleh sampai.

*boleh semak jadual keretapi di sini

tiket keretapi Bangkok-Ayutthaya. sila semak harga semasa sebab yang ini waktu 2011

Aku sebenarnya lebih suka naik keretapi berbanding pengangkutan lain. Pada aku ia unik, relaks dan merupakan cara yang terbaik untuk menikmati perjalanan ke sesebuah destinasi. Oleh kerana masa yang digunakan untuk menaiki keretapi agak panjang, jadi ia lebih sesuai untuk trip yang bersifat santai. Kalau nak tau sebenarnya ilham trip ni aku dapat dari website Seat61. Dari sanalah aku dapat idea nak buat route, border crossing dan tips-tips penting. Selepas mengira segala kos yang terlibat akhirnya dapatlah route pegi/balik merentasi 3 negara dengan menggunakan kenderaan darat sepenuhnya. Sebenarnya aku harap dapat extend sampai ke Ho Chi Minh tapi sayangnya aku kesuntukan masa. 

Di awal perjalanan keretapi agak penuh tapi semua orang masih dapat duduk. Bila keretapi menghampiri Ayutthaya ramai orang yang turun dan tinggal cuma beberapa kerat termasuklah aku. Oleh kerana takde pengumuman setiap kali keretapi berhenti jadi aku terpaksa mengharapkan bantuan local untuk maklumkan bila sampai di Ayutthaya.

tempat duduk di gerabak 3rd class
Alhamdulillah, aku tiba di Ayutthaya tepat seperti yang dijangkakan. Turun saja dari keretapi aku jadi blur sebab tak pasti nak navigate ke mana memandangkan hari sudah gelap. Seorang pegawai stesen yang perasan kelibat aku yang agak ketara dengan beg besar akhirnya datang menolong. Disebabkan dia tak boleh berbahasa Inggeris jadi dibawanya aku masuk ke dalam opis dan berjumpa seorang officer yang boleh berbahasa Inggeris. Aku tunjukkan alamat tempat yang aku nak tuju dan terus dia carikan tuktuk dan negotiate harga. Baik sungguh officer tu, rasanya kalau aku sendiri yang tahan memang confirm kena semelih.  

Selepas mengucapkan terima kasih aku pun naik tuktuk dan terus ke guesthouse. Sebenarnya stesen keretapi ni dipisahkan oleh sebatang sungai. Selain tuktuk, kita boleh gunakan sampan untuk ke seberang. Oleh kerana hari dah malam maka takdelah sampannya, tapi aku dah cuba waktu balik dari sini (tu nanti aku cerita). Perjalanan dari stesen keretapi ke guesthouse boleh tahan jauh lebih kurang 8-10 minit. Sejurus sampai aku bayar tambang tuktuk THB50 dan masuk ke lobi.

Di Ayutthaya aku memilih untuk tinggal di Tony's Place. Aku booking tempat ni melalui email sehari sebelum bertolak. Aku dapat diskaun untuk penginapan di sini sebab akak reception tu kata sepatutnya bilik tu untuk 2 orang tapi disebabkan aku check-in untuk seorang jadi dia bagi diskaun. Dari harga THB300 semalam, aku dapat THB450 untuk 2 malam. Berbaloi-baloi!

Lepas selesai payment kemudian aku pun dibawa ke bilik. Sewaktu melangkah masuk ke dalam bangunan ini tiba-tiba bulu roma aku meremang. Barangkali faktor pencahayaan dan warna cat dinding yang digunakan menyebabkan tempat ini kelihatan suram dan seram. Disebabkan keadaan sekeliling yang sunyi maka yang jelas kedengaran hanyalah bunyi lantai kayu yang berderap-derap akibat kesan dipijak. 

apa yang korang nampak?
Kalau nak tau bilik aku yang masa satu hah nuunnnnn.....yang paling hujung di sebelah kiri. Jadi bayangkanlah bila aku terpaksa berulang-alik di tengah-tengah koridor yang sunyi. Aku tak pasti sama ada semua bilik ni berpenghuni sebab nampak macam kosong. Ke entah-entah aku duduk kat sini sorang-sorang sebenarnya? Kalau diperhatikan dalam gambar ni boleh nampak potret orang dulu-dulu yang aku syak dah lama masuk ke dalam tanah. Tak cukup dengan tu ada pulak tanduk rusa. Eeee tak paham aku. Ini muzium ke ape? Aku pun tak tau kenapa akak tu bagi bilik yang paling hujung. Err...ke sebab tu aku dapat diskaun? 

Bila masuk dalam bilik aku terus bagi salam sebab manalah tau kalau-kalau bilik ni dah lama tak berpenghuni, kang tak pasal-pasal tetiba ada roomate pulak. Dahla tepi katil baekkk punya gambar orang tengah menari. Punyalah besar gabak potret tu sampai nak kaver dengan apa pun taktau. Haritu masa aku duduk kat Mandalay Inn pun ada potret hitam putih orang dulu-dulu. Tah sape punye keje pi buh gambar camtu jadi hiasan. Cubalah letak gambar bunga ke, gambar pemandangan ke, gambar buah-buahan ke...kan bagus? Tapi kalau tak letak langsung lagiiiii bagus!

sumpah aku masih  rasa seram bila tengok gambar ni
haaa...ini toiletnya. koboi gile (takde pintu!). nasib baik aku dok sorang, kalau ada member malu ai!
Tanpa membuang masa aku terus membersihkan diri dan menunaikan kewajipan. Oleh kerana hati rasa tak sedap jadi aku baca surah Yaasin seround. Surah Yaasin dalam bentuk mini booklet memang sentiasa tersimpan dalam backpack sebab aku sedar kegunaannya memang banyak terutama sekali bila berhadapan dengan situasi sebegini. Sesudah selesai membaca Yaasin aku bersiap-siap untuk keluar mencari makanan dan pada waktu ini jam sudah menunjukkan pukul 10.30mlm. Oleh kerana hari sudah lewat jadi aku cuma berjalan kaki sampai ke jalan utama sebab di seberang sana ada kedai serbaneka 24jam. Aku hanya beli roti dan mee segera sebagai mengalas perut dan sesudah itu aku pulang dan makan di bilik. 

Disebabkan dalam bilik ni takde hiburan (read : TV) jadi aku pegi ke beranda dan melepak di situ. Kesempatan yang ada aku gunakan untuk menulis catatan di sepanjang trip. Sedang aku khusyuk menulis tiba-tiba hujan turun dengan lebat dan aku beralih dari meja ke kerusi panjang yang tersandar di sebalik dinding. Aku terus menulis dan menulis sebab bunyi hujan yang mengenai atap zink menghasilkan irama yang begitu mengkhayalkan. 

Tiba-tiba aku ternampak satu kelibat sedang berlari ke arah bangunan. Sebaik sampai barulah aku nampak rupa-rupanya kelibat itu adalah seorang lelaki mat saleh dalam lingkungan umur 22-25 tahun, tinggi lampai, muka budak dan berambut megi. Dia menegur aku sambil mengesat-ngesat air hujan di muka. Kesian, sape suruh lari dalam hujan? Aku membalas dan menyambung semula aktiviti menulis. Tiba-tiba dia merapati aku dan cuba mencuri-curi lihat apa yang aku tulis. Aku pandang dia dan kata, "Sorry dude, you can't read because it's not in English". Dia tanya apa yang aku tulis tapi belum sempat aku jawab tiba-tiba dengan selamba dia merampas buku aku dan cuba untuk membacanya. Aku mula rasa nak maki sebab mangkuk ni biadap dan tak paham bahasa. Aku perhatikan saja muka dia berkerut-kerut cuba membaca tulisan asing. Padan muka, aku dah cakap tapi ko yang tak caye!

beranda yang dimaksudkan 
Setelah berpuas hati kemudian dia memulangkan buku tersebut dan duduk di sebelah. Waktu ni mulut aku ringan nak suruh dia berambus tapi malangnya suara aku tersekat di kerongkong. Aku rasa cara dia approach memang tak kena dan itu yang membuatkan aku rasa tak berminat. Tiba-tiba aku dapat menangkap satu bau yang cukup kuat iaitu bau orang mabuk. Ah sudah, aku syak dia tengah mabuk so pasal tu dia agresif. Hmm takpelah, kita tenang-tenang dulu. Kalau tiba-tiba dia buat gila nanti kita bagi penumbuk sebutir. Heh!

Bila dia start bersembang dengan segera aku mengatup buku dan letak ke tepi. Aku ni taklah kejam sangat sampai langsung tak boleh nak layan. Dari satu topik kami melompat ke topik yang lain sampailah hujan berenti. Tiba-tiba dia ajak main snooker. Seumur hidup aku langsung tak penah pegang kayu snooker so macam mana aku nak main? Kami pegi ke satu sudut di bangunan guesthouse sebab di situ ada meja snooker yang besar. Selesai menyusun bola tiba-tiba dia menghulurkan sebatang cue stick sambil menyuruh aku membuat pukulan yang pertama. Aku pun mencuba dan kami bermain sampailah tiba-tiba dia berhenti dan mengajak aku balik ke kerusi tadi. Aku mula rasa nak maki tapi aku masih bersabar sebab dia tengah mabuk. Takut jugak kalau tiba-tiba dia naik angin sebab nanti aku jugak yang susah. 

Kami kembali bersembang walaupun hati aku rasa dah tak berminat nak meneruskan perbualan. Aku perhatikan yang mamat ni semakin lama semakin satu macam bila dia asik gelak tak tentu pasal. Sedang kami berbual tiba-tiba dia cuba merapati aku seperti gaya nak bercium dan secara spontan aku menahan dan memberikan padangan yang tajam. Mujurlah dalam keadaan mabuk dia masih sedar walaupun 50/50. Dia asik mengulang perkataan "sorry" dan cuba menukar topik. Tanpa disuruh tiba-tiba dia mengaku perempuan mat saleh yang travel bersama dia bukanlah makwe dia yang sebenar, tapi entah sape-sape yang dia jumpa sewaktu travel di Phuket 5 hari yang lepas. Sebaik saja dia menghabiskan ayat itu aku pun tergelak besar. Aku rasa geli hati memikirkan betapa dia cuba untuk meyakinkan aku yang dia sebenarnya single. "You don't have to try too hard to hit me because I'm not stupid lah bro!", kata aku dalam hati. Dia tercengang melihat reaksi aku yang tergelak besar sebab barangkali dia menyangka aku akan kata, "Oh you're sad. Let me hug you!". Sori naik lori lah!

Aku ingatkan cubaan dia tamat setakat di situ tapi ternyata salah sebab selepas tu dia tanya mana satu bilik aku. Aku jadi tercengang dan biarkan soalan itu tak berjawab. Dengan saiko dia tersenyum nakal dan secara otomatiknya aku boleh tangkap apa yang dia sedang fikirkan (aku rasa korang sendiri pun boleh agak). Aku mula rasa nak marah sebab geram dengan sikap sesetengah lelaki yang fikir perempuan ni tak bermaruah. Mungkin budaya seks bebas tu perkara yang biasa dalam masyarakat dia tapi tidak bagi orang Asia khususnya. Tiba-tiba aku teringat pada Mr.G, entah apa agaknya yang dia tengah buat kat Phnom Penh sekarang. Kalau dia ada dengan aku waktu ni kan bagus. Boleh jugak dia bambu mamat berambut megi ni. Mr.G pun tak penah ajak aku buat benda yang bukan-bukan apatah lagi menyentuh aku secara rambang. Oklah, mungkin sebab dia kacak jadi aku bias sikit. Lol :))))

Tanpa berputus asa dia terus mengajak aku masuk ke bilik dan waktu ni aku dah tak boleh tahan dan tanpa sedar suara aku lantang menyebut, "NO! I SAID NO!". Secara spontan air muka dia berubah dan selepas itu berkali-kali dia mintak maaf dan terus beredar. Tapi kan, aku rasa kelakar sebab lepas sedar yang diri dia buat salah, reti pulak tu mintak maaf. Aku bajet dia akan shout balik dan cakap yang bukan-bukan tapi langsung tak. Nampaknya dia masih sopan walaupun tak reti bahasa. Aku tak salahkan dia pun, mungkin terlalu mabuk jadi sebab itulah kepala dia tak berapa nak centre. Haih entahlah! Apa kan nasib aku dari pagi tadi ada saja yang tak kena. Aku pelik jugak sebab lebih baik dia fuuufuucckkk je budak pompuan yang travel dengan dia tu. Dah tentu boleh dapat sebab duduk sebilik, tapi kenapa pilih aku? Aku takde kena mengena dalam hidup kau kottttt!!!!

Selepas kejadian itu aku terus lari ke bilik dan selak pintu atas dan bawah. Hati aku betul-betul risau sebab pintu ni bukannya solid. Kalau dibubuh penendang ala-ala manja sekalipun memang confirm boleh terbukak. Buatlah kalau tiba-tiba dia masih tak give-up confirm matilah aku. Walaupun aku tak bagitau nombor bilik ni tapi itu tak bermakna yang dia tak boleh tanya kat reception. Jadi disebabkan itulah maka malam pertama aku di Ayutthaya sangat menakutkan hinggakan aku terpaksa tido-tido ayam sampai ke siang. Aku rasa ketakutkan sewaktu mula-mula sampai di sini pun tak setakut perasaan dari kena ganggu dengan orang mabuk. Lebih baik kena ganggu dengan hantu dari tido tak lena diganggu manusia. Arghhhh!!!!


bersambung....
.

Read more...

The Overland : Bangkok (cont. Part 1)

July 05, 2011

Sambungan dari entry sebelumnya.



Day 5 : 17 May 2011

Kalau masih ingat dalam entry sebelum ni aku ada mention yang aku jumpa 4 orang Cs'ers kan? So lepas makan lebih kurang pukul 9pm kami pun berpecah. Pada mulanya aku, Dian dan Mita plan nak pegi Patpong sebab memasing nak mengintai lady boy dan segala mak nenek kat situ tapi akhirnya kansel sebab waktu yang suntuk. Dorang berempat (Mita, Dian dan 2 budak Hong Kong) tu sume menginap kat area Khao San Rd kecuali aku dan oleh kerana aku kena balik sebelum last train pukul 11.30pm so terpaksalah kansel.

soal rasa lidah tak boleh tipu (read : tak sedapppp!!!)
salah satu di antara kedai halal di food court dalam MBK Center (tingkat 6)
makanan kat sini beli guna sistem kupon
Kami ke Khao San Rd dengan menaiki teksi dan jauhnya MBK Center ke sana lebih kurang 15-20 minit. Nak ke sini takde train (MRT dan BTS), kecuali naik bas, teksi atau tuk-tuk. Tambang teksi ikut meter dan kami kena THB60, lebih kurang RM6 untuk 3 orang, kira okay la tu.

Aku rasa mesti korang nak tau apa yang menarik kat Khao San Rd. Tak eh? Hah pedulik hape aku nak cerita jugak. Sebenarnya tempat ni sangat famous di kalangan backpackers. Boleh dikatakan majoriti backpackers yang suka melepak sini adalah terdiri daripada Europeans dan Americans. Kalau tanya aku nak duduk sini ke tak, jawapan aku ialah taknak sebab scene Khao San Rd ni saling tak tumpah macam Petaling Street waktu zaman sebelum di-upgrade. Aku tau kenapa Europeans dan Americans excited gile nak duduk sini. Sebabnya kat negara dorang takde scene Petaling Street sebab waktu malam kat sana scene nightlife dorang ape lagi kalau bukan pubs. Then bila dorang datang Bangkok dorang jadi peghak sikit sebab baru kenal dunia. Pernah ada omputih tanya aku KL tu camne? Jawapan aku KL tu sama je macam Bangkok. Apa je yang tak sama? Ladyboy ada (matilahhh aku kena perambat dengan ladyboy pasni), pasar malam ada, Pad Thai (kue teow goreng kalau di Msia) pun ada. Cuma tuk-tuk dengan floating market je yang takde, yang lain tu sume ada.

Peniaga-peniaga di Khao San Rd ni perangai dorang 2x5 dengan peniaga-peniaga kat Petaling Street. Aku rasa dorang ni adik beradik la, hehe. Sumenye stok samseng kampung dusun, jenis kalau ko tanya ko kena beli, kalau tak habisla ko kena maki. Aku tengok Dyas dan Mita agak teruja dengan scene kat situ sebab kat tempat dorang takde benda-benda ni. Tapi pada aku, waktu tu rasa macam tengah jalan-jalan kat Petaling Street. Nak kuarkan kamera amik gambar sebarang pun tak berani sebab ambiance yang tak mesra alam. Baru berenti depan kedai pun dah kena follow ke hulu ke hilir. Honestly aku cukup tak suka bila kena ekor camtu. Dari mood nak beli terus kansel. Tapi dalam pada takde mood tu 8 keping poskad aku beli termasuk dengan setem. Kegilaan aku terhadap poskad ni macam orang pompuan yang gila beli baju bila masuk dalam supermarket. Haa lebih kurang gitu la aku punya teruja. Benda lain aku tak kisah, tapi tak pada poskad.

teruja sungguh omputih dengan "pad thai" (atau kue teow goreng kalau di Msia)
nampak sedap tapi confirm tak halal
kalau tok kadi tido kita kejut suruh bangun!
aku curik-curik amik gambar walaupun tak boleh. hah, cakap je ko nak apa...lesen selam? student card?
sijil Harvard? Oxford? international driving license? semua ada...tapi aku tak berani tanya harga sebab takut kena marah
bengkrap? jangan risau sebab atm bergerak ada
sebijik rupa Petaling Street
aku bergambar dengan Dyas & Mita

Si Dyas ni kuat makan, baru tadi rasanya dia tibai nasik sepinggan tetiba camne aku tengok dia tengah cekik donut. Dia pelawa aku rasa, of course la aku tak menolak. Memang sedap, macam Big Apple. Kami pun jalan-jalan sampai ke hujung dan berenti di sebuah kedai pizza and to my surprise, dia beli pizza. Bela hantu raya ke ape dia ni tak berenti makan dari tadi? Bab halal tak halal tu memang aku ragu-ragu jugak sebab tengok macam sesuatu je. Dia ada offer tapi aku tolak sebab tak yakin.

Sebenarnya both Dyas dan Mita ni muslim, tapi aku tak berani nak komen lebih sebab entahlah. Ayam KFC pun dorang sebat masa kat sini, walhal setahu aku tak halal (based on info yang aku dapat dari sumber yang boleh dipercayai). Aku takle kata cam aku ni bagus serba-serbi, cuma aku akan cuba jaga sebaik mungkin tentang halal haram sebab benda camni bila timbul keraguan otomatik jadi haram. So either konfiden atau ragu-ragu. Once rasa ragu-ragu tu janganla makan. But kalau dah obvious sangat keraguan tu janganla pulak butakan mata dan telan. Okeh habis di sini tazkirah aku.

Aku tengok jam dan mintak diri sebab dah pukul 10.30pm. Kang ada yang menapak sebab kena tinggal BTS. Dari Khao San Rd ke stesen BTS aku naik bas, tambang just THB7 (atau RM0.70). Aku tak berani naik teksi sebab dah malam. Kang dia bawak aku pegi tempat lain matilahhh. Aku naik bas no. 16 dan turun di stesen BTS National Stadium. Selain dari bas no. 16, boleh naik bas no. 15 atau 47 dan bas-bas ni akan lalu di stesen BTS National Stadium dan shopping area di Silom. Setibanya di stesen BTS National Stadium, aku beli tiket ke stesen BTS Chong Nongsi dan dari situ aku kena menapak lebih kurang 5-6 minit untuk balik ke hostel. Honestly waktu ni rasa lain macam sebab lorong shortcut yang aku lalu tu sunyi, dahla cahaya pun samar-samar sebab takde lampu jalan. Waktu ni aku baca ayat Kursi dan surah 3 Kul berulang-ulang sebab rasa lain macam.

Alhamdulillah akhirnya aku berjaya sampai ke hostel dengan selamat. Aku pun masuk ke dalam dorm dan di sapa oleh seorang pompuan yang duduk di katil atas. Terkejut beruk aku dibuatnya, nasib baik tak mati keras. Oh rupanya tu rumet yang tak sempat aku jumpa masa check-in pagi tadi. Namanya Kaitlun (sebutnya Kaitlin), umur 23 tahun, dari Canada. Orang cantik (cantik sampai tokey We Bangkok ni ajak dia dating) dan peramah. Dia punya peramah sampai kering peluh kat baju aku, punya lama kami berborak. Dia pun travel solo tapi dia start dari Singapore, masuk ke Msia dan Thailand ikut jalan darat (overland) dan pastu katanya nak ke Laos. Rupanya dia amik short course selama 4 bulan di salah sebuah universiti di Spore dalam bidang photography. Photographer rupanya dia ni, hebat! Dia ajak aku naik ke roof sebab ada parti tonggang tapi aku mengelak cakap aku penat nak rehat. Dia pun malas nak naik sebenarnya sebab tengah siapkan kerja dia guna laptop. Haa..satu benda yang aku suka pasal WE Bangkok ni ialah wifi access dia boleh sampai ke dalam bilik. Cuma aku tak bawak laptop so kalau nak pakai internet aku kena turun kat communal area sebab di situ ada public pc.

Aku pun mintak diri pegi mandi sebab mata aku dah rabak, macam ada peti ais kat atas kelopak mata aku waktu tu. Selesai mandi aku masuk dan tengok dia masih ada atas katil, rasanya dia pun malas nak join parti tonggang tu. Sebenarnya aku tak penah bercerita bab agama kat sesapa yang aku kenal masa travel kecuali bila dia serius nak tau lebih detail pasal aku. Other than that selalunya aku akan refuse secara baik bila dipelawa sebegitu. Satu benda yang aku nak puji kat sini, bila sekali aku tolak tak pernah aku diajak untuk kali kedua. Kat sini aku boleh nampak value of respect sesama traveller. Dan benda ni habis kat situ, tak drag jauh. Aku rasa dorang pun boleh agak kenapa aku tak minum, cuma dorang tak tanya. Pernah aku tergelak bila one of my friend (dia omputih le) cakap camni, "You miss something good here". Hahaha....good lah sangat, takut aku. Setitik tu dah cukup untuk tolak amalan aku selama 40 hari. Sanggup?

Selesai tunaikan tanggungjawab kepada Ilahi aku pun tido. Dan malam tu aku tido dengan nyenyak sebab badan masih terasa sengal kesan dari seharian dalam keretapi. Esoknya aku plan nak jumpa Mita dan Dyas, kononnya nak explore semua wat (kuil) together-gather...tapi.....


bersambung....
.

Read more...

  © Copyright Since 2010 | Backpacker Busuk

Back to TOP